32 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupSebab-sebab mengapa anak kecil suka baca buku yang sama dan melakukan perkara...

Sebab-sebab mengapa anak kecil suka baca buku yang sama dan melakukan perkara yang sama berulang kali

Buat ibu bapa mesti mereka sedar bahawa anak kecil mereka suka membaca buku yang sama. Mereka bahkan tidak bosan membaca buku yang sama beratus kali. Mereka juga sering bermain atau melakukan perkara yang sama hampir setiap hari.

Sebenarnya, mengulangi perkara yang dapat diramalkan sangat menyenangkan bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, dan ianya sangat penting. Keadaan ini sebenarnya dapat mendorong integrasi deria dan melatih tumpuan mereka. Oleh itu, ibu bapa tidak digalakkan mengganggu atau memaksa mereka melakukan perubahan.

Selain itu, melakukan satu perkara berulang-ulang adalah proses pertumbuhan yang mesti dilalui oleh anak-anak. Sebelum berumur 5 tahun, bayi dan anak kecil akan mengalami tahap di mana mereka suka mendengar cerita yang sama berulang kali dan melakukan perkara yang sama berulang.

Berikut adalah kebaikan kepada anak kecil yang suka membaca buku atau melakukan perkara yang sama setiap hari:

  1. Berlatih menumpukan perhatian: Apabila kanak-kanak melakukan tindakan tertentu berulang kali, mereka sering kali tidak bersuara selama lebih dari 10 minit. Ini adalah latihan yang baik untuk menumpukan perhatian mereka, dan ini adalah persediaan yang sangat penting untuk persediaan mereka ke sekolah pada masa akan datang. Oleh itu, jangan mengganggu kanak-kanak atau jangan memarahi mereka.
  2. Dapatkan keyakinan dan ketegasan diri: Penulis Zhang Ruijun dalam bukunya ada memberitahu bahawa anak-anak dilatih melalui latihan berulang kali. Jadi, jika mereka mengatakan kepada diri mereka bahawa mereka mahu melakukan perkara itu, maka mereka akan membina keyakinan diri bahawa mereka tetap akan melakukan perkara tersebut.
  3. Menggalakkan perkembangan otak: Ketika mempelajari teknik baru, otak perlu berfikir untuk membantu menghafal langkah-langkahnya seterusnya. Langkah-langkah baru itu akan disimpan di dalam otak mereka dan seterusnya membuatkan otak mereka menerima maklumat baru. Jadi, biasanya, kanak-kanak menggunakan tingkah laku berulang dan berlatih berkali-kali untuk membuat otak mereka mengingat dan berjaya mempelajari perkara baru.
  1. Buatkan mereka merasa tenang: Perkara yang diulang-ulang merupakan aktiviti yang dapat diramalkan dan mereka boleh melakukannya sehingga mereka terbiasa dengannya. Jadi, mereka akan berasa senang dan tenang dengan aktiviti yang sama.

Melalui latihan berulang kali, otak anak akan memberikan arahan kepada otot-otot badan untuk berfungsi dan lebih teratur. Hal ini dapat membantu mereka mempelajari perkara baru dengan cepat pada masa akan datang. Pada tahap ini, jika orang dewasa selalu mengganggu latihan anak, ia tidak hanya akan mempengaruhi tumpuannya, tetapi juga akan menjejaskan rasa ketenangan anak-anak kecil.

Jadi, biarkan anak-anak kecil dengan aktiviti mereka. Mereka sebenarnya bermain sambil belajar. Walaupun mereka melakukan perkara yang sama berulang kali tetapi semua itu adalah proses pembelajaran yang sangat penting buat mereka.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI