Demonstrasi K9 oleh PDRM di sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor raih pujian warga siber yang rata-ratanya menyokong program itu.
Video yang dimuat naik di Instagram menerusi halaman My Forever Doggo itu memaparkan beberapa anggota polis melakukan demonstrasi bersama K9.
Para pelajar dan guru berkumpul di satu kawasan lapang sekolah untuk menyaksikan demonstrasi daripada PDRM.
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa pelajar mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.
Pelajar melemparkan satu objek kemudian anjing tersebut mengejar dan mendapatkan objek berkenaan.
Keberanian para pelajar yang mengambil bahagian dalam demonstrasi itu wajar dipuji.
Lebih-lagi seorang pelajar perempuan yang pada mulanya tidak berani namun dia gagahi jua.
Akhirnya pelajar perempuan berkenaan berjaya melakukan demonstrasi dengan sokongan anggota polis.
Unit anjing pengesan (K9), Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditubuhkan pada tahun 1968.
Baka German Shepherds, Labradors dan Malinois adalah antara jenis-jenis anjing yang digunakan oleh unit K9 PDRM.
Anjing-anjing berkenaan dilatih untuk membantu PDRM menyelesaikan pelbagai kes-kes tertentu.
Antaranya ialah rondaan cegah jenayah, serbuan operasi khas, pengesanan dadah, senjata api dan bahan letupan serta mayat manusia.
Demonstrasi yang diadakan di sekolah itu tidak hanya memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali lebih dekat lagi K9.
Malah membantu pelajar memahami kebolehan dan kepentingan anjing pengesan dalam menjaga keselamatan awam.
Selain itu, pelajar akan lebih peka terhadap isu keselamatan dan kepentingan penguatkuasaan undang-undang.
Tambahan pula, dengan mengetahui peranan K9, para pelajar dapat menghargai kerja keras pihak penguatkuasaan dan keterampilan anjing-anjing ini.
Secara tidak langsung ini boleh membantu membina hubungan positif antara masyarakat dan pasukan keselamatan.
Dengan adanya demonstrasi seperti ini, diharapkan para pelajar dapat lebih menghargai peranan penting K9 kepada masyarakat.