26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024
UtamaGlobalPakar hak asasi manusia PBB ‘terlalu khuatir’ dengan dakwaan penuaian organ paksa...

Pakar hak asasi manusia PBB ‘terlalu khuatir’ dengan dakwaan penuaian organ paksa di China

Sekumpulan pakar hak asasi manusia yang bersekutu dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan rasa terkejut dan kecewa dengan apa yang mereka katakan adalah dakwaan yang boleh dipercayai mengenai penuaian organ secara paksa di tangan rejim komunis China, yang menyasarkan kumpulan agama dan etnik minoriti.

Pakar-pakar berkenaan, termasuk pelapor khas ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) dan anggota kumpulan kerja mengenai penahanan sembarangan, “terlalu khuatir dengan laporan mengenai dakwaan ‘penuaian organ’ yang menyasarkan golongan minoriti, termasuk pengamal Falun Gong, Uyghur, Tibet, Muslim, dan Kristian, ketika dalam tahanan di China,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

“Pengambilan organ secara paksa di China nampaknya menyasarkan etnik, bahasa, atau agama minoriti tertentu dalam tahanan, sering tanpa dijelaskan alasan tangkapan atau diberi waran tangkap, di lokasi yang berlainan. Kami amat prihatin dengan laporan layanan diskriminasi terhadap banduan atau tahanan berdasarkan etnik dan agama atau kepercayaan mereka,” kata para pakar dalam satu kenyataan bersama.

Lakon semula penuaian organ ke atas tahanan Falun Gong di China ketika protes menentang import organ manusia dari China ke Austria di Vienna, Austria pada 1 Oktober 2018. (Gambar oleh Joe Klamar/AFP/Getty Images)

Pakar-pakar berkenaan yang tidak terikat dengan mana-mana kerajaan atau organisasi dan berkhidmat dalam sistem hak asasi manusia PBB sebagai pakar bebas, merumuskan pendapat mereka berdasarkan apa yang OHCHR katakan sebagai “maklumat yang boleh dipercayai” bahawa kategori tertentu tahanan di China telah diarah secara paksa menjalani ujian darah dan pemeriksaan organ tanpa persetujuan mereka. Hasil pemeriksaan, yang termasuk ujian ultrasound dan sinar-X, dilaporkan telah didaftarkan dalam pangkalan data sumber organ hidup yang digunakan untuk padanan organ dengan penerima berpotensi, kata OHCHR.

“Menurut dakwaan yang diterima, organ yang paling biasa dikeluarkan daripada tahanan seperti dalam laporan adalah jantung, buah pinggang, hati, kornea, dan, kurang biasa, sebahagian hati. Bentuk pemerdagangan dengan sifat perubatan ini didakwa melibatkan profesional sektor kesihatan, termasuk pakar bedah, pakar bius, dan pakar perubatan lain,” kata para pakar.

OHCHR berkata para pakar sebelum ini telah mengemukakan isu tersebut dengan pihak berwajib di China pada tahun 2006 dan 2007, tetapi respons yang mereka terima menunjukkan kekurangan data kritikal seperti masa menunggu untuk peruntukan organ, atau maklumat mengenai sumber organ.

“Dalam konteks ini, kekurangan data dan sistem perkongsian maklumat sedia ada merupakan halangan untuk kejayaan mengenal pasti dan melindungi mangsa pemerdagangan, dan penyiasatan seterusnya untuk pendakwaan pemerdagangan organ manusia yang berkesan,” kata OHCHR. 

Sambil menambah mekanisme penyiasatan hak asasi manusia PBB yang tersendiri menekankan kebimbangan mengenai mengeluar dan memindah organ dari tahanan minoriti agama tertentu, walaupun ia tidak menyatakan secara spesifik yang mana.

“Walaupun terdapat perkembangan secara bertahap dalam sistem pendermaan organ sukarela, maklumat terus ditimbulkan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia yang serius dalam pemerolehan organ untuk tujuan pemindahan di China,” kata para pakar.

Agensi PBB berkata terdapat kebimbangan berterusan mengenai kurangnya pengawasan badan bebas berkenaan persetujuan dan pemerolehan organ daripada tahanan atau banduan. OHCHR meminta rejim China untuk “segera bertindak balas dengan dakwaan ‘penuaian organ’ bagi tujuan memungkinkan pemantauan bebas oleh mekanisme hak asasi manusia antarabangsa.”

‘Palais des Nations’, salah sebuah pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada 4 September 2018. (Gambar oleh Fabrice Coffrini/AFP /Getty Images)

Barisan pakar termasuk Siobhán Mullally, pelapor khas pemerdagangan orang, Fernand de Varennes, pelapor khas mengenai isu-isu golongan minoriti, Ahmed Shaheed, pelapor khas mengenai kebebasan beragama atau kepercayaan, dan Nils Melzer, pelapor khas mengenai penyeksaan dan lain-lain kekejaman, ketidakberperikemanusiaan, atau perlakuan hukuman yang menjatuhkan maruah. Pelapor khas atau ‘rapporteur’ adalah sebahagian daripada badan bebas yang penting dan terbesar terdiri kalangan pakar dalam sistem hak asasi manusia PBB.

Dakwaan bahawa individu-individu yang bertindak bagi pihak rejim China dengan mengeluarkan organ penting daripada tahanan, yang meninggal dunia dalam proses itu, ketika pembedahan pemindahan organ pertama kali dibangkitkan pada tahun 2006.

Sejak itu, lebih banyak bukti dan keterangan telah dikemukakan dalam banyak laporan, termasuk dalam penghakiman tribunal bebas yang diketuai oleh Sir Geoffrey Nice, yang sebelum ini mengetuai pendakwaan ke atas bekas Presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic atas pertuduhan jenayah perang.

Tribunal China yang diadakan di London memutuskan pada bulan Mac 2020 bahawa penuaian organ secara paksa telah berlaku di China selama bertahun-tahun “pada skala yang signifikan”, dengan para pengamal Falun Gong menjadi “sumber utama” organ manusia. Laporan penghakiman itu juga menyatakan kumpulan minoriti lain seperti Uyghur, Buddha Tibet, dan penganut agama Kristian juga menjadi sasaran penganiayaan.

Falun Gong merupakan latihan spiritual, terdiri dari latihan meditasi dan ajaran moral dengan prinsip Sejati, Baik, Sabar. Dua puluh dua tahun yang lalu, rejim komunis China melancarkan kempen untuk membasmi Falun Gong, yang membawa kepada lebih 70 juta pengikutnya mengalami gangguan, penahanan tidak sah, buruh paksa, penyeksaan, dan penuaian organ secara paksa.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI