25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 11, 2025
Utama Blog Laman 298

Tamat PKPD di pangsapuri, barisan hadapan menari ceria apabila diraikan penduduk

0

Mereka yang berada di barisan hadapan antara golongan yang paling terkesan ekoran COVID-19. Bukan mudah untuk menggalas tugas dan bebanan hebat dalam memastikan rakyat dapat selamat daripada wabak. Usaha dan penat lelah mereka sangat perlu untuk dihargai dan diraikan.

Selasa, 13 Julai lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Pangsapuri Sri Ayu yang terletak di Bandar Baru Bangi akhirnya telah ditamatkan. Jadi, ramai penduduk yang meraikan petugas barisan hadapan yang telah ‘menjaga’ mereka selama itu.

Beberapa klip video telah dikongsikan oleh Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat di laman Facebook rasmi mereka menunjukkan video penuh ceria dan gembira barisan hadapan dan penduduk di pangsapuri tersebut meraikan mereka yang telah bekerja keras selama dua minggu di situ.

“Setelah selesai operasi pemotongan gelang terhadap semua penghuni di sini, para petugas telah diberikan pelbagai hadiah antaranya, bunga, coklat, teddy bear dan makanan.”

“Terima kasih kepada semua penghuni di sini yang menghargai tugasan kami.

“Kami berharap semua penghuni terus jaga diri dan kesihatan dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer, pakai pelitup muka dan jaga jarak fizikal 1 meter.”

Dalam video tersebut, penduduk dilihat menjatuhkan hadiah dari balkoni mereka kepada barisan hadapan yang berada di bawah dengan lengkap memakai PPE. Mereka juga menari ceria dengan iringan muzik yang dipasang kuat. Pendudukan juga memberikan tepukan untuk meraikan mereka.

Pangsapuri Sri Ayu telah tidak dibenarkan keluar selama dua minggu bermula 30 Jun lalu selepas terdapat sekurang-kurangnya 200 orang penduduk dadapati positif COVID-19 dalam masa sebulan.

Semasa PKPD, pangsapuri tersebut dikelilingi oleh kawat berduri dan seramai kira-kira 2,300 orang penghuninya tidak dibenarkan meninggalkan kawasan kediaman sehingga PKPD berakhir dan semua penduduk telah selesai menjalani ujian COVID-19.

Tonton video di sini.

Cuba buka pintu kereta tetapi tidak berjaya, beruang ini cuba buka pintu kereta lain dan kali ini usahanya berhasil

0

Siapa kata haiwan hanya mahluk yang tidak tahu melakukan apa-apa selain makan dan minum atau tidur? Mereka sebenarnya terkadang lebih bijak dan licik. Kadangkala apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang sukar dipercayai.

Tidak percaya? Beruang di dalam video ini akan membuktikannya!

Apa yang berlaku ialah beruang bijak tersebut cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang bertutup pintunya. Dia kemudian berdiri di sisi pintu dan mula cuba untuk membuka pintu kereta tersebut namun usahanya tidak berjaya kerana mungkin pintu tersebut berkunci.

Dia kemudian meninjau di tempat duduk belakang kereta, seolah-olah mahu melihat jika ada pintu yang tidak berkunci tetapi kesemuanya sudah dikunci oleh pemilik kereta.

Tidak mahu mengalah, beruang tersebut terus menuju ke sebuah lagi kereta yang ada di situ. Tanpa melengah dia terus membuka pintu kereta tersebut dan nasibnya baik kerana pintu kereta tidak berkunci.

Selepas dia berjaya membuka pintu kereta dia kemudian terus masuk ke dalam kereta berkenaan. Tidak tahu apa yang berlaku atau apa yang mahu dilakukannya, tetapi apa yang pasti beruang ini sangat bijak!

Tonton video di sini.

Prasarana perkenalkan ‘pekerja’ comel – tiga ekor kucing bagi ‘mengawasi’ stesen LRT

0

Selain comel, siapa sangka kucing juga boleh menjaga stesen Transit Aliran Ringan (LRT) bukan?

Prasarana Malaysia baru-baru ini memperkenalkan tiga ekor kucing comel sebagai ‘kakitangan’ yang ‘bertugas’ di tiga buah stesen LRT di Lembah Klang.

Perkara itu dikongsikan sendiri menerusi akaun rasmi Rapid KL, yang melabelkan mereka sebagai pekerja yang ‘purr-fect’ (sempurna)!

Penat layan karenah penumpang ke?

Rapid KL/Facebook

“Si Kacak, Si Cantik dan Zorro adalah 3 ekor kucing yang ‘bekerja’ di stesen LRT kami dan selalu santai sahaja ketika waktu bekerja”.

Si Kacak difahamkan telah ditempatkan di stesen Dato’ Keramat dan sangat gemar melihat para penumpang yang melalui pintu pungutan tambang automatik (AFC), ketika waktu puncak.

Kerja sambil melunjur pun boleh!

Rapid KL/Facebook

Sungguhpun begitu, terdapat laporan mengatakan bahawa Si Kacak sudah banyak kali tertidur di pintu AFC. “Kami perlu mengawasinya ketika dia sedang bekerja”.

Pekerja seterusnya adalah Zorro yang terkenal dengan tanda warna bulu pada bahagian matanya, menyerupai Zorro yang bertopeng.

Ini pula Zorro

Rapid KL/Facebook

Menurut Rapid KL, Zorro dikenali dengan gelagat yang sering ‘mengintip’ penumpang yang bergerak melalui stesen Taman Melati.

Rapid KL/Facebook

Malah, kucing berwarna hitam putih itu juga begitu menikmati aroma roti daripada gerai Roti Boy berdekatan.

Pekerja terakhir adalah Si Cantik, yang telah menjadi ‘penjaga’ setia di stesen Wangsa Maju sejak tahun 2019 lagi.

“Ya, sayalah Si Cantik. Selain comel, saya juga suka bergambar”

Rapid KL/Facebook

Si Cantik berpenampilan kemas lengkap dengan ‘bow-tie’ dan menurut Rapid KL, Si Cantik merupakan pekerja profesional dalam perkhidmatan pelanggan.

Si Cantik juga pernah ‘bekerja’ di kaunter bagi membantu penumpang yang memerlukan bantuan. “Dia juga menyambut penumpang dengan rasa hormat”.

Rapid KL/Facebook

Tambah Rapid KL, ketiga-tiga ‘pekerja’ kucing mereka ini begitu sukakan perhatian daripada kakitangan lain dan juga para penumpang.

Kerja rajin-rajin tau Si Kacak, Zorro dan Si Cantik!

Tunggang moto bak Rossi, netizen teruja lihat ‘corner baring’ abang GrabFood

0

Penggunaan kamera di dalam kenderaan ataupun ‘dash-cam’ ternyata banyak manfaatnya, terutamanya ketika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Bahkan pengguna turut banyak berkongsi rakaman dash-cam mereka di media sosial, termasuklah rakaman yang tular baru-baru ini melibatkan seorang penghantar GrabFood.

Sukan Star TV/Facebook

Tatkala pengguna jalan raya itu melalui selekoh, secara tiba-tiba muncul ‘rider’ GrabFood daripada belakang lalu memotong mereka.

Lebih menarik perhatian netizen adalah gaya tunggangan penghantar tersebut yang saling tidak ubah seperti pelumba motosikal MotoGP.

Rata-rata pengguna media sosial berasa kagum melihatnya :

Sukan Star TV/Facebook

Namun demikian, ramai juga yang dilihat meninggalkan kata-kata berbaur nasihat agar si penunggang sentiasa berhati-hati :

Sukan Star TV/Facebook

Benarlah, dalam mengejar masa untuk menghantar pesanan kepada pelanggan, aspek keselamatan perlu sentiasa dititikberatkan.

Mujurlah tidak terjatuh. Semoga mereka sentiasa selamat dan dipermudahkan urusan hendaknya.

Tonton video di sini.

Malaysia akan hentikan penggunaan vaksin Sinovac setelah bekalan habis- Menteri

0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari Khamis lalu mengatakan bahawa negara akan berhenti memberikan vaksin jenis Sinovac yang dihasilkan oleh China setelah bekalannya berakhir. Hal ini kerana negara sudah mempunyai vaksin yang mencukupi untuk diberikan kepada rakyat di negara ini.

Malaysia dikatakan akan mula menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech mRNA dengan jumlah yang besar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada satu sidang media.

Malaysia telah memperoleh sekitar 45 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech dan jumlah tersebut cukup untuk menampung 70% populasi, dibandingkan dengan 16 juta dos suntikan Sinovac.

Kira-kira separuh daripada 16 juta dos telah diedarkan, jadi selebihnya akan digunakan untuk menampung dos kedua.

Bagi mereka yang belum diberi vaksin, mereka akan menerima vaksin Pfizer.

Thailand minggu ini mengatakan mereka akan menggunakan vaksin AstraZeneca sebagai dos kedua bagi mereka yang menerima suntikan pertama Sinovac, sementara Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menggunakan suntikan ketiga (booster) bagi mereka yang telah menerima dua dos Sinovac.

Vaksin lain yang diluluskan di Malaysia termasuk vaksin AstraZeneca, CanSino Biologic dan vaksin Johnson & Johnson.

Malaysia juga merancang pada hari Jumaat untuk mengumumkan keputusannya untuk menggunakan vaksin Sinopharm dari China.

Elok duduk di kerusi menunggu giliran ‘divaksin’, Oyen boroi akhirnya diangkat keluar. Kasihan!

0

Nampaknya kucing jingga ataupun ‘Oyen’ tidak henti-henti dalam cubaan untuk terus mendapatkan perhatian daripada kita semua.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @ohohwaihong telah berkongi foto menujukkan aksi si Oyen selamba duduk menunggu giliran mendapatkan vaksinasi.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Pusat Komuniti Clementi yang terletak di Singapura. Menakjubkan apabila si Oyen begitu patuh akan SOP dan sabar menunggu!

Belum pun lagi sampai ‘gilirannya’, kelihatan seorang sukarelawan bertugas di pusat terbabit mengangkat lalu membawanya keluar.

Maaf ye Oyen. Kamu terpaksa diangkat..

Perkongsian lucu itu turut mendapat banyak reaksi warga Twitter, antaranya :

Oh, patutlah kena halau. Belum daftar lagi ye?

Dengan lupa mahu pakai pelitup muka..

@ohohwaihong/Twitter

Maaflah Oyen, kamu tidak ikut arahan dan SOP. Nampaknya kamu kena cuba lagi di lain hari~

Tak perlu parang pun, lelaki ini tunjuk cara buka buah durian guna ‘chopstick’. Senang betul!

0

Walaupun digelar buah paling berbau di dunia, durian ternyata mempunyai tempat istimewa di hati majoriti daripada kita.

Buat peminat durian, musim buah itulah yang paling dinanti-nantikan kerana pada ketika inilah kita boleh mendapatkan jenis durian yang digemari.

Foto hiasan/Pixabay

Kulitnya yang keras dan berduri, lazimnya menyukarkan proses kita untuk membuka dan mengopek kulitnya.

Namun seorang lelaki baru-baru ini ada berkongsi kaedah mudah membuka buah durian, dengan hanya menggunakan penyepit (chopstick)!

Pada mulanya, lelaki itu dilihat memegang sebilah parang yang disangka akan digunakan untuk membuka durian.

Akan tetapi, dia kemudian menyimpan parang itu lalu memberitahu bahawa sebenarnya dia akan membuka buah durian menggunakan penyepit.

@ashleymiaoo/Twitter

Menurutnya, cucukkan sahaja penyepit pada bahagian bawah durian terlebih dahulu dan ia akan membuatkan buah itu terbelah dua.

Apa yang penting, gunakan penyepit yang diperbuat daripada besi ya, jika tidak mahu penyepit kayu anda patah.

Mengintai ke ruangan komen, ramai juga netizen yang berasa kagum dengan kaedah mudah tanpa bersusah payah ini.

Ada juga yang sudah tahu lama ‘hack’ ini..

Ada yang sudah mencubanya? Kongsikan pengalaman anda ya!

Hampir naik angin ketika ajar anak kecil selesaikan kerja sekolah, riak wajah bapa curi tumpuan netizen

0

Duduk di rumah, jangan ke mana-mana… semua itu memang mudah untuk dituturkan tetapi untuk melakukannya bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Kita yang dahulu bebas bergerak kini seolah-olah ‘dirantai’ kaki supaya tidak keluar. Namun, semua itu untuk kebaikan bersama supaya suatu hari nanti negara kita akan bebas daripada wabak COVID-19.

Antara mereka yang terkesan adalah para pelajar dan guru. Mereka terpaksa melakukan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memandangkan semua sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup. Jika di rumah, ibu bapa juga semestinya turut terkena tempiasnya. Memandangkan anak-anak perlu belajar dari rumah jadi mereka juga perlu memberikan perhatian kepada mereka.

Namun, bukan mudah sebenarnya menjadi guru di rumah. Lihat sahaja seorang bapa di dalam video ini yang sedang mengajar anak kecilnya menyelesaikan kerja sekolah.

Apa yang lucu ialah apabila melihat reaksi si bapa yang seperti ingin marah kerana anak kecilnya tidak faham dengan apa yang cuba dilakukan. Riak wajah yang mula tegang membuatkan si ibu yang sedang merakam turut tergelak.

Ayahnya itu mengajar anaknya untuk membuat garisan yang lurus sambil memegang pembaris tetapi anaknya itu masih membuat garisan yang bengkok setelah dua kali diajar.

Video lucu tersebut menerima pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya berasa lucu dengan apa yang berlaku. Sehingga kini video tersebut telah menerima 3,000 ‘like’ dan dikongsi lebih daripada 5,000 kali di Facebook.

Tonton video di sini.

Rindu untuk makan di luar, keluarga buat gerai makan ‘olok-olok’ untuk ubat rindu kanak-kanak ini

0

Ramai yang tanya apa yang mahu dilakukan jika wabak COVID-19 berakhir. Ada yang mahu pulang ke kampung melawat ibu bapa, ada yang mahu melancong dan ramai yang mahu makan di luar seperti biasa.

Nampaknya bukan hanya kita yang rindu untuk makan atau ‘melepak’ di kedai-kedai makan dan berkumpul bersama-sama kawan malah anak kecil ini juga rindukan suasana yang sama. Jadi, untuk mengubat rindu anak kecil ini keluarganya telah mendirikan sebuah kedai makan olok-olok di luar rumah untuknya.

Momen comel tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @syedalbukhary_ yang menceritakan tentang kejutan yang dibuat untuk anak saudaranya itu.

Menurut pemuda itu, anak saudaranya yang bernama Ibrahim itu memberitahu bahawa dia sudah lama tidak makan di luar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jadi, mereka sekeluarga memutuskan untuk membuka kedai makan mini yang diberi nama ‘Kedai Mak Tok’. Tidak hanya itu, mereka juga menggunakan wang jutaria untuk digunakan dalam urusan ‘jual beli’ di kedai makan tersebut.

Apa yang paling menyeronokkan, mereka menyediakan pelbagai makanan yang enak buat Ibrahim seperti pasta, buah-buahan, coklat dan minuman.

Menurut Syed lagi, anak saudarannya itu sangat gembira dengan kedai makanan tersebut.

Nampaknya Ibrahim rindu benar dengan suasana di luar. Bukan hanya kita yang tertekan kerana terpaksa berkurung di rumah, kanak-kanak juga merasakan perasaan yang sama.

Biarpun tempang, ibu kucing sanggup lari bawa makanan pada anak buat mata warganet berkaca

0

Berkongsi rezeki adalah perilaku mulia yang dilakukan, bukan hanya sesama manusia bahkan juga kepada haiwan yang kesusahan.

Ia memerlukan sifat belas kasihan yang tulus daripada hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki ini.

Terdapat seekor kucing betina yang kerap kali muncul berhampiran beranda rumah lelaki itu, seperti meminta makanan padanya.

貓奴鏟屎官/Facebook

Atas rasa kasihan dan belas ihsan, lelaki itu akan memberikan potongan ikan padanya. Lebih menyedihkan adalah keadaan fizikal kucing terbabit.

Kaki hadapan kanan kucing terbabit tidak dijejakkan ke tanah apabila berjalan dan kucing itu bergerak secara terencot-encot.

Agak misteri apabila kucing itu tidak terus makan di lokasi terbabit sebaliknya akan membawa makanan itu ke suatu tempat.

貓奴鏟屎官/Facebook

Ini menimbulkan tanda tanya kepada individu yang mengikuti kisah kucing ini sehinggakan mereka akhirnya memasang kamera untuk menjejaki pergerakan kucing berkenaan.

Alangkah sayunya apabila mereka mendapati bahawa kucing itu sebenarnya membawa pulang ikan untuk diberikan kepada anak-anaknya.

貓奴鏟屎官/Facebook

Sebaik sahaja mendapat sahaja makanan, ibu kucing itu akan berlari menuju ke lokasi anaknya berkumpul walaupun salah satu kakinya tempang.

Mengetahui akan hakikat itu, mereka kemudian memasang sangkar untuk menangkap kucing itu dan juga anak-anaknya.

貓奴鏟屎官/Facebook

Penangkapan itu dilakukan bagi membolehkan kucing itu dan anak-anaknya diperiksa dan mendapat rawatan yang sewajarnya.

Di klinik, lelaki yang setiap hari memberikan makanan kepadanya turut menemaninya.

Malah, mata ibu kucing itu kelihatan berkaca, seakan tahu bahawa diri dan anaknya diselamatkan.

貓奴鏟屎官/Facebook

Difahamkan juga bahawa lelaki itu turut memutuskan untuk membela kucing terbabit bersama anak-anaknya.

Anda boleh tonton video penuh kisah ini di sini.