31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaGaya HidupMenurut kajian beg plastik boleh dikitar semula untuk dijadikan kain bagi kurangnya...

Menurut kajian beg plastik boleh dikitar semula untuk dijadikan kain bagi kurangnya pencemaran

Perlambakan sisa buangan terutama yang berasal daripada plastik bukanlah isu yang baru. Di mana-mana negara di dunia ini berhadapan dengan masalah yang sama tetapi apa yang membezakan ialah cara mereka menangani masalah tersebut. Ekoran isu tersebut muncul pelbagai usaha dan teknologi bagi mengatasi masalah penggunaan dan pembuangan plastik.

Baru-baru ini ada laporan yang mengatakan bahawa kini para saintis menemukan sebuah lagi idea iaitu dengan menghasilkan kain daripada politena sebagai langkah untuk mengurangkan pencemaran plastik serta dapat menjadikan industri fesyen lebih lestari.

Pixabay

Politena adalah bahan membuat plastik yang boleh terdapat di mana-mana dan lazimnya digunakan untuk membuat pembungkus kerana sifatnya yang kalis air.

Jadi, kerana sifatnya begitu ia dikatakan mempunyai potensi untuk digunakan dalam bidang sukan serta fesyen. Kain yang diperbuat daripada bahan ini juga dikatakan lebih mesra alam serta boleh dikitar semula.

Pixabay

Dr Svetlana Boriskina, dari jabatan kejuruteraan di Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Cambridge, AS, mengatakan beg plastik boleh diubah menjadi kain berkualiti tinggi dengan cara yang hanya melibatkan pencemaran yang lebih rendah.

“Tidak ada alasan mengapa beg plastik biasa tidak dapat dijadikan serat dan digunakan sebagai pakaian mewah,” katanya kepada BBC News.

“Anda dapat secara mata kasar bermula dengan sampah kepada pakaian yang berkualiti tinggi serta dapat memberikan kenyamanan dan boleh dikitar semula beberapa kali untuk menghasilkan pakaian baru.”

Para penyelidik mengatakan kain yang dihasilkan kurang mencemarkan alam sekitar jika dibandingkan dengan bulu, kapas, linen, sutera, nilon dan poliester. Ia juga boleh dicuci dengan air sejuk, seterusnya mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Plastik boleh dicelup dengan warna yang berbeza sebelum ditenun menjadi kain. Kerana hanya terdiri dari satu jenis plastik iaitu politena jadi ia dapat dikitar semula menjadi pakaian baru berulang-ulang kali.

Dalam jangka masa panjang, ia juga boleh digunakan untuk membuat sut berprestasi tinggi yang boleh menjadi perlindungan kepada kesan radiasi kosmik.

Mengulas kajian yang diterbitkan dalam Nature Sustainability, Dr Mark Sumner dari University of Leeds mengatakan masih belum dapat dilihat apakah kain seperti itu menjadi popular.

Dia mengatakan bahawa sifat mekanikal yang ada pada politena seperti kekuatan dan suhu lebur cenderung untuk membatasi penggunaannya dalam tekstil, begitu juga kadar penyerapan kelembapannya yang sangat rendah. Selain itu, fabrik jenis ini juga kadangkala kasar dan kurang selesa. Hal ini yang akan membuatkan fabrik jenis ini tidak menjadi pilihan pengguna.

Industri fesyen adalah salah satu industri yang paling mencemarkan di dunia. Pembuatan tekstil menggunakan sejumlah besar air dan menghasilkan berjuta-juta tan sampah, serta 5-10% pelepasan gas rumah hijau global setiap tahun.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI