Seramai 12 pengguna kereta api bawah tanah di wilayah Henan China meninggal dunia setelah terowong kereta api tersebut dilanda banjir.
Video yang dikongsi di media sosial pula menunjukkan para penumpang hanya mampu mengekalkan kepala mereka di atas permukaan air banjir.
Difahamkan bahawa pengguna stesen kereta api bawah tanah terpaksa berpaut pada pemegang siling pada gerabak ketika air naik sehingga ke paras leher.
Sementara itu, kelihatan air banjir mengalir deras ke pelantar kereta api.
ABC News/Facebook
Menurut laporan, lebih kurang 500 orang pengguna pengangkutan berkenaan berjaya diselamatkan dan dibawa keluar daripada terowong.
Kementerian Pengangkutan mengatakan pihak berkuasa tempatan harus segera memeriksa kembali dan memperbaiki semua risiko melibatkan perkhidmatan pengangkutan kereta api tersebut.
“Mereka mesti mengambil langkah-langkah kecemasan seperti menggantung seketika kereta api, mengalihkan penumpang dan menutup stesen”, kata kementerian itu.
@Reuters/Twiter
Terdahulu, ratusan pengguna diselamatkan pada awal minggu ini daripada stesen kereta api bawah tanah yang dilanda banjir.
Tonton video di sini.