30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaKisah BenarLaporan: Penindasan PKC terhadap Falun Gong penting untuk menjaga kuasa politik

Laporan: Penindasan PKC terhadap Falun Gong penting untuk menjaga kuasa politik

Sebuah laporan penyelidikan terkini mendedahkan PKC menganggap penindasan terhadap Falun Gong penting untuk kuasa politik mereka.

Menurut seorang peguam China, kini profesional undang-undang semakin sukar membela mangsa.

Ia amat sukar jika dibandingkan dengan tahun-tahun awal ketika rejim itu pertama kali melancarkan kempen penindasan terhadap Falun Gong.

Pusat Maklumat Falun Dafa mengulas lanjut mengenai perkara tersebut menerusi satu kenyataan akbar pada 6 Disember.

PKC mengiktiraf penyeksaan terhadap Falun Gong sebagai keutamaan utama oleh kepimpinana pusat dan pihak berkuasa tempatan.

“Seperti yang disyorkan oleh laporan kerja, ucapan, dan arahan dari sekurang-kurangnya 12 buah wilayah sejak tahun 2017.”

Falun Gong juga dikenali sebagai Falun Dafa, adalah disiplin rohaniah yang melibatkan latihan meditasi.

Tiga prinsip utama yang diajarkan ialah Sejati, Baik dan Sabar.

Amalan ini terkenal di China pada tahun 1990-an, dengan anggaran 70 juta hingga 100 juta penganut menjelang akhir dekad itu.

Jiang Zemin memulakan kempen meluas pada 20 Julai 1999 dengan tujuan untuk memusnahkan Falun Gong.

Ini kerana dia melihat jumlah pengamal yang berkembang itu sebagai ancaman terhadap kawasalan kuasanya.

Sejak itu, berjuta-juta orang telah ditahan di penjara, kem tahanan dan kemudahan lain.

Selain itu, beratus-ratus ribu orang mengalami penyiksaan semasa penahanan menurut maklumat dari pusat.

‘Penindasan yang Lebih Teruk’

Tujuan utama PKC menindas Falun Gong adalah untuk mengawal penduduk, mengekalkan kuasa politik, dan mengekalkan supremasi ideologi.

Pegawai keselamatan dan kehakiman tertinggi mengaku bahawa Falun Gong menjadi sasaran PKC.

Kenyataan ini mengingatkan penindasan berterusan PKC di seluruh negara.

Penindasan terhadap Falun Gong semakin memuncak sejak awal wabak Covid-19.

Kekejaman itu termasuklah penahanan sewenang-wenang berskala besar, penyiksaan dan kematian akibat penyalahgunaan dalam tahanan.

Selain itu, mengekalkan kawasan kuasa di bawah payung ‘keselamatan negara’ telah lama menjadi ciri khas pemerintahan PKC.

Namun, di bawah kepimpinan Xi Jinping, usaha penindasan ini difokuskan semula malah terdapat peningkatan kepentingannya.

Peguam Hak Asasi Menghadapi Lebih Banyak Cabaran

Seorang peguam hak asasi di tanah besar China Ming Tian (nama samaran), berkongsi pengalaman peribadinya pada 12 Disember lalu.

Menurut Ming Tian, ketika peringkat awal kempen penindasan di seluruh negara dilancarkan, peguam masih boleh membantu dalam proses undang-undang.

Namun kini sangat sedikit peguam yang dapat melibatkan diri.

Jelasnya, pada masa lalu, pergerakan peguam sangat terbatas seperti pertemuan yang terhad dengan pelanggan.

Selain itu, peguam terpaksa berhadapan dengan hakim yang enggan mempertimbangkan kenyataan pembelaan.

Namun kini, keadaan semakin sukar bagi peguam untuk mengambil kes yang melibatkan pengamal Falun Gong.

“Apabila firma guaman enggan menerima kes yang melibatkan Falun Gong, peguam tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Ujar Ming Tian lagi, PKC menggunakan strategi ‘lempar batu sembunyi tangan’ (berbuat jahat kepada orang lalu pura-pura tidak tahu).

Pertama, PKC secara rahsia mengarahkan pihak berkuasa kehakiman untuk mengeluarkan notis tidak rasmi kepada firma guaman.

Menerusi notis itu, peguam dilarang daripada menerima tugasan kes dan menangani prosiding undang-undang dengan berkesan.

Kedua, hakim dilarang memberitahu peguam mengenai perbicaraan mahkamah dan menyekat dokumen penting.

Sekiranya usaha untuk menghalang peguam gagal, pihak berkuasa tempatan akan enggan mengakui status sesuatu kes.

“Akibatnya, bilangan peguam yang benar-benar dapat mengambil kes yang melibatkan Falun Gong akan terhad,” kata Ming Tian.

Rakyat Memainkan Peranan

Menurut bekas peguam tanah besar Lai Jianping, penindasan Falun Gong di China semakin meningkat sepanjang tahun dengan pelbagai kaedah.

Ia adalah ‘pendidikan atheis PKC dan propaganda yang direka’ dalam ‘lingkuangan domestik yang menindas’.

Kesannya, orang awam menjauhi isu Falun Gong.

“Sikap enggan daripada penduduk ini menambah cabaran yang dihadapi oleh pengamal Falun Gong,” kata Lai Jianping kepada The Epoch Times.

Kata Lai Jianping lagi, walaupun terdapat bukti penuaian organ secara paksa dalam kalangan pengamal Falun Gong, tiada siapa yang endah.

Masyarakat antarabangsa terutamanya Barat seolah tutup mata akan isu kekejaman yang dilakukan PKC ini.

“Isu ini (penuaian organ secara paksa) masih lagi disembunyikan dan itu amat membimbangkan,” kata Lai Jianping.

Pakar yang menghadiri satu persidangan maya telah memperlihatkan bukti bahawa PKC secara rahsia membunuh tahanan.

Tindakan kejam itu dilakukan secara besar-besaran demi kepentingan industri pemindahan organ mereka.

Amalan tersebut terus berlanjutan sehingga ke hari ini dan ternyata mangsa utama ialah pengamal Falun Gong.

PKC Akan Jatuh Tidak Lama Lagi

Sejarawan China yang menetap di Australia Li Yuanhua, berkata kesedaran orang ramai tentang kekejaman kempen penindasan menakutkan PKC.

Ini kerana kebenaran itu sekali gus mendedahkan kekejaman parti pemerintah PKC.

Menurut Li Yuanhua, ketakutan PKC semakin jelas dengan penerbitan ‘Sembilan Komen’.

‘Sembilan Komen’ adalah siri editorial yang pertama kali diterbitkan dalam edisi Bahasa Cina The Epoch Times pada tahun 2004.

Siri itu mendedahkan sifat sebenar PKC.

Tambahan pula, siri ini telah mencetuskan gerakan akar umbi yang dikenali sebagai “Gerakan Tuidang” atau “Gerakan Keluar daripada PKC”.

Kesannya, lebih 423 juta rakyat China telah keluar daripada PKC dan organisasi yang berkaitan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pusat Perkhidmatan Global yang berpangkalan di Amerika (“Pusat Tuidang”).

Li Yuanhua percaya gerakan ini boleh menggoncangkan rejim PKC.

“Realitinya adalah pasaran saham China terus menurun.

“PKC tidak hanya berdepan dengan masalah ekonomi.

“Tetapi juga isu di dalam dan di luar negara seperti pergolakan politik dan diplomasi antarabangsa.

“PKC akan jatuh tidak lama lagi,” katanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI