26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGaya Hidup5 Perkara penting yang perlu dipastikan sebelum menyuruh anak kecil untuk tidur

5 Perkara penting yang perlu dipastikan sebelum menyuruh anak kecil untuk tidur

Ramai yang mengambil mudah tabiat tidur. Ada yang tidak cukup tidur, ada yang sanggup berjaga malam hampir setiap hari untuk melakukan perkara yang tidak boleh mereka lakukan ketika waktu siang. Ada pula yang bersenam atau bermain sukan pada waktu malam memandangkan mereka perlu bekerja di siang hari. Hal tersebut membuatkan waktu tidur mereka yang menjadi singkat dan tidak berkualiti.

Kesemua itu akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan dan emosi. Bukan hanya orang dewasa malah anak kecil juga sangat memerlukan tidur yang cukup malah tabiat tidur yang baik adalah sangat penting buat mereka.

Jadi, sebagai ibu bapa mereka harus lebih peka dengan waktu tidur anak-anak kecil mereka. Sebenarnya ada hal-hal yang boleh dilakukan supaya anak kecil lebih mudah tidur dan tidur mereka lena.

Apakah keburukan anak tidur lewat?

  1. Ketinggian dan berat badan mereka tidak tumbuh dengan baik
  2. Memiliki ketahanan badan yang lemah dan sering jatuh sakit
  3. Menjejaskan kesihatan fizikal

Bagaimana cara membina tabiat tidur yang baik?

  1. Masuk tidur tepat pada waktu yang ditentukan
  2. Elakkan senaman yang berat dan bermain sebelum tidur
  3. Seluruh keluarga bekerjasama untuk mematikan lampu dan masuk tidur

5 keperluan yang penting untuk dilakukan sebelum anak tidur

  1. Temani anak untuk tidur

Tugas menidurkan anak bukan sahaja terletak pada bahu ibu malah bapa juga perlu memainkan peranan mereka. Kadangkala anak-anak mula merindukan bapa mereka terutama ketika mahu tidur dan mereka mahu melihat si bapa sebelum masuk tidur.

Mereka sebenarnya akan lebih mudah untuk tidur lena jika mereka dapat melihat kedua ibu bapa mereka.

  1. Perkara yang dilakukan sebelum tidur

Setengah jam sebelum tidur, ibu bapa perlu menangguhkan semua kerja dan meminta anak-anak berhenti bermain dan mula dengan rutin menggosok gigi.

Luangkan 5-10 minit sebelum tidur untuk membaca buku bergambar atau bercakap tentang apa yang berlaku hari tersebut. Hal ini bertujuan supaya anak ekcil tahu bahawa mas, tujuannya adalah untuk memberitahu anak bahawa sudah waktunya untuk mereka tidur.

  1. Waktu tidur anak yang tetap

Ibu bapa boleh menetapkan waktu tidur untuk anak, misalnya sekitar jam 9.00 atau 9.30 malam. Walaupun mereka tidur siang atau tidak pastikan mereka mula masuk tidur pada waktu yang ditetapkan.

Jika pada hari cuti pula mungkin boleh memberi kelonggaran sedikit kepada mereka tetapi pastikan waktu tidur mereka tidak terlalu lewat.

  1. Persekitaran tidur anak

Adalah penting untuk memastikan suhu bilik dalam keadaan selesa supaya mudah untuk bernafas. Selain itu, pastikan lampu dimatikan ketika tidur. Hal ini kerana cahaya boleh mempengaruhi otak secara langsung. Cahaya juga akan menyebabkan tidur tidak lena serta boleh mengganggu hormon

Selain itu, tidur dengan cahaya lampu boleh menyebabkan kanser, masalah jantung, tekanan, obesiti serta lain-lain risiko.

  1. Perkara yang mengiringi tidur anak

Biasanya anak-anak mempunyai mainan atau selimut kegemaran mereka yang akan mereka bawa tidur bersama. Dengan kehadiran barang-barang itu akan membuatkan mereka berasa selamat dan lebih mudah untuk tidur serta mendapatkan tidur yang berkualiti.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI