KUALA LUMPUR- Sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tengku Permaisuri Selangor, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mencemar duli untuk membaca Berita Perdana pada jam 8 malam, 1 April lalu.
Program tersebut disiarkan di saluran TV1 RTM dan baginda Tengku Permaisuri bersiaran ke udara selama 15 minit dengan melaporkan berita terkini dan isu semasa.
Sebelum berkahwin dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016, baginda adalah penyampai berita di RTM.
Penerbit program itu, Khairul Azli Rahim, memberitahu bahawa dia merasa terhormat dan gembira kerana Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan segmen berita yang dieditnya.
Kali terakhir baginda dilihat tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu.
Tonton video di sini.