32 C
Kuala Lumpur
Friday, April 23, 2021
Utama Nasional COVID-19 : PM Muhyiddin Yassin, Tan Sri Dr Noor Hisham terima dos...

COVID-19 : PM Muhyiddin Yassin, Tan Sri Dr Noor Hisham terima dos pertama suntikan vaksin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama yang menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Ia kemudiannya diikuti dengan suntikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kedua-duanya telah menerima suntikan tersebut di Klinik Kesihatan Putrajaya pada 24 Februari, iaitu ketika hari pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kementerian Kesihatan/Twitter

Turut menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech tersebut adalah empat kakitangan Kementerian Kesihatan.

Proses tersebut dikendalikan oleh jururawat daripada Klinik Kesihatan presint 9 dan 11, Putrajaya. Sebelum menerima suntikan, mereka turut diberikan penerangan sebelum menandatangani borang persetujuan.

Penerimaan suntikan pertama itu disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media termasuk di media sosial.

Kementerian Kesihatan/Twitter

Ia bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran yang menyeluruh tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula secara rasmi pada 24 Februari.

Sebaik menerima suntikan, Muhyiddin dibawa ke ruangan khas, menunggu selama kira-kira 15 hingga 30 minit untuk memantau sekiranya berlaku reaksi susulan seperti alahan atau simptom lain.

Turut hadir menyaksikan proses suntikan itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

TREN TERKINI