Biasanya apabila terlalu letih ketika belajar atau bekerja, ada antara anda yang tertidur di atas meja dengan tidak perasan meninggalkan kesan himpit di mana-mana pipi atau dahi dengan apa sahaja objek rawak yang berada di sekelingnya.
Tetapi mungkin bukan kesan objek rawak dengan ‘cap cicak’ di pipi, dan yeww.. gelinya!
Baru-baru ini, dua gambar yang di muat naik dari laman sosial di Taiwan, “The King of Hualien” menjadi tular di laman Twitter milik pengguna dari Malaysia jackson Lu @menlin_fitri.
Gambarnya yang tidak sebanyak mana tetapi yang dua itu sudah cukup memberitahu, dan rasanya semua orang boleh faham, kalau tidak diletak kapsyen sekalipun.
Spontan rasa hendak tergelak sambil rasa geli pada masa sama tentang bagaimana seorang budak lelaki yang baru bangkit dengan wajah keliru daripada tidur siang dari meja belajarnya dengan kesan cap cicak di pipi.
Dia mungkin terlalu letih ketika membuat kerja sekolahnya dan kesan cicak di pipi dan cicak leper dihimpit di atas buku latihan membuktikannya, bahawa budak lelaki ini adalah pelajar yang gigih dan berpotensi cemerlang!
Cicak tidak bersalah itu sedang suci hati ‘menemaninya’ membuat kerja sekolah tetapi malangnya budak lelaki ini secara tidak sengaja tertidur di atasnya dan menghimpitnya menjadi leper.
Terbayang pula, cicak ini tidak berbunyikah?
“The King of Hualien’ menyiarkan gambar ini di Taiwan pada bulan Mei tahun lalu, tetapi kita di Malaysia yang rata-rata anti-cicak secara amnya sudah pasti boleh faham reaksi menghempap pipi ke atas seekor cicak, sementara yang lain sudah tentu berasa lucu.
Paling biasa, sudah tentu ramai yang akan membangkitkan lawak ‘Cicak Man’.
Budak lelaki ini pasti sangat mengantuk sehingga dia tidak sedar sedang tidur di atas cicak.
Harap cicak itu tidaklah berasa sakit ketika dihempap oleh pipi pelajar gigih ini, semoga dia pergi dalam aman…