Bukan mudah untuk menguruskan anak kecil. Kalau seorang sahaja kadangkala boleh buat ibu bapa pening kepala, inikan pula dua, tiga orang. Pasti lebih banyak ragam mereka yang perlu dihadapi ibu bapa.
Sama seperti seekor ibu beruang ini apabila dia juga terpaksa berhadapan dengan perangai anak-anak kecilnya. Untuk mengawal dan menjaga empat ekor anak kecil dalam satu-satu masa semestinya bukan mudah baginya.
Misalnya, lihat sahaja seperti di dalam video ini apabila dia perlu mengurus keempat-empat anaknya supaya dapat melintas jalan dengan selamat.

Pada mulanya dia membawa dua ekor anak kecilnya melintas ke seberang dan seperti tiada masalah berlaku.


Dia kemudian melintas semula untuk mendapatkan anaknya yang lain. Ketika itu, salah seekor daripada mereka kelihatan sedang memanjat pokok. Si ibu dengan sabar meminta anaknya untuk turun supaya mereka boleh melintas ke seberang.

Dalam masa yang sama, muncul pula anak-anaknya yang telah dihantar ke seberang. Mereka berpatah balik untuk mengikuti ibu mereka.
Hanya selepas beberapa minit, dengan segala susah-payah dan kesabaran yang tinggi barulah ibu beruang ini dapat menyeberangkan anak-anaknya ke seberang jalan dengan selamat.
Perlu diberi pujian ialah bagaimana pengguna jalan raya di situ tetap sabar menunggu. Tiada satu kenderaan pun yang bergerak sehingga lah kesemua beruang selamat melintasi jalan. Nampaknya semua mahu memastikan bahawa keselamatan spesies itu terjamin dan selamat.
Lihatlah karenah anak-anak beruang tersebur. Geram sungguh melihatnya: