Ayam betina lazimnya sangat bersifat melindungi terutamanya jika masih terdapat anak-anak ayam berada di bawah jagaannya.
![](https://www.erabaru.com.my/wp-content/uploads/2021/04/542021_henbaby_02.jpg)
Namun bukanlah menjadi satu kebiasaan apabila ibu ayam dilihat menjaga tiga ekor anak kucing – yang bukan daripada spesiesnya!
Ia disaksikan sendiri oleh seorang petani yang terkejut apabila melihat ayam betinanya menunjukkan ciri keibuan dan menjaga tiga ekor anak kucing.
![](https://www.erabaru.com.my/wp-content/uploads/2021/04/542021_henbaby_03.jpg)
Dalam video tersebut, petani itu dapat dilihat menghampiri ayam peliharaannya. Pada mulanya, tiada perkara yang pelik dan aneh berlaku.
![](https://www.erabaru.com.my/wp-content/uploads/2021/04/542021_henbaby_05.jpg)
Namun setelah memeriksa, dia mendapati bahawa terdapat tiga ekor anak kucing comel yang bersembunyi dan duduk di bawah tubuh ayamnya.
![](https://www.erabaru.com.my/wp-content/uploads/2021/04/542021_henbaby_04.jpg)
Seolah-olah ayam betina berkenaan mengeram telurnya. Tidak sangka pula ayam akan melakukan sebegitu terhadap haiwan yang bukan sejenis dengannya.
![](https://www.erabaru.com.my/wp-content/uploads/2021/04/542021_henbaby_01.jpg)
Ternyata haiwan sememangnya mempunyai naluri keibuan yang kuat dan sangat penyayang juga bukan?