33.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaGempa bumi di Gansu korbankan lebih 120 orang

Gempa bumi di Gansu korbankan lebih 120 orang

Sekurang-kurangnya 127 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di Gansu, China pada 19 Disember 2023.

BBC

Gempa berskala 6.2 magnitud yang telah melanda wilayah pergunungan Gansu sekitar tengah malam Isnin itu turut menggegarkan negara jiran Qinghai.

Jumlah kematian mungkin meningkat dengan lebih 700 orang yang kini dilaporkan cedera dalam cuaca dingin.

Presiden China Xi Jinping telah mengerahkan ribuan krew penyelamat ke wilayah yang merupakan antara kawasan termiskin dan didiami pelbagai etnik di China.

Gempa bumi itu paling dahsyat sejak 2014, apabila lebih 600 orang terbunuh akibat gempa bumi yang berlaku di wilayah barat daya Yunnan.

Pada hari Selasa, rakaman TV tempatan dan sosial media menunjukkan seluruh kampung termasuk bangunan dan rumah musnah dalam kejadian gempa bumi itu.

Mangsa yang terselamat berkata gegaran itu dirasakan seperti ‘dilambung ombak’ dan mereka bergegas keluar dari rumah.

“Saya membangunkan keluarga saya dan kami bergegas turun dari tingkat 16,” kata En. Qin.

Pegawai tempatan di daerah Jishishan yang paling teruk terjejas berkata lebih 5,000 bangunan di kawasan itu telah rosak.

BBC

Gempa bumi di Gansu telah menyebabkan banjir lumpur seterusnya memusnahkan bangunan di wilayah berkenaan.

Selain itu, akibat tanah runtuh berpuluh-puluh jalan telah rosak.

Media China merakam kenyataan daripada seorang pengarah pasukan penyelamat Gansu yang mengatakan kebanyakan bangunan dan rumah yang musnah itu sudah uzur dan diperbuat daripada tanah liat.

Gansu terletak di antara dataran tinggi Tibet dan Loess dan bersempadan dengan Mongolia.

Wilayah terkecil itu adalah salah satu wilayah termiskin dan didiami oleh paling banyak etnik di China.

Pusat gempa bumi itu terletak di Wilayah Autonomi Linxia Hui, rumah kepada banyak kumpulan Muslim China, termasuk orang Hui, Bonan, Dongxiang dan Salar.

Pihak berkuasa China merekodkan gempa bumi itu berukuran 6.2 skala Richter.

Manakala US Geological Survey (USGS) pula mencatatkan bacaan 5.9 skala Richter dan kedalaman 10 kilometer (enam batu).

Kira-kira 10 gegaran susulan telah berlaku seperti yang dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan.

BBC

Pada hari Selasa, Xinjiang, wilayah barat Gansu, juga merekodkan bacaan gempa bumi berukuran 5.5 magnitud, namun tiada laporan segera mengenai kematian dibuat.

Akibat gempa bumi di Gansu itu, bekalan elektrik dan air terganggu dan ini menghalang usaha menyelamat.

Pegawai berkata mereka mempunyai masa yang terhad untuk menyelamatkan mangsa dalam keadaan suhu di bawah sifar darjah.

“Ia terlalu sejuk…-15C (di sini),” kata En. Wang Yi ketua komander Pasukan Penyelamat Blue Sky kepada BBC.

Blue Sky ialah pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan terbesar di China, dengan lebih 30,000 sukarelawan di seluruh negara.

Menurut En. Wang lagi, mereka menjangkakan jumlah korban akan meningkat.

“Kini kami perlu menggali lebih dalam (ke dalam runtuhan).

“Tetapi tiada bangunan besar di kawasan tersebut. Ia akan meningkat, tetapi tidak begitu banyak,” katanya.

“Semua usaha perlu dilakukan untuk mencari dan menyelamat, merawat mangsa yang cedera tepat pada masanya, dan meminimumkan korban,” kata Presiden Xi.

BBC

China terletak di kawasan di mana beberapa plat tektonik – terutamanya plat Eurasia, India dan Pasifik – bertemu. Kawasan itu memang terdedah kepada gempa bumi.

Pada 2010, 2,700 orang terkorban dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di Yushu yang terletak di wilayah Qinshai.

Manakala pada 2008, seramai 87,000 orang terkorban dalam kejadian yang sama yang berlaku di wilayah barat daya Sichuan.

Gempa bumi itu adalah yang paling dahsyat berlaku di China dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI