34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupSelamatkan lebih 2,000 tumbuhan liar terancam di belakang rumah, jurugambar ini namakan...

Selamatkan lebih 2,000 tumbuhan liar terancam di belakang rumah, jurugambar ini namakan spesies baru sempena namanya

Kerana cinta kepada khazanah hutan hujan tropika dan alam semula jadi, seorang lelaki berasal Terengganu ini telah menjadikan usaha menyelamatkan seberapa banyak spesies terancam yang termampu olehnya sebagai misi peribadinya. Yang hanya bermula di kawasan rumahnya di Setiu.

Suzairi Zakaria yang terlibat dalam usaha pemuliharaan hutan hujan tropika sejak 2015 berjaya menanam semula lebih 2,000 spesies tumbuhan hutan di rumahnya termasuk 200 jenis orkid liar yang ditemuinya di kawasan tanah yang telah diterokai dan tapak pembalakan yang tidak menguntungkan negeri Terengganu.

Facebook

Suzairi, seorang jurugambar bebas berusia 46 tahun membangunkan minat dan hobinya untuk menyelamatkan tumbuhan liar apabila beliau melawat Setiu Wetlands untuk merakam gambar kehijauan dan keindahan lokasi itu kira-kira sedekad lalu, katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, apabila beliau kembali untuk mengambil gambar sekali lagi, didapatinya landskap tanah bencah di Setiu Wetlands itu telah berubah sama sekali disebabkan oleh pembangunan untuk tujuan pertanian dan kediaman.

Bermula detik itu, Suzairi yang juga dikenali sebagai Dome Nikong, berazam untuk melakukan usaha dengan apa yang termampu olehnya untuk menyelamatkan khazanah alam semula jadi.

Facebook

Pemulihara alam semula jadi bebas ini mula mengumpul keratan dan benih tumbuhan liar serta orkid yang terancam di habitat semula jadi yang berkenaan lalu membawa kesemuanya pulang bagi tujuan penanaman semula.

Selepas Setiu Wetlands, beliau meluaskan usaha pemuliharaannya ke kawasan pembalakan lain yang termasuk kawasan Tasik Kenyir.

Koleksi Suzairi kini merangkumi pelbagai spesies tumbuhan hutan, daripada yang terancam hingga kepada yang tidak terancam, seperti paku pakis, hoyas, halia liar, orkid dan tumbuhan periuk kera.

Dengan lebih 2,000 spesies di bawah jagaannya, rumahnya kini telah boleh dijadikan lokasi konservatori yang menjadi sumber rujukan ahli pemuliharaan, penyelidik dan pencinta spesies orkid lain di negara ini.

Facebook

Selama bertahun-tahun mengumpul tumbuhan, Suzairi juga telah berjaya menemui beberapa spesies orkid baru, tumbuhan periuk kera, dan flora parasit yang dikenali thismia.

Dengan penemuan itu, beliau juga telah diberi penghormatan untuk memiliki tumbuhan yang dinamakan sempena namanya, seperti tumbuhan periuk kera baharu yang dipanggil Nepenthes domei dan tumbuhan parasit bernama Thismia domei — kedua-duanya dinamakan sempena variasi nama panggilannya.

Malah terdapat spesies orkid, Chysis domei, dinamakan sempena namanya oleh penyelidik dari Guatemala yang mengikuti usahanya.

Satu lagi spesies genus thismia baru yang ditemui penyelidik telah dinamakan sempena nama ibunya, Thismia setimeriamae, lapor MalaysiaNow.

Facebook

Pemulihara spesies hutan itu kini bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk mengkaji dan mendaftar penemuannya.

“Saya perlu bekerjasama dengan pakar botani bertauliah untuk menghuraikan penemuan spesies baharu itu kerana setiap penemuan perlu mempunyai kertas penyelidikan bertulis untuk mengesahkan penemuan itu dalam mana-mana jurnal saintifik,” katanya kepada Bernama.

Bagi menghargai usaha beliau, Fakulti Sains dan Alam Sekitar Marin Universiti Malaysia Terengganu baru-baru ini telah melantik Suzairi sebagai Karyawan Tamu.

Gambar oleh Djohan Shahrin /MalaysiaNow

Pensyarah kanan fakulti, Profesor Madya Dr Jamilah Mohd Salim, berkata usaha Suzairi telah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan biodiversiti dalam kalangan individu dan masyarakat tempatan.

“Peranan Suzairi telah membantu para penyelidik universiti untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fenomena alam yang sedang berlaku di dalam hutan,” kata Dr Jamilah.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI