28.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 11, 2025
Utama Blog Laman 296

Banjir besar China : 25 maut, ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan

0

Seramai 25 orang dilaporkan maut di Zhengzhou, China berikutan banjir besar yang melanda selepas hujan lebat turun selama sejam pada 20 Julai lalu.

Manakala lebih 100,000 penduduk diselamatkan dari tebing Sungai Kuning, Zhengzhou – iaitu bandar yang memiliki kira-kira 12.6 juta penduduk.

@ajplus/Twitter

Ribuan petugas kecemasan telah dikerahkan bagi usaha menyelamat. Kesemua 12 mayat pengguna stesen kereta api bawah tanah itu juga dikeluarkan oleh pasukan penyelamat

Difahamkan bahawa pengguna stesen kereta api bawah tanah terpaksa berpaut pada pemegang siling pada gerabak ketika air naik sehingga ke paras leher.

@ajplus/Twitter

Jabatan Bomba Henan mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan bahawa ramai mangsa yang terperangkap terpaksa memohon pertolongan menerusi media sosial.

Di bandar Gongyi yang terletak berhampiran, seramai 4 mangsa disahkan maut. Sementara lebih 20,000 orang penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

Presiden China Xi Jinping menjelaskan bahawa situasi banjir ini adalah sangat teruk dan mengarahkan agar pasukan keselamatan mengutamakan nyawa dan keselamatan penduduk.

Kejadian itu turut mengakibatkan bekalan elektrik terputus di seluruh bandar terbabit. Urusan di hospital turut terganggu apabila air naik menenggelamkan tingkat satu.

NTDTV

Pesakit yang bergantung kepada mesin ventilator juga bergantung kepada tenaga petugas perubatan untuk mengepam paru-paru secara manual setelah elektrik terputus.

Pihak berkuasa China turut mengeluarkan amaran mengenai empangan di Luoyang yang boleh pecah pada bila-bila masa berikutan hujan lebat yang berterusan.

@eha_news/Twitter

Sekiranya pecah, empangan Yihetan boleh menjejaskan lebih kurang 7 juta penduduk di kawasan berkenaan.

Kit ujian kendiri COVID-19 buatan Malaysia dan lulus KKM kini sudah berada di pasaran

0

KUALA LUMPUR- Kini, kit ujian diri antigen cepat COVID-19 Salixium, buatan Malaysia yang dikeluarkan oleh syarikat MeDEKAD Sdn Bhd (MeDEKAD), sudah berada di pasaran sejak 19 Julai lalu.

Menurut catatan Facebook MeDEKAD pada 18 Julai, Salixium adalah satu-satunya kit ujian diri yang tersedia untuk orang ramai dengan kerjasama oleh MySejahtera.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kenyataan media oleh Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) turut memberi sokongan ke atas produk tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, Salixium merupakan salah satu daripada dua kit ujian kendiri COVID-19 telah melepasi penilaian teknikal dan pengujian prestasi yang ditetapkan dan telah diberikan Kelulusan Bersyarat.

Walau bagaimanapun, penggunaan kit ujian ini tidak menggantikan fungsi diagnostik Reverse transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) tetapi boleh digunakan oleh orang awam untuk menjalankan saringan kendiri bagi mendapat keputusan mengenai status jangkitan COVID-19 mereka dengan cepat dan mudah sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Selain Malaysia, Salixium telah banyak digunakan di Perancis, Indonesia, dan di negara Emiriah Arab Bersatu, khususnya di Dubai.

KKM melalui laman Twitter rasmi mereka turut memuat naik ciapan mengenai dua kit ujian diri COVID-19 yang telah mendapat Kelulusan Bersyarat untuk import dan pengedaran di Malaysia.

Kit ujian diri yang diluluskan KKM yang lain adalah Gmate COVID-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea.

Alat ujian ini boleh dijual di farmasi komuniti atau fasiliti kesihatan yang berdaftar dan senarai kit ujian juga akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Salixium kini boleh dibeli di laman web MeDEKAD pada harga RM39.90.

Sidang media Rapid KL ‘diganggu’ si bulus bertuah yang mahu menumpang populariti

0

Macam-macam perkara boleh berlaku ketika sesi sidang media. Terbaharu, pihak Rapid KL difahamkan telah mengadakan sesi berkenaan pada 17 Julai lalu.

Ia susulan pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) di Stesen LRT Putra Height oleh Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Prasarana, Encik Tomin Salikan.

Namun yang menjadi tumpuan adalah kehadiran seekor kucing yang ‘turut sama’ menyertai sesi sidang media berkenaan.

Santai benar nampaknya duduk di situ ya..

Inilah dia si kucing bertuah berwarna campuran putih dan jingga yang menjadi tarikan sesi sidang media terbabit. Lengkap dengan rantai berloceng lagi!

Tetapi anda semua jangan terpedaya ya, kerana tidak lama pun kucing bertuah itu duduk diam. Anda lihatlah sendiri :

Nasib baiklah comel. Mahu marah pun tidak sampai hati..

Telatah kucing itu kemudiannya mengundang pelbagai komen daripada netizen, antaranya :

Memang susahlah mahu fokus ke lain bila sudah lihatkan ‘si bulus’

Ada juga yang berterima kasih kepada Rapid KL kerana menjaganya

Hmm, mungkin juga bukan?

Rapid KL/Facebook

Bawa kura-kura 11 tahun bersiar, video lelaki di Johor ini undang perhatian orang ramai

0

Membawa anjing peliharaan bersiar merupakan perkara biasa yang sering kita lihat di mana-mana kawasan.

Namun lain pula halnya dengan seorang lelaki di Johor ini, di mana aktivitinya membawa kura-kura peliharaan bersiar mendapat perhatian ramai.

Memang ‘rare’..

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, kelihatan seekor kura-kura bersaiz besar berjalan di sebuah kawasan perumahan.

Manakala tuannya, seekor lelaki dilihat memakai pelitup muka dan baju bewarna merah, mengekori rapat kura-kuranya itu.

Difahamkan bahawa video itu dirakamkan oleh seorang wanita yang melalui kawasan itu menaiki kereta.

“Hai pakcik. Comelnya”, tegur wanita itu kepada pemilik kura-kura terbabit. Wanita itu kemudian bertanya usia kura-kura belaannya.

Kemudian, lelaki itu menjawab bahawa usia kura-kuranya itu sudah pun mencecah 11 tahun. Patutlah besar saiznya!

Setakat ini, video itu telah ditonton lebih 170,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi lucu daripada pengguna di Twitter.

@anthraxxxx/Twitter

Sebenarnya pada Disember tahun lalu, lelaki ini bersama kura-kuranya pernah tular, di mana beberapa foto mereka menarik perhatian ramai.

Sebab-sebab mengapa anak kecil suka baca buku yang sama dan melakukan perkara yang sama berulang kali

0

Buat ibu bapa mesti mereka sedar bahawa anak kecil mereka suka membaca buku yang sama. Mereka bahkan tidak bosan membaca buku yang sama beratus kali. Mereka juga sering bermain atau melakukan perkara yang sama hampir setiap hari.

Sebenarnya, mengulangi perkara yang dapat diramalkan sangat menyenangkan bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, dan ianya sangat penting. Keadaan ini sebenarnya dapat mendorong integrasi deria dan melatih tumpuan mereka. Oleh itu, ibu bapa tidak digalakkan mengganggu atau memaksa mereka melakukan perubahan.

Selain itu, melakukan satu perkara berulang-ulang adalah proses pertumbuhan yang mesti dilalui oleh anak-anak. Sebelum berumur 5 tahun, bayi dan anak kecil akan mengalami tahap di mana mereka suka mendengar cerita yang sama berulang kali dan melakukan perkara yang sama berulang.

Berikut adalah kebaikan kepada anak kecil yang suka membaca buku atau melakukan perkara yang sama setiap hari:

  1. Berlatih menumpukan perhatian: Apabila kanak-kanak melakukan tindakan tertentu berulang kali, mereka sering kali tidak bersuara selama lebih dari 10 minit. Ini adalah latihan yang baik untuk menumpukan perhatian mereka, dan ini adalah persediaan yang sangat penting untuk persediaan mereka ke sekolah pada masa akan datang. Oleh itu, jangan mengganggu kanak-kanak atau jangan memarahi mereka.
  2. Dapatkan keyakinan dan ketegasan diri: Penulis Zhang Ruijun dalam bukunya ada memberitahu bahawa anak-anak dilatih melalui latihan berulang kali. Jadi, jika mereka mengatakan kepada diri mereka bahawa mereka mahu melakukan perkara itu, maka mereka akan membina keyakinan diri bahawa mereka tetap akan melakukan perkara tersebut.
  3. Menggalakkan perkembangan otak: Ketika mempelajari teknik baru, otak perlu berfikir untuk membantu menghafal langkah-langkahnya seterusnya. Langkah-langkah baru itu akan disimpan di dalam otak mereka dan seterusnya membuatkan otak mereka menerima maklumat baru. Jadi, biasanya, kanak-kanak menggunakan tingkah laku berulang dan berlatih berkali-kali untuk membuat otak mereka mengingat dan berjaya mempelajari perkara baru.
  1. Buatkan mereka merasa tenang: Perkara yang diulang-ulang merupakan aktiviti yang dapat diramalkan dan mereka boleh melakukannya sehingga mereka terbiasa dengannya. Jadi, mereka akan berasa senang dan tenang dengan aktiviti yang sama.

Melalui latihan berulang kali, otak anak akan memberikan arahan kepada otot-otot badan untuk berfungsi dan lebih teratur. Hal ini dapat membantu mereka mempelajari perkara baru dengan cepat pada masa akan datang. Pada tahap ini, jika orang dewasa selalu mengganggu latihan anak, ia tidak hanya akan mempengaruhi tumpuannya, tetapi juga akan menjejaskan rasa ketenangan anak-anak kecil.

Jadi, biarkan anak-anak kecil dengan aktiviti mereka. Mereka sebenarnya bermain sambil belajar. Walaupun mereka melakukan perkara yang sama berulang kali tetapi semua itu adalah proses pembelajaran yang sangat penting buat mereka.

Ditahan ketika hamil, hubungan keluarga berpecah belah: 2 wanita imbau seksaan menjadi sasaran penganiayaan PKC

0

Kehidupan kedua wanita ini seperti berjalan selari antara satu sama lain, meskipun mereka tidak pernah bertemu sebelumnya.

Kedua-duanya dilahirkan di China dan kemudian melarikan diri ke New York setelah hampir dua dekad mengalami gangguan dan tangkapan berterusan. Kedua-duanya ditahan ketika mereka hamil dan diancam pengguguran paksa. Dan kedua-duanya enggan melakukan satu perkara yang dikehendaki oleh pihak berkuasa iaitu meninggalkan kepercayaan mereka.

Mereka berdua menjadi pengamal Falun Gong, latihan meditasi yang didasarkan kepada prinsip ‘Sejati, Baik, Sabar’ yang menjadi sangat popular di China tiga dekad yang lalu. Pada tahun 1999, setelah Parti Komunis China (PKC) melabel latihan dan amalan itu sebagai ancaman, Peng Zhaoli dari Chongqing di barat daya China dan Xia Haizhen dari Shanghai, yang sama-sama berusia 20-an pada ketika itu telah menjadi sasaran polis tempatan, bersama dengan 70 juta hingga kepada 100 juta pengamal Falun Gong lain di seluruh China.

Para pengamal Falun Gong memperingati ulang tahun ke-22 penganiayaan ke atas Falun Gong di China di Manhattan pada 18 Julai 2021. (Gambar oleh Larry Dye / The Epoch Times)

Peng Zhaoli dan Xia Haizhen, yang kini berusia lingkungan 50 tahun, menyertai perarakan hampir 1,000 orang di Brooklyn pada 18 Julai 2021 bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penganiayaan, yang bermula sejak 22 tahun yang lalu. Terlalu banyak penderitaan yang mereka lalui, mengalami penganiayaan dan kesakitan yang serupa, kata mereka. Dan mereka mahu ia berakhir.

Rejim “menahan semua ahli dalam isi rumah jika mereka tidak melepaskan kepercayaan dan amalan ini,” kata Peng.

Hanya beberapa bulan selepas perkahwinan Peng, dan sebulan setelah mengetahui bahawa dirinya hamil, ketika Peng dihumban ke dalam van polis dan kemudian dimasukkan ke pusat tahanan. Polis yang menangkap mendapat 2,000 yuan (RM1,302), satu jumlah yang cukup besar pada waktu itu, untuk setiap pengamal yang berjaya mereka tangkap, menurut Peng.

“Jangan fikir kami tidak ada cara untuk berurusan hanya kerana kamu hamil. Kami boleh menggugurkan bayi itu dan menjatuhkan hukuman tiga tahun menjadi buruh paksa kepada anda,” tegas seorang pegawai polis memberi amaran kepada Peng, yang ketika itu berusia 30 tahun.

Peng tahu polis itu tiada masa untuk bergurau. Pengamal wanita tempatan sebelum ini pernah memberitahu mereka kehilangan bayi dengan cara itu sebelum dihantar ke penjara, katanya. Polis menghentikan ancaman tersebut setelah keluarga dan rakannya menyebarkan kesnya secara meluas, dan ibunya, yang turut ditahan pada masa itu, telah melakukan mogok lapar tanda protes.

“Tanpa usaha mereka, bayi saya mungkin sudah lama tiada,” kata Peng mengenai anak lelakinya, yang kini pelajar sekolah tinggi di New York.

Peng Zhaoli (tengah), suaminya dan anak lelaki mereka mengambil bahagian dalam perarakan memperingati penganiayaan Falun Gong di China, ketika di Brooklyn, New York pada 18 Julai 2021. (Gambar oleh Chung I Ho / The Epoch Times)

Kejadian itu berlaku pada bulan Mac 2001. Kedua-dua adik perempuan dan ibunya, juga pengamal Falun Gong, berada di penjara pada masa itu. Saudara perempuan Peng, yang berusia dua tahun lebih muda, menjalani hukuman satu setengah tahun setelah ditangkap pihak berkuasa pada bulan Mei 2000 ketika dia berusaha mendapatkan sijil perkahwinan, suatu prosedur yang diawasi oleh polis tempatan.

Ibu Peng, Huang Genhui, juga ditahan pada waktu itu kerana telah pergi ke Beijing untuk meminta pihak berkuasa pusat menghentikan penganiayaan. Huang juga dijatuhi hukuman penjara satu setengah tahun, walaupun sedang mengalami kondisi penyakit mata yang akan membuatnya menjadi buta. Dia akhirnya dibebaskan pada bulan Oktober berikutnya, tiga hari selepas anak lelaki Peng dilahirkan. Semasa Huang ditahan, dia dikerah menjadi buruh paksa, termasuk membuat tikar buluh dan melipat kotak pembungkusan ubat-ubatan dan napkin pembersih.

Pada masa sama ketika ibu Peng ditangkap, Xia, yang hamil enam bulan telah melakukan perjalanan dari Shanghai ke Dataran Tiananmen untuk memprotes penganiayaan ke atas Falun Gong. Sebaik sahaja dia merentang sepanduk dan mula berteriak, “Falun Dafa Baik”, Xia telah dihumban ke dalam kereta polis dan ditampar wajahnya berulang kali. Di balai polis, ketika Xia enggan memberikan keterangan, seorang pegawai polis muda, yang kelihatan mabuk, menarik rambutnya dan menamparnya berkali-kali, dengan kata ancaman yang mereka akan ‘menendang bayi dalam kandungannya sehingga terkeluar’.

Perarakan memperingati ulang tahun ke-22 penganiayaan Falun Gong di China di Brooklyn, New York pada 18 Julai 2021. (Gambar oleh Chung I Ho / The Epoch Times)

‘Adakah anda mahu teruskan kepercayaan, atau mahukan keluarga anda?’

Pada bulan Mei 2002, pegawai tempatan dan polis pencegah rusuhan telah menyerbu dan menggeledah rumah keluarga Peng lalu menahan kakak dan ibu Peng. Mereka mengheret tangan kakaknya dari tingkat empat menuruni tingkat satu, sambil ‘tidak peduli sama ada kepalanya terkena tangga’, kata Peng. Pakaian dua lapisnya terkoyak ketika menuruni tangga, mendedahkan pakaian dalamnya, pemandangan yang disaksikan oleh beratus-ratus orang awam di luar ketika dia diseret pergi.

Anak lelaki Peng yang berusia 6 bulan berada di rumah semasa serbuan. Terkejut dengan bunyi riuh dan bising, dia menendang-nendang buaiannya.

Perarakan memperingati ulang tahun ke-22 penganiayaan Falun Gong di China di jalanan Brooklyn, New York pada 18 Julai 2021. (Gambar oleh Larry Dye / The Epoch Times)

Kejutan daripada tangkapan itu memberi tekanan terlalu besar kepada bapa Peng, satu-satunya ahli dalam keluarga empat beranak itu yang tidak mengamalkan Falun Gong. Walaupun sebelum ini dia menerima tekanan bertalu-talu daripada polis untuk memfailkan perceraian, kali ini dia mengalah. Bapa Peng memberitahu keluarga yang dia terpaksa melakukannya dengan alasan sekiranya ketiga-tiganya dipenjarakan sekali lagi di masa depan, sekurang-kurangnya seorang dapat berada di sana untuk mengirimkan selimut kepada mereka.

Perkahwinan Xia juga berakhir semasa penahanannya yang keempat, tepat sebelum dia dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara tiga tahun.

“Polis bertanya kepada saya: ‘Adakah anda mahu meneruskan kepercayaan, atau adakah anda mahukan keluarga? Sekiranya anda memilih Falun Gong, anda tidak akan mempunyai keluarga. Sekiranya anda melepaskan Falun Gong, kami tidak akan [memaksa suami anda] menceraikan anda’,” kata Xia kepada The Epoch Times.

“Untuk memusnahkan kepercayaan kamu dan menindas kalangan orang baik hati yang percaya akan prinsip Sejati, Baik, Sabar, mereka berusaha untuk memecah belahkan keluarga kamu. Pada ketika itu, saya bersungguh-sungguh menganggap Parti Komunis sangat jahat sehingga ke dasar,” ujar Xia.

Perarakan memperingati ulang tahun ke-22 penganiayaan Falun Gong di China di Brooklyn, New York pada 18 Julai 2021. (Gambar oleh Chung I Ho / The Epoch Times)

Anak lelaki Xia baru berusia 3 tahun ketika polis menahannya di rumah rakan ketika dia sedang menziarahnya. Pada bulan September 2006, ketika Xia keluar dari penjara, anaknya tidak lagi mengenalinya. Melihat wajahnya yang dilinangi air mata, kanak-kanak berusia 6 tahun ini memutuskan wanita yang memeluk erat ini baru ibu kandungnya yang sebenar.

“Saya telah memanggil ramai orang ‘Ibu’, tetapi tiada seorang pun yang memeluk erat saya dan menangis. Saya akhirnya memiliki ibu saya sendiri seperti anak-anak lain,” imbau Xia ketika anak lelakinya menjelaskan kekeliruan.

Bekas suaminya membawanya ke bangku batu di taman jauh daripada orang ramai, ‘memandang kiri dan kanan’ untuk memastikan mereka tidak dipantau, sebelum menangis, Xia mengingati peristiwa itu. Dia memberitahu Xia yang polis mengancam untuk menjadikannya orang buangan dan disisih dalam masyarakat, juga menyekat anak mereka daripada pergi ke sekolah, menyertai tentera, atau bekerja untuk kerajaan jika dia enggan memfailkan perceraian. “Saya tidak akan pernah mampu menemui seseorang yang sebaik kamu lagi,” katanya.

Peng meninggalkan China pada 2018, tetapi tidak dapat membawa bersama ibunya, Huang, yang dipenjara kerana mengamalkan Falun Gong, menjadikan pasportnya secara automatik hilang kelayakan untuk perjalanan ke luar negara, jelasnya.

Wanita ini bimbang akan ibunya yang mengalami masalah gangguan penglihatan teruk. Semasa Huang berada di penjara, bapa Peng akan datang membantu memotong kuku Huang semasa dia melawat. Kemudian peranan itu beralih kepada Peng. Polis telah menahan pencen Huang sejak tahun 2015, dengan alasan mereka tidak akan melepaskannya kecuali dia menandatangani dokumen dan kenyataan untuk menolak kepercayaannya, yang mana dia enggan lakukan.

Huang kini tinggal bersendirian. Walaupun dia selalu memberi jaminan kepada Peng bahawa dia baik-baik sahaja, Peng tidak dapat menahan air matanya ketika dia teringat yang ibunya telah memakai baju 19 yuan (kurang RM13) selama tiga tahun.

“Siapa yang akan memotong kukunya? Sedangkan tugas paling sederhana untuk menggantung pakaian, bagaimana ibu saya akan melakukannya? Dia tidak dapat melihat,” katanya sambil air mata mengalir di wajah tanpa sedar.

Xia Haizhen dan suaminya Luo Jiaolong menyertai perarakan memperingati ulang tahun ke-22 penganiayaan Gong di China, ketika di Brooklyn, New York pada 18 Julai 2021. (Gambar oleh Chung I Ho / The Epoch Times)

Pada tahun 2008, Xia bertemu dengan suaminya sekarang, seorang jurutera perisian, Luo Jiaolong, semasa mereka menghasilkan risalah rahsia untuk memberitahu dan menyebarkan maklumat kepada orang ramai akan betapa beratnya penganiayaan PKC. Pasangan itu berjaya berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 2017, tidak lama selepas masing-masing dibebaskan daripada hukuman penjara selama bertahun-tahun. Anak lelaki mereka menyertai keluarga ini ke Amerika Syarikat pada tahun 2019.

“Penganiayaan PKC semakin meluas, lebih kejam dan secara rahsia, dan semua ini bermula pada tahun 1999,” kata Luo yang turut menekankan yang rejim kini terus menyasarkan etnik Uyghur di Xinjiang dan etnik minoriti lain di China.

“Tidak seperti semua penganiayaan dalam sejarah … PKC bukan hanya menghancurkan anda secara fizikal, tetapi juga menghancurkan anda secara rohani.”

Perarakan memperingati ulang tahun ke-22 penganiayaan Falun Gong di China di Brooklyn, New York pada 18 Julai 2021. (Gambar oleh Chung I Ho / The Epoch Times)

Turut serta dalam perarakan memperingati ulang tahun ke-22 penganiayaan Falun Gong, ialah kira-kira 20 penganut Kristian Cina sebagai menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap Falun Gong dan menyeru komunisme dihentikan.

“Mengejar prinsip Sejati, Baik, Sabar dalam Falun Gong yang membawa masa depan yang lebih baik untuk dunia. Kepada rejim China yang menindas Falun Gong dan nilai kebaikannya, itu menunjukkan bahawa Parti Komunis adalah sesuatu yang gelap, menentang kemanusiaan, dan menentang peradaban,” kata salah seorang dari mereka, Yang Shisong.

“Ini adalah bertentangan dengan keadilan dan sinar cerah kehidupan, dan kita mesti mengakhirinya,” tambahnya.

Infografik : 22 tahun penganiayaan Falun Gong di Beijing

0

Selama 22 tahun, rejim komunis di China telah menjalankan kempen penindasan menyeluruh terhadap penganut kumpulan spiritual Falun Gong. Berjuta-juta pengamal Falun Gong mengalami penahanan, penyiksaan, gangguan, kerja paksa dan pengambilan organ.

Bagaimanakah agaknya penganiayaan bermula dan bagaimana Parti Komunis China (PKC) telah menjalankan kempen yang luas ini akan dijelaskan di bawah.

Bagaimana 100 juta orang menjadi sasaran?

Amalan yang popular

Falun Gong, juga dikenal sebagai Falun Dafa, adalah latihan meditasi yang menampilkan ajaran moral berdasarkan tiga prinsip utama – ‘Sejati, Baik, dan Sabar’ bersama satu set latihan meditasi.

Pada tahun 1992, pengasas latihan itu, Li Hongzhi, memperkenalkannya kepada umum di Changchun, sebuah bandar di timur laut China. Ia tersebar dengan cepat dari mulut ke mulut ke bahagian lain di negara terbabit. Menurut perkiraan rasmi pada tahun 1999, kira-kira 70 juta hingga 100 juta orang di seluruh negara telah mengikuti amalan ini.

Li juga adalah penerima Hadiah Nobel Keamanan sebanyak empat kali. Amalan ini juga diakui oleh badan-badan negara atas sumbangannya kepada masyarakat. Manakala beberapa pengamal menerima penghargaan untuk khidmat masyarakat sebelum rejim memulakan penghapusan habis-habisan pada bulan Julai 1999.

Demonstrasi aman

Pada 25 April 1999, sekitar 10,000 orang pengamal Falun Gong berkumpul di pejabat rayuan berhampiran ibu pejabat PKC di Beijing bagi memohon hak mereka untuk mengamalkannya secara bebas. Ia menjadi demonstrasi damai terbesar yang pernah berlaku di China dalam satu dekad.

Apa yang memicu rayuan tersebut adalah penangkapan puluhan pengamal di Tianjin, yang memprotes artikel fitnah mengenai kepercayaan mereka. Persekitaran juga menjadi lebih ketat : Penerbitan buku Falun Gong telah dilarang dan polis di beberapa kawasan telah mengganggu para pengamal, menggeledah rumah mereka dan memukul mereka.

Para penunjuk perasaan kemudian bertemu dengan Perdana Menteri, Zhu Rongji dan menyampaikan tiga permintaan – untuk membebaskan para pengamal yang ditangkap, membatalkan larangan penerbitan dan membenarkan mereka mengamalkannya di khalayak ramai tanpa rasa takut. Setelah mengetahui bahawa pengamal Tianjin telah dibebaskan, para penunjuk perasaan bersurai secara aman pada petang itu.

Pihak berkuasa kemudian menggunakan demonstrasi itu bagi melakukan penganiayaan – yang dilancarkan tiga bulan kemudiannya dengan dakwaan bahawa para pendemonstrasi telah mengepung rejim.

Ketakutan dan kebencian

Disiplin ini berkembang dengan pesat, di mana para pengamalnya melebihi 60 juta orang anggota PKC pada waktu itu. Ini bermakna, amalan ini menjadi “ancaman” terhadap pemerintahan autoritarian rejim. Nilai-nilai yang dianuti oleh Falun Gong pula bertentangan dengan ideologi Marxis ateis yang menyokong PKC.

Pemimpin China ketika itu, Jiang Zemin, secara peribadi memerintahkan penganiayaan dilakukan dengan berulang kali menyatakan keteguhannya dalam menentang amalan tersebut dalam ucapan dan wawancara dengan media asing.

Jiang, dalam surat yang dikeluarkan segera setelah banding pada 25 April, menyatakan kebimbangan terhadap sejumlah besar anggota Parti, kader, intelektual, tentera, pekerja dan petani dalam kalangan pengamal Falun Gong dan berjanji untuk menguatkan kawalan ideologi.

“Mungkinkah Marxisme, materialisme dan ateisme yang kita komuniskan tidak dapat mengalahkan apa yang dipromosikan oleh Falun Gong? Itu akan menjadi jenaka yang luar biasa jika benar”, tulisnya dalam surat itu.

Seluruh negara yang menfokuskan kepada penganiayaan

PKC berniat untuk menghapuskan Falun Gong. Jiang pada mulanya mahu menghentikan amalan ini dalam masa tiga bulan. Para pemimpin tertinggi China juga memerintahkan para pegawai untuk ‘memfitnah’ reputasi mereka, mufliskan secara kewangan dan memusnahkannya secara fizikal”, menurut seorang kolonel tentera yang menghadiri pertemuan itu.

Pegawai polis menyatakan bahawa jika mereka memukul pengamal hingga mati, ia akan dianggap bunuh diri, menurut Minghui.org.

Pada bulan Jun 2001, lebih 10 orang pengamal wanita meninggal di sebuah kem buruh di Harbin, sebuah kota di utara Provinsi Heilongjiang, di mana pihak berkuasa mengaku membunuh mereka secara besar-besaran. “Hanya 15 atau 16 daripada 3,000 yang mati. Banyakkah begitu?”, lapor wakil kem buruh kepada keluarga salah seorang mangsa, Li Xiuqin. Mereka hanya dapat melihat abunya.

Pejabat 610

Pada 10 Jun 1999, sebuah agensi seperti Gestapo ditubuhkan dan diberi nama “Pejabat 610” setelah tarikh penubuhannya. Pejabat 610 menikmati kekuatan yang luas dan mengarahkan pelbagai sektor masyarakat untuk menjalankan kempen penganiayaan. Laporan tahun 2017 oleh pemerhati hak asasi manusia Freedom House, menganggarkan bahawa anggaran bajet tahunan untuk semua Pejabat 610 di seluruh China adalah sekitar 879 juta yuan (RM573 juta).

Pada tahun 2002, seorang pengamal Falun Gong dari Changchun dipukul hingga mati setelah ditangkap kerana menggunakan gelombang udara TV untuk menyiarkan program yang menyiarkan kebenaran yang bercanggah dengan propaganda negara mengenai latihan tersebut.

Ketua Pejabat 610 di bandar berkenaan yang mengawasi penganiayaan itu mengarahkan polis untuk merahsiakan perkara itu. Dia menggambarkan kempen menghancurkan Falun Gong sebagai “tugas politik yang berat” dan mengatakan kepada polis “untuk tidak takut akan darah atau kematian”, kata bekas pegawai yang hadir dalam pertemuan itu kepada Minghui.

Pejabat 610 juga terlibat dalam pengambilan organ secara paksa yang dipersetujui negara, yang mengakibatkan sejumlah kematian yang tidak diketahui, menurut Organisasi Dunia untuk Menyiasat Penganiayaan Falun Gong.

‘Penghapusan’ seluruh masyarakat

Kempen ini dilakukan dengan teliti dan menggerakkan semua lapisan masyarakat. Propaganda yang memfitnah amalan itu muncul di surat khabar, televisyen dan radio, serta buku teks sekolah dan papan iklan di kejiranan.

Jabatan Kebudayaan mengarahkan pemusnahan berjuta-juta bahan Falun Gong, termasuk pembakaran buku dan pemenjaraan pemilik kedai buku. Majikan juga dipaksa memecat pekerja yang enggan melepaskan kepercayaan mereka, sementara pelajar dari kecil hingga dewasa turut diusir.

Seorang pelajar sekolah menengah dijatuhi hukuman penjara lima tahun setelah enggan menyertai perarakan yang dianjurkan sekolah yang memfitnah latihan itu – walaupun dia belum cukup umur untuk dihantar ke penjara.

Sebuah sekolah rendah di Shanghai menghukum seorang guru yang merupakan seorang pengamal Falun Gong dengan menurunkan peranannya sebagai pembersih tandas sekolah, keputusan yang dikatakan oleh seorang rakan sekerja yang berkaitan dengan penganiayaan yang berlaku semasa Revolusi Budaya.

Dengan sistem pengadilan di bawah kendali PKC, perbicaraan di China hanyalah formaliti. Pengamal Falun Gong sering ditahan selama berbulan-bulan atau lebih lama sebelum perbicaraan dan kadang-kadang ditolak bantuan undang-undang. Peguam yang mewakili mereka mengalami gangguan, serangan, atau ancaman dan sering diganggu di mahkamah ketika mengadvokasi klien mereka.

Wu Shaoping, seorang peguam hak asasi manusia yang kini berada di Amerika Syarikat, memberitahu The Epoch Times bahawa dia telah dihentikan dan diiringi keluar dari mahkamah oleh polis ketika membuat kes anak guamnya telah didakwa secara haram. Anak guamnya dihukum penjara sembilan tahun, sebulan kemudian.

Gambaran terhadap mangsa

Propaganda dan maklumat yang salah

Setelah mendapati bahawa pendapat umum tidak menentang Falun Gong, rejim telah melancarkan kempen disinformasi pada tahun 2001 dalam usaha untuk menimbulkan kebencian masyarakat terhadap amalan itu dan pengamalnya. Pada Januari 2001, lima orang membakar diri mereka di Dataran Tiananmen, di mana media pro-rejim telah meletakkan kesalahan terhadap Falun Gong. Berikutan tragedi tersebut, jumlah jenayah kebencian terhadap pengamal Falun Gong meningkat.

Kejadian itu ternyata menjadi acara yang ‘dipentaskan’. Situasi yang mencurigakan di sekitar acara itu telah terungkap dan didokumentasikan dalam filem yang telah memenangi anugerah “False Fire”.

Rejim itu juga menyusun cerita palsu mengenai pengamal yang didakwa – seperti orang yang membunuh anaknya sendiri sebelum meragut nyawanya sendiri, dengan harapan agar dapat menarik pendapat umum di China. Siasatan bebas kemudian menunjukkan bahawa orang itu tidak pernah wujud.

Pegawai China secara terbuka telah mengambil bahagian dalam menyebarkan propaganda di China dan di luar negara. Pada tahun 2004, seorang penyokong Falun Gong membawa dan telah menang kes ugutan fitnah terhadap timbalan konsul jeneral China di Toronto kerana menyerangnya dalam surat yang diterbitkan di Toronto Star.

Semasa sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 1999 di New Zealand, Jiang memberikan buku kecil yang memfitnah Falun Gong kepada para peserta pertemuan tersebut.

Penapisan dan Indoktrinasi

Penapis China telah menghapus sebarang bahan autentik Falun Gong di internet, sambil membiarkan maklumat yang salah dan propaganda mengenai amalan spiritual memenuhi ruang siber. Kata-kata yang berkaitan dengan Falun Gong telah dipadamkan di dalam talian. Terdapat juga kes di mana para pengamal ditahan kerana menggunakan kata-kata yang berkaitan dengan amalan di platform pesanan popular WeChat di China.

The Great Firewall, yang menghalang warga China mengakses banyak laman web asing seperti Facebook dan Google, juga menyekat laman web luar negara yang berkaitan dengan Falun Gong.

Penapisan rejim tidak hanya ada di ruang siber – ia juga menafikan hak pengamal untuk bebas bersuara. Pengamal yang bercakap dengan jiran atau orang asing mengenai Falun Gong berdepan risiko ditahan — atau lebih buruk lagi, dijatuhkan hukuman penjara.

Guru pula diminta untuk ‘menginovasi’kan murid-muridnya dengan propaganda anti-Falun Gong. Pada bulan April 2020, sekolah rendah di bawah kelolaan Universiti Jinan China mengadakan “kelas keselamatan nasional,” di mana para pelajar diajar bahawa Falun Gong “menimbulkan ancaman” kepada masyarakat.

Melakukan kekejaman

Sejak tahun 1999, beberapa juta pengamal Falun Gong telah ditahan di pusat tahanan, kem buruh, penjara dan kemudahan psikiatri, menurut Pusat Maklumat Falun Dafa. Di kemudahan ini, mereka sering diperlakuan secara kejam, dalam usaha untuk memaksa mereka agar meninggalkan kepercayaan mereka, menurut laporan mangsa yang selamat.

Penyiksaan dan bentuk perlakuan buruk adalah endemik di kemudahan ini. Sejumlah pengamal Falun Gong telah mati akibat penyiksaan atau pengambilan organ secara paksa.

Buruh dan perhambaan

Pengamal yang ditahan di kem buruh dan penjara juga telah dikenakan kerja paksa bagi menghasilkan barang murah yang ditujukan untuk pasaran Barat dan menguntungkan pegawai PKC dalam proses tersebut.

Tahanan terpaksa bekerja berjam-jam, kadang-kadang sebanyak 19 jam sehari untuk mencapai kuota pengeluaran, menurut Minghui. Pengawal diketahui meningkatkan penyiksaan atau penderaan terhadap mereka yang gagal memenuhi kuota atau enggan mematuhi perintah kerja.

Produk yang terpaksa dibuat oleh pengamal termasuk rambut palsu, kayu penyungkil gigi, penyepit, penyambung bulu mata, sulaman, perhiasan, sarung telefon bimbit, jaket musim sejuk, swab kapas perubatan, beg kulit dan banyak lagi.

Sejak bermulanya wabak ini, beberapa penjara memaksa tahanan membuat alat pelindung diri untuk dieksport, termasuk topeng bedah dan gaun pembedahan.

Seksaan

Pengamal yang ditahan di tempat tahanan dan kemudahan psikiatri telah mengalami pelbagai bentuk siksaan fizikal, psikologi dan psikiatri. Tujuannya adalah untuk memaksa mereka menandatangani deklarasi meninggalkan kepercayaan mereka. Ramai pengamal mengalami kecederaan parah dan akhirnya mati.

Beberapa kaedah penyiksaan biasa termasuk serangan seksual, makan secara paksa, memukul dengan kayu atau batang keluli, menggunakan tongkat elektrik, menindik bahagian badan yang sensitif seperti hujung jari dengan lidi buluh dan membakar dengan rokok, air mendidih atau besi panas.

Pengawal juga melakukan penganiayaan terhadap tahanan secara melampau untuk jangka masa yang panjang, termasuk menahan mereka di dalam sangkar kecil yang dipenuhi dengan air sedalam dada, membiarkan mereka terdedah kepada suhu beku atau tidak membenarkan mereka tidur.

Dalam kes lain, pengamal dipaksa lalu diikat diikat dalam posisi yang menyakitkan untuk jangka masa yang lama.

Pengamal kadang-kadang diberi makan secara paksa dengan ubat-ubatan yang tidak diketahui — bahan kimia toksik yang merosakkan sistem saraf pusat atau bahan kimia psikotropik yang mempengaruhi keadaan mental mereka.

Penuaian Organ

Sejumlah praktisi yang ditahan telah dibunuh oleh rejim untuk organ mereka, digunakan untuk dibekalkan ke pasaran transplantasi organ di China.

Pada tahun 2019, sebuah mahkamah rakyat bebas menyimpulkan bahawa rejim telah mengambil organ dari tahanan selama bertahun-tahun “dalam skala yang signifikan”. Pengamal Falun Gong adalah sumber organ utama. Mahkamah tidak menemui bukti bahawa jenayah ini telah berakhir.

Gao Yixi, seorang pengamal Falun Gong dari wilayah utara Heilongjiang, meninggal 10 hari selepas penangkapannya pada 2016, lapor Minghui. Tidak lama kemudian, para doktor membedah tubuh Gao, walaupun ditolak oleh keluarganya dan membuang semua organ dan otak.

Menafikan kebebasan

Pengawasan

Pihak berkuasa secara aktif mengesan lokasi pengamal dengan mengintip telefon mereka secara haram, mengesan lokasi mereka dan memantau rakaman kamera pengawasan, yang sering ditingkatkan dengan kecerdasan buatan.

Menjelang 2017, setiap orang di China terpaksa mendaftar dengan nama sebenar untuk menggunakan perkhidmatan telefon dan memberi komen dalam talian, bagi memudakan urusan polis untuk mengesan setiap individu. Pada bulan Januari tahun itu, polis di Harbin, wilayah Heilongjiang menangkap sekurang-kurangnya lima orang pengamal dengan bantuan teknologi pengawasan setelah menemui sepanduk dengan tulisan “Falun Dafa Baik.”

Seorang pengamal ditangkap di sebuah stesen kereta api setelah membincangkan jadual perjalanan kereta api dalam mesej media sosial swasta. Pada tahun 2019, seorang lagi pengamal ditangkap di sebuah hospital ketika merawat saudara yang sakit setelah sistem pengawasan wajah memberi amaran kepada polis.

Pada tahun 2020, polis menyoal seorang pengamal lain di Shanxi mengenai pembelian beberapa bahan binaan di internet.

Penganiayaan kewangan

Pegawai polis China dan pegawai keselamatan secara haram menyita wang tunai dan harta peribadi pengamal lain. Beberapa pegawai memeras anggota keluarga pengamal yang ditahan, mengatakan mereka akan dibebaskan jika keluarga tersebut membayar sejumlah wang yang besar.

Di dalam penjara dan kem buruh, para pengamal juga tidak dibenarkan untuk menggunakan wang atau barangan peribadi yang dihantar oleh keluarga. Anggota keluarga mereka juga dipaksa membayar suapan kepada pegawai untuk melihat keluarga mereka yang dipenjarakan.

Terdapat kes-kes ketika pusat-pusat ‘pendidikan semula’ telah memeras wang dari keluarga pengamal yang ditahan untuk menampung perbelanjaan penyiksaan yang digunakan ke atas tahanan mereka, seperti makan secara paksa.

Mahkamah juga menjatuhkan denda yang besar kepada pengamal. Pada separuh pertama tahun 2021, mahkamah menjatuhkan hukuman denda kepada 674 orang dengan jumlah lebih daripada 3.4 juta yuan (RM2.2juta) atau sekitar 5,000 yuan (RM3260) setiap orang, kira-kira gaji sebulan untuk rata-rata orang.

Gaji dan pencen tahanan turut ditahan oleh majikan masing-masing, itupun atas arahan dan permintaan pihak berkuasa China.

Pengamal juga gaji atau pencen mereka ditahan oleh majikan mereka — kadang-kadang atas permintaan pihak berkuasa China.

Gangguan

Pegawai polis tempatan dan PKC telah menganiaya para pengamal menerusi gangguan, intimidasi dan ancaman lisan serta fizikal.

Rejim ini juga mensasarkan saudara-mara pengamal, mengganggu ibu bapa, pasangan atau anak-anak mereka.

Gangguan sedemikian telah meningkat pada tahun 2020 ketika rejim melancarkan kempen “Zero-Out” di seluruh negara, dengan tujuan mengurangkan jumlah pengamal di China menjadi sifar. Kempen baru ini juga melibatkan sistem ganjaran wang yang memikat warga untuk melaporkan pengamal terkenal kepada polis.

Penolakan

Penentangan Damai

Walaupun dalam keadaan yang ditindas, kelompok tersebut terus berusaha sehingga ke akar umbi untuk menarik perhatian terhadap pelanggaran rejim. Pengamal di seluruh negara – dengan risiko peribadi yang besar telah mengedarkan buku kecil, poster, dan CD buatan sendiri kepada isi rumah dan orang ramai untuk membantah propaganda rejim. Mereka menggantung sepanduk di tempat-tempat yang menonjol sebagai simbol ketekunan mereka.

Sejak tahun 2004, pengamal telah mendesak orang ramai untuk memisahkan diri dari kejahatan yang dilakukan oleh PKC dengan berhenti daripada terlibat di dalam organisasi afiliasinya.

Pada tahun 2015, pengamal Falun Gong memulakan gelombang tuntutan untuk membawa bekas pemimpin, Jiang ke muka pengadilan.

Penduduk di beberapa kawasan di China telah menunjukkan sokongan terhadap usaha para pengamal untuk melawan penganiayaan. Pada tahun 2017, sekitar 300 orang di bandar Huludao, wilayah Liaoning menandatangani petisyen yang meminta pembebasan seorang pengamal Falun Gong tempatan tanpa syarat.

Penjual Shopee tawar khidmat hasilkan seni potrait ‘lain dari yang lain’, buat netizen berdekah

0

Ramai juga di antara kita yang memilih servis untuk mengabadikan kenangan foto dengan menukarkannya menjadi seni potrait yang bermakna.

Sukar untuk mencari artis yang berbakat untuk menukarkan foto anda menjadi seni potrait? Jangan risau, di Shopee pun ada sebenarnya. Tinggal cari sahaja.

adib.afzal/Shopee

Di Shopee, terdapat satu akaun yang menawarkan khidmat ini, iaitu menerusi akaun adib.afzal dan nampaknya kesemua pelanggan amat berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Anda lihatlah sendiri beberapa hasil kerja penjual terbabit :

adib.afzal/Shopee

“Saya tak pandai melukis, tapi saya cuba 🙂 (saya lukis guna mouse)”

adib.afzal/Shopee

adib.afzal/Shopee

Malah, khidmat tersebut ditawarkan serendah RM0.50 hingga RM0.80 sahaja selepas diskaun 60% (asalnya berharga RM1.00 ke RM2.00 setiap satu).

Hasil seni tersebut juga tersedia di dalam format JPEG dan tiada salinan keras (hardcopy). Semua item juga siap diproses dalam 1 ke 3 hari sahaja.

Foto yang telah disiapkan dalam fail JPEG juga akan dihantar menerusi e-mel ataupun ruangan sembang (chat) di Shopee.

Agak memberangsangkan apabila terdapat lebih 193 item yang terjual dengan masing-masing memberikan penilaian 5 bintang!

adib.afzal/Shopee

adib.afzal/Shopee

adib.afzal/Shopee

adib.afzal/Shopee

Aduhai, terbahak-bahak gelak dibuatnya. Apa pun, ia cukup menghiburkan!

Sekolah dibuka semula secara berperingkat mulai 1 September

0

Sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka mulai 1 September ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya berkata, mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19, sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.

“Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

@RadziJidin/Twitter

“KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan,” menurut kenyataan itu.

Sehingga 16 Julai, 253,366 guru dan pentadbir (61.30 peratus) serta 10,876 kakitangan sokongan (46.33 peratus) sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

“KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka,” KPM dalam kenyataannya.

Pak cik bawa jentolak isi tanah sebenar tapak pembinaan ke dalam lori angkut mainan dua kanak-kanak ini, aksi comel yang ceriakan hari mereka

0

Tiada yang menceriakan hari kanak-kanak apabila adanya orang dewasa melayan kehendak dan permainan yang mereka sukai.

Lebih-lebih lagi ketika pekerja pembinaan dengan jentera berat sedang melakukan kerja dan melayan permintaan kanak-kanak comel ini dengan tindakan mereka yang turut comel.

Semasa sedang bekerja membaik pulih jalan di kawasan perumahan, seorang pengendali jentolak yang mahir terlihat dua orang kanak-kanak sedang bermain dengan lori pengangkut tanah mainan di hadapan rumah mereka. 

Facebook

Dua orang kanak-kanak ini membawa lori pengangkut mainan mereka dan sengaja meletakkannya ke atas tapak jalan yang telah dikorek oleh jentolak itu.

Facebook

Sambil memandang tinggi dan melambai-lambai supaya pak cik pengendali jentolak ini akan melayan permintaan mereka.

Untuk mengisikan tanah sebenar ke dalam lori mainan itu dengan jentolak sebenar.

Facebook

Demi tidak mengecewakan mereka, maka pak cik ini pun membawa mesin besarnya ke arah lori angkut mainan itu lalu dengan mahirnya mengisi penuh tanah sebenar ke dalamnya.

Facebook

Begitu teruja dan melompat-lompatlah anak-anak ini apabila para pekerja pembinaan itu melayan keletah comel mereka. 

Facebook

Sehinggakan semua orang yang berada di situ melalui hari yang ceria dan menggembirakan dengan memori manis yang mungkin kekal dalam ingatan. 

Facebook

Betul bukan bila ramai orang yang berkata bekerja dan bermain perlu seimbang, tiadalah stres sangat.

Tonton video di sini.