Semestinya ramai yang suka akan kucing. Di rumah mereka punya kucing peliharaan dan di jalanan pula pasti ramai yang suka memberi makan dan minum kepada kucing jalanan. Semakin gemuk saiz mereka semakin tebal rasa sayang kepada mereka.
Seingat anda kucing siapa yang paling besar yang pernah anda lihat? Agak-agak kucing anda yang tembam di rumah boleh kalahkan kucing milik netizen ini?
Lihat gambar-gambarnya di bawah dan semestinya ramai yang mulai geram dengan badannya yang gemuk ini. Tidak hanya itu, bulu putihnya juga membuatkannya kelihatan lebih comel dan gebu. Kalau boleh mahu terus dijadikan bantal peluk ketika tidur!
Pasti pemiliknya sentiasa gembira dan bangga apabila menunjukkan kucing kesayangannya yang gemuk itu kepada orang ramai.
Gaya berjalan seperti model ini boleh buat kulit luar album!
“Berapa berat saya? Betul kah saya menghidap obesiti?“
Dia duduk sahaja sudah boleh penuh satu kerusi. Orang lain nampaknya kena duduk di bawah!
Kalau penat untuk mendukungnya, lebih baik gunakan troli. Itu pun kalau larat untuk menolaknya!
Lihat sahaja badan gemuknya ketika mandi, masih bulat seperti biasa. Tidak ‘mengecil’ sedikit pun!
KUALA LUMPUR: Sejak 29 Oktober lalu, Sebanyak 1,047 kes baharu yang membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta dikesan di negara ini.
Menurut ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keadaan ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan termasuk yang dijangkiti SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah sebanyak 3,692 kes.
“Daripada jumlah keseluruhan yang dikesan itu, 3,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam kenyataan yang dibuat dua pada 5 November lalu.
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi kes VOC sehingga kini, terdapat 3,432 kes varian Delta, 226 kes membabitkan varian Beta dan 14 kes adalah varian Alpha.
“Bagi kes-kes VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” tambahnya lagi.
Menurutnya varian-varian kes ini dikesan hasil kajian berterusan oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM-UNIMAS), Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI-UKM), Institut Farmakogenomik Integratif Universiti Teknologi MARA (iPROMISE-UiTM) dan Institut Genom Malaysia (MGI).
Diperbuat daripada 100 peratus bulu kucing semula jadi yang melindungi alam sekitar, terasa hangat, selesa dan mudah digunakan juga yang penting langsung tidak mahal!
Bulu kucing daripada si comel itu sendiri, dan dihasilkan dengan tangan pemiliknya sendiri atau boleh juga dijual, tidak perlu membayar apa-apa untuk si comel anda.
Zaman sekarang, kebanyakan individu tidak kira sama ada yang tinggal di kawasan bandar mahupun luar bandar gemar untuk membuat tempahan makanan secara atas talian. Hal ini kerana ianya mudah, cepat dan sedap!
Tambahan pula jika anda seorang yang sibuk bekerja, menempah makanan secara atas talian sememangnya dapat menjimatkan masa anda. Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk menghadap kesesakan trafik atau cuaca hujan dan panas yang tidak menentu.
Baru-baru ini, seorang warganet telah menyaksikan satu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku di hadapan matanya dan memuat naik peristiwa itu di media sosial. Menurut individu berkenaan, tatkala pandemik ini, pekerja penghantar makanan tidak dibenarkan masuk ke dalam premis dan hanya boleh meletakkan makanan di luar pagar sekolah sahaja.
Jadi, apabila individu ini keluar untuk mengambil makanannya, dia telah melihat seekor kucing sedang duduk di atas salah satu bungkusan makanan. Individu ini beranggapan mungkin kerana cuaca sejuk, jadi kucing ini mengambil inisiatif dengan mencari sesuatu untuk menghangatkan tubuhnya.
Kucing ini juga langsung tidak membongkar isi makanan tersebut sebaliknya hanya duduk di atas bungkusan. Nampaknya kucing ini tidak berniat untuk mencuri.
Atau, mungkin juga kucing ini sebenarnya sedang menghulurkan bantuan kepada penerima makanan dengan memastikan makanan tersebut kekal hangat dan menerima cebisan ayam sebagai upah.
Apa-apa pun, diharap kucing ini kekal sihat dan pemilik makanan tersebut tidak memarahi atau memukulnya setelah melihat kejadian itu. Kucing itu adalah makhluk ciptaan Tuhan sama seperti kita dan kita sebagai manusia yang berakal seharusnya memberikan perlindungan khusus kepada haiwan terbiar seperti ini.
Beberapa tahun lalu pernah tular kejadian di mana segelintir sukarelawan di Istanbul yang sudi menyumbang selimut kepada anjing jalanan bagi memastikan anjing-anjing ini kekal hangat semasa musim sejuk. Selain selimut, haiwan terbiar ini turut diberikan makanan yang mencukupi dan dibenarkan untuk tidur di pintu hadapan sebuah pusat beli-belah.
Berdasarkan dari riak wajah anjing-anjing ini, ternyata haiwan ini bersyukur kerana dengan adanya selimutr itu, mereka dapat melelapkan mata dengan selesa meskipun suhu pada ketika itu jatuh sehingga -15 darjah Celcius!
PETALING JAYA – Tayangan pendek sebuah filem yang mengisarkan tentang peperangan di China telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia yang berpendapat filem ini mempromosikan fahaman komunisme dan tidak wajar ditayangkan.
Sebaik sahaja tayangan itu dikeluarkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) menerusi media sosial, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi negatif terhadap filem tersebut.
Filem berjudul The Battle of Lake Changjin itu telah diarahkan oleh Parti Komunis China sempena sambutan penubuhan mereka yang ke-100 tahun. Sejak ia mula ditayangkan secara rasmi pada bulan lepas, filem ini berjaya meraih keuntungan hampir USD 900 juta (RM373,365 juta) sekali gus menjadi filem bukan Inggeris yang paling terkenal dalam sejarah.
Salah seorang pengguna media sosial turut memberikan komen seperti, “Ini adalah filem komunis, saya tidak rasa ia dibenarkan di Malaysia”.
“Filem ini adalah untuk hiburan rakyat China. Kita tidak perlu filem komunis seperti ini yang memutar belitkan sejarah. Tolong hentikan tayangan filem ini”.
“FINAS Malaysia, filem seperti ini harus diharamkan di Malaysia. Ini adalah filem komunis propaganda. Sila ambil tindakan”.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi kebenaran kepada orang ramai untuk membuat laporan sekiranya ternampak kenderaan memasang nombor pendaftaran yang mengelirukan.
Menerusi satu kenyataan, JPJ berkata bahawa aduan tersebut boleh disalurkan menerusi alamat e-mel : [email protected] bersama gambar kenderaan serta butiran berkaitan.
“Orang ramai adalah disaran untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran mengelirukan, kabur atau fancy”, tulis kenyataan tersebut.
Semua pihak walau bagaimanapun dinasihatkan untuk terus mematuhi peraturan pemasangan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Jika didapati melanggar peraturan tersebut, denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 boleh dikenakan mengikut Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987”.
Difahamkan bahawa pemilik kenderaan bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh pihak JPJ.
Kemajuan teknologi pada zaman kini yang berterusan membuatkan manusia dibekalkan dengan segala maklumat hanya di hujung jari.
Begitulah juga dengan apa-apa lokasi yang boleh dilihat terlebih dahulu menerusi peta secara dalam talian tanpa perlu ke benar-benar ke lokasi yang dimaksudkan.
Meskipun begitu, peraturan undang-undang yang diamalkan oleh sesetengah negara membuatkan ada beberapa lokasi tidak didedahkan (sulit dan sensitive) – akan disembunyikan daripada peta.
Wargamanya baru-baru ini menemui lubang hitam ‘misteri’ menerusi kemudahan yang disediakan oleh Google Maps.
Foto lubang hitam berkenaan mula dimuat naik di laman Reddit oleh seorang pengguna yang menggunakan nama akaun ‘Kokoblocks’ pada bulan Oktober lalu.
“Ia tidak kelihatan seperti pulau sama sekali”, tulisnya. Ia dipercaya terletak di Lautan Pasifik yang jauh daripada daratan.
Daripada atas, warganet dapat melihat dengan jelas imej lubang hitam tersebut lantas terus menimbulkan spekulasi.
Ada sesetengah warganet yang mendakwa bahawa lokasi itu berkemungkinan menjadi pangkalan rahsia tentera yang disembunyikan oleh Google bagi mengelakkan kebocoran maklumat.
Ada juga netizen yang berkata ia juga mungkin adalah gunung berapi bawah tanah. “Itulah punca warnanya yang hitam. Jika ia bukan lubang, ia berkemungkinan adalah batu igneus”.
Ramai juga yang percaya bahawa ia merupakan pintu masuk ke bumi dan dikelilingi oleh air, menjadikannya semenanjung.
Difahamkan bahawa lokasi itu merupakan Pulau Vostok yang terletak kira-kira 2,280 kilometer dari Timur Australia – dengan keluasan 0.24 kilometer persegi dan berketinggian 5 meter. Ia tidak berpenghuni.
Menurut National Geographic, pulau itu adalah salah satu daripada lima gugusan Kepulauan Line di selatan Lautan Pasifik dan jarang dikunjungi manusia. Bahkan flora dan fauna di pulau ini juga sangat pelbagai.
Kenderaan rasmi untuk Menteri Kabinet Malaysia telah ditukar daripada Proton Perdana 2.4L kepada Toyota Vellfire 2.5L sejak April 2021, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkannya baru-baru ini.
Tengku Zafrul membuat pendedahan itu dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 2 November kepada anggota Parlimen (MP) Bayan Baru Sim Tze Tzin.
Sim bertanya kepada Menteri Kewangan berapakah perbelanjaan kerajaan untuk menyediakan kenderaan Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri sejak Mac 2020 hingga kini.
Beliau juga bertanya berapa kos untuk menyewa Vellfire daripada syarikat konsesi Spanco dalam sebulan.
Dalam jawapan bertulis itu, Tengku Zafrul memberitahu sehingga September tahun ini, kerajaan telah membayar RM1.42 juta kepada syarikat konsesi itu.
“Kerajaan membayar pajakan bulanan sebanyak RM5,759.35 untuk (setiap) Toyota Vellfire. Kos pajakan bulanan terdiri daripada RM4,851.61 untuk kos sewaan bulanan dan RM907.74 untuk kos penyelenggaraan,” kata Menteri Kewangan.
Selepas jawapan Tengku Zafrul, Sim melalui Facebook mempersoalkan perbelanjaan besar Perikatan Nasional (PN) ketika negara sedang berjuang dan bergelut dengan masalah ekonomi.
Dalam hantaran yang disiarkan pada 3 November, beliau berkata rakyat berpeluang menikmati pelbagai bantuan kewangan dalam Bajet 2021, seperti golongan muda akan menerima kredit e-dompet RM150 dan penjawat awam akan menerima bayaran RM700 secara one-off.
Jika difikirkan semula, ahli parlimen Bayan Baru itu berkata, menteri daripada PN, PAS, dan Barisan Nasional (BN) adalah yang paling banyak menerima ‘bantuan’.
“Mereka mendapat ‘bantuan kereta Vellfire’ sebanyak RM 5,759.35 sebulan. Tahniah,” sindir ahli Parlimen itu.
Sim, yang sealiran dengan PKR, turut memuat naik gambar kenyataan lama yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan berkata terdapat pihak yang mengkritik Pakatan Harapan (PH) apabila kerajaan pada ketika itu mahu mempertimbangkan untuk menukar kenderaan rasmi mereka.
“Sekarang mereka menikmati kemudahan ini tanpa rasa segan silu. Semua bantahan sebelum ini seolah-olah telah dicurahkan ke dalam Selat Melaka,” tambahnya, sebelum menyifatkan Najib sebagai pengkritik lantang PH mengenai kegagalan itu tetapi kini senyap mengenai isu berkenaan.
Sementara itu, Pemuda PKR menegaskan perbelanjaan kenderaan Vellfire berjumlah 41 unit, tetapi Kabinet hanya mempunyai 32 menteri, menurut Malaysiakini.
“Jadi, siapa yang menggunakan baki sembilan kereta Vellfire? Adakah utusan khas peringkat menteri juga menikmati kemudahan yang sama?” tanya Setiausaha Pemuda PKR Syukri Razab.
Pada Disember 2019, ketika PH masih berkuasa, kerajaan terdahulu telah mempertimbangkan untuk beralih daripada Proton Perdana kepada Toyota Vellfire kerana kenderaan Proton Perdana ketika itu tidak lagi dalam pengeluaran.
Bagaimanapun, kerajaan PH kemudian memutuskan untuk menolak cadangan itu selepas syarikat yang dilantik mengesahkan terdapat Proton Perdana yang mencukupi untuk pegawai kerajaan, tambah Malaysiakini.
Model Proton Perdana 2.4L 2018 berharga kira-kira RM138,000, sementara model Toyota Vellfire 2021 berharga kira-kira RM368,000.
Apabila Datuk Seri Najib diminta mengulas mengenai pendedahan Tengku Zafrul baru-baru ini, beliau berkata dirinya tidak harus dipersalahkan kerana tidak terlibat dalam perkara itu.
Beliau menolak kesalahan kepada pentadbiran Perdana Menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mencadangkan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi dan pentadbiran Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah merealisasikan cadangan itu pada April 2021 ketika negara berada di bawah pemerintahan darurat dan Parlimen tidak bersidang.
Adakah warna merah pantai ini mengejutkan anda atau mungkin juga menakutkan apabila melihatnya seperti darah yang mengalir?
Itulah yang sering dialami oleh Pulau Hormuz di Iran terhadap reaksi orang ramai yang tidak mengetahui tentang misteri air laut berwarna merah darah di sini, dan tambah mengejutkan apabila seseorang itu melihatnya buat pertama kali.
Pulau Hormuz juga dikenali sebagai Pulau Pelangi adalah destinasi pelancongan menarik di Iran yang berada di laluan masuk Teluk Parsi, tidak pernah gagal untuk memberi inspirasi kepada semua walaupun anda hanya melihatnya dalam rakaman video.
Tular sebuah video sebelum ini yang menunjukkan air merah darah mengalir di atas pasir pantai yang berwarna hitam dan merah pekat. Seperti pemandangan alam semula jadi luar biasa yang jarang sekali dapat disaksikan.
Pengguna Instagram Elham Gholami berkongsi video ini yang menarik perhatian para warganet di Facebook dan Twitter.
Seorang pengguna Twitter Naveed Trumboo IRS kemudian menularkan video ini semula dan telah memperincikan punca di sebalik kejadian luar biasa air laut dan pantai berwarna merah darah itu.
Punca warna pantai di sini menjadi sebegini merah adalah disebabkan oleh kepekatan oksida besi yang tinggi dan pasir yang lebih gelap menyebabkan ombak laut menolak warna merahnya menjadi lebih pekat kemerahan.
Gelack adalah mineral yang sangat penting dan berharga buat penduduk tempatan bagi tujuan perindustrian di Iran, di mana mereka menggunakannya sebagai bahan dalam kosmetik, fabrik, seramik dan sebagai rempah dalam masakan, juga sebagai pewarna makanan untuk penghasilan roti yang dipanggil ‘Tomshi’.
Sejak perkongsian video ini yang menarik perhatian, ramai melahirkan rasa terkejut dan kehairanan, di samping memberi komen biasa tentang keindahan Pulau Hormuz yang menakjubkan, menjadi tarikan kehadiran para pelancong khususnya dari negara Timur Tengah.
Seorang pemilik dari Melbourne, Australia, Stephy Hirst memelihara seekor kucing Maine Coon gebu bernama Omar sejak beberapa tahun yang lalu.
Semasa kecil, Omar kelihatan tiada beza dengan anak kucing lain dan adik-beradiknya, tetapi Stephy tidak pula menyangka dalam masa setahun kemudian, Omar akan membesar dan terus membesar, yang berakhir dengan menjadi lebih besar bersama saiz seperti anjing.
Walaupun anjing gembalanya itu masih besar dan tinggi, namun pada tahun 2017, Omar mencabar Rekod Dunia Guinness untuk gelaran ‘kucing terpanjang di dunia’, dengan ukuran 120 sentimeter, walaupun rekod terkini dipegang oleh Barivel, baka Maine Coon dari Vigevano di Pavia, Italy.
Sebagai kucing domestik, Omar sudah tentu mempunyai kemahiran tangan yang diperlukan, seperti dengan sengaja menolak botol minuman besar yang diletakkan di atas meja, nakalnya dia!
Omar suka bermain dengan anak-anak Stephy, dan dia tidur dengan mereka sekeluarga di atas katil bersama-sama.
Sambil tersenyum tanpa mampu berbuat apa-apa Stephy berkata, “Omar terlalu besar. Boleh anda bayangkan bagaimana rasanya berada di atas katil dengannya? Dia berjalan-jalan di atas katil, kadang-kadang mengiau untuk meminta makanan, sangat bising sehingga kami tidak boleh tidur..”