25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalLelaki Singapura dibebani bil kad kredit lebih RM61,000 setelah anak belanjakan untuk...

Lelaki Singapura dibebani bil kad kredit lebih RM61,000 setelah anak belanjakan untuk permainan ‘online’

Seorang lelaki, Lim Cheng Mong berasa hairan setelah pihak bank menghubunginya dan memberitahu bahawa terdapat tunggakan kad kreditnya yang berjumlah S$20,000 (RM61,936), dikaitkan dengan 89 transaksi ‘aneh’ menggunakan namanya.

“Pada mulanya saya rasa saya telah ditipu namun pihak bank berkata ia adalah transaksi yang sah”, cerita lelaki berusia 56 tahun berkenaan.

Rekod bil itu kemudiannya membawa kepada akaun Grab milik anak perempuannya yang berusia 18 tahun, di mana kad kredit Lim digunakan untuk menampung perbelanjaan pengangkutan anaknya.

Tanpa pengetahuan Lim, anaknya itu telah pun memautkan akaun e-dompetnya kepada permainan ‘online’ dan remaja itu telah berbelanja untuk permainan itu dari bulan Ogos hingga Oktober!

“Saya suruh dia berhenti dan berkata ia sememangnya menggunakan banyak wang – bersamaan dengan yuran pengajian selama setahun jika dia menyambung pelajaran di universiti luar negara”.

“Sejumlah wang yang banyak telah dihabiskan dalam sekelip mata sahaja”, kata Lim.

Sebenarnya, kisah menggunakan wang ibu bapa untuk permainan dalam talian sebegini sudah tidak asing lagi apabila anak muda kini sudah terdedah dengan era pendigitalan.

Syarikat yang berurusan dengan pembayaran digital turut memberi amaran kepada para ibu bapa agar menetapkan notifikasi pada akaun e-dompet masing-masing bagi memantau dan mengambil maklum tentang perbelanjaan anak mereka.

Anak perempuan Lim yang merupakan pelajar di sebuah sekolah Baccalaureate Antarabangsa difahamkan akan membelanjakan sehingga S$300 (RM929) untuk pembelian barangan rawak.

Dengan setiap pembelian barangan rawak berkenaan, dia berharap agar dia berjaya mendapatkan barang yang akan menaik taraf avatarnya.

Dalam kes Lim ini, anak perempuannya telah melakukan pembayaran menerusi Apple App Store dan Coda Payments – sebuah platform utama transaksi dalam talian.

Dalam kenyataan berasingan, jurucakap Grab dan Coda Payments menasihatkan pengguna untuk menetapkan notifikasi pemberitahuan yang memberitahu pengguna apabila e-dompet mereka telah dikenakan caj.

Ujar Grab lagi, pengguna juga boleh mematikan fungsi tambah nilai automatic dan berbelanja dalam had jumlah yang dianggarkan sahaja. Syarikat itu juga akan membuat tindakan susulan mengenai kes Lim.

Pihak Coda Payments dalam pada itu enggan memberikan apa-apa respon mengenai kes Lim atas dasar menjaga privasi pelanggan.

Mereka turut menasihati pelanggan untuk menghubungi pihak bank kad kredit bagi menyelesaikan caj pembayaran yang dipertikaikan.

Seorang peguam yang juga pakar dalam bidang teknologi, media dan telekomunikasi, Lionel Tan berkata ada peluang untuk membatalkan urus niaga jika ia dilakukan oleh kanak-kanak bawah umur yang bermain permainan orang dewasa, atau jika terdapat kenyataan pembayaran yang mengelirukan pada aplikasi permainan.

Namun anak perempuan Lim baru sahaja menginjak usia 18 tahun, yang membolehkannya membuat kontrak pembelian sendiri.

Tambahnya lagi, agak sukar untuk berhujah mengenai kes itu jika alasan diberikan bahawa dia tidak menyedari pembelian yang dibuatnya secara dalam talian.

Beliau menambah bahawa insiden sebegitu mungkin semakin meningkat kerana lebih banyak perkhidmatan menjadi digital.

Beberapa kes membabitkan kanak-kanak bawah 18 tahun telah berjaya diselesaikan kerana kanak-kanak itu mungkin tidak memahami sifat pembelian sedemikian.

Tan dalam pada itu juga sempat menasihati para ibu bapa agar sentiasa mengawasi aktiviti permainan dalam talian dan juga penggunaan internet anak masing-masing.

Menurut laporan, Lim berjaya memperoleh semula kira-kira S$10,000 (RM30,968) wangnya daripada pihak bank.

Lim berharap syarikat dan pihak berkuasa akan mengkaji semula penguatkuasaan transaksi dalam talian, terutamanya apabila ia melibatkan kanak-kanak.

 “Kami sebagai ibu bapa tidak mempunyai kawalan sama sekali. Ia adalah ‘bencana’ yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan saya mahu lebih ramai ibu bapa yang berwaspada”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI