Seorang pemilik kesal laman rumahnya dijadikan kebun cili oleh orang yang tidak diketahui siapakah gerangannya.

Pemilik rumah tersebut Wiwinsya memuat naik video di TikTok yang memaparkan sekitar laman rumahnya dipenuhi tanaman cili.
Menurut Wiwinsya, dia telah membeli rumah tersebut cuma masih dalam proses untuk tinggal di situ.
Kebiasaannya dua minggu sekali, Wiwinsya akan melawat dan melihat keadaan rumahnya itu.
Namun baru sebulan ini Wiwinsya tidak menjengah, rumahnya telah dijadikan kebun cili.
Difahamkan, penduduk di situ sudah pun menegur individu berkenaan namun tidak diendahkannya.
Wiwinsya berasa kesal kerana tambah penduduk setempat, individu yang menanam cili tersebut bukanlah penduduk di situ.
Individu itu malah bercadang untuk memberitahu sendiri pemilik rumah iaitu Wiwinsya tentang perkara tersebut namun tidak dilakukannya.
Menerusi ruang komen ternyata Wiwinsya berasa begitu kesal kerana individu terbabit tidak meminta izinnya untuk menanam cili di laman rumahnya.

Hal ini telah menimbulkan banyak maklum balas dalam kalangan warga siber di TikTok.
Masing-masing ada hujah, pendapat dan pengalaman tersendiri berkaitan rumah yang tidak berpenghuni.
Ada warga siber yang bersetuju dengan tindakan individu tersebut kerana dapat mengelakkan rumah itu daripada dijadikan sarang haiwan berbisa seperti ular.
Wiwinsya tidak menafikan ada benarnya pendapat tersebut.
Namun, menurutnya itu bukanlah ‘lesen’ untuk sesiapa melakukan sesuka hati terhadap rumahnya seperti menanam cili.
Dalam pada itu, ada warga siber yang berpendapat walaupun tuan rumah tidak membela rumahnya, itu adalah haknya sebagai tuan rumah.
Tiada sesiapa yang boleh melakukan sembarangan ke atas harta orang lain walaupun dilihat terbiar.
Bagi Wiwinsya, itulah perkara yang cuba disampaikannya namun telah disalah faham oleh segelintir warga siber.
Menurutnya baru kali itu dia tidak melawat rumahnya lantaran kesibukan harian.
Namun Wiwinsya tidak menyangka malah terkejut saat melihat rumahnya sudah dijadikan kebun cili.
Di sisi lain, ada warga siber yang memberi cadangan supaya Wiwinsya mencabut sahaja tanaman tersebut.
Wiwinsya walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana dia tidak mahu dibenci orang.

Dalam hal ini, pemilik rumah atau tanah terbiar seharusnya lebih menitikberatkan keadaan harta mereka yang tidak diselenggara dengan baik.
Tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan harta mereka sendiri dan penduduk setempat daripada perkara yang tidak diingini.
Antara perkara tersebut ialah demam denggi akibat pembiakan nyamuk aedes dan kebakaran akibat rumput kering atau pengumpulan bahan-bahan mudah terbakar.
Jika pemilik mementingkan kesejahteraan orang lain, maka hal-hal buruk seperti yang disebutkan dapat dielakkan.