Seorang bayi lelaki berusia 2 tahun dari Quezon City, Filipina dilaporkan meninggal dunia setelah terkena renjatan elektrik.
Menurut laporan berita tempatan, mangsa terkena renjatan setelah memasukkan sudu besi ke dalam wayar sambungan.
Semasa kejadian, ibu mangsa bernama Eloisa sedang membancuh susu untuk anaknya itu. dia kemudian membiarkan sudu yang biasa digunakannya sehingga ia dicapai oleh mangsa.
“Ketika saya sedang membuka pintu, saya terdengar bunyi meletup. Saya sangat cemas dan merasakan ada sesuatu telah jatuh”.
Eloisa Acay Angara/Facebook
“Suami saya pula menjerit dan memberitahu anak kami, Jake rebah ke lantai kerana terkena renjatan”, ujarnya.
Mangsa, Jake Angara dilaporkan telah dikebumikan pada 23 Februari yang lepas.
Eloisa Acay Angara/Facebook
Susulan insiden ini, orang ramai dinasihati untuk memantau anak-anak khususnya yang masih kecil. Pastikan mereka tidak mempunyai akses mudah kepada barangan elektrik.
Peka dengan keadaan sekeliling untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku.