27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaInspirasiDatuk penyayang di India nekad jual rumah untuk tampung yuran pengajian cucu,...

Datuk penyayang di India nekad jual rumah untuk tampung yuran pengajian cucu, sentuh hati orang ramai

Kerap kali kita dengar pengorbanan ibu bapa terhadap kejayaan anak-anaknya. Namun kali ini, seorang datuk pula sanggup melakukan perkara yang sama terhadap cucu tersayang.

Di India, seorang lelaki warga emas yang merupakan pembawa beca bernama Deshraj Ji dilaporkan telah menjual satu-satunya aset iaitu rumahnya demi kejayaan cucu.

Ini kerana cucu perempuannya mahu meneruskan pengajian untuk menjadi seorang guru. Oleh kerana rumahnya telah dijual maka Deshraj hanya tidur di becanya sahaja.

“Enam tahu lalu, anak sulung saya telah menghilangkan diri. Seminggu selepas itu, orang ramai telah menjumpai mayatnya di dalam beca. Usianya ketika itu baru sahaja 40 tahun”.

Namun Deshraj tidak mempunyai masa untuk bersedih. Keesokan harinya, dia meneruskan juga kerja sebagai pembawa beca.

Duka Deshraj nampaknya bertambah apabila anak lelakinya yang pula dijumpai mati ekoran bunuh diri.

“Saya telah kehilangan dua anak lelaki saya, apa yang lebih buruk daripada tragedi itu untuk seorang bapa?”.

Walaupun berdukacita, dia sedar bahawa dia masih mempunyai tanggungjawab terhadap isterinya, menantu dan cucu-cucunya.

“Datuk, saya kena berhenti sekolah ke?”, soal cucunya. “Tidak cu, kamu boleh belajar setinggi mana yang kamu mahu”, jawab Deshraj.

Semenjak daripada situ, Deshraj mula bekerja lebih masa. Keluar bekerja seawal 6 pagi hinggalah lewat malam.

“Maka dapatlah saya bayaran 10,000 Rs (RM566.28) sebulan. Selepas berbelanja 6,000 Rs (RM339) untuk yuran persekolahan mereka, baki yang tinggal hanyalah 4,000 Rs (RM226.51) untuk kami 7 orang sekeluarga”.

Difahamkan bahawa mereka sekeluarga jarang makan dan apabila isterinya sakit, mereka terpaksa merayu dan meminta sedikit wang daripada jiran tetangga untuk mendapatkan rawatan.

“Tetapi semuanya berbaloi apabila cucu perempuan saya berjaya memperoleh markah 80% untuk peperiksaannya. Saya amat gembira!”.

Oleh kerana dia terlampau gembira, dia akhirnya memberikan khidmat beca percuma pada hari tersebut. Cucunya pula kemudian berniat mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan.

“Saya mahu tunaikan hasratnya. Jadi saya nekad jual rumah kami untuk membayar yurannya. Saya menghantar isteri, menantu dan cucu-cucu ke rumah saudara kami di kampung”.

Memandangkan pengajian cucunya di Delhi, maka Deshraj turut mengikuti cucunya ke sana namun dia hanya tinggal di beca.

“Hidup sebenarnya tidaklah sesukar mana. Saya makan dan tidur di dalam beca saya. Pada pagi hari pula, saya bekerja hantar pelangan”.

“Kadang kala, kaki saya letih juga namun semuanya hilang apabila cucu saya menelefon dan memberitahu bahawa dia berjaya mendapatkan tempat pertama di dalam kelas”.

Deshraj juga tidak sabar menunggu cucunya itu berjaya menjadi guru. “Saya mahu memeluknya dan berkata kamu sangat membanggakan. Dialah orang pertama lepasan universiti dalam keluarga kami”.

Perkongsian lelaki tersebut sangat memilukan dan membuka mata orang ramai yang akhirnya menubuhkan tabung khas untuk membantunya.

Setakat ini, dana terkumpul adalah sebanyak 2.4 juta Rs (RM135,937) dan ianya telah diserahkan pada Deshraj.

Dengan bantuan dan keprihatinan orang ramai maka dapatlah Deshraj berteduh di bawah rumah dan juga mampu membayar yuran cucu-cucu serta menampung perbelanjaan keluarganya.

Walaupun berhadapan dengan kesukaran, namun semangat juang dan tidak berputus asa yang dimiliki Deshraj amat menginspirasikan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI