24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 8, 2026
Utama Blog Laman 298

Sebelum ini jadi Spiderman, kini lelaki sama datang sebagai Iron Man pula untuk terima suntikan vaksin. Lucu!

0

Saban hari, semakin ramai rakyat Malaysia yang sudah menerima suntikan vaksin tidak kira sama ada vaksin jenis Pfizer, Sinovac mahupun Astrazeneca. Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), anda akan dapat melihat pelbagai ragam individu yang teruja, gementar dan juga muncul dalam penampilan yang cukup mencuit hati.

Misalnya baru-baru ini, seorang pemuda berusia 32 tahun dikenali sebagai Mohd Syah Nizam Rajab dari Sarawak telah tampil dengan berpakaian seperti adiwira Iron Man sekali gus meraih pelbagai reaksi daripada orang ramai. Meskipun lengkap berpakaian seperti Iron Man, Syah tidak lupa untuk memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan wabak ketika mendapatkan suntikan vaksin dos kedua di Kozi Square, Kuching, Sarawak.

Lebih mencuit hati, ketika suntikan dos pertama, Syah turut meraih perhatian orang ramai apabila hadir sambil mengenakan kostum Spiderman.

“Masa saya muncul sebagai Spiderman, ada respon yang baik daripada orang ramai di PPV dan saya melihat ia dapat menggembirakan mereka. Jadi, saya memutuskan untuk berpakaian sebagai adiwira sekali lagi untuk menghiburkan kakitangan dan sukarelawan”.

Sumber: Instagram

Tambah Syah lagi, “Bagi mereka, ia adalah rutin yang sama mereka lalui setiap hari. Saya mahu mereka melihat kelainan dengan apa yang saya lakukan. Saya melakukannya dengan ikhlas. Saya hanya mahu membuat orang gembira dan ceria”.

Syah yang bekerja di Tabung Baitulmal memaklumkan bahawa niatnya hanyalah untuk meyakinkan orang ramai yang mungkin gementar dan tidak yakin untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Adiwira pun kena suntik, siap tadah tangan baca doa lagi. Anda yang masih kurang yakin itu, tunggu apa lagi?

Warganet kongsi cara untuk kenal pasti perbandingan makanan kucing yang asli dan tiruan

0

Haiwan merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang perlu kita kasihi dan ambil perhatian. Tidak kisah sama ada haiwan tersebut terjaga mahupun tinggal bebas di jalanan, kita tetap perlu menjaga kebajikan haiwan ini dengan memberikan makanan yang bagus dan tidak melakukan kekejaman.

Di pasaran, terdapat lambakan makanan haiwan yang dijual dari segi jenama, perisa dan juga kualitinya. Ada juga segelintir individu yang sanggup menyediakan makanan sendiri untuk haiwan kesayangan bagi menjamin kualiti dan tahap kebersihan.

Namun baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah membongkarkan kegiatan sebilangan penjual yang sanggup menjual makanan kucing tiruan secara dalam talian semata-mata untuk mengaut keuntungan. Individu yang dikenali sebagai @ZackAvaricious itu telah mendedahkan bahawa dia pernah ditipu oleh penjual yang menjual makanan kucing tiruan jenama Royal Canin.

Menurut Zack, dia telah terpedaya dengan penjual berkenaan yang memperdagangkan hasil jualannya di sebuah platform e-dagang terkemuka di Malaysia. Lebih mengejutkan lagi, bukan hanya Zack tetapi beberapa pembeli lain turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana telah membeli produk makanan kucing ‘mewah’ tiruan daripada penjual yang sama.

Ramai pembeli lain meninggalkan ‘rating’ yang rendah kepada kedai penjual berkenaan dan menyatakan bahawa produk yang mereka beli adalah tiruan dan menyebabkan kucing peliharaan mereka jatuh sakit.

This image has an empty alt attribute; its file name is 170721_fakecatfood_06.jpg
Makanan kucing yang original
Makanan kucing tiruan

“Produk tiruan. Kucing saya muntah-muntah selepas makan. Bau, saiz dan bentuknya juga berbeza daripada produk asli. Kucing saya menjadi lemah dan pasif. Mereka menjadi tidak sihat. Pembungkusan produk juga kelihatan berbeza”.

“Tak tahu kenapa tapi rasa macam tiruan. Pembungkusan tak kemas. Makanan agak kecil. Saya dah guna jenama ini dah lebih 5 tahun. Kucing pun tak nak makan yang ini”.

Selain berkongsi perbandingan produk asal dan tiruan, majoriti pembeli turut mengingatkan pembeli lain untuk membuat laporan terhadap penjual berkenaan supaya dikenakan tindakan oleh pihak berwajib. Kasihan kucing-kucing ini terpaksa menderita sakit akibat sikap tidak bertanggungjawab si penjual!

Tamat PKPD di pangsapuri, barisan hadapan menari ceria apabila diraikan penduduk

0

Mereka yang berada di barisan hadapan antara golongan yang paling terkesan ekoran COVID-19. Bukan mudah untuk menggalas tugas dan bebanan hebat dalam memastikan rakyat dapat selamat daripada wabak. Usaha dan penat lelah mereka sangat perlu untuk dihargai dan diraikan.

Selasa, 13 Julai lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Pangsapuri Sri Ayu yang terletak di Bandar Baru Bangi akhirnya telah ditamatkan. Jadi, ramai penduduk yang meraikan petugas barisan hadapan yang telah ‘menjaga’ mereka selama itu.

Beberapa klip video telah dikongsikan oleh Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat di laman Facebook rasmi mereka menunjukkan video penuh ceria dan gembira barisan hadapan dan penduduk di pangsapuri tersebut meraikan mereka yang telah bekerja keras selama dua minggu di situ.

“Setelah selesai operasi pemotongan gelang terhadap semua penghuni di sini, para petugas telah diberikan pelbagai hadiah antaranya, bunga, coklat, teddy bear dan makanan.”

“Terima kasih kepada semua penghuni di sini yang menghargai tugasan kami.

“Kami berharap semua penghuni terus jaga diri dan kesihatan dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer, pakai pelitup muka dan jaga jarak fizikal 1 meter.”

Dalam video tersebut, penduduk dilihat menjatuhkan hadiah dari balkoni mereka kepada barisan hadapan yang berada di bawah dengan lengkap memakai PPE. Mereka juga menari ceria dengan iringan muzik yang dipasang kuat. Pendudukan juga memberikan tepukan untuk meraikan mereka.

Pangsapuri Sri Ayu telah tidak dibenarkan keluar selama dua minggu bermula 30 Jun lalu selepas terdapat sekurang-kurangnya 200 orang penduduk dadapati positif COVID-19 dalam masa sebulan.

Semasa PKPD, pangsapuri tersebut dikelilingi oleh kawat berduri dan seramai kira-kira 2,300 orang penghuninya tidak dibenarkan meninggalkan kawasan kediaman sehingga PKPD berakhir dan semua penduduk telah selesai menjalani ujian COVID-19.

Tonton video di sini.

Cuba buka pintu kereta tetapi tidak berjaya, beruang ini cuba buka pintu kereta lain dan kali ini usahanya berhasil

0

Siapa kata haiwan hanya mahluk yang tidak tahu melakukan apa-apa selain makan dan minum atau tidur? Mereka sebenarnya terkadang lebih bijak dan licik. Kadangkala apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang sukar dipercayai.

Tidak percaya? Beruang di dalam video ini akan membuktikannya!

Apa yang berlaku ialah beruang bijak tersebut cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang bertutup pintunya. Dia kemudian berdiri di sisi pintu dan mula cuba untuk membuka pintu kereta tersebut namun usahanya tidak berjaya kerana mungkin pintu tersebut berkunci.

Dia kemudian meninjau di tempat duduk belakang kereta, seolah-olah mahu melihat jika ada pintu yang tidak berkunci tetapi kesemuanya sudah dikunci oleh pemilik kereta.

Tidak mahu mengalah, beruang tersebut terus menuju ke sebuah lagi kereta yang ada di situ. Tanpa melengah dia terus membuka pintu kereta tersebut dan nasibnya baik kerana pintu kereta tidak berkunci.

Selepas dia berjaya membuka pintu kereta dia kemudian terus masuk ke dalam kereta berkenaan. Tidak tahu apa yang berlaku atau apa yang mahu dilakukannya, tetapi apa yang pasti beruang ini sangat bijak!

Tonton video di sini.

Prasarana perkenalkan ‘pekerja’ comel – tiga ekor kucing bagi ‘mengawasi’ stesen LRT

0

Selain comel, siapa sangka kucing juga boleh menjaga stesen Transit Aliran Ringan (LRT) bukan?

Prasarana Malaysia baru-baru ini memperkenalkan tiga ekor kucing comel sebagai ‘kakitangan’ yang ‘bertugas’ di tiga buah stesen LRT di Lembah Klang.

Perkara itu dikongsikan sendiri menerusi akaun rasmi Rapid KL, yang melabelkan mereka sebagai pekerja yang ‘purr-fect’ (sempurna)!

Penat layan karenah penumpang ke?

Rapid KL/Facebook

“Si Kacak, Si Cantik dan Zorro adalah 3 ekor kucing yang ‘bekerja’ di stesen LRT kami dan selalu santai sahaja ketika waktu bekerja”.

Si Kacak difahamkan telah ditempatkan di stesen Dato’ Keramat dan sangat gemar melihat para penumpang yang melalui pintu pungutan tambang automatik (AFC), ketika waktu puncak.

Kerja sambil melunjur pun boleh!

Rapid KL/Facebook

Sungguhpun begitu, terdapat laporan mengatakan bahawa Si Kacak sudah banyak kali tertidur di pintu AFC. “Kami perlu mengawasinya ketika dia sedang bekerja”.

Pekerja seterusnya adalah Zorro yang terkenal dengan tanda warna bulu pada bahagian matanya, menyerupai Zorro yang bertopeng.

Ini pula Zorro

Rapid KL/Facebook

Menurut Rapid KL, Zorro dikenali dengan gelagat yang sering ‘mengintip’ penumpang yang bergerak melalui stesen Taman Melati.

Rapid KL/Facebook

Malah, kucing berwarna hitam putih itu juga begitu menikmati aroma roti daripada gerai Roti Boy berdekatan.

Pekerja terakhir adalah Si Cantik, yang telah menjadi ‘penjaga’ setia di stesen Wangsa Maju sejak tahun 2019 lagi.

“Ya, sayalah Si Cantik. Selain comel, saya juga suka bergambar”

Rapid KL/Facebook

Si Cantik berpenampilan kemas lengkap dengan ‘bow-tie’ dan menurut Rapid KL, Si Cantik merupakan pekerja profesional dalam perkhidmatan pelanggan.

Si Cantik juga pernah ‘bekerja’ di kaunter bagi membantu penumpang yang memerlukan bantuan. “Dia juga menyambut penumpang dengan rasa hormat”.

Rapid KL/Facebook

Tambah Rapid KL, ketiga-tiga ‘pekerja’ kucing mereka ini begitu sukakan perhatian daripada kakitangan lain dan juga para penumpang.

Kerja rajin-rajin tau Si Kacak, Zorro dan Si Cantik!

Tunggang moto bak Rossi, netizen teruja lihat ‘corner baring’ abang GrabFood

0

Penggunaan kamera di dalam kenderaan ataupun ‘dash-cam’ ternyata banyak manfaatnya, terutamanya ketika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Bahkan pengguna turut banyak berkongsi rakaman dash-cam mereka di media sosial, termasuklah rakaman yang tular baru-baru ini melibatkan seorang penghantar GrabFood.

Sukan Star TV/Facebook

Tatkala pengguna jalan raya itu melalui selekoh, secara tiba-tiba muncul ‘rider’ GrabFood daripada belakang lalu memotong mereka.

Lebih menarik perhatian netizen adalah gaya tunggangan penghantar tersebut yang saling tidak ubah seperti pelumba motosikal MotoGP.

Rata-rata pengguna media sosial berasa kagum melihatnya :

Sukan Star TV/Facebook

Namun demikian, ramai juga yang dilihat meninggalkan kata-kata berbaur nasihat agar si penunggang sentiasa berhati-hati :

Sukan Star TV/Facebook

Benarlah, dalam mengejar masa untuk menghantar pesanan kepada pelanggan, aspek keselamatan perlu sentiasa dititikberatkan.

Mujurlah tidak terjatuh. Semoga mereka sentiasa selamat dan dipermudahkan urusan hendaknya.

Tonton video di sini.

Malaysia akan hentikan penggunaan vaksin Sinovac setelah bekalan habis- Menteri

0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari Khamis lalu mengatakan bahawa negara akan berhenti memberikan vaksin jenis Sinovac yang dihasilkan oleh China setelah bekalannya berakhir. Hal ini kerana negara sudah mempunyai vaksin yang mencukupi untuk diberikan kepada rakyat di negara ini.

Malaysia dikatakan akan mula menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech mRNA dengan jumlah yang besar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada satu sidang media.

Malaysia telah memperoleh sekitar 45 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech dan jumlah tersebut cukup untuk menampung 70% populasi, dibandingkan dengan 16 juta dos suntikan Sinovac.

Kira-kira separuh daripada 16 juta dos telah diedarkan, jadi selebihnya akan digunakan untuk menampung dos kedua.

Bagi mereka yang belum diberi vaksin, mereka akan menerima vaksin Pfizer.

Thailand minggu ini mengatakan mereka akan menggunakan vaksin AstraZeneca sebagai dos kedua bagi mereka yang menerima suntikan pertama Sinovac, sementara Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menggunakan suntikan ketiga (booster) bagi mereka yang telah menerima dua dos Sinovac.

Vaksin lain yang diluluskan di Malaysia termasuk vaksin AstraZeneca, CanSino Biologic dan vaksin Johnson & Johnson.

Malaysia juga merancang pada hari Jumaat untuk mengumumkan keputusannya untuk menggunakan vaksin Sinopharm dari China.

Elok duduk di kerusi menunggu giliran ‘divaksin’, Oyen boroi akhirnya diangkat keluar. Kasihan!

0

Nampaknya kucing jingga ataupun ‘Oyen’ tidak henti-henti dalam cubaan untuk terus mendapatkan perhatian daripada kita semua.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @ohohwaihong telah berkongi foto menujukkan aksi si Oyen selamba duduk menunggu giliran mendapatkan vaksinasi.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Pusat Komuniti Clementi yang terletak di Singapura. Menakjubkan apabila si Oyen begitu patuh akan SOP dan sabar menunggu!

Belum pun lagi sampai ‘gilirannya’, kelihatan seorang sukarelawan bertugas di pusat terbabit mengangkat lalu membawanya keluar.

Maaf ye Oyen. Kamu terpaksa diangkat..

Perkongsian lucu itu turut mendapat banyak reaksi warga Twitter, antaranya :

Oh, patutlah kena halau. Belum daftar lagi ye?

Dengan lupa mahu pakai pelitup muka..

@ohohwaihong/Twitter

Maaflah Oyen, kamu tidak ikut arahan dan SOP. Nampaknya kamu kena cuba lagi di lain hari~

Tak perlu parang pun, lelaki ini tunjuk cara buka buah durian guna ‘chopstick’. Senang betul!

0

Walaupun digelar buah paling berbau di dunia, durian ternyata mempunyai tempat istimewa di hati majoriti daripada kita.

Buat peminat durian, musim buah itulah yang paling dinanti-nantikan kerana pada ketika inilah kita boleh mendapatkan jenis durian yang digemari.

Foto hiasan/Pixabay

Kulitnya yang keras dan berduri, lazimnya menyukarkan proses kita untuk membuka dan mengopek kulitnya.

Namun seorang lelaki baru-baru ini ada berkongsi kaedah mudah membuka buah durian, dengan hanya menggunakan penyepit (chopstick)!

Pada mulanya, lelaki itu dilihat memegang sebilah parang yang disangka akan digunakan untuk membuka durian.

Akan tetapi, dia kemudian menyimpan parang itu lalu memberitahu bahawa sebenarnya dia akan membuka buah durian menggunakan penyepit.

@ashleymiaoo/Twitter

Menurutnya, cucukkan sahaja penyepit pada bahagian bawah durian terlebih dahulu dan ia akan membuatkan buah itu terbelah dua.

Apa yang penting, gunakan penyepit yang diperbuat daripada besi ya, jika tidak mahu penyepit kayu anda patah.

Mengintai ke ruangan komen, ramai juga netizen yang berasa kagum dengan kaedah mudah tanpa bersusah payah ini.

Ada juga yang sudah tahu lama ‘hack’ ini..

Ada yang sudah mencubanya? Kongsikan pengalaman anda ya!

Hampir naik angin ketika ajar anak kecil selesaikan kerja sekolah, riak wajah bapa curi tumpuan netizen

0

Duduk di rumah, jangan ke mana-mana… semua itu memang mudah untuk dituturkan tetapi untuk melakukannya bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Kita yang dahulu bebas bergerak kini seolah-olah ‘dirantai’ kaki supaya tidak keluar. Namun, semua itu untuk kebaikan bersama supaya suatu hari nanti negara kita akan bebas daripada wabak COVID-19.

Antara mereka yang terkesan adalah para pelajar dan guru. Mereka terpaksa melakukan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memandangkan semua sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup. Jika di rumah, ibu bapa juga semestinya turut terkena tempiasnya. Memandangkan anak-anak perlu belajar dari rumah jadi mereka juga perlu memberikan perhatian kepada mereka.

Namun, bukan mudah sebenarnya menjadi guru di rumah. Lihat sahaja seorang bapa di dalam video ini yang sedang mengajar anak kecilnya menyelesaikan kerja sekolah.

Apa yang lucu ialah apabila melihat reaksi si bapa yang seperti ingin marah kerana anak kecilnya tidak faham dengan apa yang cuba dilakukan. Riak wajah yang mula tegang membuatkan si ibu yang sedang merakam turut tergelak.

Ayahnya itu mengajar anaknya untuk membuat garisan yang lurus sambil memegang pembaris tetapi anaknya itu masih membuat garisan yang bengkok setelah dua kali diajar.

Video lucu tersebut menerima pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya berasa lucu dengan apa yang berlaku. Sehingga kini video tersebut telah menerima 3,000 ‘like’ dan dikongsi lebih daripada 5,000 kali di Facebook.

Tonton video di sini.