Gempa bumi yang berlaku di Laut China Selatan pada awal pagi semalam tidak menghasilkan sebarang gegaran di permukaan, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada 4 April.
MetMalaysia memaklumkan perkara ini kerana gempa bumi itu berlaku terlalu dalam iaitu 611 kilometer (km), malah pemantauan yang dijalankan secara dekat mendapati tiada sebarang gempa susulan berlaku.
Menurut kenyataan itu, Sistem Rangkaian Seismik MET Malaysia mengesan gempa bumi itu berlaku pada pukul 3.32 pagi dengan 4.4 pada skala Richter di kedudukan 6.45° Utara 115.87° Timur di Laut China Selatan.
“Sehubungan itu, maklumat gempa bumi tersebut telah direkodkan dan tidak dihebahkan kepada pihak awam semalam, namun MetMalaysia akan terus menjalankan pemantauan kejadian gempa bumi.
“Kedudukan gempa bumi berkenaan berada di kedudukan yang secara amnya di luar zon aktif gempa iaitu di luar lingkaran api Pasifik,” menurut kenyataan itu.
Semalam, tular dalam media sosial mendakwa satu kejadian gempa bumi magnitud 5.5 yang berlaku di Laut China Selatan kira-kira 53 kilometer dari Kota Kinabalu.
Menurut kenyataan MetMalaysia, berdasarkan peta seismotektonik edisi kelima pada 2009 yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains, gempa bumi itu berada di kawasan inactive thrust fault.

“Oleh yang demikian, gempa bumi yang berlaku di laut dengan magnitud kurang daripada lima dan kedalaman melebihi 300 km tidak memberi kesan di permukaan,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, gempa bumi kuat magnitud 6.2 berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 10.59 malam Isnin turut menjadi tular ekoran mereka di Malaysia menerima notifikasi menerusi Google Play.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa itu terletak 84 kilometer (km) barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 86 km.
“Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
“Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya.
Sementara itu, beberapa netizen berkongsi mengenai situasi dialami berhubung gegaran gempa bumi tersebut.
Pengguna Facebook bernama John Mohamed menyatakan merasai gegaran berkenaan sehingga di Cameron Highlands, Pahang.

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Kuala Lumpur turut mengesahkan menerima panggilan berhubung gegaran yang dirasai seorang penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras.
Menurut jurucakap JPBM KL, sepasukan bomba bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.

Antara reaksi termasuk mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu selepas merasakan tanah bergegar.
Selain itu, pengguna Facebook bernama Suhana Abdul Samad memaklumkan menerima notifikasi berkenaan situasi gempa itu menerusi aplikasi Google Play.
“Dapat notifikasi dekat Google Play tadi. Terkejut saya ingatkan dekat Malaysia tapi bagus juga sebab diberitahu,” katanya.
Pilihan Editor: