32.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
UtamaBerita UtamaIstiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 penuh gemilang

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 penuh gemilang

KUALA LUMPUR: Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara dengan penuh gemilang.

BULETIN TV3

Setelah sempurnanya istiadat tersebut, ini bermakna pusingan kedua penggiliran Yang di-Pertuan Agong hampir lengkap.

Sistem Raja Berperlembagaan dengan amalan penggiliran sembilan Raja Melayu menaiki takhta telah diamalkan Malaysia sejak 1957.

Menurut Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, istiadat tersebut menonjolkan keunikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di dunia dengan amalan sistem berkenaan.

Sultan Ibrahim yang akan bersemayam untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini adalah kedua terakhir dalam turutan penggiliran Yang di-Pertuan Agong.

Selepas itu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-18 sekiranya baginda dipilih oleh Majlis Raja-Raja.

“Selepas itu (selepas Sultan Nazrin), pusingan ketiga penggiliran bermula, dalam pusingan pertama ada tiiga kali penolakan untuk dilantik menjadi Agong, namun pada pusingan kedua ini ia amat istimewa kerana menuruti sahaja penggiliran yang sudah mantap pada pusigan pertama tanpa sebarang pindaan dan perubahan.”

“Inilah kehebatan, persefahaman antara Duli Tuanku Raja-Raja. Baginda boleh sahaja ubah sejarah dan penggiliran kerana ia satu persefahaman yang perlu dimuktamadkan dalam Majlis Raja-Raja, tetapi masih dikekalkan mengikut pusingan pertama, tidak diubah,” Kata Azuan Effendy kepada Bernama.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan bertanya kepada raja seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Seterusnya, sembilan raja dari Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak akan membuat undi rahsia.

Sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, maka baginda dengan rasminya dipilih sebagai sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Bagi memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan Seri Paduka Baginda di dalam negara atau kerana keuzuran pula, proses yang sama diulangi.

Ketika ini, Sultan Nazrin masih menyandang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sejak pemerintahan Sultan Muhammad V diikuti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang di-Pertuan Agong tonggak kekuatan negara, pengikat perpaduan – PM Anwar

BULETIN TV3

Menerusi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 itu juga, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia.

Dalam ucapannya, Anwar berkata Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai penaung agama Islam yang merupakan agama Persekutuan, pengukuh kedudukan Bahasa Melayu dan pembela hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera.

Anwar berkata institusi Yang di-Pertuan Agong adalah mahkota negara dan rakyat yang mampu mengikat semangat kesatuan dan perpaduan dan dimuliakan sebagai mercu keihsanan.

“Sesungguhnya pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini mencatat lembaran sejarah yang Insya-Allah akan mampu mengangkat martabat negara.”

“Kerajaan dan seluruh rakyat jelata berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga Seri Paduka Baginda berdua serta kerabat, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya, kekal karar di atas singgahsana pemerintahan, juga beroleh ‘afiyah dan penuh kedaulatan,” Kata Anwar.

Anwar yang mewakili seluruh rakyat negara ini turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Raja Zarith Sofiah sebagai Raja Permaisuri Agong.

Menurut Anwar lagi, Seri Paduka Baginda juga berperanan dalam menjamin jalinan erat di antara negara di peringkat ASEAN, negara-negara Islam dan di peringkat antarabangsa.

Anwar turut menzahirkan ikrar bahawa kerajaan serta rakyat akan sentiasa menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda.

14 laluan ditutup sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17

BERNAMA

Bernama melaporkan sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17 ini, sebanyak 14 laluan ditutup dan akan dibuka secara berperingkat.

Jalan yang terlibat ialah:

  1. Jalan Tun Razak.
  2. Jalan Kia Peng.
  3. Jalan Raja Chulan.
  4. Jalan Ampang.
  5. Jalan Sultan Ismail.
  6. Lebuhraya Sultan Iskandar.
  7. Jalan Tuanku Abdul Halim.
  8. Jalan Semantan.
  9. Jalan Damansara.
  10. Jalan Istana.
  11. Kuala Lumpur-Seremban Expressway.
  12. Jalan Kucing (arah selatan).
  13. Bulatan Dato Onn.
  14. Jalan Parlimen.

Kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri seramai 1,250 orang pegawai dan anggota terdiri daripada pegawai dan anggota dari JSPT terlibat dalam istiadat pertabalan tersebut.

Pasukan ini digerakkan bagi penugasan mengiringi orang kenamaan, mengawal lau lintas dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya sepanjang acara sempena istiadat berkenaan yang bermula sejak Khamis lepas hingga 27 Julai ini.

“Kita memandang serius majlis hari ini dan berkaitan (acara) istiadat. Kita sudah buat pelbagai persediaan bagi memastikan anggota faham peranan masing-masing kerana tidak mahu kesilapan kecil berlaku.”

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara , di sini hari ini.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI