30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaInspirasiHanya operator jadi panduan, lelaki ini sambut kelahiran bayi di rumah biarpun...

Hanya operator jadi panduan, lelaki ini sambut kelahiran bayi di rumah biarpun tangan terketar

Menyambut kelahiran adalah satu saat yang mencemaskan, apatah lagi jika ia berlaku tanpa kita duga.

Seorang suami dari Putrajaya, Shahril Nizam baru-baru ini terpaksa menjadi bidan terjun membantu isterinya melahirkan anak ketiga mereka di rumah.

Isterinya, Siti Mariani dijadualkan untuk bersalin pada 31 Ogos, walau bagaimanapun pada 30 Ogos, dia mula berasa sakit hendak bersalin.

Shahril yang cemas difahamkan sudah menghubungi ambulans memandangkan isterinya tidak mampu bergerak untuk mereka ke hospital seperti yang dirancang mulanya.

Operator memberitahu bahawa ambulans kemungkinan akan tiba sedikit lewat memandangkan sekarang adalah musim pandemik.

Operator turut meminta isterinya dibaring dan ditenangkan dahulu di ruang tamu. “Masa ini, sudah mula berdarah dan meleleh sedikit air (ketuban)”, tulis Shahril di Facebooknya.

Isterinya kemudian tidak dapat menahan kesakitan. Pada ketika itu, operator meminta Shahril tidak meletak panggilan kerana pihaknya cuba untuk memberikan panduan jika berlaku apa-apa.

“Tiba-tiba tengok kepala baby seperti mahu terkeluar sebab isteri memang sudah mula meneran”. Ketika itu, Shahril diminta bertenang dan operator mengarahkan untuk tunggu sehingga kepala bayi keluar sepenuhnya.

Kata Shahril, dia sememangnya gementar tetapi mahu atau tidak, dia perlu melakukannya walaupun dengan tangan terketar-ketar kerana tiada pengalaman berdepan situasi sebegitu.

Dia juga bimbang jika bayinya lemas dan tidak dapat diselamatkan. “Bagaimanapun, saya cuba tenangkan isteri dan beri semangat kepadanya untuk meneran”.

“Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan bayi terus keluar. Mujurlah baby keluar perlahan-lahan, jadi sempatlah aku sambut terus cuba buka mulutnya. Baby terus menangis”.

“Masa ini, memang rasa nak menangis. Rasa macam tak percaya aku sendiri yang sambut kelahiran bayi ke-3 tanpa doktor dan jururawat. Cuma mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar daripada operator di talian”.

Syukurlah bayi Shahril dan Siti Mariani dilahirkan dengan selamat pada jam 3:35 petang 30 Ogos lalu. Tentunya ini adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan buat Shahril.

Terdahulu, dia hanya berkesempatan untuk menemani isteri ketika melahirkan anak pertama dan kedua. Dia hanya melihat di sisi sambil memberikan semangat.

“Kali ini, saya berseorangan membantu isteri menyambut kelahiran bayi kami. Memang mencabar tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kepada operator di talian yang membantu saya dalam waktu mencemaskan itu”.

Setelah itu, ambulans dan pegawai kesihatan pun tiba. Mereka kemudian membantu memotong tali pusat dan segera membawa ibu dan bayi ke hospital.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI