26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024
UtamaBerita UtamaHarimau belang di Gua Musang berjaya ditangkap

Harimau belang di Gua Musang berjaya ditangkap

GUA MUSANG: Seekor harimau belang di Gua Musang berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kelantan pada Isnin, 13 November.

Sinar Harian Gambar kecil Mohd Hafid

Harimau itu masuk ke dalam perangkap yang dipasang agensi berkenaan.

Pengarah PERHILITAN Kelantan Mohamad Hafid Roahni berkata, harimau berkenaan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak untuk tindakan lanjut.

Ujar Mohamad Hafid, tangkapan itu dilakukan susulan daripada serangan harimau yang menyebabkan kematian seorang lelaki Orang Asli di Pos Pasik pada 5 Oktober lalu.

“Pada 6 Oktober, kami telah menjalankan Operasi Tangkapan Harimau Belang dengan menjalankan siasatan awal, pemantauan serta pemasangan satu unit perangkap di lokasi aduan.

Utusan Malaysia

“Operasi ini melibatkan 10 anggota dan perlu dilaksanakan kerana harimau berkenaan masih berkeliaran di sekitar lokasi aduan dan perkampungan di Pos Pasik,” katanya dalam satu kenyataan.

Keadaan tersebut juga telah menjejaskan kehidupan harian masyarakat Orang Asli setempat.

Tambahnya, Pos Pasik merupakan salah sebuah kampung yang terletak di kawasan perkampungan Orang Asli di Gua Musang.

Mohamad Hafid memberitahu, perjalanan ke kampung berkenaan mengambil masa kira-kira tiga ke empat jam.

Ini bergantung kepada faktor cuaca serta keadaan jalan balak yang hanya boleh dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Dengan kejayaan operasi ini akan meredakan kegusaran penduduk Orang Asli di sini.

“Bagaimanapun mereka masih perlu berjaga-jaga dan dinasihatkan keluar ke ladang serta bekerja secara berkumpulan, bukan berseorangan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Mohd Sani Nahtiman berkata, penduduk Orang Asli lega apabila harimau yang berada dalam perangkap itu akhirnya dibawa keluar dari kawasan perkampungan mereka.

Katanya, penduduk dapat melihat sendiri harimau yang bersaiz dewasa itu masuk perangkap.

Mohamad Hafid berkata, semasa ditangkap haiwan liar itu berada dalam keadaan sihat.

Mengikut rekod PERHILITAN, kes kecederaan atau kematian manusia akibat diserang harimau belang di Kelantan dilaporkan berlaku pada 5 Julai 2021 di Kampung Sau, Pos Bihai.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki Orang Asli mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun harimau belang betina yang menyerang mangsa berjaya ditangkap dan ditempatkan di NWRC, Sungkai, Perak.

Kes seterusnya pada 7 Januari 2022, di lokasi yang sama seorang lelaki Orang Asli meninggal dunia selepas diserang harimau.

Harimau yang menyerang itu pula terpaksa ditembak mati kerana cuba menyerang anggota PERILITAN semasa operasi.

Seorang lelaki Orang Asli meninggal dunia pada 5 Oktober di Pos Pasik selepas diserang harimau.

Seterusnya pada 10 November, seorang lelaki warganegara Indonesia meninggal dunia selepas diserang harimau di Ladang Akar Prestige, Meranto.

Terkini pada 11 November di Meranto seorang lelaki warganegara Myanmar meninggal dunia selepas diserang harimau.

Utusan Malaysia

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI