28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024
UtamaKesihatanPetik tepi rumah, sekeluarga dikejarkan ke hospital akibat hidangan cendawan beracun. Cara...

Petik tepi rumah, sekeluarga dikejarkan ke hospital akibat hidangan cendawan beracun. Cara kenal jenis cendawan tidak boleh dimakan

Jangan makan cendawan yang tidak diketahui spesiesnya secara sembarangan, anda sekeluarga mungkin akan diracuni dalam tempoh beberapa minit!

Kisah seorang lelaki memetik cendawan segar di tepi rumahnya untuk dimasak isterinya menjadi pengajaran. Akibatnya, mereka sekeluarga berasa loya, pening dan muntah-muntah selepas memakannya sehingga dikejarkan ke hospital.

Facebook

Isterinya @mas.ita memuat naik video berdurasi 2:55 saat di TikTok yang merakam kisah suaminya telah memetik 10 cendawan putih dari tepi rumah, kerana menyangka ia cendawan busut (Termitomyces) atau cendawan parasol (Lepiota procera) yang boleh dimakan, lalu dia menggorengnya dan mereka memakannya.

Facebook

Katanya apabila membuat kandungan TikTok itu, “Saya tengok cendawan itu gebu macam pau, lembut sangat.. Tetapi bahagian bawah cendawan ini berwarna hijau pucat dan ada bentuk cincin dekat bawah.”

Facebook

Namun, dia terus mengoyakkan cendawan putih menjadi jalur kecil walaupun hati berasa ragu-ragu. 

Ketika cendawan itu dibersihkan, kelihatan debu-debu spora yang terkeluar dan melekat di tangan @mas.ita.

Facebook

Dia mula menumis bawang putih, cili dan halia sehingga naik bau, kemudian memasukkan cendawan ke dalam periuk, dan mengacaunya dengan menambah air sehingga mendidih. Cendawan yang dihidangkan nampak baik sahaja untuk makan tengahari.

Facebook

Selepas makan tengah hari, pasangan itu tiba-tiba berasa kurang sihat. Setelah membuat carian dalam talian, mereka mendapati cendawan yang mereka makan pada waktu tengah hari itu adalah cendawan beracun.

Facebook

Disebabkan pasangan suami isteri ini sama-sama lemah dan tidak boleh memandu dengan suaminya muntah sehingga hampir pengsan, mereka segera menghubungi ambulans.

Video tersebut turut menunjukkan pasangan tersebut membawa anak-anak mereka menaiki ambulans. Suaminya lemah longlai di atas pengusung ambulans kerana terlalu banyak makan cendawan beracun tersebut.

Facebook

Kata @mas.ita, walaupun dia dan anaknya hanya makan sedikit, mereka turut diracuni, lantas mengingatkan orang ramai supaya tidak memakan cendawan yang tidak dikenali spesiesnya dengan sembarangan.

Cendawan beracun yang dimakan oleh keluarga ini adalah spesies Chlorophyllum Molybdites, yang bentuknya serupa dengan cendawan payung putih atau cendawan busut yang boleh dimakan dan ramai yang sering keliru.

Public Health Malaysia / Facebook

Ia amat berbahaya kerana dalam masa 1 hingga 3 jam selepas makan, akan berlaku rasa loya dan muntah-muntah, dengan gejala keracunan jenis gastroenteritis seperti sakit perut, najis berdarah, dan kekurangan air.

Menurut perkongsian Nazaria Fesbuk di Facebook Kumpulan Combat Survival Malaysia, terdapat beberapa cara untuk mengenali cendawan beracun.

Public Health Malaysia / Facebook
  • Ada ring atau cincin pada batang cendawan.
  • Apabila kita garu-garu dengan kuku, bahagian atas cendawan bertukar warna secara ketara, contoh dari putih menjadi oren atau merah.

Jika warna jadi merah atau oren, terus basuh tangan.

  • Kita gali ke dalam tanah hingga ke pangkal cendawan tersebut.

Jenis yang beracun akan kelihatan seperti stokin atau sarung pada pangkal.

  • Hidu cendawan terlebih dahulu. Apabila kita beli cendawan di pasar-pasar, cubalah hidu baunya pasti berbeza dengan cendawan beracun.

Bau cendawan yang boleh dimakan agak menyenangkan dan tidak busuk manakala cendawan beracun baunya tenggit serta tidak menarik.

Tapi awas, jangan sedut terlampau kuat kerana dibimbangi spora beracun masuk ke saluran pernafasan.

  • Warna payung bahagian atas adalah terang.

Kebanyakan berwarna merah, oren, kuning tetapi terdapat juga cendawan yang berwarna cerah dan pucat mengandungi racun.

  • Tempat tumbuh cendawan. Kebiasaannya, cendawan yang tumbuh di atas tanah adalah jenis beracun kerana kawasan tersebut mungkin bekas tempat najis haiwan.
  • Cuba rebus cendawan tersebut terlebih dahulu jika masih ragu-ragu. Air rebusan cendawan yang beracun akan bertukar warna dengan agak drastik atau lebih pekat berbanding cendawan yang tidak beracun.
Facebook

Manakala Public Health Malaysia terus memberi peringatan dengan berkongsi langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan anda termakan cendawan beracun.

Public Health Malaysia / Facebook
  • Elak daripada memetik dan memakan cendawan yang tidak diketahui.
  • Ketahui reputasi dan penjual cendawan.
  • Memasak cendawan dapat mengurangkan toksin cendawan, namun ia tidak dapat memusnahkan toksin 100 peratus.
  • Elak daripada memakan cendawan secara mentah.

Jadi, berhati-hati anda semua. Untuk senang cerita, jangan sesekali makan cendawan liar yang tumbuh di sekitar rumah jika kita berasa ragu-ragu dan tidak pasti.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI