26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiWanita pemurah beri tip RM1,000 kepada ‘rider’ Foodpanda. “Doakan akak dapat zuriat”..

Wanita pemurah beri tip RM1,000 kepada ‘rider’ Foodpanda. “Doakan akak dapat zuriat”..

Khidmat penghantaran makanan menjadi salah satu aktiviti perniagaan yang agak penting juga dalam kalangan masyarakat masa kini.

Malah para penghantar juga rajin dalam mencari rezeki. Tidak kira berhujan mahupun berpanas, mereka tetap berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.

Oleh kerana itu, seorang wanita ini bertindak memberikan satu bentuk penghargaan yang cukup bermakna buat seorang penghantar makanan Foodpanda.

Penghantar tersebut, Muhammad Faris Faizul sendiri berkongsi kisah tersebut di laman Facebook FoodPanda Rider Malaysia, di mana dia mendapat tip berjumlah RM1,000!

“Alhamdulillah rezeki petang tadi. Terkejut macam nak melompat daripada motosikal pun ada”, tulis beliau yang berasa sangat terharu dan bersyukur.

Mana tidaknya, dia sendiri tidak menyangka bahawa nilai tip yang diberikan sebanyak itu. “Sebab selalu juga pelanggan bagi tip dalam sampul. Cuma kali ini terkejut bila buka sampul itu”.

Wanita yang menjadi pelanggannya itu pada mulanya meninggalkan mesej agar Faris masuk ke dalam kawasan rumah dan meletakkan makanan yang dipesannya.

“Lepas itu, adik angkat mangkuk dekat atas meja putih. Ada sampul, adik ambil ye. Terima kasih”, tulis wanita tersebut.

Sebaik sahaja sampai ke lokasi rumah pelanggan berkenaan, Faris mengikuti sahaja arahan wanita itu. Namun alangkah terperanjatnya dia apabila membuka sampul itu.

“Kak, betul ke ini? Tak main-main bukan? Sebab ada RM1,000 di dalam itu”, balas Faris pada pelanggannya.

“Ye dik, rezeki adik. Doakan akak dapat zuriat. Nanti kongsilah dengan kawan-kawan adik ye. Minta mereka doakan akak semoga cepat dapat zuriat. Hati-hati”.

Wang tunai berjumlah RM1,000 bukanlah satu jumlah yang sedikit. Ternyata wanita pemurah tersebut tidak berkira dan tidak mengharapkan balasan. Cukuplah doa untuknya dikurniakan zuriat.

“Mohon kawan-kawan rider doakan akak ini, semoga cepat dapat zuriat dengan izin Allah SWT.. In Sha Allah”, akhiri Faris dalam perkongsiannya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI