28.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 16, 2025
Utama Blog Laman 251

Bintang NBA Enes Kanter sekali lagi mengkritik PKC kerana jenayah penuaian organ

0

Pemain bola keranjang Amerika Syarikat NBA Boston Celtics Enes Kanter sekali lagi mengkritik Beijing kerana membunuh tahanan politik dan agama yang berskala-industri untuk mendapatkan organ mereka. Beliau turut membawa isu ini ke media sosial dengan lantang mengkritik rejim Parti Komunis China kerana pencabulan hak asasi manusia secara meluas.

“Berhenti membunuh untuk organ. Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan.” Pemain bola keranjang kelahiran Turki itu menulis dalam hantaran di Twitter, Facebook dan Instagram. 

Hantaran Enes Kanter di platform media sosial menunjukkan gambar sepasang kasut sukan buatan tangan yang menyampaikan mesej sama. Seorang doktor berpakaian biru dilukis pada kasut itu, yang memegang organ berdarah. Hati, buah pinggang dan jantung dicat pada jari kaki; setiap organ mempunyai tanda harga. Pada kedua-dua kasut berkenaan, darah terpercik di mana-mana.

Pemain NBA Boston Celtics Enes Kanter (Gambar oleh Maddie Meyer/Getty Images)

“Hentikan penuaian organ di China.” Slogan seperti ini ditulis dengan tulisan hitam tebal di bahagian sisi kasut.

Buat pertama kali, laporan terperinci telah didedahkan pada tahun 2006, mendakwa rejim Parti Komunis China (PKC) telah menuai organ secara paksa daripada individu yang masih hidup bagi tujuan menjualnya untuk industri pemindahan organ. Pada tahun yang sama, beberapa pemberi maklumat menghubungi The Epoch Times untuk mendedahkan perlakuan haram yang jelas menyalahi undang-undang hak asasi manusia ini.

Pada 2019, Mahkamah Tribunal Rakyat yang bebas berpangkalan di London selepas penyiasatan selama setahun, mengesahkan dakwaan berkenaan. Mahkamah memutuskan Beijing telah melakukan penuaian organ secara paksa pada skala yang signifikan selama bertahun-tahun dan tidak pernah berhenti. Mahkamah turut memutuskan sumber utama penuaian organ adalah daripada pengamal Falun Gong. Sejak tahun 1999, Falun Gong telah mengalami penganiayaan secara kejam oleh rejim PKC.

Beberapa pakar perubatan menyatakan ketakutan terhadap tindakan balas ekonomi telah sedikit sebanyak menutup mata terhadap pencabulan hak asasi manusia yang sedemikian rupa oleh profesion perubatan dan masyarakat antarabangsa.

Demonstrasi penuaian organ oleh pengamal Falun Gong pada 19 April 2006 di Washington D.C, Amerika Syarikat (Gambar oleh JIM WATSON/AFP/Getty Images)

Weldon Gilcrease, pakar onkologi dari Universiti Utah, berkata apabila beliau cuba membincangkan keputusan mahkamah itu dengan sistem penjagaan kesihatan di sekolah perubatan, dan para pemimpin menyatakan keraguan mereka, dengan kebimbangan sekiranya mereka bersuara, China akan menghentikan bantuan ke atas komuniti antarabangsa. Pelajar berada di universiti untuk belajar.

Pada bulan September, Gilcrease memberitahu The Epoch Times, “Anda pasti boleh mendapatkan sokongan peribadi, tetapi apabila anda cuba membawanya ke peringkat institusi, akan terdapat suara sunyi dan telinga yang tidak mendengar.”

Komuniti perniagaan Amerika Syarikat tidak mahu bercakap mengenai isu hak asasi manusia di China. Coca-Cola, Airbnb, P&G dan Visa, penaja utama bagi Sukan Olimpik Beijing 2022, enggan menyatakan sama ada mereka akan menyokong satu lagi Sukan Olimpik apabila mereka diaju soalan oleh penggubal undang-undang pada Julai tahun ini. 

Andrea Fairchild, naib presiden kanan penajaan global Visa, berkata ketika pendengaran kongres, “Selagi mana kerajaan membenarkan atlet bermain, kami akan berada di sana untuk menyokong dan menaja mereka.”

Dalam dua tahun kebelakangan, NBA telah dua kali membangkitkan kemarahan PKC berkaitan isu hak asasi manusia.

Pada Oktober 2019, Daryl Morey, pengurus besar Houston Rockets ketika itu, dalam ciapan di Twitter menyokong aktiviti pro-demokrasi di Hong Kong, menyebabkan NBA kehilangan penaja utamanya dari China. CCTV dan gergasi internet Tencent milik Parti Komunis China juga telah menghentikan penyiaran permainan NBA.

Tidak lama selepas itu, Tencent yang menandatangani kontrak siaran langsung selama lima tahun dengan NBA, menyambung semula penyiaran secara senyap, tetapi selepas Morey berpindah ke Philadelphia 76ers pada November tahun lalu, permainan pasukan itu hanya disiarkan melalui kemas kini teks dan gambar.

Pada Oktober tahun ini, kritikan lantang Enes Kanter terhadap isu Tibet mencetuskan satu lagi tindakan balas dari China. Selepas beliau menyiarkan video berdurasi dua minit di Twitter, mengkritik penindasan PKC terhadap kebebasan beragama di negara itu, siaran langsung Celtics hilang dari Tencent.

Pemain berusia 29 tahun itu telah mengurangkan masa bermainnya dengan ketara pada musim ini. Kanter hanya bermain dalam dua perlawanan setakat ini, dengan purata hanya 5 minit masa bermain pada setiap perlawanan. Sesetengah peminat mengesyaki perkara berkenaan ada kaitan dengan tindakannya lantang menyuarakan isu penindasan PKC. Kanter sendiri seperti sudah dapat membayangkan perkara ini akan berlaku.

“Teruskan sekat saya di gelanggang, saya akan dedahkan kelakuan anda di luar gelanggang,” tulisnya di Twitter.

Enes Kanter berkasut sukan dengan slogan “Free China” ketika perlawanan di Stadium Toyota di Houston, Texas pada 24 Oktober, 2021. (Gambar oleh Carmen Mandato/Getty Images)

Bagaimanapun, ketua jurulatih Celtics, Ime Udoka percaya bahawa menyekat masa bermain Kanter adalah keputusan “hanya berdasarkan prestasi permainan bola keranjang”, dan beliau menunjukkan kelemahan pertahanan Kanter.

Menurut Boston.com, Ime Udoka berkata, “Kami mempunyai ramai pemain yang berkelayakan dan mahu bermain. Mereka sangat kompetitif, jadi mereka mula bimbang. Anda mahu mereka bermain, tetapi terdapat pemain lain bermain dengan lebih baik. .”

Sambil Ime Udoka turut menyatakan bahawa komen Enes Kanter “tidak benar-benar mengganggu.”

Beliau menambah, “Saya tidak mempunyai akaun di media sosial. Saya telah mendengar tentang beberapa perkara yang pemain mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka. Dan saya berkata sejak hari pertama dengan berpendirian bahawa apa-apa yang berkaitan dengan bola keranjang tiada kaitan dengannya.”

9 beranak muntah darah setelah makan cendawan beracun

0

Sembilan sekeluarga di Paka, Dungun mengalami muntah-muntah selepas menikmati hidangan cendawan goreng yang dipercayai beracun pada 8 November lalu.

Menurut laporan, keluarga tersebut membabitkan sepasang suami isteri bersama 7 anak mereka, di mana mereka kemudian telah dirawat di Hospital Dungun.

Ujar si isteri, Nurul Musfirah, perut mereka sekeluarga bertukar panas hingga seorang demi seorang anaknya rebah, kurang sejam selepas menikmati hidangan terbabit.

Nurul memberitahu bahawa cendawan itu dipetik berdekatan rumahnya tanpa mengetahui ia beracun.

“Saya hanya memetik 4 batang cendawan dan menggoreng sayur itu untuk dimakan bersama keluarga, kecuali anak bongsu saya”.

Nurul mula cemas apabila mereka sekeluarga tiba-tiba muntah, manakala suami dan anak keempatnya muntah darah.

Suaminya kemudian menggagahkan diri untuk membawa mereka semua ke Klinik Kesihatan Paka, sebelum dibawa ke Hospital Dungun menaiki ambulans.

“Alhamdulillah, kami cepat menerima rawatan dan selepas tiga hari dimasukkan ke hospital, kami dibenarkan pulang”.

“Pegawai kesihatan turut mengambil sampel cendawan itu dan tidak menolak kemungkinan kami keracunan makanan akibat memakannya”, katanya.

Terdahulu, kisah mereka sekeluarga sebelum ini tular setelah kakak kepada Nurul berkongsi di Facebook dan meminta orang ramai berhati-hati ketika memakan cendawan.

Eco Shop umum harga naik 10 sen ekoran kos barangan meningkat

0

Jika sebelum ini barangan di kedai Eco Shop hanya RM2.10, peruncit barangan rumah terkenal itu mengumumkan bahawa harga barangannya akan naik 10 bermula 1 Disember ini.

Perkara itu diuar-uarkan menerusi laman Facebook mereka, dengan mengatakan bahawa langkah itu dibuat berikutan kos barangan yang meningkat.

Pada masa yang sama, ia perlu memegang kepada prinsip utama syarikat itu dalam menawarkan barangan yang berkualiti.

Oleh yang demikian, selepas ini, barangan di rangkaian kedai Eco Shop akan berubah daripada RM2.10 kepada RM2.20 di Semenanjung Malaysia.

Manakala RM2.30 sebelum ini di Langkawi, Sabah dan Sarawak pula akan menjadi RM2.40.

“Kami amat menyesali atas pengumuman ini dan kami berharap anda akan terus memberi sokongan kepada kami”.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan kepada kami. Selama ini, kami sentiasa memegang prinsip di mana kami menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang paling murah”.

“Ini telah menjadikan eco-shop dikenali dalam kalangan anda semua”.

Lancar dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu, pelajar Jepun terima pujian netizen

0

Sejak kebelakangan ini isu bercakap dalam bahasa Melayu menjadi topik hangat yang dibincangkan. Apa yang menjadi isu ialah apabila rakyat Malaysia sendiri ada yang tidak boleh berbahasa Melayu dan lebih selesa bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

Namun, di sebalik polemik tersebut tular sebuah video di mana beberapa orang pelajar Jepun dilihat sangat fasih berbahasa Melayu. Ia adalah sesuatu yang membanggakan apabila ada orang asing yang memilih untuk belajar bahasa kebangsaan negara kita.

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pelajar Jepun daripada Tokyo Foreign University sedang merakam sebuah video tentang sebab dan alasan mereka suka akan Malaysia dan bahasa Melayu.

Apa yang menarik ialah apabila setiap daripada mereka dilihat menjawab soalan yang diberikan dalam bahasa Melayu yang fasih dan tersusun.

Antara jawapan yang diberikan oleh mereka apabila ditanya ialah mereka mengatakan bahawa,

“Saya suka makanan Malaysia dan orang Malaysia.”

“Sudah tentu, saya suka Malaysia khususnya saya suka kebaikan hati orang Malaysia.”

“Saya sangat suka Malaysia, orang Malaysia sangat baik hati kepada orang asing.”

Video yang dimuat naik di YouTube itu telah menerima pelbagai komen positif daripada netizen Malaysia. Rata-rata memuji kebolehan mereka berbahasa Melayu dan ramai juga yang turut bangga apabila bahasa sendiri dituturkan oleh orang Jepun.

Gerhana bulan paling lama abad ini berlaku pada 19 November

0

Gerhana bulan separa akan muncul pada minggu ini dan ianya dijangka akan bertukar penuh menjadi jingga kemerah-merahan”, ujar pakar astronomi.

Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), gerhana bulan Penumbra itu akan berlaku selama 3 jam dan 28 minit.

Fenomena ini juga digelar sebagai ‘blood moon’ (bulan berdarah), di mana ia berlaku tatkala posisi Bumi berada tepat antara matahari dan bulan hingga bayang Bumi menutupi bulan.

Menurut sumber, gerhana Bulan terpanjang dalam abad ini tersebut dijangka berlaku pada 19 November dan dianggarkan bahawa hampir 97% bulan akan terlindung daripada Bumi.

Pada 2018, gerhana bulan penuh berlaku selama satu jam 42 minit dan 57 saat.

Lazimnya gerhana akan berlangsung kurang 2 jam, justeru menjadikan gerhana yang bakal berlaku Jumaat ini disifatkan sebagai gerhana bulan paling lama.

Mengikut laporan tempatan, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini pada sekitar jam 6:58 petang hingga 8:03 malam pada 19 November.

Di luar negara, fenomena ini dapat dilihat dengan jelas tanpa binokular atau teleskop namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar di Malaysia.

Peristiwa gerhana seterusnya dijangka akan berlaku pada 16 Mei tahun hadapan.

Lelaki di Brazil bantu, beri air pada tenggiling tatkala kebakaran buat warganet terharu

0

‘Kebakaran liar’ sering kali berlaku bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia, meliputi kebakaran belukar, semak, rumput dan lain-lain.

Tentunya bukan sahaja tumbuhan yang menjadi satu-satunya mangsa, bahkan ia turut memberi kesan pada haiwan liar di sesuatu kawasan yang terjejas.

Itulah yang terjadi pada seekor anak tenggiling malang yang dijumpai oleh seorang lelaki di Rio Verde, Brazil.

Difahamkan pada ketika itu berlakunya kebakaran. Mujurlah anak tenggiling terbabit berjaya menyelamatkan diri.

Namun ekoran suhu yang tinggi dan kepanasan akibat kebakaran, tentunya haiwan malang itu memerlukan bantuan manusia.

Detik itulah yang paling bermakna apabila lelaki yang menjumpainya itu kemudian dilihat memberikan air untuknya menghilangkan dahaga.

Pandai pula minum terus daripada cawan..

Tindakan lelaki itu kemudiannya menerima pujian daripada warganet :

The Epoch Times/Facebook

Sememangnya kita tidak perlu berfikir banyak kali untuk melakukan kebaikan kepada makhluk di sekeliling kita.

Cukup sekadar rasa kasih dan empati dalam diri, ia tentunya berupaya untuk menjadikan kita insan berhati nurani yang sedia membantu.

Penemuan baharu tengkorak kanak-kanak berusia 250,000 tahun cabar kognisi asal usul manusia

0

Dua laporan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal PaleoAnthropology pada 5 November menyatakan penemuan tengkorak kanak-kanak dengan gigi dan serpihan tulang berasal daripada spesies manusia purba Homo naledi yang berusia kira-kira 250,000 tahun.

Berdasarkan hampir 2,000 tulang dan gigi yang ditemui di Gua Rising Star setakat ini, saintis membuat andaian bahawa mereka tinggal di Afrika Selatan kira-kira 350,000 hingga 250,000 tahun dahulu. Tubuh badan mereka adalah menyerupai manusia zaman kini, dengan kapasiti otak mereka jauh lebih kecil. Saintis berpendapat cara hidup mereka hampir seperti haiwan, dan tiada struktur sosial seperti manusia.

Walau bagaimanapun, penemuan tengkorak kanak-kanak yang dianggarkan berusia antara empat hingga enam tahun ketika meninggal dunia baru-baru ini, secara beransur-ansur mengubah persepsi ini.

Twitter

Pada tahun 2013, saintis telah menemui fosil dan rangka manusia dengan sekurang-kurangnya 15 spesies manusia purba Homo naledi di Gua Rising Star ruang Dinaledi di Afrika Selatan. Sistem gua pada kedalaman 150 kaki (46 meter), adalah legap sepenuhnya dengan bentuk muka buminya yang agak curam.

Tengkorak kanak-kanak dengan gelaran ‘Leti’ yang baru ditemui itu juga berada di dalam gua ini, tetapi di tempat yang lebih dalam di celah yang hanya berukuran 15 sentimeter lebar dan 80 sentimeter panjang. Seorang wanita dengan tubuh badan paling kecil dan perwatakan paling berani, ahli arkeologi Becca Peixotto memasuki celah berbatu yang hanya lebih lebar sedikit daripada tapak tangan, dan kemudian mengeluarkan serpihan tengkorak itu.

Salah seorang penyelidik dan pakar antropologi, Marina Elliot dari Simon Fraser University berkata, penemuan tengkorak kanak-kanak itu merupakan penemuan yang menakjubkan, kerana tulang kanak-kanak sangat kecil dan rapuh sehingga sukar untuk disimpan dalam jangka masa lama.

Mereka juga menemui dua gigi susu kanak-kanak, yang menunjukkan bahawa kanak-kanak itu hanya berusia kira-kira empat hingga enam tahun ketika meninggal dunia.

Tengkorak kanak-kanak itu diletakkan di atas rak kecil di belakang retakan. Tiada rangka lain yang ditemui berdekatan, di mana nampaknya rangka kanak-kanak itu sengaja diletakkan di situ.

Para penyelidik memeriksa 15 rangka yang ditemui sebelum ini, dan tidak menemui bukti bahawa mereka diseret ke dalam gua oleh haiwan liar atau dihanyutkan oleh air bah, dan tiada tanda-tanda diterbalikkan.

Penyelidik membuat spekulasi bahawa kesemua manusia ini mungkin dikebumikan di sini oleh manusia yang sama, yang bukan dikumpulkan secara tidak sengaja. Terutama ketika melihat tengkorak kanak-kanak yang baru ditemui itu, kemungkinan besar mereka sengaja memilih tempat yang selamat dan rahsia untuk meletakkan mayat kanak-kanak ini di sana.

Spekulasi yang menimbulkan perdebatan dalam komuniti saintifik: Adakah Homo naledi yang mempunyai otak sangat kecil, seperti manusia hari ini, mempunyai struktur sosial dan adat resam, dan tahu cara menguburkan ahli keluarga dan sahabat mereka yang telah meninggal dunia?

Penyelidik dan ahli antropologi Steven Churchill dari Duke University di Amerika Syarikat berkata, “Mereka adalah homonid yang mempunyai struktur sosial. Rangka-rangka ini diletakkan di sini secara sengaja. Ini adalah penjelasan yang paling boleh dipercayai. .”

Kebanyakan sarjana percaya bahawa tiada manusia yang hidup berusia ratusan ribu tahun dan paling baik mereka dikatakan adalah spesies haiwan homonid. Berdepan dengan keraguan, ketua penyelidik dan ekspedisi Rising Star, Lee Berger dari University of the Witwatersrand, Johannesburg, Afrika Selatan berkata kepada sidang media, “Ini adalah sains. Kami akan terus mendedahkan sebarang petunjuk yang ditemui untuk menguji dan mencabar keraguan serta merungkai teka-teki.”

Kerajaan Jepun sumbang peralatan rantaian sejuk kepada KKM

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sumbangan peralatan rantaian sejuk bernilai RM6 juta dari kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) sekali gus meningkatkan kapasiti penyimpanan vaksin COVID-19.

Sumbangan berupa dalam bentuk 184 peti sejuk, 1,343 kotak sejuk dan 1,579 pencatat data akan diedarkan kepada 436 fasiliti kesihatan awam di seluruh negara secara berperingkat, bagi memperkukuhkan pengurusan rantaian sejuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dijalankan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada majlis penyerahan berkata, Malaysia melahirkan penghargaan atas sumbangan ikhlas kerajaan Jepun semasa wabak melanda dan pendirian mereka membantu negara lain yang bergelut melawan COVID-19.

Twitter

“Acara ini adalah contoh terbaik pakatan strategik yang mempamerkan kemanusiaan cemerlang dalam memerangi COVID-19 secara bersama-sama serta berusaha untuk mencapai matlamat yang sama,” katanya.

Sambil menambah usaha ini dapat dicapai berikutan hubungan baik dan kukuh yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Jepun. 

Malaysia juga telah menerima satu juta dos vaksin AstraZeneca (AZ) yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun pada Julai tahun ini untuk mempergiatkan proses vaksinasi di bawah PICK.

Duta Besar Jepun ke Malaysia Oka Hiroshi yang turut hadir pada majlis itu memuji proses vaksinasi kerajaan Malaysia yang disifatkan berjalan dengan giat dan lancar.

Beliau turut melahirkan penghargaan terhadap sikap kerajaan Malaysia yang sentiasa melayan warga Jepun di Malaysia secara sama rata dalam program vaksinasi kebangsaannya.

“Ia membuatkan kami berasa selamat dan terjamin di tengah-tengah krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini,” kata Duta Hiroshi.

Inovasi ‘Crossing Arm’ di AS dan Kanada elak murid dilanggar bas, wajar dicontohi

0

Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan berita mengenai murid Tahun 1 yang maut selepas dilanggar van sekolah yang dinaikinya di hadapan sebuah tadika.

Insiden itu ternyata membuka mata semua pihak, khasnya ibu bapa yang begitu bimbang mengenai keselamatan anak masing-masing dalam menggunakan perkhidmatan bas mahupun van sekolah.

Seorang pengguna di Facebook, Abudi Alsagoff dalam pada itu turut berkongsi satu inovasi yang menjadi amalan penyedia bas sekolah di Amerika Syarikat dan Kanada.

Perkara ini dirasakannya perlu diterapkan di negara kita. Di kedua negara terbabit, bas dengan ‘crossing arm’ digunakan secara meluas.

Lazimnya, ‘crossing arm’ pada bas merujuk kepada peranti wayar atau plastik yang dipasang secara memanjang di bahagian hadapan sebelah kanan bas.

Ketika itu, pintu yang dibuka bagi memuatkan atau memunggah dan membentuk seperti penghalang.

Inovasi ini akan memastikan kanak-kanak yang perlu menyeberang jalan, berdiri beberapa kali di hadapan bas itu sebelum mula menyeberang jalan.

Dalam keadaan ini, pemandu bas juga dapat melihat mereka semasa mereka melintas, sekaligus mengelakkan titik buta (blind spot) di hadapan bas.

Terdapat satu lagi inovasi di sana apabila mereka menggunakan tanda ‘STOP’ (BERHENTI) di tepi bas. “Bila bas berhenti, ia akan terbuka keluar daripada sisi bas 6-10 kaki, lengkap dengan kelipan lampu merah”.

Ia bertujuan untuk memastikan pemandu daripada kedua-dua arah berhenti hingga kesemua murid turun dengan selamat untuk melintas jalan raya.

Bukankah kaedah yang diamalkan di Amerika dan Kanada ini jauh lebih selamat? Semoga perkongsian ini diambil serius oleh pihak-pihak berwajib.

Bersaiz kecil tapi akibatkan lebam, gatal-gatal. Inilah ‘phereoca uterella’, ulat yang melekap di dinding rumah

0

Kelihatan aneh dan pelik, anda pastinya pernah melihat ulat bersaiz kecil ini yang sering melekap pada dinding dan perabot di rumah bukan?

Ada yang tidak tahu sebenarnya ia adalah spesies ulat yang berupaya menyebabkan benjol, lebam dan gatal-gatal pada tubuh manusia.

Ulat tersebut, ‘phereoca uterella’ mampu menyebabkan kesan lebam akibat daripada luka gigitannya walapun sebesar jarum sahaja.

Kesan lebam itu juga difahamkan mungkin bertahan sehingga berminggu-minggu lamanya. Biasanya ulat ini akan meninggalkan bulu di tempat yang digigit atau disengat.

Bulu itulah yang akan menyebabkan lebam dan bengkak, dengan rasa sakit dan gatal yang teruk. Kebiasaannya gatal yang disebabkan oleh ulat ini boleh dirawat dengan menyapu ubat gatal.

Larva didalamnya itu tinggal di dalam cengkerang yang membentuk sarung pipih. Manakala kepompongnya di bahagian luar pula berfungsi untuk proses metamorfosis menjadi kupu-kupu.

Kepompongnya juga terdiri daripada serat sutera yang bercampur dengan pasir dan debu, malah juga daripada tanah.

Lazimnya, kepompong itu mempunyai jalan keluar daripada depan atau belakang ataupun di kedua-dua arah bagi memudahkan pergerakan masuk dan keluar larva.

Sungguhpun begitu, larva berkenaan hanya keluar separuh daripada badannya dan tidak akan keluar sepenuhnya jika mahu mencari makan.

Menurut sumber, larva ini yang menjadi kupu-kupu dengan panjang sekitar 13 milimeter akan menghasilkan telur sebanyak 200 biji dalam satu kitaran telurnya.

Telur yang menetas akan menjadi ulat sebegini dan tinggal di tempat yang tersembunyi di rumah manusia.

Ulat ini juga gemar memakan fabrik kain dan sering kali melekat pada sarang labah-labah, memandangkan ia suka memakan labah-labah kecil.

Oleh kerana haiwan ini gemarkan suhu yang hangat, jadi anda perlulah sentiasa periksa lokasi tersembunyi dan hangat dengan kerap ya!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: