Kejujuran itu tidak susah untuk diamalkan kerana ia akan membuat hari anda dan semua orang menjadi lebih baik apabila seseorang berhadapan situasi ketika menjumpai harta benda berharga milik orang lain.
Syukurlah, masih ada warga Malaysia baik hati di luar sana yang masih berpegang kepada prinsip melakukan pekerjaan dengan jujur dan amanah.
Laman Facebook Kapit Bus Express berkongsi kisah jasa baik salah seorang pemandu bas mereka di Sarawak. Pemandu bas itu telah menemui sebuah beg yang ditinggalkan oleh seorang penumpang dan berusaha untuk menyerahkannya kembali kepada pemilik dengan selamat.
Hantaran mereka yang berbunyi, “Penumpang itu (Encik Wellington) terlupa membawa begnya yang tertinggal dalam bas. Encik Dian (pemandu kami) terjumpa beg itu di tempat duduknya di dalam bas.
“Selepas menemui beg penumpang, Encik Dian segera membawa beg itu ke kaunter dan meminta saya menghubungi penumpang itu dengan segera. Selepas mendapat nombor penumpang daripada sistem syarikat, saya terus menghubungi penumpang itu untuk mendapatkan begnya dari kaunter tiket Sibu.”
Adalah selamat untuk mengatakan yang penumpang itu berasa amat lega dan tersenyum gembira untuk mendapatkan semula begnya yang tertinggal secara tidak sengaja.
“Encik Wellington amat gembira selepas begnya dipulangkan dan memuji kejujuran pemandu itu. Di Kapit Bus Express, kami amat mementingkan sikap kerja berpasukan yang jujur dan bertanggungjawab. Dengan ciri ini, penumpang boleh berasa yakin dengan syarikat kami.”
“Peribadi Encik Dian perlu dipuji,” kata mereka.
Terbukti masih ramai orang baik di luar sana dan sememangnya ya, orang Malaysia semuanya baik-baik belaka.. Syabas anda semua!
Pilihan Editor: