25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 2, 2024
UtamaBerita UtamaHilang pekerjaan akibat COVID-19, bekas cef hotel lima bintang jual sandwic untuk...

Hilang pekerjaan akibat COVID-19, bekas cef hotel lima bintang jual sandwic untuk jana pendapatan

Semestinya bukan mudah untuk berhadapan dengan masalah ekonomi akibat wabak COVID-19. Ramai yang terkesan sehingga ada yang terjejas teruk dan hilang punca pendapatan. Apa yang lebih menyedihkan apabila wang simpanan mereka juga habis kerana terpaksa digunakan dalam urusan sehari-harian.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia terpaksa keluar untuk menjual sandwich demi memastikan kelangsungan hidunya dan keluarga. Sebelum COVID-19 melanda dia merupakan seorang tukang masak di sebuah hotel bertaraf lima bintang dan mempunyai pendapatan yang stabil.

Namun, ekoran wabak tersebut dia dan isterinya telah hilang pekerjaan. Dalam masa yang sama mereka juga perlu membesarkan dua orang anak lelaki mereka yang berumur dua tahun dan 10 tahun.

Lelaki berusia 34 tahun yang bernama Mohd Hanafiyah itu seringkali kelihatan berpakaian kemas setiap hari bersama dengan sandwic yang dijualnya beberapa tempat seperti di jejambat Hospital Queen Elizabeth, Pusat Komersial Kota Kinabalu, Karavin Star atau Gaya Street dan beberapa tempat yang sesak untuk menjual sandwic buatan sendiri.

Pada mulanya orang hanya membeli sandwicnya kerana kasihan dan simpati tetapi memandangkan rasa sandwicnya memang sedap membuatkan ramai yang datang semula untuk mendapatkannya. Hal tersebut membuatkan perniagaannya tetap berjalan baik.

Menurutnya, dia pernah mencuba untuk menjual makanan tengah hari, ‘lunch box’ secara atas talian tetapi perniagaannya kurang mendapat sambutan. Kemudian dia cuba membuat sandwic sendiri selepas terinspirasi dengan kisah seorang jutawan Thailand. Pada Jun tahun lalu dia mula berusaha untuk menjalakan perniagaan sandwicnya iaitu ‘Sandwich Hut’.

Dia mula membuat sandwic seawal jam 3 pagi setiap hari dan keluar dengan menaiki motosikal sekitar pukul 6 pagi.

Untuk memastikannya segar, dia membahagikan sandwic yang sudah siap menjadi dua kumpulan, pertama kali pergi ke Hospital Queen Elizabeth untuk menjualnya, dan kemudian pulang untuk membawa kumpulan sandwic kedua ke pusat bandar Kota Kinabalu. Pada hari bekerja dia akan berniaga di kawasan pejabat manakala pada hari cuti dia akan menual sandwic di kawasan yang ramai dengan orang.

Dia juga tidak pernah menjual sandwic yang tidak habis pada keesokannya harinya kerana ianya sudah tidak segar. Jadi, dia akan memberikan sandwich yang tidak terjual kepada anggota keselamatan di bank atau kepada gelandangan.

Oleh kerana dia menggunakan bahan-bahan yang benar-benar segar, penyediaannya juga teliti dan kemas, ditambah dengan layanan yang baik, sandwicnya telah mendapat sambutan yang baik sejak tahun lalu.

Mungkin ramai antara kita yang malu untuk melakukan semua itu tetapi tidak bagi lelaki ini. Dia yang sangat minat memasak berharap agar suatu hari nanti dia dapat membuka kedai makannya sendiri. Namun, buat masa ini dia mahu memberikan tumpuan kepada sandwicnya dan dalam masa yang sama dia berharap agar perniagaannya itu dapat membantu anak muda atau pelajar yang inginkan kerja sampingan bagi mendapatkan wang tambahan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI