28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 11, 2024
UtamaInspirasiIsteri setia menanti kepulangan selama 54 tahun hanya untuk mengetahui suami hilang...

Isteri setia menanti kepulangan selama 54 tahun hanya untuk mengetahui suami hilang telah berkahwin lain dan berkeluarga bahagia

Bayangkan bagaimana perasaan seorang isteri apabila mendapat tahu suaminya telah berkahwin dengan wanita lain dan membina keluarga bahagia selepas terputus hubungan selama bertahun-tahun. 5 dekad berlalu apabila mereka disatukan semula, dan si suami telah berkahwin lain. Suami bahagia memiliki anak dan cucu yang ramai, manakala di pihak isteri yang terpisah sekian lama terus setia menunggu dan tidak pernah berkahwin.

Di negara ketika zaman perang melanda pada pada era 40-an hingga 60-an, banyak isi rumah dan keluarga terpaksa dipindahkan. Di sebuah perkampungan terpencil di pergunungan, sepasang suami isteri yang baru berkahwin terpaksa berpisah sejurus malam perkahwinan mereka. Si suami terpaksa bergegas pergi berperang, dan si isteri berjanji akan menunggu kepulangannya. Isteri ini mendakwa walaupun diri tidak sabar menanti, dia tidak akan berkahwin lagi.

Gambar oleh EatHealth

Pada waktu itu, cinta antara pasangan pengantin ini tidak berbelah bahagi dan sangat kuat. Bak kata pepatah, “Cinta yang begitu kuat dapat menerangi matahari dan bulan.” Walau bagaimanapun, ikatan cinta yang kuat antara pasangan mungkin goyah mengikut peralihan zaman dan peristiwa tidak dijangka. Selepas beberapa hari, si isteri terpaksa berpindah disebabkan pergolakan yang berlaku dan peperangan tercetus yang berterusan. Suami pergi berperang dan isteri meninggalkan kampung halamannya untuk menetap di bandar lain, yang mengakibatkan pasangan suami isteri muda ini terputus hubungan.

Selama bertahun-tahun, si isteri tidak berputus asa untuk bertanyakan sebarang maklumat terkini mengenai suaminya, tetapi semua berita yang diterimanya adalah sama ada suaminya telah mengosongkan kawasan terakhir dia dijejaki atau suaminya mungkin telah meninggal dunia dalam pertempuran. Isteri ini terus gigih mencari berita tentang suaminya, malahan setelah bertahun-tahun berlalu, dia mengotakan janji untuk tidak berkahwin lagi.

Gambar oleh EatHealth

Dengan peredaran masa yang cepat berlalu, keluarga dan rakan-rakan wanita ini memujuknya untuk berputus asa dan berkahwin semula. Dia masih boleh menjalani perkahwinan yang baik dan bahagia dengan pasangan baru. Kata-kata berjanji di hadapan suaminya adalah satu penghormatan utuh, dan dia tidak pernah goyah dengan janjinya, walaupun telah menerima pujukan yang bertalu-talu daripada orang lain.

Dalam sekelip mata, 54 tahun telah berlalu. Pada masa ini, isteri muda yang menunggu kepulangan suaminya telah menjadi wanita tua warga emas yang beruban. Sehingga hari itu, apabila keluarga dan rakan-rakannya bertanya kepadanya sama ada dia menyesal menunggu suaminya dan tidak berkahwin lagi, jawapannya hanya dengan senyuman. Baginya, ‘janji dikota satu penghormatan’ lebih penting daripada mencari suami baru.

Gambar oleh EatHealth

Nasib berubah apabila tiba detik menyedihkan pada tahun 2020. Wanita tua itu akhirnya menerima berita tentang suaminya melalui beberapa orang yang mengenali keluarganya. Malang, jangkaan itu bertukar menjadi kekecewaan apabila ‘bekas’ pasangan itu akhirnya bertemu semula. Berpisah selama 54 tahun dan tidak pernah berhubungan antara satu sama lain, wanita warga emas itu tidak menyedari suaminya telah berkahwin semula dengan mempunyai ramai anak serta cucu.

Walaupun si suami berasa malu, wanita tua itu tidak teragak-agak untuk menyambutnya. Bekas pasangan itu berpelukan dan menangis ekoran telah berpisah dan berjauhan buat sekian lama. Datuk yang mengakui rasa bersalah kerana bekas isterinya tidak pernah berkahwin lagi dan setia menunggunya pulang selama 54 tahun.

Gambar oleh EatHealth

Keliru dengan rasa kesedihan dan kemarahan, wanita tua itu menumbuk dada ‘suami sehidup semati’ dan ‘cinta sejatinya’ sambil menangis, “Saya telah menunggu kamu selama 54 tahun! Kenapa awak tidak datang kepada saya? Ke mana awak pergi selama ini?” Akibat kehilangan kata-kata, datuk tua ini memeluknya dan meraung dengan nada penyesalan.

Rupa-rupanya, si suami pernah pulang ke kampung halaman sebaik selesai peperangan dan mendapati rumah mereka telah hancur, dan tiada siapa yang tahu di mana lokasi isterinya berada. Dengan mengandaikan bahawa isterinya telah meninggal dunia, dia meneruskan kehidupannya walaupun terasa perit untuk menerima hakikat isteri pertama cinta hatinya telah tiada.

Gambar oleh EatHealth

Lelaki itu berkahwin dengan wanita lain dan mempunyai ramai anak dan cucu seiring dengan peredaran masa. Dia menukar namanya sebelum berkahwin semula. Ketika zaman perang, kebanyakan generasi waktu itu tidak tahu membaca, dan nama mereka telah ditukar secara rawak. Pada masa itu, masih tiada pendaftaran isi rumah.

Dengan berjuta-juta orang yang telah menukar nama mereka, bagaimana mereka yang terpisah boleh menemui pasangan masing-masing? Jadi boleh dikatakan penantian isteri warga emas ini agak sia-sia.

Gambar oleh EatHealth

Namun apa yang hendak dikatakan, suratan takdirnya sudah begitu. 

Kehidupan kadang-kadang boleh menjadi kejam untuk setiap orang menerimanya. Kedua-dua pihak tidak bersalah ekoran situasi ketika itu tidak mengizinkan mereka untuk bersatu, dengan perasaan cinta yang diharapkan ketika mereka bertemu semula.

Mungkin ini kisah percintaan setia hingga hujung nyawa versi terasa perit untuk diterima.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI