Siapa sangka barang elektrik terpakai yang dibeli membawa ‘tuah’ kepadanya apabila dia menemui wang tunai yang banyak di dalamnya. Kejadian tersebut berlaku di Korea Selatan apabila seorang lelaki mendapati dia mendapat ‘hadiah percuma’ yang datang bersama peti sejuk kimchi yang dibelinya secara dalam talian.
Menurut Newscast sebuah stesen televisyen Korea Selatan, MBC Newsdesk, lelaki itu mendapati ribuan wang kertas not KRW50,000 semasa membersihkan peti sejuk tersebut.
Wang itu, yang berjumlah sehingga KRW110 juta (RM398,423), tersembunyi di bawah perkakas dan ia diliputi dalam plastik dan pita. Lelaki tersebut kemudian pergi balai polis Jeju untuk membuat laporan polis.
Media Allkpop melaporkan bahawa kini polis sedang menyiasat tentang penjual peti sejuk serta pengendali barang untuk menentukan sumber yang tepat dari mana datangnya wang yang banyak itu.
Buat sementara waktu, wang tersebut diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa. Pelbagai kamera pengawasan juga diperiksa untuk mengenal pasti siapa pemilik sebenar wang tersebut.
Undang-undang Korea Selatan menyatakan bahawa wang akan pergi kepada orang yang menemuinya jika pemiliknya tidak datang menuntu dalam tempoh enam bulan
Akta ‘Lost and Found’ negara itu juga ada menyatakan bahawa individu yang mengambil alih wang tersebut mesti membayar 22% daripada jumlah yang sebagai cukai.
Jika pemilik wang tersebut ditemui, dia perlu membayar pampasan sebanyak 5% hingga 20% kepada pihak yang menemui wang itu. Walau bagaimanapun, jika pihak berkuasa mendapati wang itu mempunyai kaitan dengan jenayah, wang itu akan diberikan kepada kerajaan.
Tidak dapat dijelaskan bagaimana kucing itu seakan mempunyai kuasa ajaib yang secara senyap dapat memulihkan kesihatan fizikal dan mental orang yang berada di persekitarannya.
Animal Protection League Indiana, di Amerika Syarikat dengan begitu berani mencuba program dikenali FORWARD apabila mereka telah menghantar sekumpulan kucing ke penjara, dan membiarkan para banduan menguruskannya seperti menjaga haiwan peliharaan sendiri.
Idea yang begitu berani dan mempunyai risiko, kerana kucing dan pesalah jenayah bukanlah satu kombinasi yang menarik untuk disatukan kerana kedua dunia ini amatlah berbeza untuk menunjukkan kasih sayang.
Ketika pertama kali organisasi mencadangkan idea ini, ia telah ditentang pelbagai pihak dengan pendapat dan sangkaan bahawa para banduan ini tidak akan dapat menjaga kucing dengan baik, bahkan akan menyakiti mereka. Tetapi di sebalik segala tentangan, eksperimentasi ini nampaknya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Kucing yang dihantar ke penjara semuanya memiliki kes yang istimewa seperti mereka sebelum ini hidup liar di jalanan, tidak bersosial, pernah didera dan kebarangkalian diadopsi yang sangat rendah kerana mereka tidak mempercayai manusia.
Jadi amat kasihan apabila kucing-kucing ini terus tinggal di rumah perlindungan sampai tiba hari dilupuskan, sehinggalah akhirnya mereka dicadangkan untuk dibawa ke penjara.
Walaupun kedengaran agak pelik kucing-kucing ini dihantar ke penjara, ia adalah cara unik dan istimewa demi kelangsungan hidup mereka.
Sudah semestinya, tidak semua banduan yang sukakan kucing dan mahu pula bertanggungjawab untuk menguruskan haiwan peliharaan. Jadi pihak pengurusan penjara telah memastikan para banduan yang mengambil bahagian dalam projek ini mesti berdisiplin, mempunyai mental yang stabil, juga dapat menjaga kebersihan dengan baik. Mereka telah dibenarkan untuk memelihara kucing selepas tapisan temu duga dan diberikan latihan.
Kehidupan seharian banduan di dalam penjara tidak mudah selepas mereka diberikan tanggungjawab untuk menguruskan kesemua kucing ini. Mereka wajib bertanggungjawab terhadap semua kehidupan seharian kucing, seperti memberi makan, membersihkan kotoran dan memandikan mereka, mendandan, bermain serta melatih kucing supaya berkelakuan baik, sehingga kesemua kucing memberikan kepercayaan dan menganggap banduan ini seperti ahli keluarga.
Di samping itu, para banduan perlu bergabung tenaga untuk membina rumah kucing yang cantik, membuat papan pencakar, bingkai memanjat, dan juga mengait atau menjahit pakaian kucing. Boleh dikatakan majoriti aktiviti harian mereka adalah berkisar tentang kucing. Sekali gus, aktiviti ini mampu menyemai sikap banduan menjadi penyayang dan bertanggungjawab sebagai seorang pemilik.
Selepas tempoh percubaan, suasana di penjara dipenuhi kasih sayang dari hari ke hari, dan ikatan hubungan erat lagi unik antara kucing dan banduan menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Kucing ini berubah menunjukkan tingkah laku manja untuk berkasih sayang dan bersedia untuk mempercayai banduan ini sebagai keluarga mereka.
Dalam proses ini juga, para banduan mempelajari untuk mengurus dan memikul tanggungjawab menjaga haiwan peliharaan.
Program FORWARD telah berjaya mencapai objektif apabila para banduan menunjukkan perubahan diri yang ketara dan lebih positif dalam kehidupan mereka selepas bergaul dengan kucing peliharaan.
Ironi apabila kesemua kucing ini dihantar penjara untuk mendapatkan kebebasan dan membahagiakan hati para banduan menjadi lembut mencair dengan kecomelan si bulus.
Tiada siapa yang boleh menafikan betapa hebatnya kasih seorang ibu. Mereka bukan sahaja mempunyai kasih sayang yang tinggi tetapi mereka juga sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu.
Namun begitu, tidak semua yang bertuah memiliki ibu yang penyayang. Contohya kelima-lima ekor anak harimau ini yang dikatakan tidak dipedulikan oleh ibu mereka sejak dilahirkan. Walaupun dilahirkan dalam keadaan baik dan comel tetapi ibu mereka nampaknya tidak menyukai mereka.
Anak-anak kecil perlukan perhatian dan nutrien yang baik. Biasanya si ibu yang akan menyediakan semua itu tetapi tidak bagi anak-anak harimau ini. Jadi, penjaga zoo akhirnya memutuskan untuk membawa seekor ibu anjing menggantikan tempat ibu anak-anak harimau itu.
Pada mulanya semuanya bimbang bagaimana pemerimaan mereka terhadap ‘ibu baru’ mereka dan bagaimana pula reaksi ibu anjing terhadap anak-anak harimau itu. Namun, semuanya berjalan baik walau pada mulanya mereka kelihatan seperti takut-takut.
Ibu anjing mula menjadi ibu mereka dengan memberikan makanan dan menjaga anak-anak harimau yang masih kecil itu. Dia juga seolah-olah mula berasa tanggungjawab terhadap anak-anak angkatnya.
Apa yang paling mengharukan anak-anak harimau comel itu mula mengangap ibu anjing adalah ibu mereka sendiri. Mereka mula rapat dan percaya dengan ibu anjing yang sangat penyayang.
Anak-anak harimau itu mungkin tidak bertuah kerana tidak mendapatkan ibu kandung yang menyayangi mereka namun mereka tetap bernasib baik apabila ada ibu angkat yang sangat sayangkan mereka.
Namun lelaki bernama Daniel ini menemui penyelesaian unik untuk menghentikan tangisan bayinya tanpa perlu menyerahkan masalah itu kepada isteri.
Saksikan video di bawah :
Ikatan antara ibu dan bayi sudah terbina lama, iaitu semenjak bayi masih lagi berada di dalam kandungan. Oleh sebab itulah, bayi berasa selesa bersama si ibu.
Maka kerana itulah bayi sering menangis jika bersama dengan bapa dan keadaan ini menurut pakar adalah normal.
KUALA LUMPUR – Pelakon, pelawak dan ahli perniagaan, Shuib Sepahtu yang baru kehilangan isteri tercinta yang juga penyanyi terkenal negara iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin mengakui sukar untuk menguruskan keempat-empat anaknya yang masih kecil seorang diri.
Jelas Shuib, pelbagai perkara yang berlegar dalam fikiran beliau dan apa yang menjadi kebimbangan adalah bagaimana beliau mahu menguruskan bayi mereka, Ayash Affan yang baru dilahirkan pada Jumaat lalu.
“Tidak dinafikan, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Sebagai contoh, saya nak cari jubah untuk anak-anak pun kelam kabut hingga terpanggil nama pembantu rumah yang sudah meninggal dunia. Itu belum lagi soal Ayash. Saya baru terfikir bagaimana nak menguruskannya, hari ini.“.
Tambah Shuib lagi, “Ayash hanya bergantung dengan susu formula sejak dilahirkan. Perkara inilah yang membuatkan saya termenung sejenak bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini. Doktor menyarankan saya membekalkan susu daripada ibu susuan”.
Meskipun ramai rakan selebriti termasuk Syatilla Melvin ingin menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan namun Shuib menjelaskan bahawa perkara itu harus diteliti secara mendalam kerana ianya membabitkan soal hukum agama. Menurut Shuib lagi, beliau teringat akan satu pesanan arwah isterinya yang meminta beliau untuk menjaga anak keempat itu.
“Arwah minta saya menguruskan Ayash buat susu, tukar lampin dan berjaga tengah malam. Saya terfikir arwah mesti bantu saya jika saya tidak boleh bangun. Namun sebenarnya, arwah memang nak saya jaga Ayash seorang diri apabila meninggalkan saya dan anak-anak. Jadi, saya akan berusaha mencari jalan penyelesaian. Saya akan merujuk kepada ustaz berhubung ibu susuan”.
Pada masa yang sama, pihak hospital juga memberi tempoh sebulan kepada Shuib sebelum membenarkan bayinya dibawa pulang ke rumah. Bayi berkenaan dikatakan berada dalam keadaan stabil dan negatif daripada wabak COVID-19. Difahamkan Shuib masih belum berpeluang untuk melihat muka bayi yang menjadi hadiah terakhir peninggalan arwah.
Untuk pingat Olimpik Tokyo 2020, penganjur menggunakan 100 peratus bahan kitar semula daripada berjuta-juta peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer terpakai sumbangan rakyat Jepun menerusi Projek Pingat Tokyo 2020.
Projek e-waste yang telah berjaya mengumpul 32kg emas, 3,500kg perak dan 2,200kg gangsa untuk dijadikan pingat bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.
Manakala untuk Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Paris pada tahun 2024, jika mengikut perancangan, pingat yang direka cipta oleh pereka terkenal Philippe Starck nampaknya boleh dibahagi kepada empat, yang membolehkan atlet Olimpik yang menang berkongsi kejayaan mereka bersama ahli keluarga.
Philippe Starck sebelum ini adalah pereka obor Olimpik Musim Sejuk 1992 Albertville, Perancis, dan beliau telah diminta untuk mencipta konsep reka bentuk pingat Olimpik yang baru dan unik sebagai sebahagian daripada usaha negara Perancis untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024.
Jika dilihat pada permukaan pingat, reka bentuknya hampir sama dengan pingat sukan Olimpik biasa. Namun, sekiranya atlet mahu, mereka boleh membahagikan cakera pingat itu yang terdapat tiga bahagian tambahan di belakangnya.
Starck berkata, atlet yang menang tidak akan menang sendirian, jadi beliau mahukan pingat ini memiliki refleks. Sekiranya pemenang ingin membahagikannya, mereka boleh membahagikannya bersama ahli keluarga tersayang.
“Ini cara yang sangat baik untuk benar-benar menunjukkan semangat berpasukan. Pemenang akan mengambil pingatnya dan akan memisahkannya menjadi kepingan yang diberikan sebagai hadiah kepada orang tersayang,” jelas Starck.
Starck berkata reka bentuk yang diperbaharui akan membolehkan atlet berkongsi kejayaan Olimpik mereka untuk pertama kalinya, “dalam setiap momen ia pernah berlaku”.
“Pingat ini mempunyai sesuatu yang sangat istimewa. Kerana biasanya pingat cenderung menjadi lambang, bukti dan saksi, yang membolehkan anda berkata, ‘Saya berada di sana, saya berjaya melakukannya, saya melangkaui batas diri sendiri, saya adalah pemenang’, semua kata-kata dan kisah luar biasa,” kata pereka Perancis ini.
Ramai yang tidak dapat ‘meloloskan’ diri daripada kecomelan yang dimiliki oleh kucing. Siapa sangka makhluk itu turut ‘berkuasa’ untuk mendominasi kita semua.
Sebenarnya kedua-dua ekor anak kucing tersebut ditinggalkan di hadapan zoo, di dalam sebuah kotak. Pada suatu pagi, kotak itu ditemui oleh seorang stafnya.
PETALING JAYA: Semalam, 11 Ogos, sebuah gempa bumi dilaporkan telah berlaku pada jarak 18 kilometer Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi yang berlaku pada sekitar jam pada 1.19 petang itu berkekuatan 5.6 pada skala Richter dan berlaku pada kedalaman 19 kilometer.
Jabatan itu berkata walaupun gegaran turut dirasakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, tiada ancaman tsunami di Malaysia yang dikeluarkan.