Kemajuan teknologi pada zaman kini yang berterusan membuatkan manusia dibekalkan dengan segala maklumat hanya di hujung jari.
Begitulah juga dengan apa-apa lokasi yang boleh dilihat terlebih dahulu menerusi peta secara dalam talian tanpa perlu ke benar-benar ke lokasi yang dimaksudkan.
Meskipun begitu, peraturan undang-undang yang diamalkan oleh sesetengah negara membuatkan ada beberapa lokasi tidak didedahkan (sulit dan sensitive) – akan disembunyikan daripada peta.
Wargamanya baru-baru ini menemui lubang hitam ‘misteri’ menerusi kemudahan yang disediakan oleh Google Maps.
Foto lubang hitam berkenaan mula dimuat naik di laman Reddit oleh seorang pengguna yang menggunakan nama akaun ‘Kokoblocks’ pada bulan Oktober lalu.
“Ia tidak kelihatan seperti pulau sama sekali”, tulisnya. Ia dipercaya terletak di Lautan Pasifik yang jauh daripada daratan.
Daripada atas, warganet dapat melihat dengan jelas imej lubang hitam tersebut lantas terus menimbulkan spekulasi.
Ada sesetengah warganet yang mendakwa bahawa lokasi itu berkemungkinan menjadi pangkalan rahsia tentera yang disembunyikan oleh Google bagi mengelakkan kebocoran maklumat.
Ada juga netizen yang berkata ia juga mungkin adalah gunung berapi bawah tanah. “Itulah punca warnanya yang hitam. Jika ia bukan lubang, ia berkemungkinan adalah batu igneus”.
Ramai juga yang percaya bahawa ia merupakan pintu masuk ke bumi dan dikelilingi oleh air, menjadikannya semenanjung.
Difahamkan bahawa lokasi itu merupakan Pulau Vostok yang terletak kira-kira 2,280 kilometer dari Timur Australia – dengan keluasan 0.24 kilometer persegi dan berketinggian 5 meter. Ia tidak berpenghuni.
Menurut National Geographic, pulau itu adalah salah satu daripada lima gugusan Kepulauan Line di selatan Lautan Pasifik dan jarang dikunjungi manusia. Bahkan flora dan fauna di pulau ini juga sangat pelbagai.