30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGlobalBudaya peminat selebriti di China berada dalam situasi sukar ketika Beijing meluaskan...

Budaya peminat selebriti di China berada dalam situasi sukar ketika Beijing meluaskan penutupan internet

Selama beberapa bulan kebelakangan, pihak berkuasa China telah mengambil tindakan membanteras sektor penyedia internet berpengaruh di negara itu, dengan menyasarkan pelbagai syarikat berkaitan dengan pelbagai isu bermula anti-trust sehingga keselamatan data.

Kini, kelab peminat selebriti dalam talian adalah sasaran terbaru yang sedang merasa bahangnya.

Pegawai pengatur internet tertinggi rejim itu kini dalam usaha untuk mengambil tindakan dengan apa yang digambarkan kerajaan sebagai budaya peminat selebriti ‘pencetus kekacauan’ di China, pada 27 Ogos lalu dengan larangan semua platform untuk meletakkan ranking selebriti dan mengehadkan penjualan produk selebriti kepada peminat.

Ribuan peminat di RYE Music Festival pada 17 Oktober, 2020 di Beijing, China. (Gambar oleh Lintao Zhang/Getty Images)

Sekatan itu kini memberi tamparan hebat kepada firma perhubungan awam selebriti, akaun media sosial kelab peminat, dan program hiburan, dengan Pentadbiran Ruang Siber China pada 27 Ogos menekankan kira-kira sedozen tingkah laku para pengguna alam siber telah dikesan yang dianggap melampaui batas.

Semua platform kini dilarang menerbitkan senarai selebriti popular, juga pelakon dan artis akan dihadkan untuk mempromosikan produk jenama berkaitan mereka kepada peminat.

Kelab peminat dalam risiko kemungkinan ditutup sekiranya mereka menyebarkan apa yang dianggap oleh pihak berkuasa sebagai “maklumat berbahaya” – seperti khabar angin, kata-kata kesat, dan skandal selebriti, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 27 Ogos.

Langkah itu adalah kemuncak dalam kempen yang telah dilancarkan rejim sejak dua bulan yang lalu bermula Jun untuk “memperbetulkan” budaya peminat selebriti, yang mengakibatkan 150,000 “mesej berbahaya” dibersihkan dan lebih 5,000 akaun dan kumpulan media sosial kini digelar sebagai pelanggar peraturan.

Ia juga berlaku di tengah-tengah peningkatan skandal selebriti yang menggemparkan negara itu.

Bulan lalu, polis telah menahan bintang pop Kanada-China, Kris Wu atas dakwaan merogol peminat. Kumpulan peminatnya terus membela artis popular itu di seluruh rangkaian media sosial. Sebahagian besar akaun peminat Kris Wu, termasuk akaun rasmi dalam talian, kemudian telah ditutup.

Awal minggu ini, nama dan butiran pelakon bergelar jutawan Vicki Zhao Wei, yang juga duta jenama fesyen dari Itali, Fendi di China, hilang dari platform pembikinan filem yang sedang dibintanginya dengan alasan yang tidak dapat dijelaskan. Pelakon lain, Zhang Zhehan, juga baru-baru ini dikeluarkan dari platform setelah gambar kontroversinya ketika berada di Kuil Yasukuni di Tokyo menjadi tular setelah dimuat naik dalam talian, walaupun ia telah dirakam 3 tahun lalu.

Tindak balas rejim yang meningkat terhadap penggiat industri hiburan dan budaya peminat fanatik telah menyebabkan kebimbangan melalui “ekonomi idola” negara itu, yang dijangkakan bernilai US$21.6 bilion (RM89.75 bilion), menurut anggaran oleh platform ‘streaming’ paling popular di China, iQiyi (sama seperti Netflix).

Mango Excellent Media, sebuah firma multimedia yang disokong kerajaan, melihat nilai sahamnya turun 14 peratus pada 27 Ogos dalam apa yang digambarkan oleh beberapa media China sebagai gempa susulan dari “gempa lingkaran hiburan.”

Puluhan aktor dan aktres negara itu bergegas mengeluarkan kenyataan menyatakan sokongan mereka terhadap kempen pengatur, suatu isyarat yang sudah biasa berlaku di China ketika syarikat dan artis masing-masing berusaha untuk mengelak diri daripada terjebak dalam pertelingkahan dengan Beijing ketika tindakan kerasnya terhadap sektor swasta.

Sehari menjelang pengumuman penguatkuasaan di China, platform iQiyi menghentikan program popular “pertandingan idola” yang membolehkan penonton mengundi peserta kegemaran mereka dengan membeli produk.

Platform iQiyi di Beijing International Cultural and Creative Industry Expo di Beijing, China pada 29 Mei 2019. (Gambar REUTERS)

Persembahan politik

Lembaga penapisan Beijing menapis apa sahaja yang dianggapnya telah jauh menyimpang dari nilai Parti Komunis China, sama ada permainan video, filem, program televisyen, atau muzik.

Peraturan yang dikenakan secara tiba-tiba selama sebulan itu telah mengakhiri bimbingan keuntungan dan mengehadkan kuasa syarikat raksasa teknologi seperti Alibaba dan Didi.

Pada hari pengatur internet menyasarkan tindakan untuk menyekat budaya pemujaan selebriti menjadi berleluasa, mereka juga melancarkan tindakan keras terhadap industri “self-media” negara itu. Mereka mendakwa pihak di sektor “self-media”, personaliti media sosial dan pengulas hal ehwal semasa, “menafsirkan dasar ekonomi dengan cara memutar belit” dan “mengganggu dengan teruk penyebaran maklumat secara dalam talian.”

Mendisiplin industri hiburan adalah langkah terbaru rejim PKC untuk mengawal perbincangan awam, kata Gao Yu, seorang pembangkang dan bekas wartawan China yang telah berulang kali dipenjarakan kerana laporan medianya.

“Parti Komunis China memegang pistol di sebelah tangan, dan memegang pen di tangan yang lain. Ini adalah bagaimana mereka mengambil alih kuasa dan bagaimana mereka berniat untuk memantapkan kuasa pentadbiran mereka,” kata Gao kepada The Epoch Times.

Bagi pemimpin China Xi Jinping, yang sedang berusaha untuk mendapatkan penggal ketiga sebagai pemerintah tertinggi, langkah-langkah berkenaan berfungsi untuk membuktikan pencapaian politiknya yang akan dipamerkan dalam Kongres Parti Nasional ke-20 pada tahun yang akan datang, acara yang diadakan hanya dua kali dalam satu dekad untuk memilih kepimpinan tertinggi PKC bagi tempoh lima tahun akan datang, menurut Gao.

Cita-cita Xi ketika ini, adalah untuk mencapai ‘kemakmuran bersama’, kata Gao. Rejim telah lama membincangkan agenda ‘four big mountain’ atau ‘empat gunung besar’ iaitu pendidikan tidak mampu milik, rawatan perubatan, perumahan, dan rawatan warga emas — halangan yang membebani rakyat dan dikatakan akan memburukkan lagi jurang kekayaan.

“Xi Jinping ingin menurunkan empat gunung besar ini. Sama ada beliau dapat merealisasikannya atau tidak adalah satu hal, tetapi ini adalah arah polisinya dan apa yang diharapkan sebagai persembahan politik,” tambah Gao.

Selebriti Kris Wu dengan skandal terbaru menjadi muka depan majalah fesyen di Beijing, China pada 20 Julai 2021. (Gambar oleh Tingshu Wang/Reuters)

Memerah orang kaya

Istilah “kemakmuran bersama,” sentiasa dilaung sejak tahun-tahun awal rejim sebagai tujuan akhir sosialisme, telah muncul kembali sejak tahun lalu, yang disertai dengan tindakan keras secara meluas yang membuat sektor swasta digoncang dengan teruk.

Sehari setelah Xi mengarahkan untuk membanteras “pendapatan yang terlalu tinggi”, konglomerat teknologi China Tencent mengasingkan US$ 7.7 juta (RM32 juta) untuk tujuan tersebut. Firma e-dagang Pinduoduo berjanji akan menyumbangkan keseluruhan keuntungannya untuk suku terakhir iaitu US$372 juta (RM1.5 bilion) untuk projek pembangunan luar bandar. Pada bulan Julai, pengerusi Xiaomi Lei Jun memberikan saham syarikat bernilai lebih US$2 bilion (RM8.3 bilion) kepada badan amal.

“Mereka membelanjakan wang untuk membeli bencana. Rejim mempunyai banyak cara untuk membuat seseorang membayar harga yang lebih tinggi jika mereka enggan mematuhi,” kata Hu Ping, seorang pembangkang China yang melarikan diri ke New York dan ketua editor kehormat untuk majalah politik China, Beijing Spring.

Kekayaan yang dikumpulkan oleh golongan dalam industri hiburan menjadikan mereka sasaran semula jadi Beijing, kata Gao. 

“Untuk membintangi dan menyertai bidang hiburan, mereka memperolehi kemewahan dengan apa yang tidak dapat dikecapi oleh kebanyakan orang di sepanjang hidup mereka,” katanya, sambil menambah dengan menghukum tokoh dan selebriti awam yang memiliki ramai pengikut, Xi akan dapat menunjukkan ketegasan dalam kempennya.

Segala langkah tetap tidak dapat dilaksanakan dalam jangka masa panjang, kata seorang bekas pegawai awam di China dan personaliti media sosial, yang hanya memberikan nama belakangnya sebagai Chen.

“Tidak ada yang berasa selamat. Hari ini dia adalah seorang jutawan, esok dia mungkin berada di dalam penjara,” kata Chen kepada The Epoch Times.

“Kesannya, ia hanya boleh membawa kepada kemiskinan yang biasa berbanding kemakmuran bersama,” kata Chen.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI