PETALING JAYA – Tayangan pendek sebuah filem yang mengisarkan tentang peperangan di China telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia yang berpendapat filem ini mempromosikan fahaman komunisme dan tidak wajar ditayangkan.
Sebaik sahaja tayangan itu dikeluarkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) menerusi media sosial, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi negatif terhadap filem tersebut.
Filem berjudul The Battle of Lake Changjin itu telah diarahkan oleh Parti Komunis China sempena sambutan penubuhan mereka yang ke-100 tahun. Sejak ia mula ditayangkan secara rasmi pada bulan lepas, filem ini berjaya meraih keuntungan hampir USD 900 juta (RM373,365 juta) sekali gus menjadi filem bukan Inggeris yang paling terkenal dalam sejarah.

Salah seorang pengguna media sosial turut memberikan komen seperti, “Ini adalah filem komunis, saya tidak rasa ia dibenarkan di Malaysia”.
“Filem ini adalah untuk hiburan rakyat China. Kita tidak perlu filem komunis seperti ini yang memutar belitkan sejarah. Tolong hentikan tayangan filem ini”.
“FINAS Malaysia, filem seperti ini harus diharamkan di Malaysia. Ini adalah filem komunis propaganda. Sila ambil tindakan”.