25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
Utama Blog Laman 358

“Jangan main-main kalau mereka naik angin,” Kerjasama berpasukan padu dua ekor ayam ini menundukkan seekor kucing yang mahu membuli

0

Mari kita bercakap mengenai kerjasama berpasukan yang sebenar di sini!

Ketika seekor kucing memutuskan yang dia mahukan ayam untuk makan malam atau sekadar mahu menyakat ayam-ayam dari ladang ternakan, maka dia telah memperlekehkan keupayaan mangsanya. Sangka kucing ini, semua ayam itu adalah pengecut!

ViralHog

Tanpa menyangka mangsa pertamanya dalam kalangan kumpulan ayam-ayam betina itu akan bergabung untuk memberi peringatan segera kepadanya di masa hadapan supaya jangan sesekali membuli si ayam betina kerana mereka akan lebih garang daripada ayam jantan!

Dalam video perkongsian ViralHog, ayam betina di ladang ternakan dari St. Petersburg, Rusia ini membuktikan bahawa akan terdapat kekuatan sebenar apabila sekumpulan ayam bergabung.

ViralHog

Klip video ini pendek sahaja dalam beberapa saat, menunjukkan beberapa ekor ayam sedang bersantai mengais cacing di ladang, dan mereka tidak berminat pun dengan seekor kucing yang sedang memerhatikan mereka dengan niat jahatnya.

ViralHog

Tiba-tiba, kucing itu memutuskan bahawa dia layak untuk menyakat kumpulan ayam betina itu atau sekurang-kurangnya dapat merasa peha segar daripada salah seekor ayam untuk makan malam dengan cuba menumbangkan salah satu ayam betina yang berada berdekatan.

ViralHog

Nampaknya kucing ini tersalah pilih ayam betina dan dia berfikir sangat mudah, maka dengan mudah juga seekor ayam betina lain yang berada berhampiran menyelamatkan ayam ini dalam masa lima saat. 

ViralHog

Tiga ayam betina yang lain telah hilang dan berlari bertempiaran kecut perut kerana kucing itu mengalihkan tenaga untuk menundukkan ayam betina kedua yang lebih garang. 

ViralHog

Tetapi oleh kerana kerjasama berpasukan yang sangat baik, ayam yang telah berjaya diselamatkan tadi datang kembali untuk membalas budi rakannya dan kedua-duanya berpadu tenaga untuk menyerang dan menundukkan si kucing nakal ini dengan jayanya.

ViralHog

Mereka seperti naik angin dan bertekad untuk menghalau kucing itu pergi dan jangan cuba untuk mencabar kedua-dua ayam betina ini sekali lagi. 

Akan terima padahlah jawabnya jika anda melihat kerjasama padu ini bergabung sekali lagi!

ViralHog

Kedua ayam betina ini mahu membuktikan kuasa wanita mungkin! Jangan memandang rendah kekuatan mereka dan kucing ini tidak akan dapat membuli ayam dengan apa sahaja niatnya itu.

ViralHog

Kasihan pula melihat si pembuli kena buli dengan mangsa yang hendak dibuli. Pergi jauh-jauh sahaja sudah. Jangan kacau mereka…

Satu dalam sejuta. Wanita berani tangkap tikus hanya berlapikkan kain buat netizen kagum

0

Tikus adalah vektor yang sering menjadi pembawa banyak jenis penyakit yang bakal memberi kesan kepada hidupan lain khususnya manusia.

Oleh itu, atas faktor kesihatan dan kebersihan, kita perlulah bersama-sama mengawal pembiakan haiwan ini di mana-mana sahaja.

Foto hiasan/Pixabay

Seperti apa yang berlaku menerusi satu video yang mendapat perhatian pengguna di Twitter :

Pergerakan tikus yang agak laju membuatkan ramai di antara kita terutamanya golongan wanita berasa tidak berani untuk mengambil dan membuangnya.

@anthraxxxx/Twitter

Namun ia tidak berlaku pada wanita hebat ini, di mana dia dengan santainya menunggu tikus yang dihalau oleh rakannya bergerak menghampirinya pada dinding.

@anthraxxxx/Twitter

Dengan sekali pergerakan, wanita itu berjaya menangkap tikus tersebut dengan hanya menggunakan kain sahaja. Tiada perangkap mahupun alatan khas lain. Hebat bukan?

Tindakannya yang berani itu ternyata mengundang pujian ramai, antaranya :

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

Menurut wira yang berani itu, tikus tersebut diam sahaja tatkala digenggam. Barangkali sedang merenung nasibnya selepas itu.

“Berkaca pula saya tengok matanya. Pandai betul dia (tikus) buat muka kasihan”, ujarnya. Wanita itu turut berterima kasih kepada kucingnya.

Ini kerana kucingnya kerap membawa pulang bangkai tikus membuatkan dia berasa lali dan tidak takut akan haiwan berkenaan.

Ibu ayam jaga, lindungi tiga ekor anak kucing di bawah kepaknya seperti sedang mengeram

0

Ayam betina lazimnya sangat bersifat melindungi terutamanya jika masih terdapat anak-anak ayam berada di bawah jagaannya.

Twitter

Namun bukanlah menjadi satu kebiasaan apabila ibu ayam dilihat menjaga tiga ekor anak kucing – yang bukan daripada spesiesnya!

Ia disaksikan sendiri oleh seorang petani yang terkejut apabila melihat ayam betinanya menunjukkan ciri keibuan dan menjaga tiga ekor anak kucing.

Twitter

Dalam video tersebut, petani itu dapat dilihat menghampiri ayam peliharaannya. Pada mulanya, tiada perkara yang pelik dan aneh berlaku.

Twitter

Namun setelah memeriksa, dia mendapati bahawa terdapat tiga ekor anak kucing comel yang bersembunyi dan duduk di bawah tubuh ayamnya.

Twitter

Seolah-olah ayam betina berkenaan mengeram telurnya. Tidak sangka pula ayam akan melakukan sebegitu terhadap haiwan yang bukan sejenis dengannya.

Twitter

Ternyata haiwan sememangnya mempunyai naluri keibuan yang kuat dan sangat penyayang juga bukan?

Hanya akan tidur apabila mendengar piano, si comel senang terlena apabila mendengar tuannya bermain piano

0

Kalau sudah sayang pada seseorang, kita pasti akan sanggup untuk melakukan apa sahaja. Apa yang penting, mereka bahagia dan gembira.

Sama juga lah buat pemilik haiwan peliharaan yang sanggup melakukan apa sahaja, malah rela melakukan bermacam perkara asalkan haiwan mereka gembira dan ceria.

Contohnya seperti lelaki ini yang sanggup bermain piano untuk kucingnya. Mana tidaknya, si comel itu biasanya hanya akan tidur apabila mendengar bunyi piano. Lihat sahaja gayanya, seolah-olah sedang menghayati alunan muzik tersebut…

Facebook

Tidak lama selepas itu dia mula ketiduran. Mungkin daripada tadi dia menahan ngantuk dan akhirnya dia tertidur juga. Bunyi piano yang merdu itu seperti sedang mendodoikannya untuk lebih cepat tidur.

Facebook

Buat anda yang sukar tidur, mungkin anda boleh gunakan cara seperti ini untuk tidur. Buka sahaja lagu-lagu yang menenangkan fikiran seperti lagu ‘The Lonely Man’ yang dimainkan oleh lelaki ini. Mana tahu, anda juga akan lebih mudah tidur selepas ini?

Asyik sungguh si comel ini mendengar dan terlena:

Telatah si ibu beruang layan karenah anak-anak saat melintas jalan curi perhatian ramai

0

Bukan mudah untuk menguruskan anak kecil. Kalau seorang sahaja kadangkala boleh buat ibu bapa pening kepala, inikan pula dua, tiga orang. Pasti lebih banyak ragam mereka yang perlu dihadapi ibu bapa.

Sama seperti seekor ibu beruang ini apabila dia juga terpaksa berhadapan dengan perangai anak-anak kecilnya. Untuk mengawal dan menjaga empat ekor anak kecil dalam satu-satu masa semestinya bukan mudah baginya.

Misalnya, lihat sahaja seperti di dalam video ini apabila dia perlu mengurus keempat-empat anaknya supaya dapat melintas jalan dengan selamat.

Facebook

Pada mulanya dia membawa dua ekor anak kecilnya melintas ke seberang dan seperti tiada masalah berlaku.

Facebook
Facebook

Dia kemudian melintas semula untuk mendapatkan anaknya yang lain. Ketika itu, salah seekor daripada mereka kelihatan sedang memanjat pokok. Si ibu dengan sabar meminta anaknya untuk turun supaya mereka boleh melintas ke seberang.

Facebook

Dalam masa yang sama, muncul pula anak-anaknya yang telah dihantar ke seberang. Mereka berpatah balik untuk mengikuti ibu mereka.

Hanya selepas beberapa minit, dengan segala susah-payah dan kesabaran yang tinggi barulah ibu beruang ini dapat menyeberangkan anak-anaknya ke seberang jalan dengan selamat.

Perlu diberi pujian ialah bagaimana pengguna jalan raya di situ tetap sabar menunggu. Tiada satu kenderaan pun yang bergerak sehingga lah kesemua beruang selamat melintasi jalan. Nampaknya semua mahu memastikan bahawa keselamatan spesies itu terjamin dan selamat.

Lihatlah karenah anak-anak beruang tersebur. Geram sungguh melihatnya:

Facebook

Nombor telefon dan data peribadi 533 juta pengguna Facebook telah dibocorkan dalam talian

0

Seorang pengguna di forum penggodaman tahap rendah pada 3 April telah menyiarkan nombor telefon dan data peribadi ratusan juta pengguna Facebook secara percuma dalam talian.

Data yang terdedah merangkumi maklumat peribadi lebih 533 juta pengguna Facebook dari 106 negara, merangkumi – lebih 32 juta rekod pengguna di AS, 11 juta pengguna di UK dan 6 juta pengguna di India.

Ia termasuklah nombor telefon mereka, ID Facebook, nama penuh, lokasi, tarikh lahir, biodata dan dalam beberapa kes, alamat e-mel.

Pihak Insider telah meninjau sampel data yang bocor dan mengesahkan beberapa rekod menerusi pemadanan nombor telefon pengguna Facebook yang diketahui dengan ID yang disenaraikan dalam kumpulan data.

Insider turut mengesahkan rekod dengan menguji alamat e-mel dari kumpulan data dalam ciri tetapan semula kata laluan Facebook, yang dapat digunakan untuk mengetahui sebahagian nombor telefon pengguna.

Gambar Hiasan/Unsplash

Jurucakap Facebook memberitahu Insider bahawa data itu dibuang ekoran kerentanan yang dihadapi oleh syarikat pada tahun 2019.

Menurut Alon Gal selaku CTO firma perisik jenayah siber Hudson Rock, data yang dibocorkan itu walaupun sudah berlaku beberapa tahun yang lalu, ia masih dapat memberikan maklumat berharga kepada penjenayah siber yang menggunakannya untuk menipu atau menyamar lantas membolehkan mereka dibenarkan memasuki akaun mangsa.

“Pangkalan data yang mengandungi maklumat peribadi seperti nombor telefon pengguna Facebook tentu akan menyebabkan penjenayah memanfaatkan data untuk melakukan serangan kejuruteraan sosial atau percubaan penggodaman”, tambah Gal.

Gal yang pertama kali menemui data yang bocor pada Januari ketika pengguna di forum penggodaman yang sama, telah mengiklankan bot automatik yang dapat memberikan nombor telefon untuk ratusan juta pengguna Facebook sebagai pertukaran dengan harga.

Motherboard pula melaporkan keberadaan bot itu pada masa itu dan mengesahkan bahawa data tersebut adalah sah.

Kini, seluruh dataset telah diposkan di forum penggodaman secara percuma, sehingga tersedia secara meluas bagi siapa saja yang mempunyai kemahiran data.

@UnderTheBreach/Twitter

Insider juga cuba menghubungi pembocor maklumat tersebut melalui aplikasi pesanan Telegram tetapi tidak mendapat balasan.

Ini bukan kali pertama sebilangan besar nombor telefon pengguna Facebook didapati terdedah dalam talian. Kerentanan yang terbongkar pada tahun 2019 membolehkan nombor telefon berjuta-juta pengguna diperoleh dari ‘server’ Facebook yang melanggar syarat perkhidmatannya.

Facebook mengatakan bahawa kerentanan itu dapat diatasi pada Ogos 2019.

Facebook sebelum ini berjanji akan mengesan aktiviti pencurian data secara besar-besaran setelah Cambridge Analytica ‘mengikis’ data 80 juta pengguna yang melanggar syarat perkhidmatan Facebook untuk menyasarkan pengundi dengan iklan politik pada pilihan raya 2016.

Kata Gal, tidak banyak yang dapat dilakukan Facebook untuk membantu pengguna terjejas dengan pelanggaran tersebut. Ini kerana data mereka sudah pun terdedah.

Tetapi, Facebook dapat memberi notifikasi kepada pengguna agar mereka kekal berwaspada untuk sebarang kemungkinan skema pancingan data atau penipuan menggunakan data peribadi mereka.

“Individu yang mendaftar ke syarikat ternama seperti Facebook mempercayai bahawa data mereka selamat dan Facebook sepatutnya memperlakukan data pengguna dengan penuh hormat”, kata Gal.

Tambahnya, situasi pengguna yang menjadi mangsa kebocoran maklumat peribadi adalah satu pelanggaran kepercayaan besar dan harus ditangani dengan sewajarnya.

Menteri Luar, Hishamuddin Hussein beri penjelasan setelah dikecam menggelar China, “My big brother”

0

Tindakan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggelar China sebagai “My big brother” semasa lawatan pertamanya ke China 1 April lalu, menerima kritikan oleh media tempatan.

Beliau walau bagaimanapun menjelaskan bahawa Malaysia masih kekal bebas dalam dasar luar negara.

Hishammuddin difahamkan telah mengunjungi China untuk pertama kalinya sebagai Menteri Luar Negara pada 1 April dan bertemu dengan Ahli Majlis Negara dan Menteri Luar Negara China, Wang Yi di Fujian.

Pada sidang media bersama, beliau berharap agar dapat terus memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara, termasuk kerjasama mengenai wabak virus COVID-19 dan kaedah memeranginya.

Malah tambahnya dalam bahasa Mandarin, persahabatan antara Malaysia dan China adalah seperti sebuah keluarga. Wang Yi segera menunjukkan simbol suka menggunakan tangannya.

Segera setelah itu, Hishammuddin berkata kepada Wang Yi dalam bahasa Inggeris, “You will always be my elder brother” dan kemudian beralih ke bahasa Mandarin dan berkata dengan isyarat “My Brother”. Wang Yi menjawab dalam bahasa Inggeris, “We are brothers”.

Hishammudin Hussein/Twiter

Pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Luar untuk menarik balik ucapannya dan meminta maaf kepada negara.

“Ini bukan bahasa dan gaya yang harus digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa, kerana (Hishammuddin) sepertinya meletakkan Malaysia dalam status boneka asing”, kata Anwar.

“Sebagai negara yang berkecuali, tidak wajar menyanjung negara besar mana pun di dunia. Kenyataannya jelas menghina negara kita”, tambah Anwar.

Hishammuddin walau bagaimanapun, menerangkan bahawa ucapan “My big brother” itu diucapkan kepada Wang Yi dan bukannya melibatkan hubungan Malaysia-China.

Oleh kerana identiti Menteri Luar kedua-dua belah pihak, ucapan tersebut mula mendapat perhatian dunia luar dan menganggap ianya melibatkan  hubungan antara kedua-dua negara.

Hishammuddin dalam pada itu, menafikan pandangan tersebut dan menjelaskan bahawa beliau memanggil Wang Yi sebagai abangnya.

Setelah dikritik di China, Hussein menulis tweet pada hari 3 April : “Ayat yang saya gunakan tidak merujuk kepada hubungan dua hala (Malaysia-China), kerana hubungan yang kuat didasarkan pada kepercayaan bersama dan kepercayaan bersama. Pada asas yang sama”.

Beliau mengatakan bahawa panggilan ‘abang’ kepada Wang Yi adalah untuk menunjukkan rasa hormatnya kepada Wang Yi.

@HishammuddinH2O/Twitter

“Ia atas rasa hormat pada Wang Yi kerana lebih tua, beliau adalah Menteri Luar yang lebih senior. Jadi secara peribadi bagi saya adalah beliau adalah ‘abang’. Hormat tidak bermaksud kelemahan”, katanya.

“Yakinlah bahawa daripada segi dasar luar kita, Malaysia masih bebas, berprinsip dan pragmatik berdasarkan nilai-nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan”, tambahnya.

China adalah rakan dagang terbesar Malaysia, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dasar luar Beijing yang semakin sukar di Asia Timur, terutama tuntutan maritimnya di Laut China Selatan, mempunyai beberapa tuntutan yang bertentangan dengan Malaysia.

Tindak balas berprofil tinggi oleh Hua Chunying terhadap lawatan Hishammuddin dan gelaran “My Big Brother” itu menjadi publisiti.

“Interaksi hangat ini memungkinkan kita merentasi layar. Anda dapat merasakan persahabatan dan semangat antara China dan Malaysia. Boleh dikatakan bahawa ini adalah gambaran jelas mengenai perkongsian strategik komprehensif antara China dan Malaysia”, ujarnya.

@HishammuddinH2O/Twitter

Malah dia berkata kedua-dua belah pihak selalu melakukan pertukaran mendalam dalam suasana ramah dan mencapai lima konsensus penting, termasuk melancarkan Jawatankuasa Tertinggi Kerjasama China-Malaysia, memperdalamkan strategi pengembangan pembinaan bersama “Belt and Road”, serta perbincangan dan pembangunan pengiktirafan kod kesihatan orang ramai terhadap situasi wabak.

Tambah Hua lagi, kedua-dua pihak akan mempromosikan pelaksanaan awal Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Wilayah dan menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Jelasnya Kementerian Luar Parti Komunis China telah mengabaikan penekanan Malaysia terhadap kurangnya kepercayaan dan persamaan antara kedua-dua pihak.

Setelah Setiausaha Umum Parti Komunis China, Xi Jinping mengunjungi Fujian beberapa hari yang lalu, Menteri Luar dari empat negara ASEAN – Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura serta Korea Selatan turut mengunjungi Fujian dan bukannya Beijing.

PKC kata tindakan ini mahu “dilihat oleh Taiwan” namun para sarjana China percaya bahawa lokasi tidak penting. Dalam menghadapi sekatan Barat, tujuan utama PKC adalah mencari penyokong dan sekutu.

Gaya buang sampah paling ‘cool’ abad ini, mesti ramai yang akan cuba selepas ini!

0

Dalam ramai kawan-kawan kita pasti ada seorang , dua yang sememangnya kelakar dan lucu. Apa sahaja yang dikatakan atau dilakukan pasti akan buatkan ramai tergelak. Terkadang reaksi mereka spontan sahaja tetapi boleh buatkan kita pecah perut.

Kali ini reaksi spontan budak lelaki ini pasti akan buat anda pula yang tergelak. Apa yang dilakukan hanya lah dengan membuang sampah di dalam tong sampah tetapi caranya memang sangat lah ‘cool’

Apa yang dilakukannya ialah dengan membaling sampah ke udara sebelum dia membuka penutup tong sampah. Sampah yang dibaling tadi dilihat terus masuk ke dalam tong dengan jayanya. Selepas selesai dengan misinya, kanak-kanak ini terus berlalu pergi dari situ, mungkin dia bangga dengan apa yang dilakukannya.

Buat kita yang melihatnya pasti merasakannya ianya sangat lucu. Budak lelaki itu hanya membuang sampah, tetapi caranya boleh buat ramai ketawa.

Video tersebut telah ditonton lebih daripada 400 ribu kali di Twitter. Rata-rata netizen di laman sosial itu turut berasa geli hati dengan telatah selamba kanak-kanak itu. Pasti ramai yang menontonnya berulang kali!

Hilang pekerjaan akibat COVID-19, bekas cef hotel lima bintang jual sandwic untuk jana pendapatan

0

Semestinya bukan mudah untuk berhadapan dengan masalah ekonomi akibat wabak COVID-19. Ramai yang terkesan sehingga ada yang terjejas teruk dan hilang punca pendapatan. Apa yang lebih menyedihkan apabila wang simpanan mereka juga habis kerana terpaksa digunakan dalam urusan sehari-harian.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia terpaksa keluar untuk menjual sandwich demi memastikan kelangsungan hidunya dan keluarga. Sebelum COVID-19 melanda dia merupakan seorang tukang masak di sebuah hotel bertaraf lima bintang dan mempunyai pendapatan yang stabil.

Namun, ekoran wabak tersebut dia dan isterinya telah hilang pekerjaan. Dalam masa yang sama mereka juga perlu membesarkan dua orang anak lelaki mereka yang berumur dua tahun dan 10 tahun.

Lelaki berusia 34 tahun yang bernama Mohd Hanafiyah itu seringkali kelihatan berpakaian kemas setiap hari bersama dengan sandwic yang dijualnya beberapa tempat seperti di jejambat Hospital Queen Elizabeth, Pusat Komersial Kota Kinabalu, Karavin Star atau Gaya Street dan beberapa tempat yang sesak untuk menjual sandwic buatan sendiri.

Pada mulanya orang hanya membeli sandwicnya kerana kasihan dan simpati tetapi memandangkan rasa sandwicnya memang sedap membuatkan ramai yang datang semula untuk mendapatkannya. Hal tersebut membuatkan perniagaannya tetap berjalan baik.

Menurutnya, dia pernah mencuba untuk menjual makanan tengah hari, ‘lunch box’ secara atas talian tetapi perniagaannya kurang mendapat sambutan. Kemudian dia cuba membuat sandwic sendiri selepas terinspirasi dengan kisah seorang jutawan Thailand. Pada Jun tahun lalu dia mula berusaha untuk menjalakan perniagaan sandwicnya iaitu ‘Sandwich Hut’.

Dia mula membuat sandwic seawal jam 3 pagi setiap hari dan keluar dengan menaiki motosikal sekitar pukul 6 pagi.

Untuk memastikannya segar, dia membahagikan sandwic yang sudah siap menjadi dua kumpulan, pertama kali pergi ke Hospital Queen Elizabeth untuk menjualnya, dan kemudian pulang untuk membawa kumpulan sandwic kedua ke pusat bandar Kota Kinabalu. Pada hari bekerja dia akan berniaga di kawasan pejabat manakala pada hari cuti dia akan menual sandwic di kawasan yang ramai dengan orang.

Dia juga tidak pernah menjual sandwic yang tidak habis pada keesokannya harinya kerana ianya sudah tidak segar. Jadi, dia akan memberikan sandwich yang tidak terjual kepada anggota keselamatan di bank atau kepada gelandangan.

Oleh kerana dia menggunakan bahan-bahan yang benar-benar segar, penyediaannya juga teliti dan kemas, ditambah dengan layanan yang baik, sandwicnya telah mendapat sambutan yang baik sejak tahun lalu.

Mungkin ramai antara kita yang malu untuk melakukan semua itu tetapi tidak bagi lelaki ini. Dia yang sangat minat memasak berharap agar suatu hari nanti dia dapat membuka kedai makannya sendiri. Namun, buat masa ini dia mahu memberikan tumpuan kepada sandwicnya dan dalam masa yang sama dia berharap agar perniagaannya itu dapat membantu anak muda atau pelajar yang inginkan kerja sampingan bagi mendapatkan wang tambahan.

Tengku Permaisuri Selangor cemar duli buat penampilan istimewa sebagai pembaca berita sempena ulang tahun RTM

0

KUALA LUMPUR- Sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tengku Permaisuri Selangor, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mencemar duli untuk membaca Berita Perdana pada jam 8 malam, 1 April lalu.

Facebook

Program tersebut disiarkan di saluran TV1 RTM dan baginda Tengku Permaisuri bersiaran ke udara selama 15 minit dengan melaporkan berita terkini dan isu semasa.

Sebelum berkahwin dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016, baginda adalah penyampai berita di RTM.

Penerbit program itu, Khairul Azli Rahim, memberitahu bahawa dia merasa terhormat dan gembira kerana Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan segmen berita yang dieditnya.

Kali terakhir baginda dilihat tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu.

Tonton video di sini.