25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 5, 2026
Utama Blog Laman 281

Budaya peminat selebriti di China berada dalam situasi sukar ketika Beijing meluaskan penutupan internet

0

Selama beberapa bulan kebelakangan, pihak berkuasa China telah mengambil tindakan membanteras sektor penyedia internet berpengaruh di negara itu, dengan menyasarkan pelbagai syarikat berkaitan dengan pelbagai isu bermula anti-trust sehingga keselamatan data.

Kini, kelab peminat selebriti dalam talian adalah sasaran terbaru yang sedang merasa bahangnya.

Pegawai pengatur internet tertinggi rejim itu kini dalam usaha untuk mengambil tindakan dengan apa yang digambarkan kerajaan sebagai budaya peminat selebriti ‘pencetus kekacauan’ di China, pada 27 Ogos lalu dengan larangan semua platform untuk meletakkan ranking selebriti dan mengehadkan penjualan produk selebriti kepada peminat.

Ribuan peminat di RYE Music Festival pada 17 Oktober, 2020 di Beijing, China. (Gambar oleh Lintao Zhang/Getty Images)

Sekatan itu kini memberi tamparan hebat kepada firma perhubungan awam selebriti, akaun media sosial kelab peminat, dan program hiburan, dengan Pentadbiran Ruang Siber China pada 27 Ogos menekankan kira-kira sedozen tingkah laku para pengguna alam siber telah dikesan yang dianggap melampaui batas.

Semua platform kini dilarang menerbitkan senarai selebriti popular, juga pelakon dan artis akan dihadkan untuk mempromosikan produk jenama berkaitan mereka kepada peminat.

Kelab peminat dalam risiko kemungkinan ditutup sekiranya mereka menyebarkan apa yang dianggap oleh pihak berkuasa sebagai “maklumat berbahaya” – seperti khabar angin, kata-kata kesat, dan skandal selebriti, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 27 Ogos.

Langkah itu adalah kemuncak dalam kempen yang telah dilancarkan rejim sejak dua bulan yang lalu bermula Jun untuk “memperbetulkan” budaya peminat selebriti, yang mengakibatkan 150,000 “mesej berbahaya” dibersihkan dan lebih 5,000 akaun dan kumpulan media sosial kini digelar sebagai pelanggar peraturan.

Ia juga berlaku di tengah-tengah peningkatan skandal selebriti yang menggemparkan negara itu.

Bulan lalu, polis telah menahan bintang pop Kanada-China, Kris Wu atas dakwaan merogol peminat. Kumpulan peminatnya terus membela artis popular itu di seluruh rangkaian media sosial. Sebahagian besar akaun peminat Kris Wu, termasuk akaun rasmi dalam talian, kemudian telah ditutup.

Awal minggu ini, nama dan butiran pelakon bergelar jutawan Vicki Zhao Wei, yang juga duta jenama fesyen dari Itali, Fendi di China, hilang dari platform pembikinan filem yang sedang dibintanginya dengan alasan yang tidak dapat dijelaskan. Pelakon lain, Zhang Zhehan, juga baru-baru ini dikeluarkan dari platform setelah gambar kontroversinya ketika berada di Kuil Yasukuni di Tokyo menjadi tular setelah dimuat naik dalam talian, walaupun ia telah dirakam 3 tahun lalu.

Tindak balas rejim yang meningkat terhadap penggiat industri hiburan dan budaya peminat fanatik telah menyebabkan kebimbangan melalui “ekonomi idola” negara itu, yang dijangkakan bernilai US$21.6 bilion (RM89.75 bilion), menurut anggaran oleh platform ‘streaming’ paling popular di China, iQiyi (sama seperti Netflix).

Mango Excellent Media, sebuah firma multimedia yang disokong kerajaan, melihat nilai sahamnya turun 14 peratus pada 27 Ogos dalam apa yang digambarkan oleh beberapa media China sebagai gempa susulan dari “gempa lingkaran hiburan.”

Puluhan aktor dan aktres negara itu bergegas mengeluarkan kenyataan menyatakan sokongan mereka terhadap kempen pengatur, suatu isyarat yang sudah biasa berlaku di China ketika syarikat dan artis masing-masing berusaha untuk mengelak diri daripada terjebak dalam pertelingkahan dengan Beijing ketika tindakan kerasnya terhadap sektor swasta.

Sehari menjelang pengumuman penguatkuasaan di China, platform iQiyi menghentikan program popular “pertandingan idola” yang membolehkan penonton mengundi peserta kegemaran mereka dengan membeli produk.

Platform iQiyi di Beijing International Cultural and Creative Industry Expo di Beijing, China pada 29 Mei 2019. (Gambar REUTERS)

Persembahan politik

Lembaga penapisan Beijing menapis apa sahaja yang dianggapnya telah jauh menyimpang dari nilai Parti Komunis China, sama ada permainan video, filem, program televisyen, atau muzik.

Peraturan yang dikenakan secara tiba-tiba selama sebulan itu telah mengakhiri bimbingan keuntungan dan mengehadkan kuasa syarikat raksasa teknologi seperti Alibaba dan Didi.

Pada hari pengatur internet menyasarkan tindakan untuk menyekat budaya pemujaan selebriti menjadi berleluasa, mereka juga melancarkan tindakan keras terhadap industri “self-media” negara itu. Mereka mendakwa pihak di sektor “self-media”, personaliti media sosial dan pengulas hal ehwal semasa, “menafsirkan dasar ekonomi dengan cara memutar belit” dan “mengganggu dengan teruk penyebaran maklumat secara dalam talian.”

Mendisiplin industri hiburan adalah langkah terbaru rejim PKC untuk mengawal perbincangan awam, kata Gao Yu, seorang pembangkang dan bekas wartawan China yang telah berulang kali dipenjarakan kerana laporan medianya.

“Parti Komunis China memegang pistol di sebelah tangan, dan memegang pen di tangan yang lain. Ini adalah bagaimana mereka mengambil alih kuasa dan bagaimana mereka berniat untuk memantapkan kuasa pentadbiran mereka,” kata Gao kepada The Epoch Times.

Bagi pemimpin China Xi Jinping, yang sedang berusaha untuk mendapatkan penggal ketiga sebagai pemerintah tertinggi, langkah-langkah berkenaan berfungsi untuk membuktikan pencapaian politiknya yang akan dipamerkan dalam Kongres Parti Nasional ke-20 pada tahun yang akan datang, acara yang diadakan hanya dua kali dalam satu dekad untuk memilih kepimpinan tertinggi PKC bagi tempoh lima tahun akan datang, menurut Gao.

Cita-cita Xi ketika ini, adalah untuk mencapai ‘kemakmuran bersama’, kata Gao. Rejim telah lama membincangkan agenda ‘four big mountain’ atau ‘empat gunung besar’ iaitu pendidikan tidak mampu milik, rawatan perubatan, perumahan, dan rawatan warga emas — halangan yang membebani rakyat dan dikatakan akan memburukkan lagi jurang kekayaan.

“Xi Jinping ingin menurunkan empat gunung besar ini. Sama ada beliau dapat merealisasikannya atau tidak adalah satu hal, tetapi ini adalah arah polisinya dan apa yang diharapkan sebagai persembahan politik,” tambah Gao.

Selebriti Kris Wu dengan skandal terbaru menjadi muka depan majalah fesyen di Beijing, China pada 20 Julai 2021. (Gambar oleh Tingshu Wang/Reuters)

Memerah orang kaya

Istilah “kemakmuran bersama,” sentiasa dilaung sejak tahun-tahun awal rejim sebagai tujuan akhir sosialisme, telah muncul kembali sejak tahun lalu, yang disertai dengan tindakan keras secara meluas yang membuat sektor swasta digoncang dengan teruk.

Sehari setelah Xi mengarahkan untuk membanteras “pendapatan yang terlalu tinggi”, konglomerat teknologi China Tencent mengasingkan US$ 7.7 juta (RM32 juta) untuk tujuan tersebut. Firma e-dagang Pinduoduo berjanji akan menyumbangkan keseluruhan keuntungannya untuk suku terakhir iaitu US$372 juta (RM1.5 bilion) untuk projek pembangunan luar bandar. Pada bulan Julai, pengerusi Xiaomi Lei Jun memberikan saham syarikat bernilai lebih US$2 bilion (RM8.3 bilion) kepada badan amal.

“Mereka membelanjakan wang untuk membeli bencana. Rejim mempunyai banyak cara untuk membuat seseorang membayar harga yang lebih tinggi jika mereka enggan mematuhi,” kata Hu Ping, seorang pembangkang China yang melarikan diri ke New York dan ketua editor kehormat untuk majalah politik China, Beijing Spring.

Kekayaan yang dikumpulkan oleh golongan dalam industri hiburan menjadikan mereka sasaran semula jadi Beijing, kata Gao. 

“Untuk membintangi dan menyertai bidang hiburan, mereka memperolehi kemewahan dengan apa yang tidak dapat dikecapi oleh kebanyakan orang di sepanjang hidup mereka,” katanya, sambil menambah dengan menghukum tokoh dan selebriti awam yang memiliki ramai pengikut, Xi akan dapat menunjukkan ketegasan dalam kempennya.

Segala langkah tetap tidak dapat dilaksanakan dalam jangka masa panjang, kata seorang bekas pegawai awam di China dan personaliti media sosial, yang hanya memberikan nama belakangnya sebagai Chen.

“Tidak ada yang berasa selamat. Hari ini dia adalah seorang jutawan, esok dia mungkin berada di dalam penjara,” kata Chen kepada The Epoch Times.

“Kesannya, ia hanya boleh membawa kepada kemiskinan yang biasa berbanding kemakmuran bersama,” kata Chen.

Paralimpik Tokyo 2020: Atlet paralimpik Jong Yee Khie raih pingat perak dalam acara powerlifting 107 kg

0

Atlet paralimpik Malaysia, Jong Yee Khie meneruskan kecemerlangan rakan sepasukan Bonnie Bunyau Gustin apabila meraih pingat perak di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting pada 30 Ogos.

Atlet paralimpik negara berusia 32 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak itu beraksi dalam acara powerlifting kategori 107 kg lelaki berjaya mengangkat bebanan 237 kg pada angkatan kedua untuk menghadiahkan pingat perak buat Malaysia.

Twitter

Yee Khie kemudian cuba melakukan angkatan 245 kg pada percubaan ketiga namun tidak berjaya dalam temasya sukan yang berlangsung di Tokyo International Forum itu.

Pingat emas dimenangi oleh Enkhbayar Sodnompiljee dari Mongolia yang juga pemegang rekod dunia dalam kategori itu dengan angkatan 245 kg, yang turut memecahkan rekod yang diciptanya sendiri, manakala Saman Razi dari Iran meraih pingat gangsa dengan angkatan 231 kg. 

Ini adalah pingat kedua diraih kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas Bonnie Bunyau Gustin memenangi pingat emas acara powerlifting kategori 72 kg lelaki yang turut memecahkan rekod dunia paralimpik pada 28 Ogos lalu.

Syabas dan tahniah buat Jong Yee Khie!

Hilang selama 3 hari, kucing bertuah pulang dengan ‘hutang’ ikan tenggiri buat tuan tersayang

0

Tidak seperti anjing, kucing amnya lebih berdikari dan tidak akan menunggu tuan masing-masing jika mahu keluar menerokai persekitaran.

Tetapi bersedialah dengan sebarang kejutan yang akan dibawa oleh kucing, sama seperti apa yang berlaku di Thailand ini.

Difahamkan bahawa seorang pemilik kucing terpaksa berdepan dengan gelagat kucingnya yang sebelum ini hilang selama 3 hari.

Kucing terbabit kemudiannya pulang dengan nota kecil yang dipasangkan seperti kolar pada lehernya.

“Kucing kamu asyik tenung ikan tenggiri di kedai saya, jadi saya berikannya 3 ekor ikan tenggiri” – Aunty May, lorong nombor 2”.

Tag tersebut turut dilengkapi dengan nombor telefon wanita itu yang membantu menguruskan kucing itu sehingga tuannya dapat dihubungi.

Bertuah punya kucing, sudahlah buat orang risau dengan menghilangkan diri selama 3 hari dan kini pulang dengan hutang pula.

Nampaknya si pemilik kucing tersebut perlulah segera melangsaikan hutang ikan tenggiri pada Aunty May.

Namun demikian, tidak dapat dipastikan pula jika Aunty May benar-benar mahu pemilik kucing itu membayar harga ikan berkenaan.

Atau tag itu sengaja dipasang kerana mahu pemiliknya tahu bahawa kucing comelnya itu selamat berada di kedai Aunty May.

Pandai betul kucing itu ya!

Gelagat Oyen sibuk mahu teman, ‘join’ tuan ‘membawang’ walaupun mata pedih cuit hati netizen

0

Kucing sememangnya suka mencari tahu apa yang sedang dilakukan oleh tuannya, apatah lagi kucing bewarna jingga ataupun Oyen.

Rasa ingin tahu yang tingi membuatkan mereka akan muncul tidak kiralah apa pun yang bakal mereka hadapi.

Nak ‘join‘ tuan membawang kan sebenarnya?

Samalah seperti Oyen ini, di mana kucing bertuah tersebut dilihat berada di atas kerusi meja makan sambil menyaksikan tuannya memotong bawang.

Lucunya mata Oyen berkenaan kelihatan hampir tertutup rapat, sama seperti apa yang kita rasakan tatkala kita memotong bawang.

Sememangnya tugasan mengupas mahupun memotong bawang membuatkan mata kita berair dan seakan menangis.

Tahu mata pedih tapi duduk juga di situ lagi..

Secara saintifiknya, apabila bawang dipotong, terdapat sebatian ‘lachrymator’ tertentu dilepaskan menyebabkan kalenjar lakrimal di sekitar mata mengalami iritasi.

Maka sebab itulah kita seperti menangis ketika memotong bawang. Tidak sangka pula si bulus pun mengalami nasib yang sama..

Lucu ada, kasihan pun ada. Anda tontonlah videonya di sini.

Pertama kali pelanggan belanja makanan, ‘rider’ ini tak henti ucap terima kasih buat ramai tersentuh

0

Mencari rezeki di waktu yang sukar tatkala pandemik COVID-19 masih lagi ‘mengganas’ ini ternyata sangat mencabar buat kebanyakan daripada kita.

Ramai yang terkesan setelah kehilangan pekerjaan dan terpaksa melakukan apa sahaja kerja yang ada bagi meneruskan kehidupan.

Lebih memeritkan, ramai juga di antara kita yang melakukan lebih daripada satu kerja bagi mencari sesuap nasi. Begitulah realiti pada hari ini..

Memahami betapa peritnya realiti, seorang pemuda bernama Bryan difahamkan telah melakukan sesuatu yang mampu membawa senyuman kepada kita semua.

Bryan difahamkan telah memesan makanan menerusi khidmat Grab Food dan setelah penghantar tersebut tiba di rumahnya, Bryan tiba-tiba bertanya sesuatu.

You dah makan dah?”, tanya Bryan kepada ‘rider’ yang bernama Fahmi terbabit. Pada ketika itu, Fahmi berterus terang bahawa dirinya masih belum makan tengah hari.

“Saya bagi satu (set makanan). Saya beli untuk you”, tambah Bryan. Fahmi pada ketika itu menolak. “I memang beli untuk you”, kata Bryan lagi.

Ujar Fahmi, sudah 2 tahun dia melakukan kerja sebagai penghantar makanan tersebut selepas diberhentikan kerja kerana syarikatnya mahu menjimatkan kos operasi.

Bryan juga sempat meminta Fahmi memilih jenis burger yang diinginkannya, sama ada ayam mahupun daging namun Fahmi tidak dapat membuat pilihan.

Terukir senyuman di wajah Fahmi..

I think special (is) ayam”, kata Bryan lalu memberikan bungkusan burger ayam kepada Fahmi. Terharu Fahmi dibuatnya sehingga dia berkali-kali mengucapkan terima kasih.

Fahmi juga sempat mendoakan agar Bryan dimurahkan rezeki selepas ini. Begitulah kisah yang sangat memberikan inspirasi tatkala Hari Kebangsaan bakal menjelma.

Semoga keluarga Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan sama-sama membantu tatkala kesusahan.

Saksikan video tersebut di sini.

Sangat manja mengalahkan kucing, puma dewasa ini mungkin lupa dia sebenarnya adalah haiwan liar

0

Pernah bayangkan jika anda perlu hidup dengan haiwan liar? Mereka bukan sahaja ganas tetapi nyawa anda boleh diancam bila-bila masa sahaja. Adalah tidak masuk akal untuk tinggal dan hidup bersama spesies pemangsa.

Namun, di sebalik bahaya itu ada mereka yang sebenarnya membela haiwan liar sebagai haiwan kesayangan di rumah. Apa yang menariknya haiwan liar tersebut boleh bertukar menjadi jinak dan manja!

Kedengarannya seperti mustahil tetapi pasangan dari Rusia ini membuktikan mereka boleh tinggal dengan haiwan liar mereka, seekor puma yang sememangnya semua orang tahu ia adalah spesies liar.

Mereka bukan sahaja tinggal bersama malah puma tersebut juga kelihatan sangat manja. Video-video yang dimuat naik di internet jelas menunjukkan puma mereka sangat manja seperti kucing!

Puma bernama Messi diselamatkan dari sebuah zoo dan ketika itu Messi berada dalam keadaan sakit yang memerlukan penjagaan sepanjang masa. Jadi, pada tahun 2016, pasangan Alexander Dmitriev dan isterinya Mariya mengambil keputusan untuk membela Messi dan besarkan ia sebagai haiwan peliharaan.

Bertahun berlalu dan kini mereka sangat rapat dan Messi seolah-olah lupa dia sebenarnya adalah spesies liar!

Berselara nikmati makanan hingga jilat pinggan, gelagat comel kanak-kanak ini pasti akan buat anda pula yang lapar

0

Kata orang kanak-kanak memang jujur. Jika mereka menyukai sesuatu mereka akan mengatakannya tetapi jika sebaliknya, mereka akan menunjukkan reaksi tidak suka. Mereka juga biasanya tidak pandai menipu atau menyembunyikan perasaan mereka.

Kanak-kanak lelaki dalam video ini adalah contoh terbaik. Apa yang dilakukan jelas sekali menunjukkan dia sangat suka dengan makanannya.

Apa yang berlaku ialah dia telah makan makanannya dengan begitu berselera lagi dan langsung tidak mempedulikan perkara lain di sekitarnya. Mungkin dia terlalu lapar dan mungkin juga makanannya begitu sedap sehingga dia makan dengan begitu berselera sekali.

Fokusnya dengan makanan seolah-olah tiada gangguan. Misinya cuma satu, menikmati makanan itu sebaik mungkin. Lihatlah, sampai licin pinggannya dijilat, memang berselera habis!

Buat kita yang melihat betapa berseleranya dia makan pasti boleh membuatkan perut mula berbunyi kerana lapar!

Tonton video sini.

Presiden Joe Biden diberi amaran serangan keganasan lain yang seumpama kemungkinan berulang di Kabul

0

Pentadbiran Rumah Putih pada Jumaat 27 Ogos memberi amaran serangan pengganas di lapangan terbang Kabul adalah ‘kemungkinan’ berulang sekali lagi sebelum tentera Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan dan proses pemindahan selesai.

Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris mengadakan pertemuan dengan pegawai Pentagon dan anggota majlis keselamatan negara kira-kira 24 jam setelah lapangan terbang Kabul dibom dalam serangan oleh kumpulan pengganas ISIS, kata setiausaha akhbar Jen Psaki.

“Mereka menasihati Presiden dan Naib Presiden bahawa serangan pengganas yang lain di Kabul kemungkinan berlaku lagi, tetapi mereka telah mengambil langkah perlindungan dan meningkatkan tahap keselamatan secara maksimum di Kabul. Beberapa hari berikutnya merupakan misi dalam tempoh paling berbahaya hingga kini,” kata Psaki.

Setiausaha Akhbar Presiden Amerika Syarikat, Jen Psaki (Gambar oleh SAUL LOEB/AFP/Getty Images)

Menurut Psaki, penasihat keselamatan negara melaporkan “pasukan keselamatan wira dan wirawati kita yang berani terus menjalankan operasi pemindahan yang bersejarah” dan pasukan tentera masih “berusaha mengeluarkan ribuan orang dalam setiap beberapa jam.”

Presiden Joe Biden “menekankan dengan jelas pada Khamis bahawa beliau tidak mahu mereka berada di bumi Afghanistan lagi” sambil bersumpah akan mengesan individu yang bertanggungjawab atas pengeboman lapangan terbang Kabul.

Komen itu setara dengan kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Jabatan Pertahanan John Kirby pada Jumaat ketika beliau menyatakan bahawa kemungkinan beribu-ribu pengganas ISIS-K melarikan diri dari beberapa penjara Afghanistan sebagai Taliban – yang juga dilabel sebagai kumpulan pengganas oleh beberapa agensi persekutuan – yang telah mengambil alih pentadbiran negara itu pada awal bulan ini.

Pegawai Amerika Syarikat menurut Kirby, percaya adanya “ancaman yang spesifik dan boleh dipercayai” terhadap lapangan terbang Kabul dan “mereka menjangkakan akan terdapat percubaan di masa depan” terhadap beberapa kemudahan awam negara itu.

Sehari sebelum itu, Presiden Biden mengeluarkan kenyataan mengenai pengeboman angkara pengganas berkenaan, yang dianggarkan telah menyebabkan kira-kira 200 orang, termasuk anggota tentera Amerika Syarikat maut. Presiden menegaskan yang pihak ISIS-K, atau Negara Islam Khorasan, akan berhadapan dengan tindakan serangan balas.

“Kami akan bertindak balas dengan kekuatan dan ketepatan, menurut waktu kami, di tempat yang kami pilih, dan pada detik pilihan kami,” kata Presiden Biden dalam sidang media.

Presiden Joe Biden berhadapan kritikan dari kedua-dua parti politik utama berkenaan bagaimana pentadbirannya menangani pengunduran Amerika Syarikat dari Afghanistan dan kejatuhan kerajaan Afghanistan yang seterusnya berikutan kemaraan Taliban.

Pentadbiran Biden telah dipersalahkan kerana menghantar mesej bercampur-campur dan mengelirukan serta mengeluarkan kenyataan yang bertentangan mengenai situasi keselamatan yang sedang berlaku di Kabul.

Walaupun Presiden Biden mengaku untuk mengambil tanggungjawab dengan arahan pengunduran itu, beliau turut menyalahkan pentadbiran terdahulu Trump yang mengadakan beberapa kontur rundingan dan perjanjian dengan Taliban bagi pengunduran Amerika Syarikat.

Bekas Presiden Donald Trump, bagaimanapun berkata Presiden Biden telah melanggar beberapa syarat perjanjian, termasuk tarikh pengunduran, dan menegaskan yang beliau akan menangani situasi itu dengan cara berbeza dan akan mengatur pengunduran itu dengan kekuatan tentera sedia ada.

Tentera Amerika Syarikat berkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan ketika pengunduran pada Jumaat, 20 Ogos 2021. ( Gambar oleh Lance Cpl. Nicholas Guevara/U.S. Marine Corps /AP)

Rumah Putih dalam kenyataan pada Khamis melaporkan seramai 12,500 orang telah dipindahkan dari Afghanistan dalam tempoh 24 jam walaupun berlaku serangan pengganas. Lebih 100,000 orang telah berjaya dipindahkan sejak akhir bulan lalu, kata pegawai.

Mengenai operasi ketenteraan menentang ISIS-K, Jen Psaki berkata Presiden Biden telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin tentera mengenai sebarang kemungkinan.

“Presiden menegaskan bersama panglima tertinggi untuk meluluskannya setelah berbincang dengan semua pihak berkuasa yang mereka perlu mengendalikan operasi itu demi melindungi pasukan keselamatan kita, dan semua melaporkan kembali bahawa mereka memiliki sumber yang dipercayai bahawa kita perlu melakukannya secara efektif,” kata Psaki.

Penduduk Tokyo kutip sampah di sekitar stadium untuk raikan kehadiran atlet Olimpik dan Paralimpik seluruh dunia

0

Adalah menjadi sebuah kebangaan jika negara sendiri menjadi tuan rumah acara sukan terbesar tidak kira di peringkat apa pun. Tahun ini rakyat Jepun merasakan perasaan bangga yang cukup luar biasa terutama penduduk Tokyo apabila temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik telah dilangsungkan di situ.

Untuk meraikan kehadiran para atlet dari seluruh dunia, penduduk Tokyo memutuskan untuk melakukan sesuatu yang sangat baik iaitu dengan mengutip sampah di sekitar Stadium Nasional.

Walaupun ketika ini kes Covid-19 semakin tinggi di negara itu, penduduk Tokyo terus berusaha untuk menjadikan kawasan stadium tetap bersih dan budaya ini sebenarnya telah mula diamalkan sejak Sukan Olimpik Tokyo 1964.

Kumpulan sukarelawan dapat dilihat mengutip sampah di sepanjang jalan berhampiran Stadium Shibuya pada 9 Ogos lalu, sehari selepas upacara penutupan Sukan Olimpik. Mereka kemudian mengasingkan sampah yang dikumpulkan menjadi beberapa kategori seperti puntung rokok, tin, botol plastik dan sampah-sampah lain.

Semua ini dilakukan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka dikatakan dapat mengumpulkan sampah yang cukup untuk mengisi lima beg sampah 45 liter dalam masa satu jam!

Tidak hairanlah jika Jepun memang terkenal dengan disiplin dan kebersihan yang cukup mengagumkan. Jepun telah menunjukkan sebuah contoh yang baik dan semua negara, termasuk Malaysia boleh mencontohi mereka.

Paralimpik Tokyo 2020: Sinaran emas pertama Malaysia muncul melalui Bonnie

0

TOKYO- Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara ‘powerlifting’ dalam kelas 72 kilogram (kg) di Tokyo International Forum.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 22 tahun itu merangkul emas dengan angkatan terbaiknya 228 kg sekali gus memadam rekod temasya yang sebelum ini dipegang atlet dari Iraq, Rasool Mohsin yang pernah mengangkat bebanan seberat 227kg ketika di Rio de Janeiro.

Tempat kedua dimiliki atlet dari Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191 kg manakala gangsa dimenangi Micky Yule, Great Britain, 182 kg.

Bonnie yang turun selaku pemegang rekod dunia di Tokyo International Forum, mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 217, 225, 228 sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya pada angkatan 231kg gagal.

Bonnie adalah antara dalam kalangan lima atlet para negara yang diletakkan sebagai sandaran meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bersama dua atlet olahraga, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly selain pemain badminton para, Cheah Leik Hou dan atlet memanah, S Suresh.