30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 8, 2026
Utama Blog Laman 299

Rindu untuk makan di luar, keluarga buat gerai makan ‘olok-olok’ untuk ubat rindu kanak-kanak ini

0

Ramai yang tanya apa yang mahu dilakukan jika wabak COVID-19 berakhir. Ada yang mahu pulang ke kampung melawat ibu bapa, ada yang mahu melancong dan ramai yang mahu makan di luar seperti biasa.

Nampaknya bukan hanya kita yang rindu untuk makan atau ‘melepak’ di kedai-kedai makan dan berkumpul bersama-sama kawan malah anak kecil ini juga rindukan suasana yang sama. Jadi, untuk mengubat rindu anak kecil ini keluarganya telah mendirikan sebuah kedai makan olok-olok di luar rumah untuknya.

Momen comel tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @syedalbukhary_ yang menceritakan tentang kejutan yang dibuat untuk anak saudaranya itu.

Menurut pemuda itu, anak saudaranya yang bernama Ibrahim itu memberitahu bahawa dia sudah lama tidak makan di luar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jadi, mereka sekeluarga memutuskan untuk membuka kedai makan mini yang diberi nama ‘Kedai Mak Tok’. Tidak hanya itu, mereka juga menggunakan wang jutaria untuk digunakan dalam urusan ‘jual beli’ di kedai makan tersebut.

Apa yang paling menyeronokkan, mereka menyediakan pelbagai makanan yang enak buat Ibrahim seperti pasta, buah-buahan, coklat dan minuman.

Menurut Syed lagi, anak saudarannya itu sangat gembira dengan kedai makanan tersebut.

Nampaknya Ibrahim rindu benar dengan suasana di luar. Bukan hanya kita yang tertekan kerana terpaksa berkurung di rumah, kanak-kanak juga merasakan perasaan yang sama.

Biarpun tempang, ibu kucing sanggup lari bawa makanan pada anak buat mata warganet berkaca

0

Berkongsi rezeki adalah perilaku mulia yang dilakukan, bukan hanya sesama manusia bahkan juga kepada haiwan yang kesusahan.

Ia memerlukan sifat belas kasihan yang tulus daripada hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki ini.

Terdapat seekor kucing betina yang kerap kali muncul berhampiran beranda rumah lelaki itu, seperti meminta makanan padanya.

貓奴鏟屎官/Facebook

Atas rasa kasihan dan belas ihsan, lelaki itu akan memberikan potongan ikan padanya. Lebih menyedihkan adalah keadaan fizikal kucing terbabit.

Kaki hadapan kanan kucing terbabit tidak dijejakkan ke tanah apabila berjalan dan kucing itu bergerak secara terencot-encot.

Agak misteri apabila kucing itu tidak terus makan di lokasi terbabit sebaliknya akan membawa makanan itu ke suatu tempat.

貓奴鏟屎官/Facebook

Ini menimbulkan tanda tanya kepada individu yang mengikuti kisah kucing ini sehinggakan mereka akhirnya memasang kamera untuk menjejaki pergerakan kucing berkenaan.

Alangkah sayunya apabila mereka mendapati bahawa kucing itu sebenarnya membawa pulang ikan untuk diberikan kepada anak-anaknya.

貓奴鏟屎官/Facebook

Sebaik sahaja mendapat sahaja makanan, ibu kucing itu akan berlari menuju ke lokasi anaknya berkumpul walaupun salah satu kakinya tempang.

Mengetahui akan hakikat itu, mereka kemudian memasang sangkar untuk menangkap kucing itu dan juga anak-anaknya.

貓奴鏟屎官/Facebook

Penangkapan itu dilakukan bagi membolehkan kucing itu dan anak-anaknya diperiksa dan mendapat rawatan yang sewajarnya.

Di klinik, lelaki yang setiap hari memberikan makanan kepadanya turut menemaninya.

Malah, mata ibu kucing itu kelihatan berkaca, seakan tahu bahawa diri dan anaknya diselamatkan.

貓奴鏟屎官/Facebook

Difahamkan juga bahawa lelaki itu turut memutuskan untuk membela kucing terbabit bersama anak-anaknya.

Anda boleh tonton video penuh kisah ini di sini.

“Abi pakai seatbelt dak?” Reaksi budak dengar bapa kena saman buat netizen terhibur. Comel sangat!

0

Sama seperti ibu, seorang bapa adalah tonggak kepada perkembangan kesejahteraan emosi anak-anak. Bapa juga melahirkan rasa selamat buat anak, baik daripada segi fizikal mahupun emosi.

Jadi menghabiskan masa bersama anak buat seorang bapa tentunya membawa kesan mendalam yang positif buat perkembangan anak masing-masing.

@fyaireez/Twitter

Seperti bapa ini, yang kerap kali berkongsi video menarik bersama anak perempuannya yang bernama Yaya.

Namun kali ini, lelaki ini berkongsi bagaimana anaknya begitu prihatin mendengar ceritanya dan mendakwa dirinya telah disaman polis.

Berikut video penuh gelagat kedua-dua beranak terbabit :

Walaupun masih kecil, Yaya tekun mendengar dan memberikan perhatian terhadap apa yang diceritakan si bapa. “Abi pakai seatbelt dak (tak)?”, soal Yaya.

Lebih melucukan, perbualan mereka terhenti seketika apabila terdapat bunyi siren kecemasan kedengaran. Yaya pun apa lagi, buat muka terkejutlah!

@fyaireez/Twitter

Setelah itu, Yaya juga sempat menasihati bapanya agar tidak memandu laju. “Haa, tak boleh bawa laju. Tak boleh, bawa pelan (perlahan)”.

Yaya sekali lagi terkejut apabila mendengar amaun RM300 saman yang dikenakan pada bapanya dan dia turut bermurah hati untuk memberikan sedikit wang untuk dipinjamkan pada bapanya.

Tetapi anda saksikanlah sendiri apa yang jadi :

Aduhai Yaya! Baik sudah niatnya ingin membantu. Apa pun, gelagat dan keletahnya itu cukup menghiburkan.

Comel sangat!

Niat mahu ceriakan ‘frontliners’, seekor ‘T-Rex’ muncul di PPV Kuching untuk terima vaksin

0

Pemilihan baju yang sesuai adalah perlu semasa menghadiri janji temu vaksinasi. Walaupun ia agak remeh namun baju yang sesuai sedikit sebanyak bantu melancarkan proses vaksinasi.

Tetapi lain pula yang berlaku baru-baru ini, di mana seorang pemuda, Kenny Sia telah hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) dengan memakai kostum seekor dinosaur!

Kenny Sia/Instagram

Kejadian yang dipercayai berlaku di PPV Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) itu mula tular apabila beberapa keping foto T-Rex dikongsikan di laman Twitter.

Menurut Kenny, dia mendapat idea untuk memakai sut itu selepas seorang warga emas di Pulau Pinang tular memakai beg plastik pada kepalanya semasa menerima vaksin.

Kenny Sia/Instagram

“Saya mahu memberi semangat kepada petugas barisan hadapan dan para sukarelawan kerana mereka berkerja keras memberikan vaksin pada ramai orang setiap hari”.

Tambahnya, sut itu turut berfungsi sebagai alat pelindung diri yang ideal.

Staf di BCCK turut terhibur malah menggunakan foto dinosaur Kenny untuk berkongsi panduan langkah demi langkah untuk vaksinasi.

Sungguhpun begitu, Kenny mendedahkan bahawa sut itu dilengkapi dengan kipas mini di dalamnya jika dia berasa panas.

Kenny Sia/Instagram

Bahkan sut T-Rex itu turut dilengkapi dengan zip di bahagian tangan bagi memudahkannya membuka sut itu ketika proses suntikan.

Kenny dalam pada itu menasihati agar orang lain tidak mengikuti jejaknya memakai sut sebegini.

“Saya ke sana ketika vaksinasi hampir berakhir, jadi ia mungkin tidak mengapa kerana saya tidak beratur lama”.

Cara seorang ‘seller paling rare’ ini bungkus barang jualan guna sabut kelapa memang lain macam punya kreatif

0

Oleh kerana setiap manusia dikurniakan akal fikiran, tidak boleh dinafikan mungkin ada yang boleh tercapai tahap pemikiran dan kreativiti seperti berada di luar galaksi, mendapat inspirasi daripada Richard Branson dan Elon Musk.

Dan apabila memikirkan yang sabut kelapa itu ada banyak kegunaan, seperti menjadi berus baju, penyental kotoran degil belakang periuk dan kuali zaman ‘rewang’, pembuang daki badan orang zaman dulu, maka tidak terfikir pula ia boleh jadi bahan ‘tahan lasak’ ketika penghantaran parcel zaman moden kini.

Kaitan pemikiran luar kotak dengan kegunaan sabut kelapa yang pelbagai, termasuk menjadi ‘bubble wrap’…

Facebook

Seorang penjual yang menjual barangan di atas talian baru-baru ini mencuri perhatian warganet di media sosial apabila beliau mengirim barang yang dibeli pelanggan dalam cara pembungkusan yang lain daripada yang lain, iaitu dengan menggunakan sabut kelapa.

Cara dia membungkus barang itu memang sungguh kreatif dan berada di luar kotak pemikiran, dalam kalangan kita yang selalu berfikir biasa-biasa.

Facebook

Hantaran di Facebook yang tular dengan gambar-gambar muat naik seorang pelanggan yang menggelikan hati, “Beli part kat Shopee.. Sekali sampai tengok dia punya packaging, betul punya IQ tinggi brader ni..”

Memang melucukan spontan tergelak melihat dia membungkus barang yang dijual menggunakan sabut kelapa galang ganti ‘bubble wrap’, yang majoriti orang memang tidak pernah terfikir.

Facebook

Bergeliga betul otak dia, yang kalau kita fikirkan kembali masuk akal juga sebab terbukti sabut kelapa itu adalah penyerap hentakan semula jadi, selain ia juga tidak akan merosakkan alam sekitar dengan menambah longgokan plastik yang memberi mudarat kepada semua makhluk, sekali gus ‘seller’ ini telah berjaya menyelamatkan bumi daripada terus dirosakkan.

Selain barang yang dihantar tahan hentakan dan selamat, tiada siapa yang akan berminat hendak mencuri kelapa tua itu, jika ada…

Pakar hak asasi manusia PBB ‘terlalu khuatir’ dengan dakwaan penuaian organ paksa di China

0

Sekumpulan pakar hak asasi manusia yang bersekutu dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan rasa terkejut dan kecewa dengan apa yang mereka katakan adalah dakwaan yang boleh dipercayai mengenai penuaian organ secara paksa di tangan rejim komunis China, yang menyasarkan kumpulan agama dan etnik minoriti.

Pakar-pakar berkenaan, termasuk pelapor khas ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) dan anggota kumpulan kerja mengenai penahanan sembarangan, “terlalu khuatir dengan laporan mengenai dakwaan ‘penuaian organ’ yang menyasarkan golongan minoriti, termasuk pengamal Falun Gong, Uyghur, Tibet, Muslim, dan Kristian, ketika dalam tahanan di China,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

“Pengambilan organ secara paksa di China nampaknya menyasarkan etnik, bahasa, atau agama minoriti tertentu dalam tahanan, sering tanpa dijelaskan alasan tangkapan atau diberi waran tangkap, di lokasi yang berlainan. Kami amat prihatin dengan laporan layanan diskriminasi terhadap banduan atau tahanan berdasarkan etnik dan agama atau kepercayaan mereka,” kata para pakar dalam satu kenyataan bersama.

Lakon semula penuaian organ ke atas tahanan Falun Gong di China ketika protes menentang import organ manusia dari China ke Austria di Vienna, Austria pada 1 Oktober 2018. (Gambar oleh Joe Klamar/AFP/Getty Images)

Pakar-pakar berkenaan yang tidak terikat dengan mana-mana kerajaan atau organisasi dan berkhidmat dalam sistem hak asasi manusia PBB sebagai pakar bebas, merumuskan pendapat mereka berdasarkan apa yang OHCHR katakan sebagai “maklumat yang boleh dipercayai” bahawa kategori tertentu tahanan di China telah diarah secara paksa menjalani ujian darah dan pemeriksaan organ tanpa persetujuan mereka. Hasil pemeriksaan, yang termasuk ujian ultrasound dan sinar-X, dilaporkan telah didaftarkan dalam pangkalan data sumber organ hidup yang digunakan untuk padanan organ dengan penerima berpotensi, kata OHCHR.

“Menurut dakwaan yang diterima, organ yang paling biasa dikeluarkan daripada tahanan seperti dalam laporan adalah jantung, buah pinggang, hati, kornea, dan, kurang biasa, sebahagian hati. Bentuk pemerdagangan dengan sifat perubatan ini didakwa melibatkan profesional sektor kesihatan, termasuk pakar bedah, pakar bius, dan pakar perubatan lain,” kata para pakar.

OHCHR berkata para pakar sebelum ini telah mengemukakan isu tersebut dengan pihak berwajib di China pada tahun 2006 dan 2007, tetapi respons yang mereka terima menunjukkan kekurangan data kritikal seperti masa menunggu untuk peruntukan organ, atau maklumat mengenai sumber organ.

“Dalam konteks ini, kekurangan data dan sistem perkongsian maklumat sedia ada merupakan halangan untuk kejayaan mengenal pasti dan melindungi mangsa pemerdagangan, dan penyiasatan seterusnya untuk pendakwaan pemerdagangan organ manusia yang berkesan,” kata OHCHR. 

Sambil menambah mekanisme penyiasatan hak asasi manusia PBB yang tersendiri menekankan kebimbangan mengenai mengeluar dan memindah organ dari tahanan minoriti agama tertentu, walaupun ia tidak menyatakan secara spesifik yang mana.

“Walaupun terdapat perkembangan secara bertahap dalam sistem pendermaan organ sukarela, maklumat terus ditimbulkan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia yang serius dalam pemerolehan organ untuk tujuan pemindahan di China,” kata para pakar.

Agensi PBB berkata terdapat kebimbangan berterusan mengenai kurangnya pengawasan badan bebas berkenaan persetujuan dan pemerolehan organ daripada tahanan atau banduan. OHCHR meminta rejim China untuk “segera bertindak balas dengan dakwaan ‘penuaian organ’ bagi tujuan memungkinkan pemantauan bebas oleh mekanisme hak asasi manusia antarabangsa.”

‘Palais des Nations’, salah sebuah pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada 4 September 2018. (Gambar oleh Fabrice Coffrini/AFP /Getty Images)

Barisan pakar termasuk Siobhán Mullally, pelapor khas pemerdagangan orang, Fernand de Varennes, pelapor khas mengenai isu-isu golongan minoriti, Ahmed Shaheed, pelapor khas mengenai kebebasan beragama atau kepercayaan, dan Nils Melzer, pelapor khas mengenai penyeksaan dan lain-lain kekejaman, ketidakberperikemanusiaan, atau perlakuan hukuman yang menjatuhkan maruah. Pelapor khas atau ‘rapporteur’ adalah sebahagian daripada badan bebas yang penting dan terbesar terdiri kalangan pakar dalam sistem hak asasi manusia PBB.

Dakwaan bahawa individu-individu yang bertindak bagi pihak rejim China dengan mengeluarkan organ penting daripada tahanan, yang meninggal dunia dalam proses itu, ketika pembedahan pemindahan organ pertama kali dibangkitkan pada tahun 2006.

Sejak itu, lebih banyak bukti dan keterangan telah dikemukakan dalam banyak laporan, termasuk dalam penghakiman tribunal bebas yang diketuai oleh Sir Geoffrey Nice, yang sebelum ini mengetuai pendakwaan ke atas bekas Presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic atas pertuduhan jenayah perang.

Tribunal China yang diadakan di London memutuskan pada bulan Mac 2020 bahawa penuaian organ secara paksa telah berlaku di China selama bertahun-tahun “pada skala yang signifikan”, dengan para pengamal Falun Gong menjadi “sumber utama” organ manusia. Laporan penghakiman itu juga menyatakan kumpulan minoriti lain seperti Uyghur, Buddha Tibet, dan penganut agama Kristian juga menjadi sasaran penganiayaan.

Falun Gong merupakan latihan spiritual, terdiri dari latihan meditasi dan ajaran moral dengan prinsip Sejati, Baik, Sabar. Dua puluh dua tahun yang lalu, rejim komunis China melancarkan kempen untuk membasmi Falun Gong, yang membawa kepada lebih 70 juta pengikutnya mengalami gangguan, penahanan tidak sah, buruh paksa, penyeksaan, dan penuaian organ secara paksa.

Gudang Shopee di Shah Alam akan ditutup sementara, hanya sebilangan penghantaran akan alami kelewatan

0

SHAH ALAM- Untuk melaksanakan Standard Operasi Prosedur (SOP) tambahan yang diarahkan oleh pihak kerajaan, gudang Shopee di Shah Alam dikatakan akan ditutup buat sementara waktu.

Menurut Shopee, alasan penutupan adalah kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Shah Alam, dan tidak mempunyai kaitan dengan kes COVID-19.

“Panduan ini sangat membantu dan gudang kami akan ditutup buat sementara waktu untuk melaksanakan SOP tambahan ini secepat mungkin. walau bagaimanapun, platform Shopee tetap beroperasi seperti biasa dan penghantaran yang dibuat oleh Shopee Express dan semua rakan perniagaan kami yang lain tidak terjejas,” kata Shopee dalam satu kenyataan melalui Facebook rasmi mereka pada 10 Julai lalu.

Menurut Shopee lagi, ada kemungkinan berlakunya kelewatan dalam penghantaran yang melalui gudang mereka tetapi ia hanya melibatkan sebahagian kecil daripada keseluruhan pesanan. Pembeli yang terjejas akan dimaklumkan melalui akaun Shopee mereka.

Shopee juga menegaskan bahawa penutupan itu tidak akan mempengaruhi operasi platform keseluruhan mereka. Shopee juga akan melakukan lebih banyak kemas kini mengenai keadaan semasa yang akan dikongsi melalui media sosial rasmi mereka.

JKJAV : Semak status vaksinasi MySejahtera setelah divaksinasi, jangan terus pulang

0

Orang ramai dinasihatkan untuk memeriksa status vaksinasi masing-masing di aplikasi MySejahtera sebaik sahaja selesai vaksinasi.

Ini bermakna perlu memeriksanya terlebih dahulu sebelum meninggalkan pusat pemberian vaksin (PPV) pada hari janji temu masing-masing.

Perkara ini ditekankan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) agar setiap individu yang telah menerima vaksinasi untuk menyemak status serta merta.

JKJAV

Status ini menurut JKJAV adalah pengesahan bahawa individu terbabit telah melengkapkan vaksinasi dos pertama ataupun dos kedua.

Selepas menerima suntikan dos pertama, status vaksinasi di aplikasi MySejahtera akan menunjukkan kad vaksin berwarna putih.

Dan jika selesai suntikan dos kedua, sijil digital berwarna kuning akan dipamerkan.

JKJAV

Anda hanya perlu buka MySejahtera, klik pada Profil, tatal ke bawah dan periksa Status Vaksinasi atau e-sijil yang tertera di bawah Status Risiko.

Pastika semua maklumat vaksinasi telah dicatatkan dalam sistem. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh lakukan demikian pada staf PPV bertugas ya!

Parti Komunis China hancurkan perkara terbaik di China – agama, budaya, adab, cara hidup tradisional

0

Parti Komunis China (PKC) telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam persiapannya untuk menyambut ulang tahun ke-100, di mana Beijing dijaga ketat. Premis menjual pisau diarah untuk meminta pengenalan diri dan melaporkan maklumat pelanggan kepada polis.

Restoran di kawasan larangan juga terpaksa menutup pintu. PKC turut menahan orang yang pergi ke Beijing dan menyekat mana-mana akaun media sosial yang tidak ditapis sepenuhnya.

Secara luarannya, PKC mungkin kelihatan kuat dan gagah namun hakikatnya mereka sangat gugup. Walaupun selama puluhan tahun dikawal ketat dan ‘dibasuh minda’, orang-orang China sedar bahawa sistem komunis bertentangan dengan fitrah manusia dan tidak akan bertahan lama.

Sejak pengambilalihan China, PKC telah membunuh sekitar 80 juta warganya. Selama berkuasa, PKC tidak pernah menghentikan kempennya untuk ‘melenyapkan’ pelbagai kumpulan yang berlainan –setiap kali memilih kumpulan baru untuk disasarkan. Sasaran utamanya adalah mereka yang mewakili masyarakat China dan budaya mereka.

Pada tahun 1950-an, PKC mengambil harta pemilik tanah, merampas perniagaan swasta dari pemilik perniagaan dan membunuh berjuta-juta nyawa yang disebut sebagai ‘kapitalis’. Sebilangan besar mangsa adalah yang paling berpendidikan dan paling berjaya dalam masyarakat – yang menyampaikan budaya China, diturunkan kepada mereka melalui sejarah keluarga yang panjang.

Orang China mempunyai tradisi untuk setia kepada keluarga dan pasangan mereka. Ketika pegawai PKC sampai ke bandar, mereka menceraikan isteri dan menikahi gadis di bandar. Orang China juga mempunyai sejarah menghormati dan menyokong mereka yang tinggal di tokong. Tetapi PKC terus memaksa para sami untuk berkahwin.

Semua negara komunis mengalami kebuluran. Ia adalah hasil yang tidak dapat dielakkan dari sistem komunis. Di China, kejadian Kebuluran Besar dari tahun 1958 hingga 1962 dianggarkan telah membunuh sekitar 40 juta orang. Dalam ribuan kes, orang ramai terdorong ke arah kegilaan dan beralih ke kanibalisme.

Terdapat satu kisah yang dikenali, melibatkan seorang bapa dan dua anaknya – seorang lelaki dan seorang perempuan yang tinggal bersama di rumah ladang mereka. Suatu hari, si bapa mengarah anak perempuan keluar seketika. Sekembalinya ke rumah, abangnya didapati hilang.

Dia mendapati terdapat lapisan putih di kuali dan tulang telah diasingkan berhampiran dengan dapur. Beberapa hari kemudian, si bapa menambah air ke dalam kuali. Anak perempuannya ketakutan dan bersembunyi di sebalik pintu.

Dia menangis dan memohon, “Bapa, tolong jangan makan saya. Saya akan jaga rumput dan api untuk bapa. Jika bapa makan saya, tiada siapa yang akan bekerja untuk bapa”.

China mempunyai sejarah peradaban 5,000 tahun. Untuk sebahagian besar masa itu, China menjadi negara yang dicemburui oleh negara-negara sekitarnya. Rakyatnya beradab dan menjalani kehidupan yang bergaya. Bahkan raja-raja dari negara lain memilih untuk tinggal dan bahkan mati di China. Komunisme bagaimanapun, telah membawa kebuluran, kemiskinan dan perang tanpa henti terhadap orang-orang China.

Orang China mempunyai tradisi untuk sangat menghormati orang tua, menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa, datuk nenek dan guru mereka. Guru untuk sehari sudah dianggap sebagai ‘bapa’ untuk selamanya.

Namun, pada tahun 1960-an semasa Revolusi Budaya, remaja didorong oleh pegawai komunis untuk memukul ibu bapa dan guru mereka. Di Beijing sahaja, lebih daripada seribu guru dipukul hingga mati oleh pelajarnya.

Sebagai seorang pemuda, Bo Xilai — bakal datuk bandar Chongqing yang akan mengunjungi Amerika Syarikat sebagai pegawai tinggi, telah memijak dada ayahnya, sehingga patah tulang rusuk. Perbuatan seperti ini tidak pernah didengar selama 5,000 tahun sejarah China.

PKC menggunakan remaja untuk mencari rumah orang awam dan menghancurkan barang antik, karya seni dan objek tradisional yang mereka temui, serta karya seni awam, kuil dan sebagainya – apa sahaja yang dapat membuatkan orang ramai mengingati budaya tradisional China.

Budaya China selalu diinspirasikan oleh Tuhan. Tetapi ideologi komunis menentang kemanusiaan dan menentang fitrah manusia. Apa sahaja yang mewakili budaya dan prinsip tradisional merupakan halangan untuk menegakkan ideologinya.

Setelah menggunakan remaja untuk menghancurkan objek tradisional dan menggulingkan lawan politik, PKC menghantar remaja yang sama ke kawasan pedalaman untuk mendapatkan ‘pendidikan’. Dengan melakukan itu, ia dapat menghalang revolusi yang berpotensi dan menuntut mereka untuk bekerja. Anak-anak muda ini menghadapi keperitan dan hilang harapan selama bertahun-tahun.

PKC juga menutup universiti dan menghantar intelektual ke luar bandar untuk melakukan kerja pertanian untuk ‘pendidikan semula’. Banyak tangan pemuzik ‘hancur’ dek kerana kerja keras. Ramai penulis, seniman, profesor, jurutera, saintis, pakar terkemuka dan elit budaya (yang secara tradisionalnya berkongsi pengetahuan, kemahiran dan semangat kebudayaan negara) turut membunuh diri.

Malah yang paling buruk, PKC ketika berkuasa turut menolak dan melarang agama serta menganggapnya sebagai ‘candu terhadap orang ramai’. Mereka menggunakan ateisme untuk menghancurkan kepercayaan orang terhadap Tuhan dan standard moral.

Kempen penganiayaan agama yang paling parah oleh PKC mensasarkan pengamal Falun Gong. Dari segi skala dan keparahan penganiayaan, ini tidak pernah terjadi sebelumnya, menyasarkan 100 juta pengamal disiplin kerohanian, serta keluarga dan rakan mereka.

Falun Gong secara amnya mengajar meditasi tradisional, yang merupakan sebahagian inti daripada tradisi China sejak zaman kuno, melibatkan prinsip-prinsip Sejati, Baik dan Sabar.

Untuk melakukan penganiayaan yang kini memasuki tahun ke-23, pemimpin PKC Jiang Zemin mempromosikan siapa saja yang menyokong penganiayaan ini, memaksa orang untuk menentang Sejati, Baik dan Sabar. Dalam mempromosikan orang-orang yang menentang kebaikan, Parti ini menempatkan mereka yang paling mampu melakukan kejahatan di kedudukan teratas dalam masyarakat.

Pengambilan organ secara paksa dari para pengamal Falun Gong – di mana individu yang sihat dibunuh agar organ mereka dijual untuk mendapatkan keuntungan, telah disokong dan dilakukan oleh tentera, polis, mahkamah, hospital dan sistem penjara. Akibatnya, seluruh negara telah muflis secara moral.

Setelah PKC mula mendapat keuntungan daripada membunuh pengamal Falun Gong untuk organ mereka, ia tidak dapat menghentikan kelakuan untuk terus membunuh. Mereka telah meneruskan amalan ini di wilayah Xinjiang.

Penghancuran tradisi China, kerosakan pada standard moral dan penganiayaan terhadap penganut agama telah menjadi kejahatan terbesar Parti.

PKC telah membunuh lebih banyak orang di China daripada jumlah yang terkorban dalam gabungan dua perang dunia. Selain melakukan pembunuhan, mereka juga telah berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan semangat, budaya dan martabat rakyat China. Menyedari sepenuhnya bahawa ia adalah musuh rakyat, Parti ini selalu berada dalam krisis eksistensial.

Inilah sebabnya pemimpin tertinggi PKC sering berucap semasa acara ulang tahun dan menarik minat serta memperlihatkan diri mereka sebagai wakil kepada masyarakat China. PKC sebenarnya telah menggunakan rakyat sebagai ‘tebusan’ kerana mereka bimbang rakyat akan bangkit dan menjatuhkan mereka.

Program vaksin di PPV MIECC ditangguhkan seketika selepas kehadiran penghidap COVID-19 dikesan

0

PUTRAJAYA: Proses vaksinasi oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) dekat Serdang dilaporkan terhenti beberapa jam selepas dua orang individu yang disahkan positif COVID-19 dikesan telah hadir ke situ.

Hal tersebut telah membuatkan proses vaksinasi telah ditangguhkan untuk sementara waktu.

Kedua-dua penghidap tersebut, seorang wanita dan anak perempuannya dikatakan telah menjalani ujian PCR sehari sebelumnya dan mendapati mereka positif COVID-19.

Anak perempuannya walau bagaimanapun tidak memberitahu ibunya tentang keputusan ujian tersebut dan memutuskan untuk datang bagi mengambil vaksin. Alasannya ialah terdapat ramai pegawai perubatan di PPV yang boleh dibawa berunding.

Dalam kegelisahannya, seorang sukarelawan yang juga doktor gigi, mempersoalkan mengapa klinik yang menjalankan ujian tidak melaporkan tentang keputusan ujian tersebut dan aplikasi MySejahtera pula tidak membatalkan temu janji vaksin mereka.

Apa yang lebih menyedihkan mereka datang dengan menggunakan khidmat Grab. Mereka juga melalui lobi yang menempatkan ribuan orang yang sedang mendaftar untuk mendapatkan vaksin mereka.

Akibatnya, operasi di MIECC terpaksa ditangguhkan selama beberapa jam untuk tujuan sanitasi.