Pejabat Belia dan Sukan Batam telah menjemput pengamal Falun Dafa untuk menyertai perarakan dan festival kebudayaan sempena ulang tahun tersebut.
Tujuannya adalah untuk meraikan ulang tahun ke-194 bandar Batam bersama-sama ribuan penduduk tempatan.
Datuk Bandar Muhammad Rudi dan Timbalan Gabenor Kepulauan Riau Marlin Agustina, melepaskan perarakan.
Perarakan bermula pada pukul 2.30 petang dari hadapan dewan bandar raya dan berakhir di Pusat Batam di Dataran Engku Putri.
Minghui Publishing Gambar Pengarah Pejabat Belia dan Sukan Batam Zulkarnain HN (tengah)
Perarakan yang disertai agensi kerajaan, organisasi dan kumpulan belia itu memperagakan pelbagai pakaian etnik.
Dipimpin oleh pasukan gendang pinggang, kontinjen Falun Dafa dari Singapura, Malaysia dan Vietnam bersatu dalam acara tersebut.
Kontinjen itu disertai wanita muda yang memakai busana indah berwarna putih dan turut membawa belon.
Semasa mereka berjalan melepasi pentas, pasukan gendang pinggang mempersembahkan “Falun Dafa adalah Baik” di hadapan tetamu kehormat.
Datuk Bandar, timbalan gabenor dan pegawai lain masing-masing memuji persembahan dan melambai kepada kontinjen Falun Dafa.
Pengarah Pejabat Belia dan Sukan Batam Zulkarnain HN, memakai kostum Dayak dan berjalan dalam perarakan.
Minghui Publishing Gambar Setiausaha Pejabat Belia dan Sukan Batam John Herry
Dia berterima kasih kepada kontinjen Falun Dafa kerana mengambil bahagian dalam acara berkenaan dan acara lain.
Zulkarnain HN juga mendoakan kejayaan Falun Dafa.
Setiausaha Pejabat Belia dan Sukan Batam, John Herry turut mengucapkan terima kasih kerana kontinjen Falun Dafa dari tiga negara itu turut sama memeriahkan majlis.
Safitri sangat kagum dengan persembahan daripada kontinjen Falun Dafa. Dia turut mengambil banyak gambar dan video.
Pada 17 Disember, Zulkarnain HN telah menyampaikan empat anugerah kepada pengamal dari Batam, Singapura, Malaysia dan Vietnam.
Kisah pasangan Aida dan Shahfiq ini tular selepas perkongsian video di TikTok menarik perhatian waga siber.
Menurut Aida, mereka mengikat tapi pertunangan pada 1 Januari tahun lalu iaitu hari pertama bertemu empat mata selepas 20 tahun berpisah.
Kemudian, Aida dan pasangan disatukan sebagai suami isteri pada 30 Ogos lalu.
Jelas Aida, sewaktu kecil dia dan suaminya pernah menetap di kuarters polis di Kuah, Langkawi.
Hubungan kedua-dua buah keluarga rapat kerana mereka berjiran.
“Banyak kenangan kami waktu kecil antaranya main bersama-sama dan suami juga pernah tumpang kereta untuk ke kelas kerana emak saya guru al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa).
“Keluarga kami berdua juga rapat kerana ayah kami sama-sama bertugas sebagai polis.
“Namun kami terpisah selepas keluarga suami berpindah.
“Saya tak tahu mereka pindah ke mana, malah tidak bertanya mak ayah kerana ketika itu pun masih kecil,” kata Aida kepada Harian Metro.
Tambah Aida, dia juga tidak pernah berusaha menjejaki Shahfiq walupun selepas tamat persekolahan.
Sehinggalah pada 2019, dia menerima notifikasi untuk tambah kenalan daripada suaminya di Facebook (FB).
Menurut Aida, dia dapat mengecam suaminya adalah rakan sepermainan yang terpisah kerana ingat namanya dan wajah yang tidak berubah.
“Mulanya kami setakat bertukar nombor dan tanya khabar di FB saja kerana tidak dapat jumpa disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.
“Tapi kami ada berbincang mengenai (arah tuju) hubungan dan disebabkan itu, kami sepakat mengikat tali pertunangan pada hari pertama kami berjumpa,” kata Aida.
Aida tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan insan yang dikenali sejak kecil walaupun terpisah sementara.
Wanita itu malah berasa beruntung apabila keluarga kedua-dua pihak sudah saling mengenali.
“Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang mendoakan kami walaupun niat saya kongsi di TikTok untuk suka-suka saja,” katanya.
Pengamal Falun Gong Malaysia seru PKC hentikan kekejaman menerusi perhimpunan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa.
Pada 10 Disember lalu, beberapa pengamal Falun Gong Malaysia telah berhimpun di hadapan Kedutaan China di Kuala Lumpur.
Tujuan perhimpunan itu diadakan adalah untuk mengutuk kekejaman PKC dan mengajak orang ramai untuk mengetahui kebenaran mengenai Falun Gong.
Dalam pada itu, mereka juga menyeru orang ramai untuk sama-sama menghentikan 24 tahun kekejaman PKC terhadap Falun Gong.
Perhimpunan anti-penganiayaan telah diadakan di hadapan Kedutaan China
Menerusi beberapa sepanduk dan teks dalam bahasa Cina dan Melayu, mereka mengutuk kekejaman PKC terhadap Falun Gong.
“Pengamal Falun Gong dan Falun Gong telah dianiaya dengan kejam oleh Parti Komunis China sejak 20 Julai 1999.
“Pengamal Falun Gong telah secara aman dan rasional menentang penganiayaan untuk tahun ke-24.
“Sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, kami berada di sini hari ini untuk menyeru Parti Komunis China untuk berhenti menganiaya Falun Gong.
“Kami menyeru orang ramai untuk mengetahui kebenaran tentang Falun Gong dan sama-sama menghentikan penganiayaan kejam Parti Komunis China terhadap Falun Gong.”
Perhimpunan di adakan di tengah bandar Kuala Lumpur
Pengamal Falun Gong mengatakan, “penyiasatan sistematik hampir 20 tahun WoIPFG telah memperoleh sejumlah besar bukti konklusif.
“Sejak akhir tahun 1999, jenayah PKC menuai organ daripada pengamal Falun Gong secara besar-besaran telah diarahkan oleh Jiang Zemin.
“Ia adalah pembunuhan beramai-ramai kebangsaan yang diketahui oleh PKC dan jenayah terhadap kemanusiaan!”
“Kami menyeru orang ramai untuk mengetahui kebenaran tentang Falun Gong, terutamanya pegawai polis tanah besar yang masih bekerja keras untuk PKC dan menganiaya Falun Gong.
“Cari jalan keluar, lihatlah wajah sebenar PKC, berhenti menganiaya Falun Gong dan orang baik, dan tarik diri daripada PKC.
“Hanya dengan menyokong keadilan dan kebaikan kita boleh miliki masa depan yang lebih baik!”
Polis dan orang awam suka mendengar kebenaran
Pengamal Falun Gong juga mengingatkan orang ramai agar tegas menentang penyusupan idea komunis ke Malaysia.
“Rakyat Malaysia menolak budaya pembasuhan otak PKC dan dengan tegas memelihara penyusupan propaganda PKC ke Malaysia.
“Inilah yang dilakukan Malaysia sejak penubuhan negara ini, bermula daripada Tunku Abdul Rahman.
“Dari awal lagi Malaysia menentang Parti Komunis demi memastikan kemerdekaan Malaysia akan kekal selama-lamanya dan tidak dicabuli.”
Aktiviti hari itu telah membuahkan hasil apabila polis dan orang awam akhirnya mendengar sendiri kebenaran mengenai Falun Gong.
Setelah mengetahui kebenarannya, sepasang suami isteri Melayu melahirkan rasa kagum terhadap pengamal Falun Gong.
Mereka juga mendorong pengamal Falun Gong untuk bekerja keras.
Dalam pada itu, anggota polis yang turut berada di situ melahirkan rasa gembira setelah mengetahui kebenarannya.
Pengamal Falun Gong juga menjelaskan bahawa PKC telah menutup jenayahnya dan membiarkan orang melihat propagandanya.
“Terima kasih atas sumbangan anda kepada rakyat China,” kata pegawai polis.
Hal ini telah menimbulkan banyak maklum balas dalam kalangan warga siber di TikTok.
Masing-masing ada hujah, pendapat dan pengalaman tersendiri berkaitan rumah yang tidak berpenghuni.
Ada warga siber yang bersetuju dengan tindakan individu tersebut kerana dapat mengelakkan rumah itu daripada dijadikan sarang haiwan berbisa seperti ular.
Wiwinsya tidak menafikan ada benarnya pendapat tersebut.
Namun, menurutnya itu bukanlah ‘lesen’ untuk sesiapa melakukan sesuka hati terhadap rumahnya seperti menanam cili.
Dalam pada itu, ada warga siber yang berpendapat walaupun tuan rumah tidak membela rumahnya, itu adalah haknya sebagai tuan rumah.
Tiada sesiapa yang boleh melakukan sembarangan ke atas harta orang lain walaupun dilihat terbiar.
Bagi Wiwinsya, itulah perkara yang cuba disampaikannya namun telah disalah faham oleh segelintir warga siber.
Menurutnya baru kali itu dia tidak melawat rumahnya lantaran kesibukan harian.
Namun Wiwinsya tidak menyangka malah terkejut saat melihat rumahnya sudah dijadikan kebun cili.
Di sisi lain, ada warga siber yang memberi cadangan supaya Wiwinsya mencabut sahaja tanaman tersebut.
Wiwinsya walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana dia tidak mahu dibenci orang.
Dalam hal ini, pemilik rumah atau tanah terbiar seharusnya lebih menitikberatkan keadaan harta mereka yang tidak diselenggara dengan baik.
Tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan harta mereka sendiri dan penduduk setempat daripada perkara yang tidak diingini.
Antara perkara tersebut ialah demam denggi akibat pembiakan nyamuk aedes dan kebakaran akibat rumput kering atau pengumpulan bahan-bahan mudah terbakar.
Jika pemilik mementingkan kesejahteraan orang lain, maka hal-hal buruk seperti yang disebutkan dapat dielakkan.
Gempa berskala 6.2 magnitud yang telah melanda wilayah pergunungan Gansu sekitar tengah malam Isnin itu turut menggegarkan negara jiran Qinghai.
Jumlah kematian mungkin meningkat dengan lebih 700 orang yang kini dilaporkan cedera dalam cuaca dingin.
Presiden China Xi Jinping telah mengerahkan ribuan krew penyelamat ke wilayah yang merupakan antara kawasan termiskin dan didiami pelbagai etnik di China.
Gempa bumi itu paling dahsyat sejak 2014, apabila lebih 600 orang terbunuh akibat gempa bumi yang berlaku di wilayah barat daya Yunnan.
Pada hari Selasa, rakaman TV tempatan dan sosial media menunjukkan seluruh kampung termasuk bangunan dan rumah musnah dalam kejadian gempa bumi itu.
Mangsa yang terselamat berkata gegaran itu dirasakan seperti ‘dilambung ombak’ dan mereka bergegas keluar dari rumah.
“Saya membangunkan keluarga saya dan kami bergegas turun dari tingkat 16,” kata En. Qin.
Pegawai tempatan di daerah Jishishan yang paling teruk terjejas berkata lebih 5,000 bangunan di kawasan itu telah rosak.
Gempa bumi di Gansu telah menyebabkan banjir lumpur seterusnya memusnahkan bangunan di wilayah berkenaan.
Selain itu, akibat tanah runtuh berpuluh-puluh jalan telah rosak.
Media China merakam kenyataan daripada seorang pengarah pasukan penyelamat Gansu yang mengatakan kebanyakan bangunan dan rumah yang musnah itu sudah uzur dan diperbuat daripada tanah liat.
Gansu terletak di antara dataran tinggi Tibet dan Loess dan bersempadan dengan Mongolia.
Wilayah terkecil itu adalah salah satu wilayah termiskin dan didiami oleh paling banyak etnik di China.
Pusat gempa bumi itu terletak di Wilayah Autonomi Linxia Hui, rumah kepada banyak kumpulan Muslim China, termasuk orang Hui, Bonan, Dongxiang dan Salar.
Pihak berkuasa China merekodkan gempa bumi itu berukuran 6.2 skala Richter.
Manakala US Geological Survey (USGS) pula mencatatkan bacaan 5.9 skala Richter dan kedalaman 10 kilometer (enam batu).
Kira-kira 10 gegaran susulan telah berlaku seperti yang dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Pada hari Selasa, Xinjiang, wilayah barat Gansu, juga merekodkan bacaan gempa bumi berukuran 5.5 magnitud, namun tiada laporan segera mengenai kematian dibuat.
Akibat gempa bumi di Gansu itu, bekalan elektrik dan air terganggu dan ini menghalang usaha menyelamat.
Pegawai berkata mereka mempunyai masa yang terhad untuk menyelamatkan mangsa dalam keadaan suhu di bawah sifar darjah.
“Ia terlalu sejuk…-15C (di sini),” kata En. Wang Yi ketua komander Pasukan Penyelamat Blue Sky kepada BBC.
Blue Sky ialah pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan terbesar di China, dengan lebih 30,000 sukarelawan di seluruh negara.
Menurut En. Wang lagi, mereka menjangkakan jumlah korban akan meningkat.
“Kini kami perlu menggali lebih dalam (ke dalam runtuhan).
“Tetapi tiada bangunan besar di kawasan tersebut. Ia akan meningkat, tetapi tidak begitu banyak,” katanya.
“Semua usaha perlu dilakukan untuk mencari dan menyelamat, merawat mangsa yang cedera tepat pada masanya, dan meminimumkan korban,” kata Presiden Xi.
China terletak di kawasan di mana beberapa plat tektonik – terutamanya plat Eurasia, India dan Pasifik – bertemu. Kawasan itu memang terdedah kepada gempa bumi.
Pada 2010, 2,700 orang terkorban dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di Yushu yang terletak di wilayah Qinshai.
Manakala pada 2008, seramai 87,000 orang terkorban dalam kejadian yang sama yang berlaku di wilayah barat daya Sichuan.
Gempa bumi itu adalah yang paling dahsyat berlaku di China dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
Puluhan anggota polis turut dilihat mengawal sekitar perkarangan mahkamah.
Walaupun keadaan terkawal, kawalan ketat luar daripada kebiasaan itu telah menimbulkan persoalan mengenai layanan ‘double standard’.
Rata-rata pengamal media turut mengakui perkara berkenaan.
Mereka menyifatkan liputan kes itu tidak dapat dilakukan seperti biasa sebagaimana pesalah lain yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sejurus sebelum dibawa masuk ke galeri mahkamah, beberapa anggota polis yang mengiringi tertuduh cuba menghalang laluan biasa digunakan oleh pengamal media bagi merakam visual orang kena tuduh (OKT) di mahkamah itu.
Ketika dibawa keluar dari kompleks mahkamah, tertuduh dipercayai dibawa menaiki pacuan empat roda hitam bercermin gelap.
Kenderaan tersebut diiringi empat kenderaan lain yang turut dinaiki anggota polis beruniform Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Malah, semua kenderaan itu dilihat dipandu laju melalui tempat pengamal media berhimpun untuk merakam visual.
Terdahulu, Jabatan Peguam Negara melalui kenyataan media memaklumkan bahawa DSP terbabit dituduh di Mahkmah Majistret Ipoh hari ini.