27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupWeibo terus ‘cancelled’ Uncle Roger gara-gara jenaka melampau tentang China

Weibo terus ‘cancelled’ Uncle Roger gara-gara jenaka melampau tentang China

Pelawak popular kelahiran Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom Nigel Ng, atau lebih dikenali peminat dengan nama Uncle Roger, telah disekat dan diharamkan daripada menggunakan Weibo, platform media sosial popular di China.

Mesej dalam akaun Weibo itu menyatakan Uncle Roger NigelNg “telah melanggar peraturan dan undang-undang yang berkaitan”, mengakibatkan pelawak itu telah disekat menggunakan Weibo.

Nigel Ng (Uncle Roger) / Twitter

Selain itu, akaun Nigel Ng di laman perkongsian video di Shanghai, Bilibili juga turut digantung.

Penggantungan itu berlaku beberapa hari selepas Nigel Ng memuat naik klip video dirinya berjenaka tentang China dan tadbir urus politik negara itu yang ketat semasa persembahan stand up comedy.

Tangkap Layar Weibo

“Uncle Roger akan kena ‘cancelled’,” kapsyen video itu secara bergurau pada 15 Mei, apabila mempromosikan jelajah stand up comedy terbaharunya di Twitter.

Menerusi video itu, Uncle Roger mendapati terdapat seorang lelaki dalam kalangan penonton yang berkata dia berasal dari Guangzhou, China, dan Uncle Roger membalasnya dengan mengatakan “Negara yang baik, negara yang baik..”

“Kita perlu nyatakan ia sekarang, bukan? Semua telefon sedang mendengar,” persendanya yang menarik hilai ketawa para penonton.

Nigel Ng (Uncle Roger) / Twitter

Uncle Roger kemudian mula menyindir “Hidup Presiden Xi” ke arah telefon di dalam poketnya, sebelum bergurau tentang “skor kredit sosialnya meningkat”.

Kemudian Uncle Roger berjenaka tentang Taiwan bukan negara sebenar dan membangkitkan isu dasar Satu China, sambil berpura-pura bimbang tentang akan kena “cancelled” dan meminta penonton yang sama dari Guangzhou itu untuk membantu menyampaikan kata-kata yang baik untuknya kepada pihak berkuasa di China.

“Uncle Roger rakan baik, rakan baik,” sambil berpura-pura menulis. “Tolong jangan buat dia hilang..” 

Nigel Ng (Uncle Roger) / Twitter

Ini bukan kali pertama Nigel Ng menjadikan China sebagai bahan jenaka dalam kandungan komedinya.

Pada Januari 2021, Nigel Ng memadamkan salah satu video YouTubenya, sehari selepas ia dimuat naik kerana menampilkan YouTuber makanan Mike Chen dari ‘Strictly Dumpling’, yang lantang menyuarakan layanan China terhadap Uyghur di Xinjiang.

Nigel Ng kemudian meminta maaf kepada peminat China di Weibo kerana menyebabkan “kesan sosial yang buruk” dan tidak menyedari “pemikiran politik dan komen tidak benar oleh Mike Chen pada masa lampaunya.”

Tonton video di bawah:

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI