Seorang jururawat dari Indonesia disahkan meninggal dunia selepas 17 hari diberi suntikan vaksin dengan dos pertama CoronaVac buatan negara China di Jawa Timur, lapor media Indonesia.
Erny Kusuma Sukma Dewi, 33 tahun, yang disahkan positif virus PKC atau COVID-19 telah dirawat di sebuah hospital, tetapi kemudian meninggal dunia.
Rakan sekerja dan sahabat-sahabat Erny Kusuma yang lain telah diuji negatif daripada virus tersebut, sementara suaminya disahkan positif tanpa gejala, menurut Endah Woro Utami, Presiden Hospital Umum Wilayah Ngudi Waluyo di Daerah Blitar, hospital di mana Erny Kusuma bertugas.
“Suhu badannya normal dan dia tidak mempunyai sejarah penyakit. Dia masih muda dan sihat sebelum diberi vaksin,” Utami memberitahu Kompas Indonesia pada 21 Februari.
Jururawat itu merawat pesakit COVID-19 di hospital berkenaan sebelum dirinya sendiri jatuh sakit.
Kerajaan Indonesia telah memulakan program vaksinasi nasional untuk semua petugas kesihatan dalam membasmi pandemik COVID-19. Sebagai seorang profesional perubatan, Erny Kusuma menerima suntikan pertama vaksin CoronaVac pada 28 Januari.
Sebelum jururawat ini menerima suntikan kedua pada 5 Februari, Erny Kusuma mengalami demam, batuk, dan kesukaran bernafas. Erny Kusuma kemudian mengunjungi hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan.
Pada 6 Februari, keadaannya bertambah buruk dan dia dipindahkan ke hospital tempat dia bekerja, menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sehingga disahkan meninggal dunia pada 14 Februari, menurut Utami.
Utami mengatakan Erny Kusuma meninggal dunia kerana COVID-19 tetapi tidak mengatakan bila dia disahkan positif jangkitan.
Setiausaha Kesatuan Nasional Jururawat Indonesia cawangan Blitar mengesahkan dalam akaun Utami ketika beliau bercakap dengan CNN Indonesia pada 22 Februari.
Baik Endah Woro Utami mahupun setiausaha itu, mereka menyatakan Erny Kusuma Dewi mungkin telah dijangkiti virus dan kerana menerima suntikan vaksin. Mereka memberitahu Erny mengunjungi bandar lain setelah menerima vaksinasi.
Selain suami Erny dan pesakitnya, tidak ada seorang pun yang menjadi kontak rapat dengan Erny telah didapati positif dengan virus PKC itu. Utami berkata tidak mungkin Erny telah mendapat jangkitan di hospital.
CoronaVac dibangun dan dihasilkan oleh Sinovac Biotech yang berpangkalan di Beijing, China.
Sinovac menjalankan percubaan vaksin klinikal peringkat akhir di Brazil yang hanya terbukti mempunyai keberkesanan sebanyak 50.4% — hampir tidak mencapai lebih 50% menurut piawaian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk mendapat kelulusan di sisi undang-undang.
Kadar yang jauh lebih rendah daripada vaksin yang dibangunkan di Amerika Syarikat dengan jenama Pfizer-BioNTech iaitu sebayak 95 peratus, dan Moderna pada kadar keberkesanan 94.1 peratus.
Pada bulan Oktober 2020, Presiden Brazil Jair Bolsonaro mempertikaikan keberkesanan vaksin keluaran negara China dengan menulis di media sosial, “Warga Brazil tidak akan menjadi tikus makmal (bahan uji) orang lain.”