Lelaki tersebut yang menggunakan nama akaun @azusagakuyuki di Twitter setakat ini telah pun menerima lebih 17,000 pengikut!
Dia kerap dilihat menunggang dan bergaya di hadapan pelbgagai jenis motosikal. Tembelang lelaki tersebut akhirnya pecah apabila netizen berjaya melihat pantulan imej sebenarnya di cermin.
Sebaik sahaja helmetnya dibuka, jelas kelihatan susuk tubuh seorang lelaki berusia 50-an! Apabila ditanya bagaimana fotonya kelihatan seperti gadis, jelas Azusa, FaceApp adalah jawapannya.
Dedahnya, dia berbuat demikian kerana mahu berkongsi minat terhadap motosikal namun dia sedar tiada siapa yang berminat untuk mengetahui kisah seorang lelaki berusia.
Jadi atas sebab itulah, dia memutuskan untuk mentransformasikan dirinya menjadi seorang gadis cantik menggunakan aplikasi agar dapat menarik minat netizen.
Kerap kali kita dengar pengorbanan ibu bapa terhadap kejayaan anak-anaknya. Namun kali ini, seorang datuk pula sanggup melakukan perkara yang sama terhadap cucu tersayang.
Di India, seorang lelaki warga emas yang merupakan pembawa beca bernama Deshraj Ji dilaporkan telah menjual satu-satunya aset iaitu rumahnya demi kejayaan cucu.
Ini kerana cucu perempuannya mahu meneruskan pengajian untuk menjadi seorang guru. Oleh kerana rumahnya telah dijual maka Deshraj hanya tidur di becanya sahaja.
“Enam tahu lalu, anak sulung saya telah menghilangkan diri. Seminggu selepas itu, orang ramai telah menjumpai mayatnya di dalam beca. Usianya ketika itu baru sahaja 40 tahun”.
Namun Deshraj tidak mempunyai masa untuk bersedih. Keesokan harinya, dia meneruskan juga kerja sebagai pembawa beca.
“Maka dapatlah saya bayaran 10,000 Rs (RM566.28) sebulan. Selepas berbelanja 6,000 Rs (RM339) untuk yuran persekolahan mereka, baki yang tinggal hanyalah 4,000 Rs (RM226.51) untuk kami 7 orang sekeluarga”.
Difahamkan bahawa mereka sekeluarga jarang makan dan apabila isterinya sakit, mereka terpaksa merayu dan meminta sedikit wang daripada jiran tetangga untuk mendapatkan rawatan.
“Tetapi semuanya berbaloi apabila cucu perempuan saya berjaya memperoleh markah 80% untuk peperiksaannya. Saya amat gembira!”.
Oleh kerana dia terlampau gembira, dia akhirnya memberikan khidmat beca percuma pada hari tersebut. Cucunya pula kemudian berniat mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan.
“Saya mahu tunaikan hasratnya. Jadi saya nekad jual rumah kami untuk membayar yurannya. Saya menghantar isteri, menantu dan cucu-cucu ke rumah saudara kami di kampung”.
Memandangkan pengajian cucunya di Delhi, maka Deshraj turut mengikuti cucunya ke sana namun dia hanya tinggal di beca.
“Hidup sebenarnya tidaklah sesukar mana. Saya makan dan tidur di dalam beca saya. Pada pagi hari pula, saya bekerja hantar pelangan”.
“Kadang kala, kaki saya letih juga namun semuanya hilang apabila cucu saya menelefon dan memberitahu bahawa dia berjaya mendapatkan tempat pertama di dalam kelas”.
Deshraj juga tidak sabar menunggu cucunya itu berjaya menjadi guru. “Saya mahu memeluknya dan berkata kamu sangat membanggakan. Dialah orang pertama lepasan universiti dalam keluarga kami”.
Perkongsian lelaki tersebut sangat memilukan dan membuka mata orang ramai yang akhirnya menubuhkan tabung khas untuk membantunya.
Setakat ini, dana terkumpul adalah sebanyak 2.4 juta Rs (RM135,937) dan ianya telah diserahkan pada Deshraj.
Dengan bantuan dan keprihatinan orang ramai maka dapatlah Deshraj berteduh di bawah rumah dan juga mampu membayar yuran cucu-cucu serta menampung perbelanjaan keluarganya.
Walaupun berhadapan dengan kesukaran, namun semangat juang dan tidak berputus asa yang dimiliki Deshraj amat menginspirasikan.
Semua sedia maklum Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan si comel Siti Aafiyah bakal menerima ahli keluarga baru tidak lama lagi.
Berita gembira yang bukan hanya dipanjat rasa penuh kesyukuran oleh Dato’ Siti Nurhaliza atau Tok Ti, malahan mendapat perhatian penuh teruja di kalangan peminat untuk melihat bakal adik Siti Aafiyah yang akan dilahirkan tidak lama lagi.
Baru-baru ini, Tok Ti telah memuat naik gambar cantik dan ayu bersama Siti Aafiyah di laman Instagram miliknya.
Melalui kasyen bersama gambar cantik berpakaian sedondon ibu dan anak:
“Buai laju-laju
Sampai pucuk sena
Aafiyah anak ibu
Berbuai bersama. “
Lagu khas dengan nama Aafiyah diselitkan bersama.
Dalam perkembangan terbaru, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bakal mengeluarkan sebuah album lagu kanak-kanak tidak lama lagi.
Sebelum ini, lagu Comel Pipi Merah yang dicipta khas buat Aafiyah cukup popular dan menjadi lagu yang meniti bibir para peminatnya.
Perkongsian gambar Tok Ti bersama Aafiyah di laman Instagram itu mendapat perhatian para peminat di ruangan komen yang rata-rata memuji keayuan Siti Aafiyah persis ibunya.
Ada yang memberi komen wajah Siti Aafiyah ‘copy paste’ dari wajah ibunya.
Sama ada Aafiyah ‘copy paste’ ibu atau ayahnya, si comel sudah pasti mewarisi keayuan wajah kedua-dua ibu bapanya yang cantik dan kacak. Selepas ini kita berpeluang untuk melihat wajah adik Aafiyah yang bakal dilahirkan.
Didoakan semoga Tok Ti dan kandungan sentiasa sihat dan dipermudahkan kelahirannya kelak.
Ketika memperkatakan para isteri Jepun, pasti semua orang fikir mereka sangat rajin luhur hati budi dengan bangun awal pagi setiap hari untuk menyiapkan bento suami tersayang yang rajin bekerja supaya dia akan memperoleh tenaga sepenuhnya serta penuh bersemangat setelah makan bento!
Seorang suami dari Jepun menjadi sensasi internet setelah berkongsi gambar-gambar “Bento Isteri Tercinta”, tetapi alasan untuk populariti itu bukan kerana betapa mewah hidangan isterinya, tetapi kerana dia dapat melihat ‘isi hati’ isterinya pada setiap kali dia membuka kotak bento.
Gambar hidangan bento yang sangat buruk membuat netizen tertanya-tanya adakah suami ini benar-benar telah menyinggung perasaan isterinya lagi dan lagi?
1. Bento dengan hanya sosej mini yang digoreng tanpa sebarang lauk lain, adakah ini benar-benar hidangan penuh berkhasiat?
2. Ini pula hidangan penuh berkhasiat dan diet sihat. Adakah kerana dia menganggap suaminya semakin gemuk baru-baru ini, jadi secara khusus menyediakan bento rendah kalori tema brokoli disengajakan untuknya?
3. Terdapat sushi ala kadar dengan gulungan telur dan timun di dalamnya. Gadis di pejabat boleh tahan makan sushi begini untuk jaga badan, suaminya pun boleh juga.
4. Bento ini lagi nampak sungguh menyedihkan. Nasi separuh dengan dua potong keledek. Diet sungguh ni!
5. Bento berisi kacang soya goreng, anda akan kehilangan selera makan hanya dengan melihatnya.
Di Jepun, sehari sebelum awal musim bunga pada setiap tahun akan diadakan sambutan “Festival Setsubun.” Setiap isi rumah menyediakan kacang goreng dan menghamburkannya ke luar rumah untuk menghalau hantu. Mungkin isteri ingin menjimatkan wang, jadi masukkan kacang penghalau hantu ini ke dalam kotak makan tengah hari suaminya, tapi sekurang-kurangnya nasi itu berlauk walaupun hanya kacang goreng penghalau hantu, hehehe..
6. Walaupun suami ini seharusnya tidak lagi mempunyai harapan untuk bento isterinya, dia masih berharap dapat membuka bento itu pada suatu hari dan apa yang akan muncul di hadapannya adalah udang kara dan hidangan mewah gred tinggi taraf michelin yang lain?
7. Tetapi tentu saja, itu adalah kekecewaan berulang kali, hanya ada ikan salmon gred rendah dalam kotak makan tengah hari.
8. Ada kalanya hanya kuning telur yang anak-anak pun tidak lalu makan dan jeruk timun yang tidak laku terjual di pasaran.
9. Apa sebenarnya nama lauk macam kuah banjir ini?
10. Kadang-kadang, si isteri masih berasa simpati kepada suaminya, lalu dengan murah hati menawarkan seekor ikan, tetapi disertakan pula banyak sayuran gred rendah di sebelahnya.
11. Sudah berasa sangat keterlaluan melihatnya? Tidaklah. Ini lagi kejam! Kadang kala si isteri terlalu malas lalu meletakkan sebiji nasi putih kepal semata.
12. Atau pau putih. Harap ada inti yang bagus di dalamnya!
13. Atau semangkuk mi segera terus dan minta suami tuang air panas sendiri!
14. Hari bertuah adalah dengan mi segera perisa miso. Sabar sahajalah tunggu 5 minit…
15. Bekal kamu roti kita beli semalam, sayang! Jangan salahkan saya kalau kamu masih lapar.
16. Beri kamu beg memasak tauhu Mapo, kemudian fikir sendiri macam mana hendak buat.
17. Suatu ketika, suami ini mendapati bahawa roti yang disediakan oleh isterinya telah berkulat, jadi dia mengambil gambar dan menghantar mesej. Siapa tahu dia hanya mendapat balasan yang kejam, “Jadi apa?” Ia sungguh menyedihkan.
18. Tetapi isteri ini tidak begitu bertanggungjawab pada setiap masa! Kadang-kadang dia masih ada masa menggunakan helaian rumpai laut untuk mengatur font dengan sangat berhati-hati, sehingga suami dapat membuka bento dan menerima kejutan dengan senyuman paksa.
19. Kali ini adalah wajah manusia, mungkin ini gambar dia atau suaminya…
20. Pada hari ulang tahun suami, isteri malah menulis “Selamat Hari Lahir” dengan sos rumpai laut!
21. Tetapi jika mereka bertengkar pada sehari sebelumnya, isteri jadi lagi sungguh kejam, suami akan benar-benar berlapar! Suatu ketika itu, dia menerima “bento batu” …
22. Atau mungkin ada catatan dalam makan tengah hari dengan tulisan “Jangan balik hari ni!” Saya memberitahu anda bahawa wanita tidak pernah menjengkelkan…
23. Perlu disebut juga isteri ini tidaklah begitu kejam setiap hari! Selama beberapa hari juga, bento makan tengah hari yang enak dengan lauk mewah.
24. Makan tengah hari yang mewah dan sedap, buat semua orang lapar!
25. Bukan lauk semalam dan ini yang masih segar, bukan?
26. Setelah menonton makan tengah hari berwajah muram dan gelap di atas, adakah semua akan tertanya-tanya makanan apa yang disediakan oleh ibu ini untuk anak-anak? Terdapat sandwic, sosej kecil yang sangat lazat, hidangan yang akan disukai oleh kanak-kanak. Tentu sangat berbeza kasih sayang.
27. Apabila anak ingin menyertai aktiviti sukan sekolah, atau seisi keluarga ingin pergi berkelah, bento makan tengah hari penuh kasih sayang isteri bertukar lebih mewah, jadi bagaimana isteri boleh menjadi tidak adil?
28. Oleh kerana bento isteri tercinta ini sangat pelik, suaminya mengambil gambar setiap hari dan memuat naiknya di Instagram.
Tidak sangka pula, mendapat perhatian netizen yang menganggapnya sungguh lucu dan ada pula yang berasa tertekan serta kasihan dengan suami ini. Pengikutnya pula boleh tahan mencapai lebih 32,000!
Bagi anda yang tidak tahu, mengubah warna kenderaan sesuka hati merupakan sebuah kesalahan yang boleh menyebabkan anda dikenakan saman.
Namun begitu, itu tidak bermakna anda tidak boleh menukar warna kenderaan anda. Apa yang perlu dilakukan ialah beberapa langkah dan prosedur supaya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkann warna kenderaan ditukar.
Jadi, sebelum menukar warna kenderaan ikutilah langkah-langkah seperti di bawah ini:
1) Cat kenderaan terlebih dahulu mengikut warna pilihan. Sila pastikan ia tidak melebihi daripada dua warna. 2) Selepas itu bawa kenderaan anda ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran untuk mendapatkan kelulusan pertukaran warna. 3) Isi siri borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan), selepas itu serahkan kepada pegawai yang bertugas. 4) Pegawai JPJ akan menyemak warna pada kenderaan untuk tujuan kelulusan. 5) Jika warna tersebut diluluskan, pegawai JPJ akan membatalkan warna asal kereta pada geran asal dan warna baru akan dikemas kini di dalam sistem komputer. Cop kelulusan juga akan diberikan. 6) Kos untuk kelulusan pertukaran warna itu adalah percuma.
Berikut adalah grafik mengenai panduan untuk menukar warna kenderaan yang disediakan oleh JPJ Malaysia:
Bayangkan anda sedang berhadapan dengan situasi genting yang memaksa anda berfikir dan bertindak pantas.
Ada antara antara anda yang tidak gentar tetapi ada juga yang seolah-olah tergamam dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Menyelamatkan orang ketika cuba terjun jejambat. Dengar sahaja sudah boleh membuatkan kita gerun, itu belum lagi ketika berhadapan dengan situasi itu, pastinya lebih menakutkan.
Namun tidak bagi seorang pegawai polis apabila dia dengan tenang dan pantas menghalang cubaan seorang gadis daripada terjun dari sebuah jejambat. Sebuah video yang dimuat naik ke laman Facebook itu menunjukkan seorang wanita sedang duduk di tebing jejambat seperti sudah bersedia untuk terjun ke bawah.
Dalam masa yang sama terdapat seorang anggota polis yang bijak mengatur langkah sebelum dia berjaya menarik wanita tersebut sekaligus mematahkan cubaannya untuk terjun.
Sejurus selepas ditarik ke belakang datang beberapa orang untuk membantu wanita tersebut. Ada antara mereka yang seolah-olah cuba menenangkan dan memujuk gadis berkenaan.
Mujur insiden tersebut tidak berakhir dengan kemalangan yang lebih mengerikan. Terima kasih kepada pihak polis yang bertindak dengan pantas dan berhadapan situasi tersebut dengan berani.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam tindakan tentera Myanmar terhadap orang awam dan kaunselor negara Myanmar yang kini ditahan, Aung San Suu Kyi.
Dalam pernyataan yang tegas malam semalam, beliau mendesak junta Myanmar untuk “mengubah arah” dari kekerasan menjadi perdamaian.
“Kepimpinan tentera di Myanmar digesa untuk mengubah cara dan memilih jalan ke arah penyelesaian aman. Keganasan hanya akan menambahkan keganasan dan masa depan negara mungkin berdepan kehancuran yang sukar dipulihkan.
“Kami di Malaysia dan seluruh komuniti Asean tidak boleh melihat saudara kami, Myanmar menjadi begitu tidak stabil akibat beberapa pihak yang mempunyai kepentingan peribadi,” kata Muhyiddin.
Ini berlaku ketika berita antarabangsa Reuters melaporkan bahawa pasukan keselamatan Myanmar membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang pada hari semalam, menjadikan jumlah kematian sekurang-kurangnya 233 orang.
Muhyiddin juga meminta junta tentera untuk membebaskan Suu Kyi dan pemimpin awam yang lain dari penahanan.
“Dalam soal ini, saya menggesa pembebasan segera dan tanpa bersyarat para pemimpin politik, termasuk Aung San Suu Kyi dan U Win Myint, yang telah ditahan sewenang-wenangnya sejak 1 Februari.
Junta Myanmar telah menuduh Suu Kyi, Win Myint dan beberapa pemimpin kabinet melakukan rasuah.
Beliau juga turut menyuarakan sokongan terhadap gesaan Presiden Indonesia, Joko Widodo agar Sidang Kemuncak Khas Asean diadakan bagi membincangkan situasi di Myanmar.
“Hanya melalui perbincangan terbuka, ikhlas dan jujur, kita dapat meningkatkan peranan Asean dalam membantu Myanmar dalam mencari jalan keluar dari krisis saat ini,” kata Muhyiddin.
Ini adalah pendirian terkuat Putrajaya mengenai rampasan kuasa tentera Myanmar.
Tentera menjatuhkan kerajaan Yangon yang dipilih secara demokratik pada 1 Februari, mencetuskan tunjuk perasaan di banyak bahagian di negara tersebut.
Tentera telah mempertahankan kudeta, dengan menuduh berlakunya penipuan dalam pilihan raya 8 November lalu.
Rumah agam yang pernah didiami Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dibuka untuk jualan pada harga RM62 juta, yang menurut para pakar hartanah merupakan kediaman termahal yang dijual di pasaran ketika ini.
New Straits Times melaporkan rumah agam itu terletak di tanah pegangan bebas seluas 0.6 hektar antara Jalan Park dan Jalan Tunku Abdul Rahman di George Town, Pulau Pinang.
Terdahulu jalan di lokasi rumah agam itu ialah Jalan Ayer Rajah, sebelum dinamakan semula bersempena nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Almarhum Tunku Abdul Rahman mendiami rumah agam berkenaan selepas bersara sehingga kemangkatannya pada tahun 1990.
Rumah agam Tunku Abdul Rahman yang mengandungi dua tingkat bersama laman padang rumput yang luas, dengan rekaan dalaman klasik ‘British Design’ berkeluasan 9,867 kaki persegi, kini tidak didiami sejak beberapa tahun yang lalu.
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata harta tanah itu mempunyai masalah anai-anai pada masa lalu, dan terdapat perbincangan untuk menggazetkan kediaman itu menjadi Galeri Tunku.
Walau bagaimanapun, ia masih berada dalam peringkat cadangan.
Kediaman ini dikatakan pernah menjalani pengubahsuaian, tetapi tidak dapat dipastikan bila ia telah dilakukan.
Seorang perunding hartanah kanan memberitahu New Straits Times bahawa tiada rekod dan catatan mengenai siapa yang tinggal di sana sejak kemangkatan Tunku Abdul Rahman dan hartanah itu dibiarkan kosong selama bertahun-tahun sehingga kini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menggesa kerajaan persekutuan supaya mengambil perhatian penjualan hartanah itu kerana menurutnya kediaman Tunku Abdul Rahman adalah aset negara yang perlu dipelihara dan dilindungi.
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan meneliti perkara berkenaan dan mengumpulkan lebih banyak maklumat terlebih dahulu.
Beliau menjelaskan perkara itu setelah terdapat pihak tertentu meminta agar kerajaan negeri campur tangan dan mengambil alih harta tanah ini bagi tujuan memelihara warisan dan menjadikannya sebagai galeri atau muzium.
Mohd Yussof juga mengajukan hal yang sama, dengan meminta kerajaan persekutuan mengubahnya menjadi galeri yang didedikasikan kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Sementara itu, aktivis warisan Khoo Salma Nasution berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempunyai kuasa untuk melindungi rumah itu dengan menggunakan Enakmen Warisan Pulau Pinang 2011.
Menurutnya, majlis tempatan berhak mewartakan rumah itu sebagai bangunan warisan.
Ketika bencana alam gempa bumi Lautan Hindi dan tsunami 2004 melanda, ramai mangsa yang kehilangan tempat tinggal, harta benda dan paling menyedihkan orang tersayang. Kehilangan orang tersayang yang sama ada dilaporkan masih hilang atau ditemui setelah disahkan meninggal dunia.
Namun, tiada siapa yang akan mengetahui takdir Tuhan yang menentukan rezeki, jodoh, pertemuan dan ajal maut, apabila seorang pegawai polis Indonesia yang dilaporkan hilang semasa bencana Tsunami Aceh pada tahun 2004 disahkan masih hidup dan ditemukan semula dengan ahli keluarganya.
Tribun News melaporkan seorang pegawai polis yang hilang setelah tsunami besar melanda Aceh pada 26 Disember 2004, ditemui masih hidup di sebuah hospital sakit mental di Aceh, hampir 17 tahun setelah insiden tragis itu berlaku.
Walaupun mengalami sakit mental ekoran terkesan tsunami, pegawai polis Abrip Asep dikatakan berada dalam keadaan sihat secara fizikal, dengan tidak mengalami sebarang penyakit lain.
Anggota keluarganya mengesahkan bahawa Abrip Asep dari Pejabat Polis Daerah Brimob bertugas ketika gempa bumi melanda Lautan Hindi dan kemudian tsunami besar melanda Aceh pada 26 Disember 2004.
Salah seorang ahli keluarga Abrip memberitahu mereka mengetahui Abrip masih hidup setelah satu gambar telah dikongsi di dalam laman sembang kumpulan ahli keluarga mereka.
“Saya tidak mempercayai pada mulanya, selama 17 tahun tiada apa-apa berita dan kami menyangka dia telah meninggal, kami tidak tahu dia masih hidup,” katanya.
Polis Wilayah Aceh juga mengesahkan bahawa lelaki yang berada di hospital sakit mental itu sebenarnya adalah Abrip Asep yang dilaporkan hilang sejak bencana tsunami 2004.
“Alhamdulillah, walaupun dia mengalami masalah penyakit mental akibat tsunami, keluarganya memanjatkan rasa bersyukur kerana dia masih hidup dan akhirnya mereka ditemukan semula,” kongsi seorang pegawai Polis Wilayah Aceh.
Hidangan ala Thai sudah pasti menjadi kegemaran kita rakyat Malaysia, makanan yang bukan sahaja lazat malahan aroma segarnya pasti menambah selera.
Walaupun kebanyakan hidangan semuanya pedas dan hangat mengeluarkan keringat, tetapi anda pasti tinggalkan pinggan atau mangkuk sambil menjilat jari.
Selain hidangan Thai yang biasa anda makan, apa kata anda mencuba resipi mi celup ala Thai hasil perkongsian Iza Abu Bakar dalam laman Masak Apa Hari Ni.. di Facebook.
5. Keluarkan isi ayam yang telah dimasak. Carik halus-halus untuk hidangkan.
6. Untuk mi pula, celurkan sehingga masak.
7. Celurkan juga sayur-sayuran seperti taugeh dan kangkung. Kemudian, hidangkan.
8. Sedia untuk hidangan bahan hiasan di atas mi seperti limau, chili flakes, kacang tanah dan hirisan daun ketumbar, sebagai penambah rasa.
Cara hidang mudah sahaja, mula-mula letakkan mi yang telah dicelur dalam mangkuk. Kemudian, letakkan isi ayam dan sayur-sayuran. Siramkan dengan kuah yang masih panas. Selepas itu, taburkan chili flakes, daun ketumbar dan kacang tanah di atasnya. Akhir sekali, perahkan limau nipis sebagai penyedap rasa.