25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025
UtamaBerita UtamaRangka dinosaur paling mahal terjual pada harga RM208 juta

Rangka dinosaur paling mahal terjual pada harga RM208 juta

NEW YORK: Rangka dinosaur “Apex” paling mahal terjual pada harga RM208 juta ($44.6 juta) pada acara lelongan Sotheby’s di New York City baru-baru ini.

BBC

Rangka dinosaur “Apex” yang terjual ini merupakan belian dengan harga tertinggi yang pernah dibayar untuk sebuah rangka dinosaur.

Menurut Sotheby, Apex merupakan rangka dinosaur paling lengkap pernah dijumpai berketinggian 11 kaki (3.4 meter) dan panjangnya ialah 27 kaki daripada hidung hingga ke ekor.

Memandangkan Apex dilahirkan di Amerika Syarikat, ia akan kekal di sana dan dikhabarkan akan dipinjamkan kepada institusi di Amerika Syarikat.

Seorang ahli paleontologi menemui Apex berhampiran bandar di negeri Colorado, Amerika Syarikat secara tidak sengaja pada tahun 2022.

“Stegosaurus terbaik yang pernah muncul dalam lelongan, “Apex” telah mencipta sejarah hari ini (Rabu) dengan dijual pada harga $44.6 juta di Sotheby’s, menjadi fosil paling berharaga yang pernah dijual dalam lelongan,” Kata Sotheby’s dalam satu kenyataan.

Fosil berkenaan telah melebihi anggaran pra-jualannya lebih 11 kali ganda, “dijual dengan tepukan selepas 15 minit,” Kata rumah lelongan itu.

Tujuh orang pembeli telah mengambil bahagian dalam proses bidaan demi mendapatkan fosil stegosaurus terbesar dan terlengkap yang pernah dijumpai.

Jason Cooper, seorang pemburu fosil profesional yang menemukan Apex. Jason menamakan fosil itu sebagai Apex kerana dimensinya yang hebat yang akan menjadikannya haiwan dominan dalam persekitarannya.

Dipercayai bahawa Apex adalah haiwan yang berkeliaran di Bumi kira-kira 150 juta tahun yang lalu.

Rekod terdahulu jualan fosil dinosaur mencatatkan pada tahun 2020, Tyrannosaurus Rex yang dikenali sebagai Stan telah dijual pada harga RM149 juta ($31.8 juta).

Pembeli Apex walau bagaimanapun tidak dikenali kerana dia memilih untuk kekal tanpa nama dan tidak mahu identitinya diketahui oleh umum.

Saksikan detik-detik rangka dinosaur paling mahal terjual dalam acara lelongan yang dianjurkan oleh Sotheby’s ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI