26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiPrasarana perkenalkan ‘pekerja’ comel – tiga ekor kucing bagi ‘mengawasi’ stesen LRT

Prasarana perkenalkan ‘pekerja’ comel – tiga ekor kucing bagi ‘mengawasi’ stesen LRT

Selain comel, siapa sangka kucing juga boleh menjaga stesen Transit Aliran Ringan (LRT) bukan?

Prasarana Malaysia baru-baru ini memperkenalkan tiga ekor kucing comel sebagai ‘kakitangan’ yang ‘bertugas’ di tiga buah stesen LRT di Lembah Klang.

Perkara itu dikongsikan sendiri menerusi akaun rasmi Rapid KL, yang melabelkan mereka sebagai pekerja yang ‘purr-fect’ (sempurna)!

Penat layan karenah penumpang ke?

Rapid KL/Facebook

“Si Kacak, Si Cantik dan Zorro adalah 3 ekor kucing yang ‘bekerja’ di stesen LRT kami dan selalu santai sahaja ketika waktu bekerja”.

Si Kacak difahamkan telah ditempatkan di stesen Dato’ Keramat dan sangat gemar melihat para penumpang yang melalui pintu pungutan tambang automatik (AFC), ketika waktu puncak.

Kerja sambil melunjur pun boleh!

Rapid KL/Facebook

Sungguhpun begitu, terdapat laporan mengatakan bahawa Si Kacak sudah banyak kali tertidur di pintu AFC. “Kami perlu mengawasinya ketika dia sedang bekerja”.

Pekerja seterusnya adalah Zorro yang terkenal dengan tanda warna bulu pada bahagian matanya, menyerupai Zorro yang bertopeng.

Ini pula Zorro

Rapid KL/Facebook

Menurut Rapid KL, Zorro dikenali dengan gelagat yang sering ‘mengintip’ penumpang yang bergerak melalui stesen Taman Melati.

Rapid KL/Facebook

Malah, kucing berwarna hitam putih itu juga begitu menikmati aroma roti daripada gerai Roti Boy berdekatan.

Pekerja terakhir adalah Si Cantik, yang telah menjadi ‘penjaga’ setia di stesen Wangsa Maju sejak tahun 2019 lagi.

“Ya, sayalah Si Cantik. Selain comel, saya juga suka bergambar”

Rapid KL/Facebook

Si Cantik berpenampilan kemas lengkap dengan ‘bow-tie’ dan menurut Rapid KL, Si Cantik merupakan pekerja profesional dalam perkhidmatan pelanggan.

Si Cantik juga pernah ‘bekerja’ di kaunter bagi membantu penumpang yang memerlukan bantuan. “Dia juga menyambut penumpang dengan rasa hormat”.

Rapid KL/Facebook

Tambah Rapid KL, ketiga-tiga ‘pekerja’ kucing mereka ini begitu sukakan perhatian daripada kakitangan lain dan juga para penumpang.

Kerja rajin-rajin tau Si Kacak, Zorro dan Si Cantik!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI