Pembelian rumah yang pernah diduduki semestinya banyak memberikan ‘masalah’ buat para pembeli namun tidak buat pasangan di Amerika Syarikat ini.
Semasa Jane Pearson dan suaminya membuat tawaran untuk membeli rumah itu, mereka diberitahu bahawa terdapat seekor kucing yang tinggal di rumah berkenaan.
Pemilik rumah sebelum ini yang berusia 89 tahun juga sempat bergurau bahawa kucing mereka yang bernama Hidey itu mungkin akan disertakan sekali dalam pakej pembelian.
“Saya pandang suami saya dan berkata, kucing ini tidak boleh dihantar ke pusat pelindungan. Kita mesti menjaganya dan suami saya terus bersetuju”.
Hidey sangat disayangi oleh pemilik lamanya itu namun isteri kepada pemilik lama itu akhirnya didiagnos dengan penyakit Alzheimer.
“Dia meninggal 8 minggu sebelum kami membeli rumah itu dan sebelum ini, dia dirawat di rumah jagaan. Hidey sering dibawa oleh si suami untuk melawat insan kesayangannya.
Melihat kepada kehilangan insan tersayang yang dialami Hidey, Jane tidak mahu menjadi penyebab Hidey kehilangan satu-satunya rumah tempat kucing itu berlindung.
Ini kerana, selama 8 tahun hidup, Hidey hanya menetap di situ sahaja. Semasa Jane berpindah masuk ke rumah tersebut, Hidey membawa diri ke atas loteng.
Hidey mengambil masa beberapa hari berada di atas loteng sehinggalah kucing itu cukup kuat untuk melihat pemilik baru rumahnya itu.
“Saya hinggakan memanjat dan membawanya turun kerana saya bimbang dia tidak makan. Dia ada menghasilkan bunyi agresif namun tidak menggigit”.
Jane turut mengajar anaknya untuk perlahan-lahan berinteraksi dengan Hidey. Biar Hidey menghidu bau mereka dahulu sebelum berani menyentuh dan mengusapnya.
Tidak lama kemudian, Hidey dan anak Jane menjadi semakin rapat. Hidey akan tidur bersama dengan anak perempuan Jane di atas katilnya setiap malam.
Sekurang-kurangnya seorang peruncit dalam talian di China bertindak ‘menolak’ produk H&M tatkala serangan media sosial ke atas syarikat Sweden itu berikutan kenyataan syarikat itu yang ‘sangat prihatin’ tentang laporan buruh paksa di wilayah barat laut Xinjiang.
Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada pada hari Isnin mengenakan sekatan terhadap pegawai China yang menuduh mereka melakukan pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang. China membalas dengan sekatan ke atas penggubal undang-undang dan institusi Eropah.
Terdahulu dalam satu kenyataan, H&M mengatakan mereka sangat prihatin dengan laporan daripada organisasi masyarakat sivil dan media yang termasuk tuduhan buruh paksa dan mereka mengatakan bekalan produk mereka tidak dibekalkan dari Xinjiang.
Aktivis dan beberapa ahli politik Barat menuduh China menggunakan penyiksaan, kerja paksa dan pensterilan umat Islam Uyghur di Xinjiang.
Seorang lelaki berjalan di hadapan butik fesyen Sweden H & M di pusat membeli-belah di Beijing, China, pada 24 Mac, 2021. (Florence Lo/Reuters)
Laporan media mengenai pernyataan H&M difahamkan sudah lama dikeluarkan iaitu pada tahun lepas dan tidak jelas mengapa ianya kembali hangat diperkatakan masyarakat.
Pada 24 Mac 2021, kedai rasmi H&M di Alibaba’s Tmall, iaitu platform e-dagang tidak dapat diakses. People’s Daily rasmi melaporkan bahawa carian untuk produk H&M di platform JD.com dan Pinduoduo tidak lagi menunjukkan hasil.
Malah pihak Reuters pula tidak dapat menentukan sama ada produk seperti itu ada sebelumnya. Alibaba, JD.com dan Pinduoduo dalam pada itu tidak memberikan sebarang respon mengenainya.
China merupakan pasaran keempat terbesar H&M dengan penjualan 2.9 bilion Krona Sweden ($339 juta) dalam 12 bulan hingga November 2020.
Pandangan ladang kapas dilihat semasa musim menuai di Hami, Xinjiang, China pada 14 Oktober 2018. (Str/AFP | Getty Images)
Dalam kenyataannya, H&M turut mengatakan bahawa pihaknya akan menghentikan hubungannya dengan pembekal China yang terlibat dengan dakwaan melakukan buruh paksa.
Sementara itu, H&M China berkata bahawa ia menghormati pengguna China dan komited untuk pelaburan dan pembangunan jangka panjang di China. Mereka juga tidak mendapatkan bekalan kapas secara langsung daripada mana-mana pembekal.
“H&M Group sentiasa menguruskan rantaian bekalan global kami secara terbuka dan telus, memastikan pembekal kami di seluruh dunia mematuhi komitmen kelestarian kami seperti Garis Panduan OECD untuk Tingkah Laku Perniagaan yang Bertanggungjawab dan tidak mewakili sebarang kedudukan politik”.
Seorang lelaki mengalami kecederaan baru-baru ini selepas terlibat dalam satu insiden di mana kereta Myvi yang dipandunya ‘terbang’ menyeberangi longkang besar.
Menurut laporan, insiden berkenaan berlaku di Iskandar Puteri, Johor Bahru sekitar jam 3 pagi pada 22 Mac lalu.
Dalam insiden itu, Myvi tersebut bergerak lurus ketika tiba di bulatan dan merempuh pokok bunga sebelum ‘terbang’ sejauh 50 meter.
Ia kemudian melintasi longkang besar sehingga akhirnya terhenti akibat merempuh sebatang pokok yang terdapat di seberang saliran berkenaan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata akibat kejadian itu, pemandu berusia 27 tahun terbabit cedera di muka dan tangan serta kaki kiri.
“Siasatan mendapati, punca kemalangan disebabkan oleh pemandu hilang kawalan ketika memasuki bulatan”.
Tambahnya, kaki mangsa tersepit sebelum bomba mengeluarkannya daripada kenderaan. Mangsa walau bagaimanapun tidak dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah.
Mangsa kemudian dikejarkan dengan menaiki ambulans ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59. Siasatan lanjut masih diteruskan”, akhirnya.
Terkadang hadiah yang paling berharga ialah datangnya daripada orang yang kita sayangi. Tidak kisah lah berapa pun harganya kerana apa yang lebih penting ialah nilainya.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Jennifer Ling berkongsi cerita tentang hadiah yang diberikan kepadanya. Apa yang lebih penting hadiah tersebut bukan sahaja mahal malah sangat istimewa kerana ia dihadiahkan oleh abangnya sendiri.
Menurut Jennifer dia sangat teringin untuk memiliki bar emas dan suatu hari dia mendapat tahu abangnya mahu ke kedai emas ekoran harga emas yang turun ketika itu. Jadi, dia meminta abangnya untuk melihat kalau-kalau ada bar emas di kedai itu.
Abangnya kemudian bertanya tentang harga emas yang dimaksudkan. Jennifer ketika itu tidak berfikir bahawa abangnya mahu menghadiahkan emas itu kepadanya kerana menurutnya abangnya mahu membeli emas tersebut untuk dirinya sendiri.
Jennifer kemudian terus mencari harga emas tersebut melalui sebuah aplikasi dan terus menghantar maklumat yang diperolehi di WhatsApp keluarga mereka.
Selepas dua hari dia akhirnya menerima kejutan itu daripada abangnya. Ketika itu dia baru sahaja selesai mandi selepas pulang dari melakukan kerja sambilan. Menurut Jennifer, abangnya telah meninggalkan hadiah tersebut di atas katilnya sebagai sebuah kejutan.
“Ini adalah sesuatu yang sangat mengejutkan kerana ini adalah kali ketiga saya menerima hadiah daripada abang saya sejak saya dilahirkan.” tulis Jennifer di akaun Facebooknya. Dia juga memberitahu bahawa abangnya telah menghabiskan kira-kira RM300 untuk membeli bar emas tersebut.
Di musim pandemik ini, kita umumnya mengetahui bahawa pergerakan agak terbatas dan kita tidak boleh sesuka hati bergerak apatah lagi ke luar negara.
Buat orang ramai yang teringin merasai pengalaman melihat bunga sakura seperti di Jepun, mungkin boleh cuba lihat sendiri bunga sakura di Malaysia pula.
Bekas Presiden Donald Trump baru-baru ini mendedahkan apa yang ditulisnya kepada Presiden Joe Biden ketika meninggalkan jawatan Presiden pada Januari lalu.
“Umumnya saya mengucapkan selamat maju jaya padanya dan surat itu terdiri daripada beberapa helai. Saya tulisnya daripada hati kerana saya mahu semuanya berjalan dengan baik”, ujar Trump.
“Saya mahu Biden lakukan tugas dengan baik tetapi ia tidak termasuk menutup Keystone Pipeline, di mana ianya jauh lebih baik dari segi persekitaran berbanding menggunakan minyak mentah pada kereta api”.
Namun menurut Trump, rakan dan penyokong kepada Biden, Warren Buffet memiliki kereta api. “Tiada yang bercakap mengenai perkara tersebut”.
Trump dalam lawatannya ke Phoenix, Arizona/Reuters
Biden juga tidak pernah merujuk kandungan surat itu semasa temubual pada Januari lalu, tetapi beliau berkata pemberian surat itu adalah sesuatu yang positif.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, presiden yang meninggalkan jawatan mereka akan meninggalkan sepucuk surat kepada pengganti masing-masing.
Kebiasaannya, mereka meninggalkan nota di Resolute Desk, yang diberikan kepada Amerika Syarikat oleh Ratu Victoria pada abad ke-19.
Bekas Presiden Ronald Reagan memulakan tradisi ini ketika beliau meninggalkan catatan untuk Naib Presiden George H.W. Bush, yang menggantikannya sebagai presiden.
Biden semasa kempennya di Wilmington, Delaware pada Julai 2020/Reuters
Bekas Presiden Barack Obama meninggalkan nota kepada Trump : “Ini adalah pejabat yang unik, tanpa ‘blueprint’ untuk kejayaan”.
“Jadi saya tidak tahu bahawa nasihat daripada saya akan membantu. Kepemimpinan Amerika di dunia ini sangat-sangat diperlukan. Terserahlah kepada kita, melalui tindakan dan contoh, dalam mengekalkan perintah antarabangsa yang terus berkembang sejak akhir Perang Dingin, serta pergantungan kekayaan dan keselamatan kita semua”.
Dan sebelum itu, bekas Presiden George W. Bush menyerahkan sepucuk surat kepada penggantinya, Obama, yang bertulis : “Tidak ramai yang mendapat penghormatan dengan mengetahui tanggungjawab yang kamu kini pikul. Tidak ramai yang mengetahui kegembiraan saat ini dan cabaran yang akan kamu hadapi”.
“Akan ada saat-saat untuk mencuba, pengkritik akan ‘mengamuk’ dan ‘rakan’ akan mengecewakan kamu. Tetapi kamu mempunyai Tuhan dan keluarga yang mengasihani kamu, serta negara yang akan selalu ada untuk kamu, termasuklah saya”.
“Tidak kira apa yang mendatang, kamu akan terinspirasi dengan karakter dan belas kasihan orang-orang yang kamu pimpin sekararang”.
Semasa ditemubual pada 22 Mac, Trump berkata bahawa beliau tidak merindui Twitter, medium digunakannya yang menjana banyak penglibatan semasa berkempen.
“Saya mengeluarkan pernyataan, itu lebih elegan daripada tweet dan saya fikir ia lebih baik. Ia lebih baik daripada Twitter”, katanya.
Bukan semua orang boleh bergerak maju ke hadapan seiring teknologi yang semakin canggih, lebih-lebih lagi ketika waktu pandemik begini. Kehidupan boleh menjadi lebih mudah dan tiada masalah walaupun terdapat banyak masalah, demikian menurut pandangan generasi muda.
Tetapi mungkin agak sukar buat generasi tua, bergelar golongan warga emas. Mereka mungkin mempersoalkan, generasi muda memandang telefon pintar masing-masing kerana sibuk bersosial. Apa yang mereka sosialkan, bermasyarakat? Sibuk menggunakan telefon pintar dalam segala urusan, semua tugas selesai. Apa nilai yang mereka telah dapat pada hari ini setelah selesai melakukan semua tugas mudah dengan sentuhan jari?
Seorang pengguna Facebook Julia Anne memuat naik satu kisah mengenai seorang bapa yang memberi alasan mengapa dia bersusah payah meminta anaknya menemaninya ke bank untuk menyelesaikan urusan harian. Alasan yang benar-benar membuat anak ini berfikir:
Saya menghabiskan masa berharga satu jam di bank dengan ayah, kerana dia perlu memindahkan sejumlah wang. Saya tidak dapat menahan diri dan terus bertanya …
“Ayah, mengapa kita tidak mengaktifkan perbankan internet sahaja?”
Dia bertanya, “Mengapa pula ayah kena berbuat begitu?”
“Yalah, supaya ayah tidak perlu lagi menghabiskan masa satu jam di sini untuk perkara kecil seperti memindahkan wang,” jelas saya.
“Sambil itu, ayah juga boleh cuba membeli-belah dalam talian. Semuanya akan menjadi sangat mudah!” Saya menjadi begitu teruja menjelaskan kepadanya mengenai dunia perbankan internet.
Dia bertanya, “Sekiranya ayah lakukan itu, maka tidak perlu lagilah ayah keluar dari rumah?”
“Ya! Ya! macam itu mudah!” kata saya. Saya memberitahunya bagaimana barang runcit dapat dihantar terus ke hadapan pintu sekarang dan bagaimana Amazon akan menghantar kesemuanya!
Kemudian jawapannya membuatkan saya terus terdiam.
Kata ayah, “Baiklah, sejak memasuki bank di sini hari ini, ayah telah bertemu dengan empat orang rakan, ayah telah berbual dengan kakitangan yang mengenali ayah sekarang.”
“Kamu tahu bukan ayah ini sering bersendirian dan sunyi … Mereka rakan-rakan yang ayah perlukan. Ayah menjadi seronok dapat bersiap dan datang ke bank. Ayah ada masa yang cukup, sentuhan fizikal itulah yang ayah perlukan.”
“Dua tahun yang lalu semasa ayah jatuh sakit, Pemilik kedai dari mana saya membeli buah-buahan, datang menziarah dan duduk di tepi katil ayah sambil menangis,” tambahnya.
“Ketika ibu kamu jatuh beberapa hari yang lalu semasa sedang berjalan waktu pagi, pemilik kedai runcit yang biasa kami beli telah melihatnya dan segera mendapatkan keretanya lalu bergegas menghantar ibu kamu pulang kerana dia tahu di mana ayah tinggal,” kata ayah.
Kemudian ayah bertanya, “Adakah ayah menerima ‘sentuhan manusia’ sekiranya semuanya mudah berada dalam talian?”
“Mengapa ayah mahu semua ini disampaikan kepada ayah dan kamu cadang pula untuk ayah berinteraksi hanya dengan komputer?” tanyanya lagi.
“Ayah berasa seronok dapat mengenali orang yang ayah berurusan dan bukan hanya sekadar ‘penjual’. Mereka yang hidup, mewujudkan jaringan dan ikatan perhubungan.”
Seekor kucing montel gebu terkenal dari Thailand sering mendapat perhatian dan mempunyai ramai peminat setelah dia membuat penampilan pertama di Instagram yang sehingga kini sudah mencapai lebih 523,000 pengikut. Kucing popular bernama Bone Bone ini sangat comel ketika dia berjalan dengan beg galas kecil berwarna kuning di belakangnya.
Pemiliknya berkata, Bone Bone mesti membawa beg galas kecilnya yang bergaya pada setiap kali dia mahu keluar dan ketika mengembara, mengikut mereka melancong.
Jika tidak, si comel Bone Bone enggan keluar untuk melihat dunia luar bersama tuannya. Bone Bone sangat manja dan suka berkepit dengan pemiliknya serta tidak gemar menjejakkan kakinya ke tanah pada setiap masa.
Jika dia turun ke tanah, mulalah mukanya berubah masam, mungkin beg kuning itu beratkah? Bukankah bagus untuk senaman menurunkan berat badannya.
Beg galas itu kecil sahaja berbanding badan Bone Bone yang montel dan gebu. Pakai beg mini kuning ini ke mana sahaja.
Pemiliknya berkata, pada setiap kali dia membawa Bone Bone bersiar-siar di jalanan dan ketika bersenam, ramai orang akan menyapanya dengan memanggilnya Bone Bone kerana dia memakai beg kuning ikonik itu. Oleh kerana Bone Bone kucing popular, ramai yang menghampiri dan mahu bermain serta bergambar.
Bone Bone dengan mood yang berubah-ubah. Jangan sentuh kalau dia tidak mahu. Biarkan dia bersendirian.
Melihat saiznya yang macam kucing Garfield, mungkin kerana Bone Bone terlalu malas bersenam. Netizen yang nampak mula buat spekulasi kata Bone Bone kena banyak bersenam.
Biasalah kehidupan kucing kaya yang banyak peminat. Macam idol dan superstar. Kucing yang ada rumah boleh melepak dan keluar bersenang-lenang, maka ramailah orang yang cemburu.
Bila Bone Bone tertidur, gaya dia macam ini… Jangan kacau!
Sebab kucing bertambah berat badan terutamanya kerana mereka mengambil lebih banyak kalori daripada yang dimakan setiap hari, dan lebihan kalori yang tidak boleh dimakan akan ditukar menjadi lemak. Oleh kerana kucing mengumpul sedikit demi sedikit lemak setiap hari, mereka akan bertambah berat badan.
Prinsip penurunan berat badan: Oleh kerana kenaikan berat badan disebabkan oleh pengambilan kalori yang berlebihan, maka anda akan melakukan sebaliknya. Kurangkan pengambilan kalori harian dan tingkatkan pengambilan kalori yang perlu diambil, sehingga lemak terkumpul akan memberikan kalori yang diperlukan oleh badan dalam pembakaran lemak, mengurangkannya sedikit demi sedikit setiap hari. Anda yang menentukan penurunan berat badan kucing anda dengan jayanya.
Perlambakan sisa buangan terutama yang berasal daripada plastik bukanlah isu yang baru. Di mana-mana negara di dunia ini berhadapan dengan masalah yang sama tetapi apa yang membezakan ialah cara mereka menangani masalah tersebut. Ekoran isu tersebut muncul pelbagai usaha dan teknologi bagi mengatasi masalah penggunaan dan pembuangan plastik.
Baru-baru ini ada laporan yang mengatakan bahawa kini para saintis menemukan sebuah lagi idea iaitu dengan menghasilkan kain daripada politena sebagai langkah untuk mengurangkan pencemaran plastik serta dapat menjadikan industri fesyen lebih lestari.
Politena adalah bahan membuat plastik yang boleh terdapat di mana-mana dan lazimnya digunakan untuk membuat pembungkus kerana sifatnya yang kalis air.
Jadi, kerana sifatnya begitu ia dikatakan mempunyai potensi untuk digunakan dalam bidang sukan serta fesyen. Kain yang diperbuat daripada bahan ini juga dikatakan lebih mesra alam serta boleh dikitar semula.
Dr Svetlana Boriskina, dari jabatan kejuruteraan di Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Cambridge, AS, mengatakan beg plastik boleh diubah menjadi kain berkualiti tinggi dengan cara yang hanya melibatkan pencemaran yang lebih rendah.
“Tidak ada alasan mengapa beg plastik biasa tidak dapat dijadikan serat dan digunakan sebagai pakaian mewah,” katanya kepada BBC News.
“Anda dapat secara mata kasar bermula dengan sampah kepada pakaian yang berkualiti tinggi serta dapat memberikan kenyamanan dan boleh dikitar semula beberapa kali untuk menghasilkan pakaian baru.”
Para penyelidik mengatakan kain yang dihasilkan kurang mencemarkan alam sekitar jika dibandingkan dengan bulu, kapas, linen, sutera, nilon dan poliester. Ia juga boleh dicuci dengan air sejuk, seterusnya mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Plastik boleh dicelup dengan warna yang berbeza sebelum ditenun menjadi kain. Kerana hanya terdiri dari satu jenis plastik iaitu politena jadi ia dapat dikitar semula menjadi pakaian baru berulang-ulang kali.
Dalam jangka masa panjang, ia juga boleh digunakan untuk membuat sut berprestasi tinggi yang boleh menjadi perlindungan kepada kesan radiasi kosmik.
Mengulas kajian yang diterbitkan dalam Nature Sustainability, Dr Mark Sumner dari University of Leeds mengatakan masih belum dapat dilihat apakah kain seperti itu menjadi popular.
Dia mengatakan bahawa sifat mekanikal yang ada pada politena seperti kekuatan dan suhu lebur cenderung untuk membatasi penggunaannya dalam tekstil, begitu juga kadar penyerapan kelembapannya yang sangat rendah. Selain itu, fabrik jenis ini juga kadangkala kasar dan kurang selesa. Hal ini yang akan membuatkan fabrik jenis ini tidak menjadi pilihan pengguna.
Industri fesyen adalah salah satu industri yang paling mencemarkan di dunia. Pembuatan tekstil menggunakan sejumlah besar air dan menghasilkan berjuta-juta tan sampah, serta 5-10% pelepasan gas rumah hijau global setiap tahun.