Rata-rata masyarakat berbilang bangsa di Malaysia boleh bercakap sekurang-kurangnya dua bahasa adalah perkara biasa, dan bila pertuturan itu ditambah dengan lebih banyak bahasa maka ia menjadi satu kekuatan buat rakyat Malaysia yang amat membanggakan.
Buktinya seorang nenek pintar berusia 90-an telah mengagumkan kita semua dengan kefasihannya bertutur dalam bahasa Hokkien, bersama sembilan bahasa lain.

Pengguna TikTok, Azril Baharudin memuat naik video nenek dikenali sebagai Tok Mah yang bersahaja berbual dalam bahasa Hokkien bersama seorang wanita berbangsa Cina.
Video yang dimuat naik pada tahun lalu itu telah menjadi tular di TikTok dan platform media sosial lain dengan jutaan tontonan.
Warga emas itu bukan sahaja fasih berbahasa Hokkien, malahan dalam video TikTok berasingan, Azril bertanya kepada Tok Mah sama ada beliau boleh bercakap dalam bahasa lain.

“Saya boleh bercakap Hokkien, Mandarin, orang putih boleh la sikit-sikit (Bahasa Inggeris), Hainan, Macau ( Kantonis, bahasa yang digunakan di Macau), Tamil, Ket (bahasa Siberia),” balas Tok Mah dalam Bahasa Melayu.
Jumlah itu ialah tujuh bahasa tetapi Tok Mah belum selesai mengira.
Menurut Tok Mah, beliau juga boleh berbahasa Teochew dan Thai dalam perbualan seharian dan ia merupakan satu kemahiran berbahasa yang mengagumkan.

Tok Mah juga mendedahkan beliau telah lupa banyak perkataan Tamil kerana jarang-jarang dapat bertutur dalam bahasa itu.
Rakaman video itu telah menarik perhatian warganet yang rata-rata terharu melihat betapa berbakatnya Tok Mah yang telah berusia dan mereka terkenang kepada nenek masing-masing.

“Terdengar seperti mendiang nenek Hokkien saya sendiri.”
“Saya pun tidak boleh berbahasa Hokkien lancar macam Tok Mah..”
“Saya mendengar nenek saya bercakap bahasa Hokkien setiap hari, tapi saya masih tidak boleh bercakap bahasa Hokkien dengan baik.”
Alangkah baiknya jika kita semua hebat boleh memahami banyak bahasa, bertutur fasih dan lancar seperti Tok Mah.
Tonton video di sini.