26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaBantu tutup aurat peminat ketika sesi bergambar, tindakan spontan Song Ji Hyo...

Bantu tutup aurat peminat ketika sesi bergambar, tindakan spontan Song Ji Hyo ketika di Kuala Lumpur raih pujian ramai

Nama pelakon Song Ji Hyo yang merupakan salah seorang selebriti dari Korea Selatan bukanlah satu nama yang asing lagi di Malaysia. Song Ji Hyo sebelum ini mula dikenali ramai melalui salah satu program hiburan keluarga, Running Man, yang disertainya sejak tahun 2010 lagi.

@sheilabcdefghi

Baru-baru ini, menerusi sebuah program bersama salah satu rantaian kedai penjagaan kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, Song Ji Hyo telah dijemput datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan peminat-peminatnya di sini. 

Yang menarik perhatian orang ramai bagaimanapun adalah apabila tingkah-laku spontan Song Ji Hyo ketika berhadapan dengan salah seorang peminatnya yang beragama Islam.

@sheilabcdefghi

Menerusi kiriman video oleh @sheilabcdefghi di laman TikTok pada 24 Mac lalu, dapat dilihat seorang wanita bertuah telah berjaya memenangi hadiah percutian ke Korea Selatan dan untuk menerima hadiah berkenaan, dia dijemput naik ke pentas utama untuk bertemu dengan Song Ji Hyo.

@sheilabcdefghi

Walau bagaimanapun, ketika mereka berdua mahu mula bergambar, secara tiba-tiba kain tudung wanita berkenaan telah terselak di bahagian dada akibat angin yang kuat. Kemudian, dengan spontan, Song Ji Hyo dilihat dengan segera telah menutup semula bahagian dada wanita itu dengan menarik tudungnya dan meletakkan tangannya di bahagian dada wanita itu untuk menahan tudung itu daripada terus-terusan ditiup angin lagi.

@sheilabcdefghi

Reaksinya spontan, tetapi sudah cukup memberi bayangan tentang rasa hormat dan sikap sopannya terhadap para peminat!

Selepas melakukan beberapa gaya untuk bergambar, Song Ji Hyo juga tidak lokek untuk memberi pelukan untuk wanita itu walaupun pada mulanya dapat dillihat bahawa wanita itu sudah mahu beredar dari pentas. Beruntung betul wanita itu!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih lebih dari 3.5 juta tontonan, lebih dari 343,800 sukaan dan 2,284 komen dari warganet yang majoritinya berasa terharu dengan reaksi spontan pelakon kesayangan ramai ini.

“(Lihatlah) cara dia melihat semula (keadaan) tudung kakak itu (kerana) bimbang ditiup angin lagi.”

@sheilabcdefghi

“Macam manalah peminatnya tidak menyayanginya, tengok sahajalah cara dia melayan para peminatnya dan (cara) dia menyayangi peminatnya. (Dia) antara selebriti yang tidak sombong langsung”

@sheilabcdefghi

“Saya memang sedia tahu bahawa dia adalah seorang yang bijak tetapi (video) ini menunjukkan satu sisi baharunya yang baik”

@sheilabcdefghi

“Jihyo adalah seorang wanita yang sangat cantik dalaman dan luaran”

@sheilabcdefghi

“Caranya yang masih melihat tudung (peminat) itu ketika gambar diambil menunjukkan bahawa dia benar-benar ambil berat”

@sheilabcdefghi

“Ada sebabnya dia masih disayangi oleh orang ramai setelah bertahun-tahun menjalani kariernya”

@sheilabcdefghi

Dengan tindakan yang Song Ji Hyo paparkan ini, tidak hairanlah bagaimana pelakon ini boleh mengecap populariti yang sangat mengagumkan bukan sahaja di negara kelahirannya sendiri, malah di negara kita juga. 

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI