26 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 384

Mahaguru seni kaligrafi Cina berusia 83 tahun menerima anak murid sekali lagi, kali ini seorang wanita Melayu

0

Mengikuti arus zaman dengan semakin ramai orang berfikiran terbuka dan logik, terdapat kalangan ibu bapa berbangsa Melayu atau India di Malaysia yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Cina, dan begitu sebaliknya dengan harapan anak-anak mereka dapat menguasai lebih daripada satu bahasa dalam pertuturan seharian.

Tidak kira dari negara mana pun. Apabila seseorang daripada kalangan bangsa lain itu berminat untuk mempelajari bahasa ibunda bangsa lain, maka akan timbul perasaan bangga dalam diri mereka yang fasih dalam bahasa ibunda sendiri. Apatah lagi sekiranya kita berada di Malaysia, Bahasa Melayu dan Inggeris itu adalah wajib dipelajari, dan amat bertuah sekiranya seseorang itu dapat mempelajari bahasa ibunda bangsa lain seperti Cina dan India. 

Seperti anak murid kepada mahaguru kaligrafi Cina berusia 83 tahun ini yang ingin mempelajari bahasa dan perkataan Cina dalam seni kaligrafi Cina yang biasa dilakar di tanglung dan beliau berbangsa Melayu.

Azizah Mokhsan, berusia 38 tahun sama sekali tidak memahami Bahasa Mandarin atau apa-apa pun perkataan Cina pada mulanya. Secara kebetulan dua tahun lalu, beliau bertemu dengan mahaguru kaligrafi Cina dan pelukis tanglung, Cheng Ho Chung berusia 83 tahun, dan wanita ini menjadi tertarik dengan seni kaligrafi Cina.

Setahun kemudian, Azizah secara rasmi berjumpa dengan mahaguru Cheng dan memintanya mengajar seni kaligrafi Cina, dengan memulakannya melalui cara memegang berus dengan betul dan membuat lakaran kaligrafi di kertas biasa, dan memerhatikan Cheng menulis perkataan.

Azizah bekerja di sebuah kedai penyaman udara di Jalan Raya, Kulai Besar sejak dua tahun yang lalu, dan kedai ini terletak di sebelah kedai basikal yang diuruskan oleh anak lelaki Cheng. Hampir setiap hari, Cheng akan menulis kaligrafi di hadapan kedai itu atau melakar perkataan di tanglung merah.

Cheng berkata ketika Azizah mula bekerja di kedai penyaman udara, mereka agak pendiam dan tidak banyak bersapa. Namun, tidak lama kemudian ketika semua orang mula menjadi mesra dengannya, Cheng mendapati Azizah merupakan seorang pekerja yang gigih dan baik hati. Azizah sering mendekatinya dan memerhatikannya menulis kaligrafi dengan penuh minat.

Jadi dengan santai sahaja Cheng bertanya kepada Azizah sama ada beliau ingin belajar kaligrafi Cina daripadanya. Setelah Azizah menyatakan kesediaannya untuk belajar, Cheng yang sudah lama tidak mengajar kaligrafi selama bertahun-tahun, telah memutuskan untuk menerima perantis lain, dan Azizah adalah anak murid wanita Melayu pertama.

Melihat mahaguru Cheng Ho Chung menulis kaligrafi di tanglung, Azizah menjadi amat tertarik dengan perkataan Cina yang membawa maksud kemakmuran, kesihatan dan kekayaan.

Dalam temu bual bersama media, Azizah berkata apabila dapat mempelajari kaligrafi dengan mahaguru Cheng adalah sangat bertuah. Azizah mendapat tahu bahawa mahaguru Cheng adalah seorang guru kaligrafi terkenal setelah secara rasmi belajar seni kaligrafi itu daripadanya. Ramai pelajar yang telah berguru dengannya termasuk tiga orang anaknya, juga masih ramai yang mencarinya untuk mempelajari teknik menulis kaligrafi yang betul.

Cheng amat cintakan seni kaligrafi. Bersempena perayaan Tahun Baru Cina pada setiap tahun, Cheng akan menulis perkataan kaligrafi itu di tanglung dan menerima tempahan pelanggan, dan kadang-kadang beliau akan mengajar cucunya menulis kaligrafi. 

Azizah amat tertarik mempelajari kaligrafi Cina dengan menggunakan mata dan telinganya ekoran tidak pandai berbahasa Mandarin. Azizah akan memanfaatkan masa terluang ketika ketiadaan pelanggan di kedai penyaman udara dan berjalan keluar di sebelah untuk belajar menulis kaligrafi daripada gurunya.

Azizah mengakui ramai orang ingin tahu terutama pelanggan Cheng yang agak terkejut apabila mendapati beliau mempelajari kaligrafi Cina, tetapi mengatakan beliau hanya seorang pelajar yang baru belajar memegang berus dengan betul dan dapat meniru cara gurunya mengalun perkataan pada setiap kali diajar.

Katanya dengan dorongan mahaguru Cheng, beliau kini lebih memahami perkataan Cina, juga berminat untuk mempelajari bahasa Mandarin dan telah mendaftarkan diri untuk kursus bahasa itu di Skudai bagi memperluaskan pemahamannya dalam seni berkenaan.

Menurut Azizah, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa pada masa ini, beliau mempelajari Bahasa Mandarin secara dalam talian dengan seorang guru Bahasa Melayu yang turut mengajar Bahasa Mandarin secara percuma.

Sambil ketawa, Azizah berkata masih banyak perkara yang beliau perlu pelajari. Azizah hanya boleh memahami dan menguasai beberapa patah perkataan dalam Bahasa Mandarin yang mudah dan tidak sepenuhnya, apatah lagi dengan perkataan yang rumit. Atas alasan itu, maka ia menjadi sebab mengapa Azizah perlu lebih banyak belajar. 

Azizah percaya bahawa perkara yang paling penting dalam apa juga pembelajaran adalah minat kerana ia akan memberi hasil dan kemajuan. Selain faktor pendorong lain iaitu adik perempuan dan abang iparnya di Melaka boleh bertutur dan memahami Bahasa Mandarin.

Menurut Azizah, tidak kira sama ada mempelajari Bahasa Mandarin atau kaligrafi Cina, ia adalah satu pengalaman baru buatnya dan beliau berasa amat bertuah dapat mengenali pelbagai bahasa dan meluaskan pengetahuan.

Terus terang Azizah berkata seni kaligrafi Cina tidak mudah untuk dipelajari. Di samping itu, Azizah tidak memahami banyak perkataan Cina atau Bahasa Mandarin. Sering terdapat banyak kesalahan yang panjang dan pergerakan kaligrafi yang salah. Kadangkala ketika meniru cara mahaguru menulis pun beliau masih membuat kesalahan, yang sering menjadi masalah dalam pembelajarannya.

Namun kata Azizah, “Semua ini tidak menghalang keinginan saya untuk terus belajar. Nasib baik saya bertemu dengan mahaguru. Saya juga berterima kasih kepadanya kerana telah memilih saya sebagai pelajarnya untuk terus memberi bimbingan tanpa mengira bangsa. Saya berharap di bawah bimbingan mahaguru, saya dapat mempelajari seni ini dengan lebih baik.”

Gelagat kucing ‘rampas’ duit RM10 dan tolak duit RM1 buat ramai terhibur. Kucing pun mata duitan ya?

0

Mata duitan atau dalam bahasa Inggerisnya adalah ‘gold digger’ seringkali digambarkan oleh seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang ringgit. Menyebut tentang seseorang, ia pasti dikaitkan dengan manusia. Tetapi pernahkah anda melihat makhluk ciptaan Tuhan yang lain seperti kucing memiliki sifat tamakkan wang?

Ya, ada kucing yang mata duitan! Misalnya seperti dalam video pendek ini yang memaparkan perbualan seorang wanita bersama kucing peliharaannya. Pada awal video, wanita ini yang membahasakan dirinya sebagai Kakak telah merakamkan gelagat kucingnya yang dipanggil Adik yang sedang tidur. 

Menurut Kakak, Adik terbukti seekor kucing yang sukakan wang ringgit apabila dia telah melakukan ujian kecil kepada kucing kesayangannya itu. Pada mulanya, Adik yang sedang tidur mula terjaga apabila mendengar suara kakaknya itu. Apabila Kakak menghulurkan sekeping wang kertas bernilai RM1, Adik hanya mendiamkan diri dan terus menutup matanya. Lebih melucukan lagi, Adik terus mengalihkan kaki hadapannya seolah-olah tidak mahu menyentuh wang kertas yang bernilai rendah itu!

Amboi! 

Kakak kemudian kembali dengan membawa sekeping wang kertas bernilai RM5. Kakak menghulurkan wang itu kepada Adik yang kemudiannya terus mengambil sambil mencium wang tersebut. 

“Oh kalau Kakak nak peluk tak bagi, bagi duit nak pulak”. 

Tidak lama kemudian, Kakak menghulurkan wang kertas berwarna merah yang bernilai RM10 kepada Adik. Sepertimana kanak-kanak 5 tahun lain, Adik terus ‘merampas’ duit tersebut daripada tangan wanita ini sekali gus membuatkan si Kakak terkejut dan mentertawakannya. 
Kelakuan Adik persis kanak-kanak yang tidak sabar untuk membuka sampul duit raya. Comel betul! Apa agaknya yang Adik nak beli ya dengan duit sebanyak itu? 

COVID-19 : PM Muhyiddin Yassin, Tan Sri Dr Noor Hisham terima dos pertama suntikan vaksin

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama yang menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Ia kemudiannya diikuti dengan suntikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kedua-duanya telah menerima suntikan tersebut di Klinik Kesihatan Putrajaya pada 24 Februari, iaitu ketika hari pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kementerian Kesihatan/Twitter

Turut menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech tersebut adalah empat kakitangan Kementerian Kesihatan.

Proses tersebut dikendalikan oleh jururawat daripada Klinik Kesihatan presint 9 dan 11, Putrajaya. Sebelum menerima suntikan, mereka turut diberikan penerangan sebelum menandatangani borang persetujuan.

Penerimaan suntikan pertama itu disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media termasuk di media sosial.

Kementerian Kesihatan/Twitter

Ia bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran yang menyeluruh tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula secara rasmi pada 24 Februari.

Sebaik menerima suntikan, Muhyiddin dibawa ke ruangan khas, menunggu selama kira-kira 15 hingga 30 minit untuk memantau sekiranya berlaku reaksi susulan seperti alahan atau simptom lain.

Turut hadir menyaksikan proses suntikan itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Peraduan namakan anak tapir, 99 Wonderland Park tawar hadiah lumayan RM10,000

0

Taman rekreasi, 99 Wonderland Park menawarkan sejumlah RM10,000 kepada pemenang yang berjaya menamakan anak tapir yang baru dilahirkan pada 6 Februari lalu.

Menurut pemiliknya, Datuk Seri Jeff B. K. Lee, peraduan Namakan Anak Tapir Kami itu dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk meraikan kelahiran anak tapir tersebut.

Tambah beliau, pihaknya mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim untuk meminjam dan mempamerkan sepasang tapir Malaysia.

99 Wonderland Park/Facebook

Pasangan tapir atau tenuk dengan nama saintifiknya ‘Tapirus indicus’ tersebut dikenali sebagai Mr Junior dan Puan Peradong dipamerkan di taman berkeluasan 23 ekar itu bermula Januari tahun lalu.

“Selepas lebih setahun dipelihara dan dipamerkan di sini, Puan Peradong melahirkan anaknya yang seperti semua tahu ia masih belum dinamakan”.

“Kami serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menamakannya. Nama yang dipilih nanti akan diumumkan dan pemenang akan diberikan ganjaran wang tunai RM10,000 yang dijanjikan”, katanya.

Pemenang peraduan tersebut difahamkan akan diumumkan pada 27 April kelak bersempena dengan perayaan Hari Tapir Sedunia.

Harian Metro

Menurut laporan, spesies tapir Malaysia tersebut merupakan spesies tapir terbesar di dunia. Kebiasaannya, tapir betina akan melahirkan anak purata 2 tahun sekali.

Untuk tempoh kehamilan pula, tapir jenis ini memakan masa selama 390 hingga 403 hari dengan berat anaknya adalah sekitar 6.9 kilogram.

Berminat untuk sertai? Kunjungi Facebook atau laman web 99 Wonderland Park untuk maklumat lanjut.

Jururawat Indonesia meninggal dunia selepas terima suntikan vaksin COVID-19 buatan China

0

Seorang jururawat dari Indonesia disahkan meninggal dunia selepas 17 hari diberi suntikan vaksin dengan dos pertama CoronaVac buatan negara China di Jawa Timur, lapor media Indonesia.

Erny Kusuma Sukma Dewi, 33 tahun, yang disahkan positif virus PKC atau COVID-19 telah dirawat di sebuah hospital, tetapi kemudian meninggal dunia. 

Rakan sekerja dan sahabat-sahabat Erny Kusuma yang lain telah diuji negatif daripada virus tersebut, sementara suaminya disahkan positif tanpa gejala, menurut Endah Woro Utami, Presiden Hospital Umum Wilayah Ngudi Waluyo di Daerah Blitar, hospital di mana Erny Kusuma bertugas.

Vaksin CoronaVac yang dibangunkan oleh firma Sinovac Biotech dari China pada 24 Februari 2021 setiba di Bangkok, Thailand (Gambar oleh Lillian Suwanrumpha / AFP / Getty Images)

“Suhu badannya normal dan dia tidak mempunyai sejarah penyakit. Dia masih muda dan sihat sebelum diberi vaksin,” Utami memberitahu Kompas Indonesia pada 21 Februari.

Jururawat itu merawat pesakit COVID-19 di hospital berkenaan sebelum dirinya sendiri jatuh sakit.

Kerajaan Indonesia telah memulakan program vaksinasi nasional untuk semua petugas kesihatan dalam membasmi pandemik COVID-19. Sebagai seorang profesional perubatan, Erny Kusuma menerima suntikan pertama vaksin CoronaVac pada 28 Januari.

Sebelum jururawat ini menerima suntikan kedua pada 5 Februari, Erny Kusuma mengalami demam, batuk, dan kesukaran bernafas. Erny Kusuma kemudian mengunjungi hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan. 

Pada 6 Februari, keadaannya bertambah buruk dan dia dipindahkan ke hospital tempat dia bekerja, menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sehingga disahkan meninggal dunia pada 14 Februari, menurut Utami.

Utami mengatakan Erny Kusuma meninggal dunia kerana COVID-19 tetapi tidak mengatakan bila dia disahkan positif jangkitan.

Setiausaha Kesatuan Nasional Jururawat Indonesia cawangan Blitar mengesahkan dalam akaun Utami ketika beliau bercakap dengan CNN Indonesia pada 22 Februari.

Baik Endah Woro Utami mahupun setiausaha itu, mereka menyatakan Erny Kusuma Dewi mungkin telah dijangkiti virus dan kerana menerima suntikan vaksin. Mereka memberitahu Erny mengunjungi bandar lain setelah menerima vaksinasi. 

Selain suami Erny dan pesakitnya, tidak ada seorang pun yang menjadi kontak rapat dengan Erny telah didapati positif dengan virus PKC itu. Utami berkata tidak mungkin Erny telah mendapat jangkitan di hospital.

CoronaVac dibangun dan dihasilkan oleh Sinovac Biotech yang berpangkalan di Beijing, China.

Petugas kesihatan ketika menunjukkan suntikan dos vaksin CoronaVac semasa kempen vaksinasi di Ankara, Turki pada 27 Januari, 2021. (Gambar oleh Adem ALTAN / AFP / Getty Images)

Sinovac menjalankan percubaan vaksin klinikal peringkat akhir di Brazil yang hanya terbukti mempunyai keberkesanan sebanyak 50.4% — hampir tidak mencapai lebih 50% menurut piawaian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk mendapat kelulusan di sisi undang-undang. 

Kadar yang jauh lebih rendah daripada vaksin yang dibangunkan di Amerika Syarikat dengan jenama Pfizer-BioNTech iaitu sebayak 95 peratus, dan Moderna pada kadar keberkesanan 94.1 peratus.

Pada bulan Oktober 2020, Presiden Brazil Jair Bolsonaro mempertikaikan  keberkesanan vaksin keluaran negara China dengan menulis di media sosial, “Warga Brazil tidak akan menjadi tikus makmal (bahan uji) orang lain.”

Telatah ayam sengaja cari pasal, patuk kucing sedang santai buat netizen geli hati. “Tak pasal-pasal kena lempang..”

0

Kita umumnya mengetahui bahawa haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing misalnya boleh mengekspresikan perasaan mereka.

Namun apa yang kita mungkin tidak tahu adalah, ayam juga mempunyai perasaan.

Foto hiasan/Pixabay

Ini kerana menurut sumber, ayam yang gembira akan menjadi aktif dan mencakar permukaan tanah ataupun rumput.

Malah mereka juga akan berjemur di bawah panas matahari jika sedang gembira. Sungguh tidak disangka-sangka bukan?

Tetapi apa kes pula dengan dua ekor ayam menerusi video di bawah ini? Cuba anda lihat :

@anthraxxxx/Twitter

Jelas kelihatan dua ekor ayam terbabit dengan sengaja mencari gaduh dan mematuk seekor kucing yang sedang berehat.

Apa agaknya salah kucing itu ya?

@anthraxxxx/Twitter

Berasa geram kerana sengaja mengganggu, kucing itu kemudian bertindak membuat serangan balas. “Tak pasal-pasal kena lempang”, komen seorang netizen.

Ayam sebenarnya merupakan haiwan yang suka bersosial dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

@anthraxxxx/Twitter

Mereka juga sering terlibat dengan kelakuan ‘kurang bijak’ sebegini, menurut sumber.

Patutlah ayam-ayam itu cari pasal!

Wanita pemurah beri tip RM1,000 kepada ‘rider’ Foodpanda. “Doakan akak dapat zuriat”..

0

Khidmat penghantaran makanan menjadi salah satu aktiviti perniagaan yang agak penting juga dalam kalangan masyarakat masa kini.

Malah para penghantar juga rajin dalam mencari rezeki. Tidak kira berhujan mahupun berpanas, mereka tetap berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.

Oleh kerana itu, seorang wanita ini bertindak memberikan satu bentuk penghargaan yang cukup bermakna buat seorang penghantar makanan Foodpanda.

Penghantar tersebut, Muhammad Faris Faizul sendiri berkongsi kisah tersebut di laman Facebook FoodPanda Rider Malaysia, di mana dia mendapat tip berjumlah RM1,000!

“Alhamdulillah rezeki petang tadi. Terkejut macam nak melompat daripada motosikal pun ada”, tulis beliau yang berasa sangat terharu dan bersyukur.

Mana tidaknya, dia sendiri tidak menyangka bahawa nilai tip yang diberikan sebanyak itu. “Sebab selalu juga pelanggan bagi tip dalam sampul. Cuma kali ini terkejut bila buka sampul itu”.

Wanita yang menjadi pelanggannya itu pada mulanya meninggalkan mesej agar Faris masuk ke dalam kawasan rumah dan meletakkan makanan yang dipesannya.

“Lepas itu, adik angkat mangkuk dekat atas meja putih. Ada sampul, adik ambil ye. Terima kasih”, tulis wanita tersebut.

Sebaik sahaja sampai ke lokasi rumah pelanggan berkenaan, Faris mengikuti sahaja arahan wanita itu. Namun alangkah terperanjatnya dia apabila membuka sampul itu.

“Kak, betul ke ini? Tak main-main bukan? Sebab ada RM1,000 di dalam itu”, balas Faris pada pelanggannya.

“Ye dik, rezeki adik. Doakan akak dapat zuriat. Nanti kongsilah dengan kawan-kawan adik ye. Minta mereka doakan akak semoga cepat dapat zuriat. Hati-hati”.

Wang tunai berjumlah RM1,000 bukanlah satu jumlah yang sedikit. Ternyata wanita pemurah tersebut tidak berkira dan tidak mengharapkan balasan. Cukuplah doa untuknya dikurniakan zuriat.

“Mohon kawan-kawan rider doakan akak ini, semoga cepat dapat zuriat dengan izin Allah SWT.. In Sha Allah”, akhiri Faris dalam perkongsiannya.

Bayi 2 tahun maut ekoran renjatan setelah masukkan sudu besi ke dalam wayar sambungan elektrik

0

Seorang bayi lelaki berusia 2 tahun dari Quezon City, Filipina dilaporkan meninggal dunia setelah terkena renjatan elektrik.

Menurut laporan berita tempatan, mangsa terkena renjatan setelah memasukkan sudu besi ke dalam wayar sambungan.

Semasa kejadian, ibu mangsa bernama Eloisa sedang membancuh susu untuk anaknya itu. dia kemudian membiarkan sudu yang biasa digunakannya sehingga ia dicapai oleh mangsa.

“Ketika saya sedang membuka pintu, saya terdengar bunyi meletup. Saya sangat cemas dan merasakan ada sesuatu telah jatuh”.

“Suami saya pula menjerit dan memberitahu anak kami, Jake rebah ke lantai kerana terkena renjatan”, ujarnya.

Mangsa, Jake Angara dilaporkan telah dikebumikan pada 23 Februari yang lepas.

Susulan insiden ini, orang ramai dinasihati untuk memantau anak-anak khususnya yang masih kecil. Pastikan mereka tidak mempunyai akses mudah kepada barangan elektrik.

Peka dengan keadaan sekeliling untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku.

MySejahtera versi terbaru membolehkan pengguna daftar vaksinasi, berikut adalah langkahnya..

0

Umum mengetahui bahawa negara kita telah melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada 24 Februari, dengan fasa pertama dimulakan dengan para petugas barisan hadapan.

Memandangkan kerajaan menggunakan mekanisme sukarela untuk menerima vaksin, maka individu yang berminat untuk divaksin perlu membuat pendaftaran, melalui 5 saluran berikut :

  • Aplikasi MySejahtera
  • Laman web khas – www.vaksincovid.gov.my
  • Talian hotline
  • Hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta
  • Menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman

Dan untuk pengetahuan semua, aplikasi MySejahtera kini sudah boleh dikemaskini bagi membolehkan pengguna mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

Untuk memudahkan anda, berikut merupakan panduan dan langkah untuk mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

1. Kemas kini aplikasi MySejahtera kepada versi terbaru iaitu 1.0.28

2. Buka aplikasi dan pergi ke laman utama. Tekan pada kolum ‘COVID-19 Vaccination’

3. Kemudian tekan pada kolum ‘Vaccine for XXXXXXX’ (nama anda). Periksa butiran peribadi anda dan sahkan

4. Sahkan pendaftaran anda. Setelah itu, tekan pada butang ‘Next’

5. Laman itu kemudian menjelaskan bahawa program vaksinasi di Malaysia kini berada pada fasa pertama.

Pastikan anda mengaktifkan notifikasi daripada aplikasi MySejahtera kerana aplikasi itu akan memberitahu anda jika program itu sudah dibuka untuk orang ramai (Fasa ketiga).

6. Anda boleh tekan pada ‘CLICK HERE’ dan kemudian jawab keempat-empat soalan yang dipaparkan.

7. Akhir sekali hantarkan dengan menekan pada butang ‘Submit’.

Idea tukarkan ruang bawah tangga jadi rumah kucing tarik minat netizen. Bukan saja cantik malah tampak kemas!

0

Para pemilik haiwan peliharaan seperti kucing misalnya pasti mementingkan aspek keselesaan, bukan? Tentulah kita mahu kucing yang dibela hidup dengan gembira.

Oleh kerana ramai di antara kita yang lebih cenderung untuk membela kucing di dalam rumah, maka sangkar sering kali menjadi solusi.

Namun perkongsian kali ini pasti membuka mata anda semua, di mana selain dijadikan ruang penyimpanan atau stor, ruang bawah tangga juga boleh dijadikan rumah kucing.

Jom lihat foto-foto di bawah, yang dikongikan oleh akaun Facebook SB ini :

Cantik dan kemas juga bukan? Selain memberikan keselesaan, ia juga menyediakan kucing dengan keperluan dan ruang mencukupi untuknya.

Menurut pakar, kucing domestik rata-ratanya memerlukan ruang minimum 18 kaki persegi dan jumlah keluasan ini perlu digandakan jika anda membela dua ekor kucing.

Selain itu, susun atur yang sesuai juga agak penting memandangkan kucing agak aktif dan suka memanjat.

Dengan adanya rumah kucing sebegini, kita bolehlah melihat aktiviti mereka menerusi dinding kaca itu. Senanglah mahu pantau!