26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 5, 2026
Utama Blog Laman 280

Medan Selera RASA Suria KLCC umum penutupan rasmi setelah 22 tahun beroperasi

0

Pandemik beralih endemik COVID-19 telah menyukarkan kehidupan semua orang, terutama buat mereka yang berada dalam industri makanan dan minuman, ketika pemilik dan pengusaha perniagaan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan perniagaan.

Agak menyedihkan buat Medan Selera RASA di Suria KLCC yang terpaksa mengumumkan penutupan rasmi selepas 22 tahun beroperasi.

Facebook

Berita itu tular di media sosial apabila beberapa warganet memuat naik gambar mengenai penutupan medan selera ini secara kekal sejak 31 Ogos 2021.

Ada yang mengunjungi Medan Selera RASA di Suria KLCC dan mereka melihat sendiri notis di pintu masuk yang diumumkan oleh pihak pengurusan didahulukan dengan ucapan ‘Terima Kasih!’.

Facebook

Pihak pengurusan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah menjamu selera di Medan Selera RASA selama 22 tahun yang mengagumkan.

Pihak pengurusan RASA turut memuat naik pengumuman rasmi penutupan bermula 1 September 2021 di akaun Instagram mereka. 

Paparan Skrin / Instagram

Nampaknya rata-rata warganet berasa sedih dengan berita ini. Maklumlah ada yang selalu berkunjung menjamu selera hidangan enak di sana selama bertahun-tahun sebelum pandemik tercetus dan menyukarkan kehidupan semua.

Facebook

Ramai warganet yang memberi komen dalam nostalgia ketika pernah menikmati juadah di gerai makanan kegemaran mereka yang sering dikunjungi, kini Medan Selera RASA telah ditutup secara rasmi dan kekal.

Amat menyedihkan apabila mendapat berita yang mereka terpaksa pergi dan mengucapkan ‘Selamat Tinggal!’

Facebook

Terima kasih diucapkan atas semua kenangan selama 22 tahun dan kerana anda semua sentiasa menjamu makanan terbaik dan menggembirakan buat jutaan pengunjung di KLCC.

Ideologi politik ‘Pemikiran Xi Jinping’ diperkenalkan dalam kurikulum sekolah di China

0

China akan memperkenalkan ideologi politik Presiden China dalam kurikulum kebangsaannya.

“Pemikiran Xi Jinping” akan membantu “remaja membangunkan kepercayaan Marxis”, kata Kementerian Pendidikan China mengenai garis panduan baru pendidikan negara itu.

Ideologi ini akan diintegrasikan bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti.

Paparan Skrin / BBC

Ini adalah inisiatif terbaharu Presiden Xi Jinping untuk menggabungkan peranan Parti Komunis China yang berkuasa dalam pelbagai bidang masyarakat.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan berkata ia bertujuan “untuk memupuk pembangun dan pewaris sosialisme dengan landasan moral, intelektual, fizikal dan estetika yang serba boleh”.

Garis panduan merangkumi pendidikan buruh “untuk memupuk semangat bekerja keras” dan pendidikan mengenai keselamatan negara.

Pada tahun 2018, badan tertinggi China memasukkan “Pemikiran Xi Jinping” dalam perlembagaan.

Sejak itu, ia telah diperkenalkan di beberapa universiti dan merupakan antara sayap politik muda sama ada diserapkan ketika mengadakan aktiviti ekstra-kurikulum dan dalam pengajian.

Paparan Skrin / BBC

“Pemikiran Xi Jinping” mempunyai 14 prinsip utama yang menekankan cita-cita komunis ideal yang termasuk:

  • Seruan “reformasi yang lengkap dan mendalam” dan “pembangunan idea-idea baru”.
  • Janji “kehidupan harmoni antara manusia dan alam”.
  • Penekanan “kuasa mutlak parti terhadap tentera rakyat”.
  • Penekanan pentingnya “‘satu negara dua sistem’ dan penyatuan semula dengan tanah besar”.

Garis panduan baru ini bagaimanapun akan dilancarkan secara meluas dan menyeluruh.

“Sekolah rendah akan menumpukan dalam pemupukan cinta kepada negara, Parti Komunis China, dan sosialisme. Di sekolah menengah, tumpuan akan diberikan pada kombinasi pengalaman, persepsi, dan ilmu pengetahuan untuk membantu pelajar membuat penilaian dan pendapat politik dasar,” menurut Global Times.

“Di kolej dan universiti, akan terdapat penekanan yang lebih besar terhadap pembentukan pemikiran teoritikal,” tambahnya.

Paparan Skrin / BBC

Kementerian Pendidikan juga sedang berusaha memasukkan tema seperti kepemimpinan parti dan pendidikan pertahanan nasional ke dalam kurikulum, kata Tian Huisheng merangkap pegawai kementerian pendidikan kepada Global Times.

Pemimpin-pemimpin China terdahulu telah mengemukakan ideologi politik mereka sendiri yang telah dimasukkan ke dalam perlembagaan atau pemikiran parti.

Tetapi tiada, kecuali pengasas PKC, Mao Zedong, yang ideologi mereka digambarkan sebagai “pemikiran” berada di puncak hierarki. Hanya Mao Zedong dan Deng Xiaoping memiliki nama yang tersemat menerusi ideologi mereka.

Pesakit pertama memulakan ujian percubaan ubat oral Pfizer cegah COVID-19

0

Pesakit pertama dalam ujian percubaan klinikal yang menganalisis ubat oral COVID-19 keluaran Pfizer telah menerima dos pertama, syarikat farmaseutikal itu mengumumkan pada 1 September.

Kajian ini menganalisis ubat anti virus ‘protease inhibitor’ yang dikenali sebagai PF-07321332. Ubat yang bertujuan untuk menghalang jangkitan COVID-19 serta bertindak sebagai pertahanan kepada pesakit yang mengalami gejala, tetapi tidak memerlukan rawatan di hospital.

Uji kaji secara rawak dan dubel-buta berganda ini akan mendaftarkan kira-kira 1,140 peserta, dengan anggaran separuh daripadanya akan menerima plasebo. Peserta akan menerima ubat atau plasebo pada setiap 12 jam secara oral selama lima hari.

Logo Pfizer di New York, Amerika Syarikat pada 1 April, 2021. (Gambar oleh Carlo Allegri/ REUTERS)

Mereka yang diberi ubat ini juga akan menerima ritonavir.

“Sekiranya berjaya, kami percaya terapi ini akan dapat membantu mengurangkan tahap serius penyakit ini kepada sebilangan besar pesakit,” kata Rod MacKenzie, ketua pegawai pembangunan Pfizer, dalam satu kenyataan.

Syarikat telah memulakan percubaan berasingan dalam menguji ‘protease inhibitor’ yang berbeza, yang dijalankan melalui IV.

‘Inhibitor’ adalah sejenis ubat yang menghentikan virus daripada meniru.

Pil antivirus terhadap COVID-19 masih belum dikembangkan. Remdesivir yang dikendalikan oleh IV penghasilan Gilead Sciences, telah diluluskan oleh pengatur selia farmaseutikal dan dadah Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Gambar Hiasan / Unsplash

Syarikat lain yang berusaha membangunkan ubat-ubatan yang sama termasuk Merck dan Roche.

Merck telah memulakan ujian percubaan peringkat akhir yang menganalisis calon pil, dikenali molnupiravir. Keputusan interim daripada ujian percubaan fasa kedua untuk pil Roche, AT-527, menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Roche dan rakan niaga, Atea Pharmaceuticals mendedahkannya dalam satu kenyataan pada bulan Julai.

Pfizer berkata jika ujian percubaan menunjukkan PF-07321332 selamat dan berkesan, di mana pihaknya boleh meminta kebenaran pengatur selia untuk meluluskan pengeluaran ubat ini pada suku keempat 2021.

Chew Wei Lun hadiahkan pingat perak buat Malaysia

0

Atlet para negara, Chew Wei Lun menerusi acara boccia telah menambah koleksi pingat buat kontinjen Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Chew Wei Lun berjaya memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 terbabit yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake.

Wei Lun terpaksa akur dan tewas 2-4 kepada juara bertahan dan pemain nombor 1 dunia dari Britain, David Smith.

Wei Lun bermula dengan prestasi yang cemerlang apabila mendahului 2-0 pada pusingan pertama namun Smith kemudian bangkit pada pusingan seterusnya dan mengutip 4 mata berturut-turut.

Meskipun tewas, aksi atlet berusia 26 tahun itu di temasya berkenaan wajar diberikan pujian kerana beliau tidak diletakkan harapan untuk memenangi pingat.

Malah, ini merupakan penampilan sulung Wei Lin di pentas Paralimpik.

Pada masa yang sama, lawannya pada perlawanan akhir itu bukanlah calang-calang atlet memandangkan Smith adalah pemenang dua kali pingat emas pada temasya berkenaan sebelum ini.

Hanya operator jadi panduan, lelaki ini sambut kelahiran bayi di rumah biarpun tangan terketar

0

Menyambut kelahiran adalah satu saat yang mencemaskan, apatah lagi jika ia berlaku tanpa kita duga.

Seorang suami dari Putrajaya, Shahril Nizam baru-baru ini terpaksa menjadi bidan terjun membantu isterinya melahirkan anak ketiga mereka di rumah.

Isterinya, Siti Mariani dijadualkan untuk bersalin pada 31 Ogos, walau bagaimanapun pada 30 Ogos, dia mula berasa sakit hendak bersalin.

Shahril yang cemas difahamkan sudah menghubungi ambulans memandangkan isterinya tidak mampu bergerak untuk mereka ke hospital seperti yang dirancang mulanya.

Operator memberitahu bahawa ambulans kemungkinan akan tiba sedikit lewat memandangkan sekarang adalah musim pandemik.

Operator turut meminta isterinya dibaring dan ditenangkan dahulu di ruang tamu. “Masa ini, sudah mula berdarah dan meleleh sedikit air (ketuban)”, tulis Shahril di Facebooknya.

Isterinya kemudian tidak dapat menahan kesakitan. Pada ketika itu, operator meminta Shahril tidak meletak panggilan kerana pihaknya cuba untuk memberikan panduan jika berlaku apa-apa.

“Tiba-tiba tengok kepala baby seperti mahu terkeluar sebab isteri memang sudah mula meneran”. Ketika itu, Shahril diminta bertenang dan operator mengarahkan untuk tunggu sehingga kepala bayi keluar sepenuhnya.

Kata Shahril, dia sememangnya gementar tetapi mahu atau tidak, dia perlu melakukannya walaupun dengan tangan terketar-ketar kerana tiada pengalaman berdepan situasi sebegitu.

Dia juga bimbang jika bayinya lemas dan tidak dapat diselamatkan. “Bagaimanapun, saya cuba tenangkan isteri dan beri semangat kepadanya untuk meneran”.

“Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan bayi terus keluar. Mujurlah baby keluar perlahan-lahan, jadi sempatlah aku sambut terus cuba buka mulutnya. Baby terus menangis”.

“Masa ini, memang rasa nak menangis. Rasa macam tak percaya aku sendiri yang sambut kelahiran bayi ke-3 tanpa doktor dan jururawat. Cuma mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar daripada operator di talian”.

Syukurlah bayi Shahril dan Siti Mariani dilahirkan dengan selamat pada jam 3:35 petang 30 Ogos lalu. Tentunya ini adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan buat Shahril.

Terdahulu, dia hanya berkesempatan untuk menemani isteri ketika melahirkan anak pertama dan kedua. Dia hanya melihat di sisi sambil memberikan semangat.

“Kali ini, saya berseorangan membantu isteri menyambut kelahiran bayi kami. Memang mencabar tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kepada operator di talian yang membantu saya dalam waktu mencemaskan itu”.

Setelah itu, ambulans dan pegawai kesihatan pun tiba. Mereka kemudian membantu memotong tali pusat dan segera membawa ibu dan bayi ke hospital.

Jet Li dikhabar bakal disenarai hitam oleh PKC

0

Khabar angin kencang mengatakan bahawa kemungkinan selebriti dan pelakon handalan, Jet Li bakal disenarai hitamkan oleh Parti Komunis China.

Ia turut dialami oleh 6 selebriti yang lain sebelum ini termasuklah Zheng Shuang, Kris Wu, Zhang Zhehan, Huo Zun, Qian Feng dan Vicki Zhao.

Pengarah China, Zhou Guogang pada turut mempercayai spekulasi ini dan mengatakan bahawa Jet Li yang berusia 58 tahun itu akan ‘dibatalkan’ tidak lama lagi.

Beliau turut menyebut nama pelakon seperti Huang Xiaoming dan Li Bingbing yang telah memadamkan gambar mereka bersama daripada akaun Weibo.

Malah beliau turut memberikan amaran awal buat Jet Li, “Cepat larikan diri. Bulan hadapan, rumah kamu mungkin boleh roboh lalu menimpa kamu”.

Senarai tersebut didakwa berasal daripada pihak Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional China, di mana sekatan baru terhadap selebriti yang memiliki kewarganegaraan asing bakal dilaksanakan.

Selain Jet Li yang memegang kewarganegaraan Singapura, antara selebriti yang tersenarai adalah Liu Yifei (Amerika), Nicholas Tse (Kanada), Zhang Tielin (British), Mark Chao (Kanada), Will Pan (Amerika) dan Wang Leehom (Amerika).

Zhao, yang kini merupakan penduduk tetap Singapura, memiliki kebun anggur di Bordeaux dengan suami jutawannya, Huang Youlong dan dikhabarkan telah melarikan diri ke sana.

Netizen membuat spekulasi bahawa hubungan perniagaan Jet Li dengan hartawan teknologi, Jack Ma berkemungkinan menjadi alasan mengapa beliau disenarai hitam.

Pemuzik jalanan terima penonton comel yang ‘terpukau’, jadi penonton setia nyanyiannya

0

Di kebanyakan negara, para gelandangan lazimnya bergantung kepada bakat dan kebolehan bermain muzik untuk mendapatkan wang.

Mereka tidak akan mengemis begitu sahaja tanpa menunjukkan bakat tersendiri – tidak kiralah bakat tarian, nyanyian dan sebagainya. Mereka turut dikenali sebagai ‘busker’.

Apa yang membahagiakan mereka adalah bakat yang diketengahkan itu bakal menceriakan hari seseorang. Itu sudah cukup bermakna buat mereka.

Itulah yang dirasai oleh seorang lelaki yang juga penyanyi jalanan ini apabila terdapat ‘penonton’ yang begitu tersentuh dengan bakatnya.

Lelaki berambut panjang tersebut dilihat memainkan gitar sambil menyanyi. Tidak lama kemudian, muncul 2 ekor kucing duduk di hadapannya.

Terpegun dibuatnya..

Setelah itu, muncul lagi beberapa ekor kucing duduk di hadapan lelaki tersebut untuk mendengarkan nyanyiannya.

Lagu apalah agaknya yang dimainkan ya? Khusyuk benar kucing-kucing ini mendengarnya!

Lelaki tersebut juga tidak berhenti malah meneruskan nyanyian walhal dia tahu bahawa mana mungkin kucing akan memberikan wang.

Apa yang penting, dia merasakan bahawa ‘penonton’ yang sama-sama berada di situ terhibur. Comel bukan?

Pusat membeli-belah mula dibanjiri pengunjung, orang ramai bimbang kes Covid-19 akan terus meningkat

0

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan bahawa mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin dibenarkan untuk makan di kedai makan. Tidak hanya itu, banyak kedai di pusat membeli-belah juga sudah mulai beroperasi kembali.

Hal ini membuatkan ramai yang mula berkunjung ke pusat membeli-belah atas bermacam tujuan. Buktinya, beberapa keping gambar yang menunjukkan kesesakan di pusat membeli-belah Mid Valley dimuat naik di laman Facebook oleh Malaysia Shopping Mall pada 28 Ogos lalu.

Walaupun ada yang berkunjung ke sana untuk mendapatkan barangan keperluan namun ada juga yang ke sana sekadar suka-suka. Golongan inilah yang menyababkan keadaan sesak di pusat membeli-belah.

Kelonggaran yang diberikan bukan untuk disalah guna tetapi untuk memulihkan ekonomi negara. Tidak salah untuk ke pusat membeli-belah tetapi pastikan anda mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, adalah lebih baik untuk tidak membawa anak kecil anda ke tempat yang sesak dengan orang ramai seperti di pusat membeli-belah. Covid-19 masih ada di sekitar kita dan kes meningkat setiap hari, jadi pastikan keselamatan anda dan keluarga dijaga sebaik mungkin.

Emas milik Ziyad Zolkefli di Paralimpik Tokyo 2020 ditarik balik

0

TOKYO- Malaysia menerima kilauan emas kedua apabila Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi lima tahun lalu di Rio pada Paralimpik Tokyo 2020. Namun, pingat emas yang diperolehi ditarik balik selepas protes dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo.

Ziyad juga berjaya memecahkan rekod dunia selepas melakukan balingan sejauh 17.94 meter sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri iaitu 17.29 meter yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Ziyad juga sebenarnya sudah memecahkan rekod dunia miliknya seawal balingan pertama lagi dengan 17.31 meter.

Namun begitu, pingat emas yang diperolehi ditarik balik selepas protes dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo.

Kem Ukraine dikatakan telah melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status ‘DNS’ sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi.

Protes terbabit menyaksikan apa yang dilakukan Ziyad tidak dikira.

Susulan itu, pingat emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan sejauh 17.30 meter.

Gangsa dimiliki atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93m.

Emas yang diraih Ziyad sepatutnya menjadi kebanggan seluruh negara memandangkan kita menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 hari ini tetapi telah ditarik balik.

“Ziyad tetap juara di hati rakyat”

0

TOKYO: Rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi.

Keputusan tersebut membuatkan Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya itu berakhir.

Ziyad sepatutnya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi di Rio lima tahun lalu selepas memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo semalam.

Penyertaan Ziyad walau bagaimanapun dibatalkan selepas berlakunya protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di ‘call room’ (bilik pemeriksaan).

Ekoran pengumuman itu, Ziyad menitipkan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia melalui akaun Instagram miliknya. Atlet berusia 31 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepadanya.

https://www.instagram.com/p/CTQWaiKh04x/?utm_source=ig_embed&ig_rid=7e408cfb-6bf7-4673-8edf-333bc1bb507a

Team Malaysia melalui akaun Twitter turut berkata, walaupun keputusan itu bukan yang diinginkan, Muhammad Ziyad tetap juara di hati rakyat Malaysia.

Terdahulu, Malaysia mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA) berhubung keputusan acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) pada Sukan Paralimpik Tokyo hari ini.